Anda di halaman 1dari 7

Di sebuah lebuh raya, kemalangan jalan raya telah berlaku. Beberapa orang anggota.

polis dan ahli bomba sedang berusaha untuk mengeluarkan penumpang kereta yang cedera. Di tepi jalan raya tersebut kelihatan sebuah papan iklan yang besar. Ayat yang tertulis di atas papan iklan tersebut ialah "PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT. Gambarkan suasana tersebut. Di dalam sebuah kilang membuat payung, kelihatan dua orang pekerja sedang melukis corak di atas payung payung yang telah siap dibuat. Di sebelah mereka, dua orang pekerja sedang meletakkan payung-payung yang siap dibuat ke dalam sebuah kotak. Lukiskan suasana dalam kilang tersebut. Promosi jualan perkakas buatan plastik sedang dijalankan di dalam sebuah bilik jualan. Kelihatan beberapa orang pelawat sedang memilih perkakas-perkakas yang diminati mereka. Di sekitar mereka terdapat pelbagai jenis perkakas buatan plastik berwarna warni yang dipamerkan. Gambarkan suasana, tersebut dari pandangan yang dekat. Di tepi pantai berdekatan dengan sebuah gua, terdapat pelbagai jenis tumbuh tumbuhan yang aneh tetapi cantik. Di tepi gua tersebut, beberapa ekor binatang liar sedang berehat. Gambarkan suasana tersebut. Anda sedang menyelam di dasar laut di sebuah pulau yang terkenal. Di dasar laut tersebut, terdapat pelbagai jenis karang yang mempunyai bentuk yang aneh. Di dalam laut juga terdapat pelbagai jenis hidupan laut yang berwarna warni. Anda terasa amat kagum dengan pemandangan di dasar laut tersebut. Gambarkan suasana berkenaan. Pada waktu petang, angin taufan melanda sebuah perkampungan nelayan. Kelihatan beberapa buah rumah papan diserang oleh angin taufan tersebut. Di sebelah tepi rumah rumah tersebut, pokok pokok ditumbangkan oleh angin kencang. Gambarkan suasana yang cemas itu. Pameran reka cipta sains sedang dijalankan di dalam sebuah makmal. Kelihatan beberapa orang pelawat sedang memerhati satu reka cipta baru yang kreatif. Di atas meja-meja di sekitar mereka terdapat pelbagai reka cipta yang lain dipamerkan. Gambarkan suasana tersebut dari pandangan yang dekat. Pertandingan menyanyi sedang diadakan di sebuah dewan. Kelihatan seorang peserta sedang beraksi dan menyanyi lagu di atas pentas dewan yang penuh dengan sinaran cahaya pelbagai warna. Gambarkan suasana berkenaan dengan memberi penekanan kepada, sinaran cahaya di atas pentas. Pada waktu subuh, seorang penternak lembu sedang membawa lembu 1embunya ke sebuah padang yang berdekatan dengan kandang lembu untuk memakan rumput. Di sekitar padang tersebut, terdapat pokok-pokok kelapa yang tinggi. Gambarkan pemandangan tersebut. Di dalam sebuah perpustakaan, seorang pelajar sedang mencari buku rujukan. Di sebelahnya terdapat beberapa buah meja dan kerusi, di mana beberapa orang pelajar sedang membaca buku.

