Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ELOPURA (BESTARI PERDANA)

PENILAIAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 (2018)

PEND. SENI VISUAL KERTAS 2 (SENI HALUS) 2 JAM 30 MINIT

ARAHAN:

 PILIH SATU SOALAN SAHAJA

 KARYA ANDA HENDAKLAH DI WARNAKAN MENGGUNAKAN MEDIA BASAH

 PEMOTONGAN MARKAH 80% AKAN DI KENAKAN KEPADA KARYA YANG TIDAK BERWARNA

1. Pada musim kemarau, padi yang hampir masak telah layu dan sawah menjadi kering kontang. Di beberapa
tempat kelihatan tanah yang merekah akibat cuaca yang panas dan kering itu. Di bawah sepohon pokok besar,
seorang petani tua sedang merenung dan bertafakur tentang keadaan sawah yang mengecewakan dengan ekspresi
wajah yang benar benar sedih dan sayu. Gambarkan situasi yang memilukan hati ini dengan memberi perhatian
kepada bahagian ruang depan, ruang tengah, dan ruang belakang yang berkesan.

2. Pemandangan di hulu sungai pada waktu pagi. Kelihatan seekor burung sedang bertenggek di atas dahan
pokok yang tumbang di tepi sungai. Terdapat juga beberapa ekor ikan berenang di celah-celah rumput yang tumbuh
di dalam air yang jernih itu. Sinaran matahari mengakibatkan permukaan air sungai berkilau kilauan. Gambarkan
suasana yang nyaman dan menyenangkan itu dari jarak dekat.

3. Di atas sebuah meja terdapat beberapa ketul kuih pelbagai jenis di dalam pinggan, sebuah jug berisi air dan
gelas minuman untuk sarapan pagi. Gambarkan situasi ini dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada
bentuk , jalinan dan ruang.

4. Seorang wanita tua yang bersanggul berbaju Melayu dan berkain sarung sedang memetik bunga dari
sepohon pokok kecil di taman. Pokok kecil itu dikelilingi oleh tumbuhan tumbuhan bunga lain yang berwarna
warni. Di latar juga kelihatan warna kehijau hijauan dari tumbuhan tumbuhan lain. Ekspresi wajah orang tua ini
nampak tenang dan tenteram walaupun mukanya telah berkedut. Gambarkan suasana ini dari jarak dekat.

5. Satu pertandingan layang-layang atau wau sedang diadakan di padang sekolah. Lukis dari jarak dekat aksi
beberapa peserta yang bertanding dengan memberi penekanan kepada bentuk figura dan ruang.

Di Sediakan Oleh, Disemak Oleh, Di Sahkan Oleh,


_______________ _________________ ___________________
(ASLAN B SELLANG) (ASLAN B SELLANG) (ERWAN B ABD JALIL)
GURU SUBJEK KP PSV KB KEMANUSIAAN

Anda mungkin juga menyukai