Anda di halaman 1dari 72

Kata Pengantar

Buku Asas Perubahan Iklim ini merupakan buku rujukan utama dalam siri Mari Selamatkan Bumi Kita. Buku-buku lain termasuklah Folio Hijau dan Panduan Seni Bunga Tekan. Buku Asas Perubahan Iklim ini telah direkabentuk khusus untuk memperkenalkan subjek dan konsep perubahan iklim kepada kanak-kanak di tahap sekolah rendah. Melalui buku ini kanak-kanak akan mengenali, mengamati, dan memahami bagaimana fenomena perubahan iklim berlaku. Buku ini menjelaskan proses dan konsep pemanasan bumi melalui ilustrasi menarik dan bahasa yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Melalui empat sahabat bumi Napu, Ton Ton, Gambi dan Obe, konsep pemanasan bumi dan proses serta kesannya kepada kehidupan di bumi disampaikan melalui dialog dan animasi. Napu, Ton Ton, Gambi dan Obe juga memperkenalkan amalan pengurangan jejak karbon, iaitu cara-cara untuk mengurangkan dan menghentikan aktiviti-aktiviti harian manusia yang boleh menjejaskan alam sekitar. Menarik dalam buku aktiviti ini juga adalah pendedahan kepada pendekatan amalan konsep R.O.S.E. dalam usaha mengurangkan jejak karbon harian, iaitu Reduce atau mengurangkan, Offset atau mengimbangi, Substitute atau menggantikan dan Enhance atau mempertingkatkan. Dengan amalan ini kanak-kanak boleh memantau perubahan amalan harian sendiri yang menjadikan mereka manusia yang lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar dan kesejahteraan bumi yang dicintai. Buku asas ini harus digunakan bersama dengan buku-buku yang tersenarai dalam siri Mari Selamatkan Bumi Kita

Isi Kandungan
Kata Pengantar Isi Kandungan Sahabat Bumi Bumiku Perubahan Iklim Pemanasan Global Gas Rumah Hijau Mari Selamatkan Bumi Kita Jejak Tapak Karbon Konsep R.O.S.E Konsep Mini Hutan Pengukuran Iklim Pengukuran Iklim (Aktiviti Sains Kendiri) Aktiviti Daftar Diri Sahabat Bumi Penghargaan 2 3 4 5-10 11-12 13 14-21 22 23-28 29-38 39-44 45-51 52-61 62-67 68 69

Saya Gambi Saya Obe

Saya Ton Ton

Saya Napu

Kawan-kawan apakah yang anda tahu tentang bumi kita?

Bumi adalah planet ketiga dalam sistem solar yang berpusatkan bintang matahari.

Bumi kita berusia kira-kira 4,600 juta tahun.

Bumi merupakan planet yang sangat istimewa. Terdapat pelbagai jenis hidupan haiwan dan tumbuhan yang hidup di bumi sejak beribu tahun lamanya.

Bumi kita ini dikelilingi oleh beberapa lapisan udara yang disebut atmosfera' atau udara. Matahari yang jauh lebih panas mengeluarkan haba yang menembusi atmosfera sehingga sampai ke permukaan bumi.

Atmosfera mengandungi gas seperti oksigen, karbon dioksida, nitrogen dan wap air. Dalam kehidupan, kita memerlukan oksigen untuk bernafas, air dan suhu yang bersesuaian. Sekian lama gas-gas tersebut wujud dalam jumlah dan nisbah yang seimbang untuk kelangsungan kehidupan.

Adakah anda tahu?


ipada gas: dara terdiri dar u Kandungan gas 8%) * Nitrogen (7 %) * Oksigen (21 .038%) rbon Dioksida (0 * Ka %) , dll.) * Wap air (0.4 n, argon, helium ir (Neo * Gas-gas nad dikit) tana (sangat se * Gas me

Tetapi saya risau tentang keadaan bumi kita. Diantara yang sungguh menyedihkan, banyak spesies hidupan yang telah dan hampir pupus disebabkan oleh aktiviti rakus manusia yang memusnahkan hutan dengan menebang dan membakar pokok.

Tempat tinggal aku dipenuhi air. Mana aku nak duduk lepas ni?

Kemusnahan hutan telah menyebabkan peningkatan kadar karbon dioksida di udara yang menjejaskan keseimbangan gas di atmosfera, seterusnya menyebabkan pemanasan bumi dan perubahan iklim.

