Anda di halaman 1dari 2

PENDIDIKAN SENI VISUAL

KOLEKSI SOALAN KERTAS 2 ( MENENGAH RENDAH )

1. Di atas meja terdapat secawan kopi, sebuku roti dan sebotol jem. Gambarkan
suasana tersebut dari jarak yang dekat.

2. Anda diminta mereka sebuah tembikar berbentuk pasu bunga. Anda


dikehendaki menghiaskannya dengan motif flora atau motif geometri rekaan
sendiri.
Rekaan anda hendaklah mengikuti spesifikasi berikut :

Ukuran tembikar : 15 cm x 25 cm
Motif : Flora atau geometri
Warna : Bebas
Teknik : Catan atau lukisan

3. Buat satu catan yang menunjukkan suasana waktu senja di kampung


nelayan. Gunakan gabungan warna panas dalam catan anda.

4. Hasilkan satu poster untuk kempen “Kitar Semula” di sekolah anda. Gunakan
illustrasi yang menarik dan muka taip yang sesuai:

Ukuran : Seluruh kertas lukisan


Kapsyen : KITAR SEMULA
Warna : Bebas

5. Anda dikehendaki mencipta satu logo gabungan untuk syarikat permainan


kanak-kanak. Gunakan simbol dan huruf yang sesuai. Logo hendaklah
mengikut spesifikasi berikut :

Ukuran : 15 cm x 15 cm ( PxL)
Kapsyen : Comel
Warna : Tidak melebihi empat warna

1. Gambarkan suasana air terjun di dalam hutan hujan khatulistiwa yang kaya
dengan flora dan fauna.

2. Lukiskan pemandangan padang rumput dengan menunjukkan ruang


hadapan, tengah dan belakang.

3. Hasilkan corak berulang dengan menggunakan teknik cerminan


menggunakan motif geometri.Corak anda mestilah berdasarkankan
spesifikasi berikut;

Ukuran : 4 cm x 4 cm
Warna : Tidak lebih dari 3 warna
Motif : Geometri
4. “Satu pemandangan indah ketika anda menyelam di dasar laut”. Hasilkan
catan berdasarkan tajuk ini. Penekanan terhadap warna, jalinan, bentuk dan
ruang.

5. Hasilkan satu poster untuk “Minggu Bahasa Inggeris” di sekolah anda.


Gunakan illustrasi yang menarik dan muka taip yang sesuai:

Ukuran : Seluruh kertas lukisan


Kapsyen : Minggu Bahasa Inggeris
Warna : Bebas

6. Hasil huruf blok kreatif menggunakan perkataan “WARISAN SENI”.

Ukuran : 5 X 3 cm (TXL) satu huruf


Warna : Bebas

Anda mungkin juga menyukai