Anda di halaman 1dari 6

SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 1

Pilih satu soalan sahaja: 1. Lukis sebuah kereta mainan yang anda impikan dan warnakan. 2. Hasilkan topeng mata dan hiaskan topeng tersebut. 3. Lukis seekor ikan hiasan yang cantik dan berwarna-warni sedang berenang. 4. Membuat corak berulang daripada bentuk-bentuk geometri dan warnakan. 5. Lukis pemandangan beberapa ekor rama-rama berterbangan di sejambak bunga.

SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 2

Pilih satu soalan sahaja: 1. Membuat corak hiasan dinding menggunakan corak bunga-bungaan. 2. Buat kad ucapan SELAMAT................ kepada sahabat anda. 3. Lukis suasana hidupan laut dan warnakan. 4. Bina sebuah penanda buku yang bertemakan MALAYSIA BOLEH dan warnakan. 5. Lukis sebuah layang-layang dengan rekaan corak yang menarik. 6. Lukiskan gambar sebuah rumah kampung diperbuat daripada papan. 7. Hasilkan topeng muka makhluk asing atau badut dan hiaskan topeng tersebut.

SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 3

Pilih satu soalan sahaja: 1. Hasilkan corak berulang / berselang seli dengan menggunakan teknik stensilan. 2. Lukiskan suasana kehidupan haiwan di zoo dan warnakannya. 3. Lukiskan seekor kuda kepang dan hiasinya dengan corak supaya kelihatan menarik. 4. Membuat corak berulang dengan menggunakan teknik resis. 5. Membuat sebuah kad ucapan hari jadi yang paling kreatif. 6. Lukis seekor haiwan fantasi.

SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 4

Pilih satu soalan sahaja: 1. Bina topeng muka ( haiwan, manusia atau kartun ) yang menarik dan berwarna-warni. 2. Lukis sebuah poster bertemakan One Malaysia 3. Lukis corak kain batik yang dipakai oleh ibu kamu menggunakan teknik resis. 4. Lukis sebuah pemandangan di taman permainan dan warnakan. 5. Membuat kolaj buah-buahan tempatan yang anda gemari dari kertas suratkhabar dan majalah. 6. Buat sebuah kotak hadiah yang berbentuk bebas dan hiaskannya.

SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 5

Pilih satu soalan sahaja: 1. Kamu dikehendaki membuat sepasang model origami burung dan menghiasinya sekali. 2. Anda dikehendaki melukis beberapa orang sedang memancing ikan di tepi sungai.. 3. Lukis corak yang berulang-ulang menggunakan teknik stensilan ATAU gosokan supaya kelihatan menarik . 4. Hasilkan satu montaj bertemakan sukan. 5. Hasilkan model wau dengan hiasannya. 6. Hasilkan satu kad ucapan bersempena hari lahir dengan menggunakan teknik tampalan supaya kelihatan cantik dan menarik.

SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 6

Pilih satu soalan sahaja: 1. Hasilkan satu corak separa jatuh menggunakan teknik capan ( capan menggunakan ubi kentang dan sebagainya ) 2. Lukiskan suasana perarakan kenderaan berhias yang berwarna-warni sempena WARNA-WARNI MALAYSIA 2009 3. Buatkan satu model BONEKA yang anda ketahui dan hiasinya dengan corak yang berwarna-warni. 4. Buat satu lukisan suasana seorang angkasawan Malaysia di angkasa lepas . 5. Buat satu poster bertajuk One Malaysia dengan menggunakan pelbagai media. 6. Hasilkan corak batik yang bermotifkan cengkerang secara berulang-ulang menggunakan teknik resis.

Anda mungkin juga menyukai