10

Perubahan iklim adalah perubahan corak cuaca seperti : Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan iklim? 1. Peristiwa banjir meningkat 2. Aras air laut meningkat kerana pencairan ais 3. Hujan semakin kerap dan lebat 4. Kemarau yang berpanjangan

11

Adakah anda tahu?


k. Jumlah bih panas atau lebih seju Dunia ini boleh menjadi le atau bertambah. jan mungkin berkurangan dan kekerapan hu an banjir yang ebihan boleh mengakibatk Hujan yang berl benda, hasil gkin membinasakan harta teruk, yang mun ng tidak pan di bumi. Pola cuaca ya tanaman dan hidu lim. Salah satu dikatakan perubahan ik menentu inilah yang asan global. puncanya adalah peman

12

Apakah itu pemanasan global?

Pemanasan global adalah peningkatan purata suhu bumi. Ia boleh menyebabkan aras laut menaik yang juga boleh menenggelamkan pulau-pulau dan kawasan pesisir pantai yang rendah, memusnahkan harta benda, manusia, tumbuh-tumbuhan serta hidupan liar. Punca pemanasan global adalah pengaruh gas rumah hijau.

Rumah Hijau atau Rumah Kaca ialah tempat menanam tumbuh-tumbuhan dalam keadaan iklim yang terkawal.

13

Gas dari atmosfera yang menahan haba memasuki angkasa dikenali sebagai gas-gas rumah hijau. Antara contoh gas rumah hijau yang terdapat di atmosfera ialah gas karbon dioksida(CO2),metana (CH4) dan wap air.

C02

CH4

wap air

14

Wap air dalam udara Sumber gas karbon dioksida:

Contohnya pembakaran bahan api fosil industri dan pengangkutan

Gas metana: Contoh: 1. Sisa buangan semasa penghadaman makanan 2. Pembakaran terbuka

Adakah anda tahu?


Pengeluaran gas-gas rumah hijau di atmosfera perlu diimbangkan bagi memastikan keseimbangan suhu bumi.

15

Kandungan gas rumah hijau bergantung kepada aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti: 1. pembakaran bahan api fosil: arang batu, minyak petrol dan gas asli. 2. pelepasan karbon dioksida ke atmosfera dari sumber industri dan pengangkutan.

16

3. penebangan dan pembakaran pokok-pokok hutan dan pertanian juga turut menyumbang membebaskan karbon dioksida ke udara. Perubahan gas rumah hijau membawa kesan yang serius kepada bumi kita. Bertindaklah sebelum terlambat!

Adakah anda tahu?


Di Malaysia, jumlah gas rumah hijau telah meningkat dari tahun 2000-2007 berpunca daripada: sumber industri 30-40% pengangkutan 20% perubahan guna tanah terutamanya tapak pembersihan, penebangan dan pembakaran hutan 15%

17

Adakah anda tahu?


Contoh gas rumah hijau yang lain adalah chlorofluorocarbons (kloro-floro-karbons) atau singkatannya CFC, yang digunakan dalam aerosol (e-ro-sol), seperti dalam penyembur serangga dan juga peti sejuk.

Gas-gas ini amat berbahaya kerana sejumlah yang kecil pun sudah memadai untuk memerangkap haba daripada matahari. Lebih banyak gas rumah hijau di atmosfera, lebih banyak jumlah haba yang terperangkap. Ini akan menambahkan kepanasan bumi dan seterusnya mengakibatkan Pemanasan Global. Sekiranya kita terus menambahkan jumlah gas rumah hijau ke atmosfera, ia akan memberi kesan yang berbahaya kepada perubahan iklim bumi.

Bertindaklah sebelum terlambat!

18

Kesimpulannya di sini, kita hendaklah memastikan agar gas rumah hijau tidak meningkat di atmosfera.

Tepat sekali! Kawasan yang panas dan kering mungkin akan bertambah panas dan gersang manakala kawasan yang sejuk akan menjadi semakin sejuk. Penyakit berjangkit mungkin boleh merebak dengan lebih cepat. Kekerapan ribut, banjir dan kemarau akan bertambah pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana sahaja.

19

Adakah anda ta hu?

