Anda di halaman 1dari 1

UJIAN 1

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3

Pilih SATU daripada soalan berikut:


1. Anda dan keluarga telah sesat di sebuah bandar ganjil. Di sekeliling anda
terdapat bangunan-bangunan yang berbentuk buah-buahan dan sayursayuran. Gambarkan suasana ini.
2. Pada hujung minggu, anda bersama ayah anda bersarapan pagi di gerai tepi
jalan. Gerai itu menjual pelbagai jenis makanan seperti nasi lemak, roti canai,
mee, kuih-muih dan sebagainya. Gambarkan suasana tersebut.
3. Anda tersesat di sebuah planet asing. Kelihatan sekumpulan makhluk asing
sedang berkelah dan seorang makhluk asing sedang menyanyi. Gambarkan
suasana tersebut.
4. Anda dikehendaki mencipta corak pembungkusan muka hadapan beg kertas
dengan memasukkan perkataan PENCINTA ALAM.
Rekaan karya anda
hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Ukuran beg kertas
: 30cm x 20 cm
Subjek
: Ilustrasi flora
Warna
: Maksimum lima warna
5. Di sebuah ruang tamu terdapat sebuah set sofa moden. Di bawah set sofa
tersebut terhampar sehelai permaidani. Di atas sebuah meja kecil diletakkan
sejambak bunga dan di dinding pula dihiasi dengan beberapa keping gambar
hiasan. Lukiskan gambaran tersebut dalam karya anda.
6. Beberapa tandan pisang dilonggokkan di pangkal sebatang pokok pisang.
Terdapat beberapa pelepah daun pisang yang kering dan masih hijau menutupi
sebahagian longgokan pisang tersebut. Lukiskan gambaran tersebut dari jarak
dekat dengan memberi penekanan kepada komposisi, bentuk dan jalinan.

Anda mungkin juga menyukai