Anda di halaman 1dari 1

ARAHAN: Pilih satu soalan sahaja

1. Hasilkan catan permandangan sebuah kawasan terbuka dengan media cat air. Pilih
permandangan yang mudah untuk kesan catan yang efektif. Gunakan teknik campuran
basah atas basah dan basah atas kering. Perhatian perlu diberi kepada kesesuaian kadar
air dengan warna.

2. Gambarkan suasana ‘Hutan Rimba Tropika’. Gunakan gubahan warna harmoni untuk
menimbulkan suasana dan keadaan kawasan yang ditumbuhi oleh pokok-pokok liar.

3. Lukis dan warnakan satu permandangan yang menimbulkan kesan nyaman dan
harmoni. Titik beratkan prinsip rekaan kesatuan melalui susunan objek dan aplikasi
warna.

4. Hasilkan sebuah lukisan yang bertemakan alam flora. Lukisan tersebut mestilah
mengikut aliran realisme dengan memberi penekanan kepada jalinan, tona dan
kesatuan.

5. Hasilkan sebuah lukisan yang bertemakan alam benda. Lukisan tersebut mestilah
mengikut aliran ekspressionisme dengan memberi penekanan pada cahaya, warna dan
kontra.

6. Hasilkan sebuah lukisan yang bertemakan alam benda. Lukisan tersebut mestilah
berdasarkan aliran surialisme dengan memberi penekanan pada tona, ruang dan cahaya.

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh; Disemak oleh;


_____________________ __________________________
(EN MOHD ADANAN B MAT DAUD) (PN HARTINI BT RUSLI)
GURU PEND SENI VISUAL KETUA PANITIA PEND SENI VISUAL

Disahkan oleh;

___________________________

Anda mungkin juga menyukai