Suhu udara yang tinggi mengakibatkan pencairan ais di Greenland, di Kutub Utara dan Antartika, di Kutub Selatan. Di awal abad yang akan datang, aras laut dijangka meningkat, mungkin sebanyak 40 cm dan ini akan mengakibatkan banjir di kawasan pesisir dan pulaupulau yang rendah seperti di negeri Belanda dan Bangladesh, dan Pulau Fiji dan Samoa. Berjuta-juta manusia dan sejumlah besar haiwan dan tumbuhan mungkin menjadi mangsa banjir. Penduduk di Malaysia juga mungkin akan mengalami masalah ribut, kemarau dan banjir yang lebih kerap lagi. Suhu air laut yang lebih panas boleh mengakibatkan kepupusan pelbagai spesies karang, ikan dan haiwan lain yang hidup di laut.

20

Wahbegitu serius ke kesannya, Ton Ton?

Ya Perubahan cuaca akan mempengaruhi jenis tanaman yang ditanam di kawasan yang berlainan di dunia. Hasil tanaman seperti gandum hidup subur di kawasan yang mempunyai iklim sederhana, tetapi bagi tanaman yang lain seperti padi, jagung dan tebu, gagal ditanam akibat pengaruh kemarau.

Adakah anda tahu?


an bagi air sangat haja di dunia, perminta Di mana sa habitat haiwan cuaca dan suhu berubah, tinggi. Apabila n tumbuhTidak banyak binatang da juga terancam. kan diri dengan n yang boleh menyesuai tumbuha teruk. aca yang berubah dengan keadaan cu

21

Bagaimana kanak-kanak boleh menyumbang kepada pengurangan pemanasan global?

Banyak caranya. Salah satunya ialah dengan mengurangkan jejak ekologi atau dengan nama lain, jejak tapak karbon.

Berjalan kaki ke sekolah bagi jarak yang dekat atau naiklah basikal

22

Apakah yang dimaksudkan dengan jejak ekologi atau jejak tapak karbon?

Jejak tapak karbon ditakrifkan sebagai jumlah gas rumah hijau (karbon dioksida) yang dilepaskan ke atmosfera setiap tahun oleh seseorang, seisi rumah atau sesebuah bangunan.

23

Jejak ekologi adalah gambaran gaya hidup manusia. Jika penggunaan sumber asli dan bahan buangan adalah tinggi, maka besarlah ukuran jejak ekologi seseorang itu.

24

tah Adakah anda

u?

Hampir kesemua aktiviti kehidupan harian kita menyumbang kepada jejak tapak karbon. Ia termasuk pembakaran bahan fosil (arang batu, petrol), daripada pencahayaan , penggunaan kipas dan penghawa dingin di sekolah dan tempat kerja, sehinggalah kepada penggunaan kenderaan pergi dan balik sekolah.

25

Ton Ton, boleh tolong jelaskan dengan lebih terperinci tentang cara-cara yang boleh mengurangkan jejak tapak karbon?

1. Ubah cara pemakanan dengan mengurangkan makanan berdaging tetapi lebihkan makan sayursayuran dan bijirin. 2. Kurangkan penggunaan kereta. Gunakan kenderaan awam atau basikal ke sekolah. 3. Jimatkan penggunaan air dan elakkan pembaziran. 4. Kurangkan penggunaan tenaga. Tutup suis peralatan elektrik yang tidak digunakan (minta ibu/ bapa/ kakak/ abang untuk membantu).

26

5. Gunakan alat/perkakas yang boleh menjimatkan tenaga, misalnya dengan mencadangkan supaya ibu bapa menggunakan mentol lampu kalimantang. 6. Mengamalkan tabiat membeli dengan bijak bagi mengelakkan penambahan bahan buangan seperti polisterin, plastik dan pembaziran. 7. Jangan lupa membawa beg sendiri semasa membeli belah. Elakkan sama sekali daripada menggunakan beg plastik.

27

8. Tanam pokok samada besar atau kecil di perkarangan rumah atau sekolah kerana faedah penanaman pokok adalah sangat besar bagi mengurangkan kesan pemanasan bumi. 9. Contohi orang lain, pelajari dan ajarlah rakan-rakan berkenaan amalan mengurangkan jejak tapak karbon. 10. Mengamalkan konsep R.O.S.E. iaitu Reduce (Mengurangkan), Offset (Mengimbangi), Substitute (Menggantikan) dan Enhance (Meningkatkan).

28

Konsep R.O.S.E.? Apa maksudnya Gambi?