Di belakang mereka terdapat rak rak buku yang penuh dengan buku buku. Lukiskan sudut pemandangan dalam perpustakaan tersebut. Di belakang sebuah rumah papan, terletak sebuah pasu bunga yang ditanam dengan tumbuhan yang cantik. Di sebelahnya terletak beberapa bekas tembikar besar yang telah pecah. Lukis gambar tersebut pada pandangan dekat dengan memberi penekanan kepada, tumbuhan hijau dan bekas bekas tembikar yang telah pecah. Di dalam sebuah bilik, seorang pandai keris sedang membuat ukiran di atas sebilah keris. Di atas sebuah meja yang terletak berdekatan dengannya, terdapat beberapa keris yang telah siap dibina. Gambarkan suasana dalam bilik tersebut. Di kawasan luar dewan berlepas sebuah terminal lapangan terbang, kelihatan penumpang penumpang pesawat sedang bersiap sedia untuk memasuki bilik pelepasan. Ada antara mereka yang bersalam salaman dan melambai lambaikan tangan dengan ahli keluarga atau rakan-rakan mereka. Gambarkan suasana ini dengan memberi perhatian terhadap perspektif yang betul. Anda berada di sebuah kawasan yang ganjil. Terdapat beberapa makhluk asing yang menyerupai kura-kura sedang sibuk membawa tangkapan lembaga besar di atas sejenis kenderaan ajaib dan menuju ke arah tempat tinggal mereka. Kelihatan awan dan habuk berwarna warni berterbangan di hadapan pintu masuk. Langit di atas hampir ditutupi dengan asap yang berwarna kemerah merahan. Gambarkan suasana yang sungguh aneh ini. Di satu sudut padang bola yang lapang, seorang penjual sate sedang sibuk mengipas sambil merenjis sate dengan minyak masak di gerainya yang bertempat di bawah sepohon pokok besar. Matahari sudah terbenam dan langit kelihatan hampir gelap. Api menjulang dan asap bakaran naik ke udara. Terdapat beberapa orang pelanggan berkumpul di keliling gerai, menunggu bungkusan sate yang telah dipesan. Kereta mereka terletak di tepi jalan. Gambarkan keadaan ini. Sekumpulan wanita sedang berbual bual di hadapan sebuah rumah tradisional Melayu pada waktu tengah hari. Ada di antara mereka yang duduk di atas tangga dan ada yang berdiri di sisi tangga itu. Kelihatan beberapa pasang selipar berselerak di keliling kaki tangga. Di ruang hadapan, dua orang kanak kanak sedang asyik mengejar seekor ayam jantan. Gambarkan suasana berlengah lengah dan riang gembira ini. Seorang wanita tua yang bersanggul berbaju Melayu dan berkain sarung sedang memetik bunga dari sepohon pokok kecil di taman. Pokok kecil itu dikelilingi oleh tumbuhan tumbuhan bunga lain yang berwarna warni. Di latar juga kelihatan warna kehijau hijauan dari tumbuhan tumbuhan lain. Ekspresi wajah orang tua ini nampak tenang dan tenteram walaupun mukanya telah berkedut. Gambarkan suasana ini dari jarak dekat. Di tepi sebatang jalan yang sibuk di kota raya, beberapa orang pekerja sedang memasangkan sebuah papan iklan. Kelihatan dua orang pekerja sedang menaikkan papan iklan ke atas tiang dengan bantuan dua orang pekerja lagi yang berada di atas tangga. Di latar belakang, kelihatan bangunan tinggi dan rendah tersusun rapat antara satu sama lain dengan tompok tompok hijau tumbuhan di sana sini. Gambarkan suasana ini.

