Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

TARIKH : 29, 30 & 31 JANUARI 2018

TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL,

BORNEO SPORT ARENA, KOLOMBONG

ANJURAN : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU

KELOLAAN: SK TEBOBON

DI BAWAH PENGURUSAN:

KELAB SUKAN DAN PERMAINAN BOLA BALING

SRK LOK YUK, LIKAS


KERTAS KERJA PENYERTAAN
PASUKAN BOLA BALING LELAKI / PEREMPUAN SRK LOK YUK LIKAS
KEJOHANAN BOLA BALING MSSD (SR) DAERAH KOTA KINABALU
2018

1. PENDAHULUAN

‘Melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, rohani dan intelek’
merupakan salah satu intipati dalam Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan
kepentingan perkembangan murid dari pelbagi aspek secara holistik. Seiring dengan
matlamat ini, pihak sekolah telah merancang pelbagai aktiviti berkaitan bagi
menghasilkan murid yang berkeyakinan, berupaya untuk memperkembangkan
potensi diri, di samping mampu mengekalkan konsep berdaya saing secara positif
serta mampu bekerja secara berpasukan.

2. RASIONAL

Seiring dengan nilai 1Malaysia yang di antaranya adalah untuk memupuk budaya
kecemerlangan dan ketabahan maka penyertaan dalam pertandingan bola baring ini
sebagai salah satu inisiatif pihak sekolah dalam memperkasakan nilai-nilai positif
dalam diri murid.

3. OBJEKTIF

• Untuk melahirkan murid yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal serta
berkualiti tinggi dalam aspek perkembangan potensi diri.

• Menyemai semangat kerjasama dan berpasukan di mana murid didedahkan nilai


bekerjasama, berdaya saing secara sihat dan mampu menerima kekalahan
secara positif.

• Mengesan bakat-bakat murid yang berpotensi dalam bidang sukan permainan


untuk mewakili sekolah dan ke peringkat yang lebih tinggi.

• Memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada para murid dalam arena


sukan agar mereka boleh mengaplikasikannya di masa hadapan.

• Memberikan pengalaman serta pengetahuan kepada guru-guru dalam tatacara


pengendalian sukan dan permainan serta menyemai semangat bekerjasama
yang jitu.

4. TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas kerja ini diadakan bagi memohon peruntukan kewangan bagi menampung
kos-kos penyertaan dan perbelanjaan sepanjang pertandingan ini diadakan.
Penyertaan pasukan sekolah adalah di bawah kelab dan untuk menyertai
pertandingan ini, kami berharap agar pihak sekolah dapat menyalurkan sumber
kewangan untuk pasukan ini.

5. PELAKSANAAN

2
5.1 Tarikh : 29, 30 & 31 JANUARI 2018

Tempat : GELANGGANG FUTSAL,

BORNEO SPORT ARENA, KOLOMBONG

Anjuran : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU

Kelolaan : SK TEBOBON

5.2 BILANGAN MURID TERLIBAT

Pasukan Perempuan : 12 Orang

Pasukan Lelaki : 12 Orang

JUMLAH : 24 Orang

5.3 BILANGAN GURU TERLIBAT: 5 Orang

5.4 AHLI JAWATANKUASA KERJA

Pengurus Pasukan : Azlie Bin Ibrahim

Guru Pengiring : Corina S. Binting

Suryamegawati Binti Hj Sutajil

Jurulatih : Azlie Bin Ibrahim

Corina S. Binting

AJK Bertugas Guru

 Dokumen / Peralatan Pemain : Corina S. Binting


 Kebersihan & Disiplin Pemain : Suryamegawati Binti Hj Sutajil
 Pengangkutan / Kertas Kerja & Laporan: Nooraidah Binti Hj Ahmad
 Makanan dan minuman : Dg Afsah Binti Hj Moksin

6. ANGGARAN PERBELANJAAN

3
BIL PERKARA JUMLAH
01. Yuran penyertaan dan pendaftaran RM94.00
Kejohanan Bola Baling Lelaki / Perempuan
Peringkat MSSD Kota Kinabalu 2018
(RM47 x 2 pasukan)
02. Yuran pengadil RM30.00

03. Makan dan Minum murid seramai 24 orang selama 3 Hari. RM480.00
Sarapan : Nasi goreng dan air milo
Makan Tengahari : Nasi, 2 lauk dan sirap
Kuih-Muih
Buah pisang
(RM10 x 24 orang x 2 hari)
04. Air Mineral (untuk murid seramai 24 orang murid selama 3 RM48.00
hari)
(RM1 x 24 orang x 2 hari)
05. Air minuman 100 Plus (untuk murid seramai 24 orang murid RM163.20
selama 3 hari)
(RM1.70 x 24 orang x 2 tin x 2 hari)
Pengangkutan pergi dan balik seramai 24 orang murid selama RM200.00
3 hari
(RM100 x 2 hari)
JUMLAH RM1015.20

7. PENUTUP

Saya mewakili Kelab Sukan dan Permainan Bola Jaring mengharapkan agar kertas
kerja ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak
tuan. Majulah Sukan untuk Negara.

DISEDIAKAN OLEH:
___________________________
(AZLIE BIN IBRAHIM) Tarikh:
Guru Penasihat Kelab Bola Baling
SRK LOK YUK LIKAS

DISEMAK OLEH:
__________________________
(SARIH@ASIRUN BIN BIATAN) Tarikh:
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
SRK LOK YUK LIKAS

DISAHKAN OLEH:
__________________________
(LIUH BIN GINDONG) Tarikh:
Guru Besar
SRK LOK YUK LIKAS

Ulasan Guru Besar:

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

4
LG/SB/AI/na 2018

Anda mungkin juga menyukai