Konsep R.O.S.E merupakan amalan pengurangan jejak karbon, iaitu cara-cara untuk mengurangkan dan menghentikan aktiviti-aktiviti harian manusia yang boleh menjejaskan alam sekitar. R.O.S.E bermaksud: Reduce atau mengurangkan Offset atau mengimbangi Substitute atau menggantikan Enhance atau mempertingkatkan

29

untuk Reduce (Mengurangkan). Ini berkaitan dengan konsep 3R, iaitu mengitar semula bahan buangan, membuat kompos, iaitu menukar sampah / bahan buangan organik kepada baja.

Membuat kompos

Mengitar semula

30

PENGKOMPOSAN
Kompos ialah baja tanah gembur yang terhasil daripada sisa organik. Proses pereputan sisa organik dalam keadaan terkawal dinamakan pengkomposan.

Pengkompos ES unit rumah (EnviroSource Composter home unit) yang bersaiz sesuai untuk satu rumah atau lima penghuni, mengandungi kultur pengkomposan yang terdiri daripada beberapa jenis bakteria dan kulat yang telah disesuaikan untuk pengkomposan.

31

Pengkomposan ES telah direka bentuk supaya menghasilkan pengkomposan aerobik pada suhu 40-45C, iaitu 10-15C melebihi suhu sekeliling, dan keadaan lembap. Pada keadaan tersebut, sisa akan reput dan hancur menjadi kompos dengan isipadu jauh lebih sedikit daripada isipadu sisa asal. Dengan cara ini, pengkompos boleh terus diisikan dengan sisa. Baja kompos boleh diambil dari pintu bawah.

32

Zat-zat tumbuhan yang terdapat di dalam sisa telah termampat ke dalam baja kompos. Baja kompos ini juga bertindak sebagai tanah gembur yang menggumpalkan tanah pasir supaya tidak mudah kering, atau sebaliknya meleraikan tanah selut supaya air mudah mengalir dan tanah menjadi sesuai untuk tanaman. Pengkomposan aerobik tidak menghasilkan bau busuk sekiranya tidak diisikan dengan bahan toksik atau dijirus dengan air, serta pengkompos ditutup dengan sempurna. Marilah kita berkompos kawan-kawan.

Adakah anda tahu?


sa makanan an pengkomposan ES, si Dengan menggunak bil menyelesaikan kepada bahan baja sam boleh ditukar masalah pelupusan sisa.

33

Penghijauan Sekolah Menggunakan Baja Kompos


Pengkompos ES Sisa makanan dari kantin sekolah ditukar kepada baja kompos di dalam pengkompos yang direkabentuk khas supaya: - tidak melepaskan bau, wap dan haba. - menghalang kemasukan lalat, tikus dan lain-lain serangga. - menjana kompos yang hancur dan gembur dengan peningkatan suhu dalam pengkompos

Sisa yang dimasukkan ke dalam pengkompos dihancurkan dan distabilkan oleh mikroorganisma pengkomposan pada suhu suam di dalam pengkompos. Kompos hancur dan gembur terhasil. Kompos ini adalah baja dan penggembur tanah, yang lebih menyuburkan daripada tanah berbaja biasa (pasu nombor dua, ujian tanaman 34 serai).

untuk Offset (Mengimbangi)

Contohnya jika kita menebang pokok di sesuatu tempat, kita perlu menanam semula pokok di tempat lain untuk mengekalkan imbangan jumlah pokok.

35

S
Contohnya ialah:

untuk Substitute (Menggantikan)

a) Menggunakan lampu yang menjimatkan tenaga (lampu kalimantang). b) Menukar kepala pancuran hujan yang kurang menggunakan air walaupun semburannya seolaholah kita mandi dengan air yang banyak. c) Jangan gunakan plastik atau bekas styrofom/ polisterina untuk makanan/minuman. Sebaliknya gunakan bahan mesra alam seperti pinggan dan cawan kertas, daun pisang atau bahan-bahan lain yang boleh dikitar semula. Lebih elok jika kawankawan membawa bekas makanan sendiri dari rumah.

36

KATAKAN TIDAK KEPADA POLISTERINA

Hai kawan-kawan

37

untuk Enhance

(Mempertingkatkan) Menambahbaik
keadaan persekitaran di kawasan sekolah atau perkarangan rumah kita. Contohnya ialah menanam pokok bunga, mengadakan satu taman tumbuhan/ herba yang kecil. Persekitaran sedemikian bermanfaat dari segi mencantikkan kawasan sekolah dan rumah, malah dapat mengurangkan suhu persekitaran kita.

