Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

KARNIVAL CATUR ANTARA KELAS


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT MALURI,
KUALA LUMPUR
2017

ANJURAN :
UNIT SUKAN SKTBM

TARIKH :
20 NOV 2017 (ISNIN)

TEMPAT :
PUSAT SUMBER SKTBM

PESERTA :
64 ORANG MURID TAHUN 4 DAN 5
KERTAS KERJA
KARNIVAL CATUR ANTARA KELAS
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT MALURI,
KUALA LUMPUR
2017

PENDAHULUAN

Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan


yang turut menumpukan pembangunan di bidang sukan di samping kecemerlangan bidang
akademik. Sukan merupakan aktiviti yang dapat menyatukan murid-murid yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Di samping itu tumpuan terhadap sukan ini akan dapat meningkatkan
kcemerlangan sekolah di bidang sukan tersebut. Ini secara tidak langsung akan dapat melahirkan
pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani dan emosi sesuai dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Penghayatan semangat kesukananan secara tidak langsung akan bertindak
sebagai pemangkin kepada perpaduan dalam masyarakat.

Dengan kesedaran tentang betapa pentingnya peningkatan mutu sukan maka pihak Unit
Sukan SK Taman Bukit Maluri melalui Kelab Catur merancang menganjurkan ”Karnival Catur
Antara KELAS”. Oleh itu bakat catur dalam kalangan murid akan dapat dikenalpasti sejak di
bangku sekolah lagi.

OBJEKTIF
1. Mendedahkan murid betapa pentingnya bidang sukan dan permainan untuk melahirkan
pelajar yang cerdas minda dan cergas fizikal.
2. Mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi fizikal,
jasmani dan emosi.
3. Mengasah bakat untuk diketengahkan bagi mewakili sekolah dalam bidang sukan dan
permainan
4. Hasrat murni untuk melihat warga pelajar bersatupadu tanpa mengira kaum dan agama.
SASARAN:
64 orang murid tahun 4 dan 5 yang terlibat dalam catur.
1. 16 orang peserta lelaki Tahun 4 (4 orang wakil setiap kelas)
2. 16 orang peserta perempuan Tahun 4 (4 orang wakil setiap kelas)
3. 16 orang peserta lelaki Tahun 5 (4 orang wakil setiap kelas)
4. 16 orang peserta perempuan Tahun 5 (4 orang wakil setiap kelas)

TEMPAT:
Pusat Sumber SK Taman Bukit Maluri

TARIKH:
20 NOV 2017 ( ISNIN )

MASA: 8.15 pagi hingga 12.30 tengahari

ATURCARA

7.30 PAGI - PENDAFTARAN PESERTA


8.00 PAGI - TAKLIMAT KEPADA PESERTA
8.15 PAGI - PERMAINAN CATUR BERMULA
- ACARA INDIVIDU
- ACARA KUMPULAN
11.30 PAGI - MINUM PAGI / REHAT
12.00 TGH - PENUTUP
12.30 TGH - BERSURAI
CARTA ORGANISASI
KARNIVAL CATUR ANTARA KELAS SKTBM 2017

PENASIHAT
Pn. Maznon Bt Hj. Sidin
(Guru Besar SKTaman Bukit Maluri)

PENGERUSI
En. Mohamed Rasul bin Sallehudin
(Penolong Kanan Kokurikulum)

PENYELARAS
EN. BURHANUDDIN BIN AHMAD
( S/U Sukan )

SETIAUSAHA
EN. MOHD HOSPI YAZID B. MD ZAHID

BENDAHARI
PN. CHEONG OI LAI

AHLI JAWATANKUASA

P. A Sistem
EN. AMIRUL

Persiapan Tempat
EN. MOHD IZHAN SYAFIQ

Dokumentasi
PN. SITI AZIDAH

Jurufoto
EN. BAIHAQI BIN ISHAK

Ketua Hakim (Arbiter)


EN. Mohd Hospi Yazid B. Md Zahid
ANGGARAN PERBELANJAAN
KARNIVAL CATUR ANTARA KELAS
PERINGKAT SK TMN BKT MALURI 2017

BIL PENDAPATAN RM RM
540.00
1 PERUNTUKAN -
BANTUAN SUKAN SEKOLAH

JUMLAH 540.00

BIL PERBELANJAAN RM RM

1 HADIAH (INDIVIDU) 4.00 16.00


- MEDAL JOHAN (4 SET) 4.00 16.00
- MEDAL N.JOHAN (4 SET) 4.00 16.00
- MEDAL KETIGA (4 SET)

2 HADIAH (KUMPULAN) 4.00 64.00


- MEDAL JOHAN (16 SET) 4.00 64.00
- MEDAL N.JOHAN (16 SET) 4.00 64.00
- MEDAL KETIGA (16 SET)

3 ANALOG CHESS CLOCK 150.00 300.00


( 2 UNIT )

JUMLAH PERBELANJAAN 540.00


PENUTUP

Institusi pendidikan seperti sekolah adalah takungan yang penting untuk memproses dan
melahirkan pelajar-pelajar yang cergas minda serta berakhlak mulia yang menghayati nilai-nilai
murni . Kejayaannya juga amat bergantung kepada kerjasama guru, kakitangan sekolah, pelajar
dan ibu bapa.

Oleh itu ianya perlu dipupuk dan diperkukuhkan dari masa ke masa. Akhlak mulia perlu

diperkayakan supaya ianya terus bersambung dari satu generasi ke generasi yang lain. Semoga

dengan kerjasama dari semua pihak akan menjayakan karnival ini ini seterusnya melahirkan

golongan pelajar yang berdisiplin dan mempunyai sahsiah diri yang jitu serta berakhlak mulia.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................................ ...............................................................
(MOHD HOSPI YAZID B. MD ZAHID) (MOHAMED RASUL B. SALLEHUDIN)
Setiausaha,
Karnival Catur Antara Kelas,
SK Taman Bukit Maluri KL

Anda mungkin juga menyukai