Anda di halaman 1dari 2

Arahan kepada calon

Pilih satu soalan sahaja

1. Kelihatan beberapa ekor lipas sedang menarik seketul ayam goreng menggunakan tali.
Mereka sedang bertungkus lumus dan berusaha sedaya upaya untuk membawa ayam
goreng tersebut ke dalam lubang yang berhampiran. Gambarkan situasi berikut mengikut
imaginasi anda.

2. Seorang lelaki berdiri menghadap pantai sambil melihat matahari terbenam. Kelihatan
beberapa ekor kuda berada di kawasan pesisir pantai di bawah pokok kelapa. Gambarkan
suasana berikut dengan menekankan penggunaan warna panas.

3. Didalam sebuah pinggan kelihatan nasi lemak berserta ayam goreng, telur rebus, hirisan
timun, kacang dan ikan bilis. Susunannya kemas dan kelihatan begitu menyelerakan.
Hasilkan karya anda dari jarak dekat dengan menekankan unsur jalinan.

4. Di dalam sebuah kedai kasut sukan kelihatan beberapa orang sedang sibuk memilih
kasut dan bercakap-cakap diantara satu sama lain. Terdapat pelbagai jenis kasut dalam
pelbagai warna di atas rak kedai tersebut. Gambarkan suasana berikut dengan memberi
penekanan kepada bentuk figura manusia.

5. Sekumpulan gajah sedang berendam di dalam sungai. Suasana sekitar begitu nyaman
dan tenang. Terdapat beberapa pokok besar di tepi sungai tersebut. Hasilkan karya anda
dengan memberi penekanan aspek jarak dan kadang banding yang betul.

6. Anda sedang berdiri di hadapan sebuah istana lama yang sangat besar dan cantik.
Kelihatan beberapa orang pengawal sedang berdiri dan mengawal istana tersebut.
Gambarkan suasana berikut.

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh: Diluluskan oleh:

Mohamad Fazarul Mohamad Zaki


Guru Mata pelajaran PSV
SULIT NAMA CALON
2611/2
PSV
TINGKATAN
JUN
2018
3 JAM

SMK DESA PETALING, KL

UJIAN SUMATIF 2 2018

PENDIDIKAN SENI VISUAL


TINGKATAN EMPAT
KERTAS 2
3 JAM

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan kepada calon:

1. Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang ditetapkan.
Tuliskan dengan terang Nama Penuh, Tingkatan dan Nombor Soalan, mengikut
susunan yang ditetapkan di sudut kanan sebelah atas muka hadapan kertas lukisan
anda.

2. Hasil kerja anda hendaklah asli dan dilarang membawa masuk sebarang contoh atau
lakaran ke dalam dewan peperiksaan.

3. Murid dinasihatkan membuat persediaan dan latihan di rumah.

4. Murid dikehendaki membawa semua peralatan dan bahan yang mencukupi semasa
peperiksaan. Semua warna dan alatan mestilah disediakan sendiri.

5. Pastikan meja anda dilapik dengan kertas surat khabar sebelum memulakan kerja.

6. Hasil kerja anda hendaklah memenuhi atau hampir memenuhi kertas lukisan
kecuali ruang 5 cm x 8 cm yang ditetapkan.

7. Anda bebas menggunakan apa-apa jua teknik kecuali teknik kolaj dan teknik
semburan atau asemblaj.

8. Hasil Karya anda hendaklah dalam bentuk 2D (Dua Dimensi) sahaja.

_____________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak

Anda mungkin juga menyukai