38

HUTAN HUJAN TROPIKA

Kawan-kawan tahukah bahawa hutan memainkan peranan yang penting kepada manusia dan haiwan. Selain daripada membekalkan sumber makanan, bahan perubatan dan produk hasilan hutan yang lain, hutan juga menyediakan tempat kediaman dan punca rezeki kepada mamalia, burung, reptilia, amfibia dan berbagai jenis haiwan invertebrata lain.

Dari segi ekologi pula, hutan memberi kesan penting kepada alam sekitar kerana dapat menampung curahan hujan dan menurunkan suhu udara di sekitarnya.

39

Di Malaysia hutan hujan tropika yang menerima banyak air hujan sepanjang tahun mempunyai struktur padat yang terdiri daripada beberapa lapisan atau strata, iaitu emergen (munculan), kanopi (silara), bawah kanopi dan lantai hutan. Emergen terdiri daripada pokok-pokok yang tertinggi sekali di hutan, yang muncul menjulang setinggi 50 meter.

40

Dari pandangan atas, kanopi hutan kelihatan seperti lautan hijau yang terhampar luas dan penuh dengan kehidupan. Lapisan ini menerima cahaya matahari yang penuh, oleh itu ia menghasilkan lebih banyak makanan berbanding lapisan di bawah.

Di hutan tertentu, lapisan kanopi amat tebal sehingga ia hampir membentuk bumbung menutupi hutan itu. Burung-burung, serangga dan mamalia yang makan buah-buahan, banyak hidup di aras kanopi hutan. Pokok epifit atau penumpang seperti paku-pakis, orkid, bromeliad dan sebagainya banyak hidup pada dahan-dahan kanopi ini.

41

Pada batang utama pokok juga terdapat banyak tumbuhan pepanjat, sama ada berbatang lembut seperti pokok keladi atau batang berkayu dan berakar yang berjuntaian dikenali sebagai liana.

42

Lapisan bawah kanopi pula terdiri daripada pokok-pokok yang lebih rendah dan kebanyakannya merupakan anak-anak pokok kanopi utama. Lapisan bawah kanopi juga membekalkan makanan dan tempat perlindungan kepada banyak jenis haiwan hutan.

Di lantai hutan pula terdapat banyak anak-anak cambah pokok kanopi, renik dan juga herba (iaitu tumbuhan kecil berbatang lembut, pakupakis dan rumput-rumpai). Lantai hutan adalah tempat kediaman haiwan hutan yang hidup di permukaan tanah, termasuklah haiwan kecil seperti serangga, tikus, ular, kura-kura, katak dan kodok, serta burung-burung yang bersarang di atas tanah, dan juga hidupan liar yang besar seperti beruang, babi hutan dan pelanduk. Struktur hutan yang padat ini dapat memerangkap air hujan, dan seterusnya melambatkan curahan hujan ke tanah. Pemintasan air hujan ini menghalang daripada hakisan tanah dan seterusnya banjir. Air yang turun ke tanah meresap dengan perlahan-lahan ke dalam tanah dan akhirnya mengalir sebagai anak sungai.

43

Kawan-kawan, kepentingan memelihara hutan sangat tinggi di kawasan tadahan air kerana air sungai merupakan bekalan air utama kepada manusia. Air sungai yang tersimpan di dalam empangan kemudiannya disalirkan ke loji rawatan dan seterusnya disalurkan ke kawasan bandar, perumahan dan kilang untuk kegunaan manusia dan pembangunan negara.

Adakah anda tahu?


rbon dioksida n banyak menyerap gas ka Hutan huja simpanan Jika hutan ditebang maka dari udara. akala penyerapan rbon akan terbebas, man biojisim ka proses fotosintesis gas karbon dioksida oleh tumbuhan) juga akan (pembentukan makanan dioksida (dan ka kepekatan gas karbon menurun. Ji perti metana) s rumah hijau yang lain se juga gas-ga ia akan menyerap gkat di atmosfera, maka terus menin i menyumbang haba dari permukaan bum lebih banyak ais di kutub, anasan global, pencairan kepada pem kesan buruk paras air laut dan kesanpeningkatan yang lain.

44

Kawan-kawan, bagaimana kita boleh tahu keadaan iklim di tempat kita?

Keadaan iklim di tempat kita boleh diukur dengan menggunakan peralatan khas yang lazim digunakan di stesen kajicuaca. Kita boleh tahu keadaan samada ia panas atau sejuk, kering atau lembap, angin yang kencang atau tenang, keadaan langit yang berawan dan mendung atau keadaan langit yang cerah, dan samada terdapat hujan atau tidak.

45

Antara alat pengukuran iklim yang biasa adalah:

1. TERMOMETER

Termometer ialah alat yang mengukur suhu udara. Kebanyakan termometer adalah suatu tiub gelas yang mengandungi cecair seperti raksa atau alkohol berwarna. Apabila udara di sekeliling tiub itu memanaskan cecair, raksa atau alkohol cecair itu akan mengembang dan naik ke dalam tiub. Skala suhu (dalam Celcius atau Farenheit) akan menunjukkan suhu udara yang sebenar pada ketika itu.

46

2. BAROMETER

Barometer ialah alat untuk mengukur tekanan udara. Tekanan udara yang tinggi menandakan keadaan yang kering dan panas, sementara tekanan yang menurun menandakan keadaan yang berhujan atau berangin kencang.

47

3. TOLOK HUJAN

Tolok hujan ialah sebuah alat untuk mengukur jumlah curahan hujan yang turun pada sesuatu tempoh masa, lazimnya dalam masa 24 jam.

48

4. PENUNJUK ANGIN

Penunjuk angin ialah suatu alat yang menentukan dari arah mana angin bertiup.

49

5. ANEMOMETER

Anemometer ialah sebuah alat untuk mengukur kelajuan angin. Terdapat empat mangkuk kecil yang menangkap angin dan memutarkan satu pengukur yang diletakkan bersama anemometer itu.

50

6. KOMPAS DAN TOLOK

Kompas ialah alat yang dapat mengukur arah tempat manakala tolok hujan pula ialah untuk menyukat air hujan. Tahukah kawan-kawan yang alat-alat ini boleh dibuat sendiri? Kami sebagai sahabat bumi akan mengajar kawan-kawan cara membuat tiga jenis alat untuk mengukur iklim, iaitu: 1. termometer untuk mengukur suhu 2. tolok hujan untuk mengukur jumlah air hujan 3. penunjuk arah angin untuk mengukur arah angin

51

Ikut arahan ini untuk membina satu termometer serta mempelajari tentang sifat cecair yang mengembang apabila panas dan mengecut apabila sejuk.

1. Termometer rekaan sendiri


Bahan-bahan yang diperlukan:

botol plastik lembut dan diisi air

straw berwarna cerah

plastisin

pewarna untuk mewarnakan air

pen penanda kalis air

52

Cara membuat termometer:

1
Isikan kira-kira setengah botol plastik dengan air dan campurkan beberapa titis pewarna makanan.

Tebuk tutup botol dengan menggunakan skrew supaya straw dapat menembusi lubang pada tutup botol itu.

3
Masukkan hujung straw sehingga lebih separuh memasuki air di dalam botol. Kukuhkan sekeliling straw dan bahagian atas botol dengan plastisin. Jangan kempiskan straw

itu.

53

Sedut udara dari dalam straw supaya air berwarna naik ke dalam straw melepasi penutup botol. Hati-hati, jangan tiup terlalu kuat sehingga air akan terpercik ke muka anda. Jika aras air dalam straw menurun, ini bermakna bahawa udara keluar. Pastikan tiada udara yang bocor keluar di bahagian yang telah diplaster. Jika terdapat buih dalam straw, masukkan dawai ke dalam straw dan enjut buih itu ke atas dan ke bawah untuk menyingkir.

Buat satu jadual yang menunjukkan skala suhu (dalam ukuran Celcius). Setiap selang tanda ukuran suhu perlu sama.

Letakkan skala suhu itu rapat di belakang straw supaya perubahan aras air dapat dilihat. Aras air akan bertambah disebabkan suhu air menjadi panas dan air mengembang pada siang hari.

54

2. Tolok hujan rekaan sendiri


Bahan-bahan yang diperlukan:

botol plastik lutsinar

gunting dan pembaris

pen penanda

pita pelekat

55

Cara membuat tolok hujan

Potong sebanyak empat sentimeter (cm) daripada hujung atas botol plastik. Kawan-kawan disarankan mendapat bantuan daripada ibu bapa atau guru untuk memotong botol ini.

2
Telangkupkan bahagian mulut botol itu ke dalam bekas botol plastik yang telah dipotong tadi.

4
Tolok hujan telah siap ditanda mengikut skala cm. Pita pelekat boleh dililit pada 3 bahagian atas botol yang telah dipotong untuk mengelakkan Tandakan selangan setiap sentimeter (cm) pada botol air jari anda daripada terluka atau cedera oleh hujung dengan menggunakan tepinya yang tajam. pembaris dan pen penanda.

56

5 Letakkan tolok hujan di tempat lapang yang tidak dihalangi pokok, dahan atau daun-daun pokok, juga jauh dari
apa-apa bangunan. Jika ada angin kencang, kukuhkan kedudukan tolok itu dengan kayu yang dipacak pada tanah.

6 getah. Catatkan berapa cm jumlah hujan yang terkumpul

Periksa tolok hujan itu setiap hari dan diikat dengan gelang setiap hari dalam sebuah buku. Pastikan bacaan hujan diambil pada waktu yang sama, misalnya pada pukul 7 atau 8 pagi setiap hari. Kosongkan atau tuangkan air hujan yang dikutip pada setiap hari supaya setiap bacaan yang diambil adalah tepat di samping mencegah pembiakan nyamuk.

3. Penunjuk arah angin rekaan sendiri


Bahan-bahan yang diperlukan:

sekeping kad (berukuran 9 cm dan 6 cm)

sekeping kad A4 yang dilukis arah petunjuk angin (U=utara, S=selatan, T=timur, dan B=barat)

straw

dawai kokot

pensel serta pemadam

57

jarum peniti

tanah liat atau plastisin

Cara membuat penunjuk arah angin:

Membuat anak panah 1) Buat satu garisan tengah yang memanjang pada kad supaya ia terbahagi dua. 2) Tandakan 3 cm dari hujung garis tengah. 3) Lukis garis lurus dari dua bucu kad supaya ia bertemu tiga segi seperti bentuk anak panah. Baki kad ini akan menjadi bahagian ekor anak panah.

2
Belah kedua hujung straw sepanjang 2 cm supaya ia boleh menjadi selit atau sepit bagi kepala dan ekor anak panah.

3 Lekapkan straw kepada

bahagian tengah kepala dan ekor kad anak panah.

58

4 Potong pangkal botol plastik

air mineral supaya ia pendek sedikit daripada batang pensel. Letakkan tanah liat atau plastisin di dalam bekas botol itu. Tikam pensel tegak lurus ke 5 dalam plastisin supaya pemadam di hujung atasnya dan pensel itu tetap kukuh tidak mudah tumbang jika ditiup angin.

6 Ukur straw dan cari titik

tengah diantara kepala dan ekor anak panah. Cucuk jarum peniti pada titik tengah straw yang mendatar supaya ia tembus kebahagian hujung pemadam. Penunjuk arah angin ini akan berpusing dengan mudahnya jika ada angin.

Gunakan kompas untuk menentukan arah kawasan anda. Jika anda menghadap ke arah utara, arah timur adalah di sebelah kanan anda dan arah selatan terletak di bahagian belakang anda.

59

8 Letakkan penunjuk arah

angin di atas kertas yang terlukis arah kompas, supaya ia akan sentiasa menunjuk pada arah tiupan angin. Jika anak panah itu berada di antara arah utara dan timur, ini bererti angin itu datangnya dari arah timur laut.

9
Anda sudah siap membina satu alat pengukur iklim yang dapat mengukur arah angin. Alat ini tidaklah terlalu tepat kerana ia tidak dapat mengukur kelajuan angin dengan terperinci. Ia hanya dapat menunjuk dari arah mana angin bertiup.

60

Rajah menunjukkan tiga jenis alat yang mengukur iklim yang boleh anda letakkan di perkarangan sekolah setelah dibina.

61

Aktiviti 1
Ujilah diri anda. Berikut adalah beberapa permainan untuk anda!

