Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROJEK KESENIAN
ANJURAN BERSAMA PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL &
PANITIA PENDIDIKAN MUZIK 2022

1. PENDAHULUAN

Projek Kesenian merupakan aktiviti gabungan diantara Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.
Pengubahsuaian dari segi objektif dan matlamat, menambahkan lagi keseronokan murid dengan adanya
kepelbagaian aktiviti dalam Projek Kesenian. Projek kesenian merupakan anjuran bersama Panitia
Pendidikan Seni Visual dan Panitia Muzik. Perbelanjaan bagi projek ini juga menggunakan PCG Panitia
Pendidikan Seni Visual dan Panitia Muzik seperti yang telah dipersetujui oleh panitia masing-masing.

Projek kesenian ini dijalankan dua kali setahun, iaitu pada pertengahan dan diakhir tahun dimana
semua karya murid yang terbaik dipamerkan. Selain itu murid-murid juga membuat persembahan dengan
mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari dari awal tahun sehingga pertengahan tahun.

Aktiviti sebegini menarik minat murid dalam bidang kesenian, dapat menambah keyakinan diri
murid serta meningkatkan kerjasama sesama murid dan guru.

2. MATLAMAT

Melahirkan murid berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang kesenian bagi mengembangkan
potensi diri sebagai insan yang harmonis, kritis, kreatif dan inovatif, serta mempunyai kesedaran
terhadap estetik kesenian dari pelbagai budaya seterusnya meningkatkan rasa kesyukuran terhadap
Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa.

3. OBJEKTIF

i. Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni menerusi aktiviti kesenian;


ii. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran seni visual dan muzik dalam menjayakan persembahan;
iii. Menghasilkan karya seni dengan menggunakan pelbagai sumber dan teknologi;
iv. Menghayati dan menghargai nilai estetik seni dari pelbagai karya; dan
v. Mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti kesenian.

1
4. PELAKSANAAN

Tempoh : 1.11.2022 hingga 25.11.2022 (4 minggu)

Masa : Waktu Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual

Tempat : Kelas masing-masing

5. PENYERTAAN

Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6.

6. AKTIVITI

Persembahan - Murid membuat persembahan menggunakan prop. Murid dikehendaki merakam video
pendek dan hantar kepada guru muzik atau guru seni kelas masing-masing.

7. JAWATANKUASA KERJA

Penasihat :
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Setiausaha :
AJK :
(Guru Muzik)
(Guru Seni) :

2
8. PERBELANJAAN

Perbelanjaan ini menggunakan PCG Panitia Pendidikan Seni Visual dan Panitia Pendidikan
Muzik.

Harga
Bil Item Kuantiti Jumlah PCG
Seunit
Kertas Manila Kad - Flourescent
1. 100 RM 1.20 RM 120.00
Colour
Warna Kayu- Stabilo Jumbo 12
2. 60 RM 6.30 RM 378.00
warna pendek

3. Blue Tape - Faber Castell Kecil 6 RM 4.00 RM 24.00 Perbelanjaan


dibahagi sama
rata antara
4. Gam Putih 40ml 30 RM 0.80 RM 24.00
Panita Muzik
dan Panitia
Seni Visual
5. Tape - Seloptape 1 inci 12 RM 1.30 RM 15.60

Marker - Whiteboard - Yosogo 509


6. 30 RM 1.50 RM 45.00
hitam/biru

JUMLAH RM 606.60

Sumber Kewangan:

8.1. Peruntukan PCG Pendidikan Seni Visual Teras RM


8.2. Peruntukan PCG Pendidikan Muzik Teras RM

9. KESIMPULAN

Semoga dengan adanya program seperti ini dapat menarik minat murid mendalami bidang kesenian.
Selain memberikan fokus dalam bidang akademik kedua-duanya dapat diseimbangkan selaras dengan
falsafah pendidikan negara.

Anda mungkin juga menyukai