Pemandangan di hulu sungai pada waktu pagi. Kelihatan seekor burung sedang bertenggek di atas dahan pokok yang tumbang di tepi sungai. Terdapat juga beberapa ekor ikan berenang di celah-celah rumput yang tumbuh di dalam air yang jernih itu. Sinaran matahari mengakibatkan permukaan air sungai berkilau kilauan. Gambarkan suasana yang nyaman dan menyenangkan itu dari jarak dekat. Anda bersama seorang rakan telah menyelam ke dasar laut untuk membuat kajian kehidupan laut. Ketika anda sedang asyik meneliti sejenis tumbuhan ganjil yang beraneka warna dan jalinan, tiba tiba seekor ikan duyung muncul dari belakang tumbuhan itu. Anda amat terperanjat kerana ikan duyung itu mempunyai wajah yang sangat menakutkan dan badan yang ditumbuhi dengan duri duri yang tajam. Gambarkan keadaan ini. Gambarkan suasana di sebuah kebun rambutan dengan pohon pohon yang kelihatan kekuningkuningan atau kemerah-merahan kerana hasil buah rambutan yang sangat lebat. Di satu sudut kebun, kelihatan beberapa orang pekerja sedang memuatkan bakul-bakul buluh yang berisi buah rambutan ke atas lori yang sedang menunggu. Terdapat juga pekerja pekerja yang sedang memikul bakul buah ke arah lori tersebut. Catkan gubahan dengan memberi perhatian kepada pecahan ruang yang menarik. Suasana pasar pagi di desa. Kelihatan penduduk kampung sedang sibuk berulang alik dan berbolak-balik di lorong yang sempit antara gerai gerai beraneka bentuk dan susunan dengan barangan jualan yang berpelbagai jenisnya. Gambarkan keadaan riuh rendah dan hiruk pikuk antara penjual dengan pembeli itu. Suasana di bilik darjah. Kelihatan beberapa orang pelajar sedang bergurau senda sebelum guru masuk kelas dan memulakan pelajaran. Terdapat buku buku latihan dan teks serta alat tulis berselerak di atas meja dan beg sekolah di atas beberapa kerusi yang kosong. Papan hitam di latar juga penuh dengan tulisan nota yang belurn dipadamkan. Gambarkan keadaan ini. Pada musim kemarau, padi yang hampir masak telah layu dan sawah menjadi kering kontang. Di beberapa tempat kelihatan tanah yang merekah akibat cuaca yang panas dan kering itu. Di bawah sepohon pokok besar, seorang petani tua sedang merenung dan bertafakur tentang keadaan sawah yang mengecewakan dengan ekspresi wajah yang benar benar sedih dan sayu. Gambarkan situasi yang memilukan hati ini dengan memberi perhatian kepada bahagian ruang depan, ruang tengah, dan ruang belakang yang berkesan.

Anda begitu terkejut kerana buah termbikai yang anda beli telah berubah menjadi rumah yang didiami oleh biji-biji tembikai yang mempunyai kaki dan tangan. Lukis dari jarak dekat buah tembikai tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur jalinan,bentuk,ruang dan perspektif.

2)Sebuah tunggul kelapa di tepi pantai ditumbuhi pokok orkid yang sedang berbunga. Lukis dari jarak dekat tunggul kelapa dan pokok orkid dengan berlatarbelakangkan pantai dan laut.Penekanan hendaklah diberikan kepada unsur jalinan,bentuk,warna dan ruang.

3)Seorang budak lelaki sedang menyikat rambut seorang perempuan tua di dalam sebuah bilik.Perempuan tua itu duduk di atas kerusi yang menghadap tingkap sambil menatap wajah pada cermin yang dipegangnya. Lukis suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada keasan ruang, jalinan, dan warna.

4)Beberapa orang pelajar sedang memerhatikan pelbagai jenis ikan di dalam sebuah terowong akuarium. Lukis situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur jalinan,ruang,persepektif dan pencahayaan.

5)Anda telah menyertai perkhemahan PasukanPengakap sekolah anda di sebuah hutan rekreasi. Semasa perkhemahan tersebut,jerebu melanda kawasan perkhemahan anda.Ketika itu juga,cahaya matahari menjadi kekuningan-kuningan,manakala pokok-pokok di persekitaran tidak jelas kelihatan kecuali khemah anda. Gambarkan situasi tersebut dalam lukisan anda.Lukisan tersebut hendaklah memberikan penekanan kepada unsur jalinan,ruang,warna dan pencahayaan.

6)Seekor rusa sedang minum air di sebuah tasik. Di sekitar tasik ditumbuhi pokok-pokok renek. Lukis situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur ruang, bentuk dan jalinan.

Di tengah lautan sebuah kapal layar sedang berlabuh. Keadaan laut bergelora menyebabkan kapal tersebut ke kiri dan ke kanan mengikut alunan ombak. Gambarkan suasana tersebut dalam karya anda. 2 Di satu kawasan kolam ikan, seorang penternak ikan sedang menabur makanan ke dalam ikan peliharaanya. Pokok-pokok keladi dan tumbuhtumbuhan menghijau kelihatan mengelilingi kolam tersebut. Konsep ruang hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam karya anda. 3 Beberapa pekerja dari sebuah kebun sayur, kelihatan sedang memetik hasil tanaman mereka. Terdapat beberapa buah bakul telah diisi dengan