Susun semula huruf-huruf untuk mendapatkan jawapan yang betul. 1. Saya adalah sejenis gas rumah hijau. ATMEAN

2. Kejadian ini berlaku apabila gas-gas rumah hijau memerangkap haba dan mengakibatkan bumi menjadi panas. MENASAPNA BLOGLA 3. Keadaan ini mungkin berlaku di Malaysia sekiranya air batu di Antartika cair akibat suhu yang tinggi. JANBRI

4. Haiwan ini mungkin kehilangan habitatnya akibat kenaikan aras laut. RAGUEBN ROLAP

5. Anda boleh mengamalkan tabiat baik ini dalam penggunaan air mandian bagi mengurangkan pemanasan global. ARKTI AEMSLU

62

Aktiviti 2
Saya kurang pasti apa yang boleh dihantar ke Pusat Kitar Semula. Boleh anda bantu saya ? Bulatkan barangan yang boleh saya hantar ke pusat tersebut !

63

Aktiviti 3
Gambi, mari kita jawab soalan kuiz bersama. Baiklah. Ini dapat menguji lagi kefahaman kita.

Soalan-soalan kuiz di bawah adalah berdasarkan sesi informasi mengenai perubahan iklim. Warnakan bentuk di bawah jawapan yang betul.
1. Berapakah cara yang telah dinyatakan sebagai usaha mengurangkan kadar perubahan iklim ?
A. 5 B. 7 C. 8 D. 10

2. Yang manakah dua contoh gas rumah hijau ?


A. metana B. Oksigen C. Karbon dioksida D.Nitrogen

3. Dengan siapakah boleh anda berkongsi maklumat tentang masalah perubahan iklim yang semakin serius? I. Ibu bapa A. I dan II II. Ahli keluarga B. II dan III III. Rakan-rakan C. III dan IV IV. Orang yang dikenali D. I, II, III dan IV

64

4. Untuk mengurangkan pembebasan karbon dioksida melalui pembakaran petrol, saya boleh I. Menaiki kereta ayah A. I dan II B. II dan III II. Berbasikal C. II dan IV III. Menaiki jet D. III dan IV IV. Berjalan kaki

5. Satu aktiviti yang turut menyumbang kepada peningkatan kadar karbon dioksida di dalam atmosfera ialah A. menyiram pokok B. menebang pokok C. menanam pokok

6. Semasa tidak menggunakan komputer , saya perlu A. membiarkannya terpasang B. memasang mode standby C. memadam suis komputer

7. Saya boleh menjimat air dengan .. A. menutup paip semasa B. membasuh kereta memberus gigi setiap hari

C. mengambil masa yang lama ketika mandi

8. Kenaikan paras laut boleh mengakibatkan A. gempa bumi B. hujan lebat C. banjir

65

9. Langkah yang paling baik semasa bercadang untuk pergi membeli-belah ialah . A. membawa beg sendiri B. menggunakan beg plastik C. berkongsi kereta

10. Tiga perkara yang akan saya lakukan untuk mengurangkan pemanasan global mulai hari ini.
1. _________________________________________________________________________ 2. _________________________________________________________________________ 3. _________________________________________________________________________

66

Aktiviti 4
Lihat ulat beluncas. Warnakan nombor-nombor dengan warna hijau. Kemudian, tuliskan perkataan-perkataan yang ditemui di bawah setiap ulat beluncas.

R 4

E 7

D 1

U C 2 3

Perkataan:

R 5

E 3

U 1

E 8

Perkataan:

R 5

E 3

U 1

E 8

Perkataan:

67

Kawan-kawan, marilah menjadi sahabat bumi seperti kami. Daftarlah diri kawan-kawan di alamat: http://pkukmweb.ukm.my/greenROSE/ index.php dan selepas itu turuti langkah-langkah seperti dibawah ini: 1) Tekan menu Pendaftaran ahli Green ROSE dan isikan maklumat diri anda. 2) Tekan butang Register Selepas itu, anda sudah berjaya menjadi sahabat bumi seperti kami.

68

Penghargaan
Kami sidang pengarang ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggitinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga bagi menjayakan penerbitan buku Asas Perubahan Iklim Mari Selamatkan Bumi Kita ini.

Universiti Kebangsaan Malaysia UEM Land Holdings Berhad Nic Perubahan Iklim Pusat Pencerapan Bumi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

Sekian

Sidang pengarang Buku Asas Perubahan Iklim Projek Green ROSE

Hazita Azman Jamilah Mustafa Mastura Mahmud Nurulhuda Zulkifli

69

Copyright, UKM @ 2011 All rights reserved, including the right of reproduction in whole or in part in any form

Anda mungkin juga menyukai