Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOMPLEKS MENGABANG TELIPOT

PEPERIKSAAN TOV 2019 TINGKATAN 4


PENDIDIKAN SENI VISUAL KERTAS 2

ARAHAN : KERTAS SOALAN INI MEMPUNYAI 6 SOALAN DAN SILA PILIH DAN JAWAB SATU
SOALAN SAHAJA . HASIL KARYA ANDA HENDAKLAH BERWARNA SAMADA DALAM BENTUK
LUKISAN ATAU CATAN.

1. Di tepi pantai berdekatan dengan sebuah gua, terdapat pelbagai jenis tumbuh tumbuhan
yang aneh tetapi cantik. Di tepi gua tersebut, beberapa ekor binatang liar sedang berehat.
Gambarkan suasana tersebut.

2. Anda sedang menyelam di dasar laut di sebuah pulau yang terkenal. Di dasar laut tersebut,
terdapat pelbagai jenis karang yang mempunyai bentuk yang aneh. Di dalam laut juga
terdapat pelbagai jenis hidupan laut yang berwarna warni. Anda terasa amat kagum dengan
pemandangan di dasar laut tersebut.
Gambarkan suasana berkenaan.

3. Sebungkus nasi lemak , secawan kopi panas, dan sepotong kuih tersedia di atas meja untuk
hidangan sarapan pagi.
Hasilkan karya anda dari jarak dekat dengan memberikan penekanan kepada
bentuk,ruang,jalinan,ton dan warna

4. Pertandingan menyanyi sedang diadakan di sebuah dewan. Kelihatan seorang peserta


sedang beraksi dan menyanyi lagu di atas pentas dewan yang penuh dengan sinaran cahaya
pelbagai warna.
Gambarkan suasana berkenaan dengan memberi penekanan kepada, sinaran cahaya di atas
pentas.

5. Anda berada di sebuah kawasan yang ganjil. Terdapat beberapa makhluk asing yang
menyerupai kura-kura sedang sibuk membawa tangkapan lembaga besar di atas sejenis
kenderaan ajaib dan menuju ke arah tempat tinggal mereka. Kelihatan awan dan habuk
berwarna warni berterbangan di hadapan pintu masuk. Langit di atas hampir ditutupi
dengan asap yang berwarna kemerah merahan. Gambarkan suasana yang sungguh aneh ini.

6. Seekor labah-labah memerangkap mangsanya yang terperangkap dalam sarangnya.


Gambarkan suasana yang cemas itu.

SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai