Anda di halaman 1dari 3

SMK SUNGAI MERAH, SIBU

MINIT MESYUARAT
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL KALI KEDUA
2021

TARIKH : 07 SEPTEMBER 2021


HARI : SELASA
TEMPAT : GOOGLE-MEET
MASA : 2.30 – 3.30 PETANG

KEHADIRAN:
1. Pengerusi : Neng Mariana Binti Mahmud
2. Pencatat minit : Siti Hanizah Bt Mohamad Hashim
3. Ahli-ahli : Sebah Ngabong
Sim Hui Lian
Sharifah Rodziah Binti Wan Mohammad

AGENDA MESYUARAT

1.0 UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua anggota Panitia


Pendidikan Seni Visual dan mengucapkan terima kasih kerana menghadiri
Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual kali kedua bagi tahun 2021.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU

Minit mesyuarat yang lalu telah disahkan oleh cikgu Sebah dan disokong
oleh cikgu Sim Hui Lian.
3.0 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL DUA (AR3)

Pengerusi memaklumkan bahawa peperiksaan pertengahan penggal 2


adakan dalam masa 2 minggu akan datang. Pengerusi berharap semua
guru telah menggubal kertas peperiksaan masing-masing mengikut giliran
dalam jadual yang telah dikeluarkan pada awal tahun. Diharap juga
semua guru menggunakan masa yang diberikan selepas ujian dengan
sebaik mungkin untuk menyemak kertas ujian dan memuatnaik markah
murid masing-masing sebelum tarikh yang telah ditetapkan oleh
setiausaha peperiksaan dalaman.
Tindakan: Guru-guru PSV

4.0 KERJA KURSUS TINGKATAN LIMA

Pengerusi memaklumkan bahawa kerja kursus Tingkatan 5 telah bermula


pada bulan Julai yang lepas dan sekarang calon-calon SPM sedang
menyiapkan folio masing-masing secara dalam talian. Diharap guru-guru
tingkatan lima dapat memantau perkembangan kerja kursus murid
tingkatan 5 secara aktif untuk memastikan kerja kursus dapat disiapkan
dalam tempoh masa yang telah ditetapkan

Tindakan: Guru PSV Tingkatan 5

5.0 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

Pengerusi meminta jasa baik guru-guru untuk menyiapkan data-data band


setiap murid yang diajar dan menghantar data-data tersebut kepada
Penyelaras PBD sekolah, Cikgu Tang Lee Zing (menengah rendah) dan
Cikgu Robaya(menengah atas) sekiranya diminta. Pengisian tapak Punca
dan Intervensi bagi murid yang belum mencapai Band juga harus diisi dan
diberikan kepada Ketua Panitia untuk digabungkan.

Tindakan: Guru-guru PSV


6.0 HAL-HAL LAIN

Pengerusi mengumumkan baki peruntukan untuk tahun 2021 adalah


sebanyak RM365.19 selepas pembelian alatan dan bahan untuk kerja
kursus murid tingkatan 5. Jadi, baki lebihan itu, khas untuk belanja
mencetak kertas peperiksaan yang akan datang.

7.0 PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang. Mesyuarat berikutnya


akan dilakukan pada satu masa yang akan dimaklumkan kelak.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.................................... .........................................
(SITI HANIZAH) (NENG MARIANA MAHMUD)
Penolong Ketua Panitia PSV Ketua Panitia PSV

Anda mungkin juga menyukai