bermacam-macam jenis sayuran terhampar di tepi laluan. Gambarkan pemandangan tersebut dalam karya anda. 4 Di sebuah ruang tamu terdapat sebuah set sofa moden. Di bawah set sofa tersebut terhampar sehelai permaidani. Di atas sebuah meja kecil diletakkan sejambak bunga dan di dinding pula dihiasi dengan beberapa keping gambar hiasan. Lukiskan keidahan tersebut dalam karya anda. 5 Sebuah kapal angkasa telah mendarat di bumi. Kelihatan sinaran cahaya menyinari sekelilingnya. Tiba-tiba pintu kapal angkasa tersebut terbuka dan beberapa orang makhluk asing muncul di hadapannya. 6 Ketika askar-askar Portugis menyerang Negeri Melaka pada tahun 1511, rakyat Melaka berjuang bermati-matian untuk mempertahankannya. Walaubagaimanapun ramai di kalangan mereka melarikan diri, luka parah dan terkorban. Gambarkan kehebatan pertempuran tersebut dalam karya anda.

1. Lukiskan sebuah pemandangan yang menunjukkan sebatang sungai dengan airnya mengalir lesu. Di tepian sungai tersebut terdapat pokok-pokok kayu yang tumbuh rendang dan ada diantaranya yang daunnya berjuntai kedalam air. Lukisan anda hendaklah menunjukkan pembahagian ruang yang jelas dengan titik lenyap yang bersesuaian bagi melahirkan suasana nyaman dan indah. 2. Anda terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi bising dari ruang tamu rumah anda. Anda pun terus ke sana dan mendapati bahawa ahli keluarga anda yang lain sedang ditawan oleh sekumpulan manusia kerdil setinggi beberapa sentimeter dengan lengkap berpakaian perang. Gambarkan suasana yang mencemaskan itu. 3. Satu pemandangan sehari selepas majlis kenduri. Beberapa orang lelaki sedang membuka khemah dan beberapa orang wanita sedang sibuk mengemas. Kelihatan juga yang sedang minum dan berbual kosong. Periuk belanga yang besar masih lagi belum dicuci dan alatan lainnya seperti besen, pinggan mangkuk dan kerusi tersusun rapi di satu sudut untuk dipulangkan. Gambarkan suasana itu.

1. Beberapa orang kanak-kanak sedang mandi-manda di sebatang sungai sambil bermain-main dengan gembiranya. Kelihatan sepohon pokok yang rendang dahannya berjuntai di tepi sungai tersebut dan menjadi tempat kanak-kanak memanjat dan terjun. Terdapat juga sebuah pelantar kayu tempat membasuh pakaian.Suasana alam sekeliling yang sungguh indah dan permai

Lukiskan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada ruang, bentuk, jalinan dan keindahan persekitaran yang harmoni .

2. Satu pertandingan congkak telah diadakan sempena Hari kokurikulum di sekolah anda. Gambarkan suasana yang menunjukkan dua orang peserta sedang bersaing dalam permainan tersebut dari jarak dekat.

Penekanan hendaklah diberi kepada aspek komposisi, bentuk , jalinan dan ruang .

3. Dalam kegelapan angkasaraya, sebuah kapal angkasa berbentuk bujur telur sedang menghampiri sebuah planet berpermukaan seperti bulan. Kelihatan taburan bintang-bintang menyinari ruang angkasa.

Lukiskan gambaran tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang, jalinan, dan warna.

4. Sekumpulan serangga sedang mengerumuni dan menikmati makanan mereka di pangkal sebatang pokok yang ditumbuhi dengan kulat-kulat besar dan berwarna-warni.

Gambarkan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada aksi, bentuk, jalinan, ruang dan persekitaran yang berwarna-warni .

5. Suasana hampir senja, di pinggir sawah terdapat sebuah jentera pembajak tersadai. Kelihatan juga burung-burung berterbangan pulang ke sarang.

Lukiskan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang, komposisi dan warna.

6. Di ruang dapur sebuah rumah kelihatan barangan yang baru dibeli dari pasar seperti ikan, sotong dan sayur-sayuran di letakkan di atas meja.

Lukiskan gambaran tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan terhadap kesan garisan ,jalinan dan komposisi yang menarik

Anda mungkin juga menyukai