Anda di halaman 1dari 1

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)

KAMPUNG ASAJAYA ULU


94600 ASAJAYA
SARAWAK.
Ruj.Kami : 02/jkkk/kau/22-23/23/14( )
Tarikh : 07 JUN 2023

KETUA KAUM
KAMPUNG ASAJAYA ULU
DAERAH ASAJAYA

Tuan,

MEMOHON PENYAMBUNGAN JALAN BERBATU SEPANJANG 700 METER DI KAWASAN ULU PERTANIAN
KAMPUNG ASAJAYA ULU

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, pekebun kecil nanas amat memerlukan jalan ini seberapa segera yang
mungkin. Ini kerana jalan pertanian sedia ada adalah tanah gambut, tidak dapat ataupun sukar dilalui
oleh pekebun kecil untuk membawa hasil pertanian keluar untuk dijual dan hal ini amat merugikan
pekebun kecil untuk memasarkan produk pertanian mereka ke Pekan Asajaya.

3. Keadaan menjadi lebih buruk apabila musim tengkujuh (Oktober-Febuari) menyebabkan sumber
pendapatan tersekat kerana kenderaan yang digunakan untuk membawa hasil pertanian ke Pekan
Asajaya terkandas, licin dan keadaan tanah becak. Bersama surat ini ada dilampirkan senarai nama
pemohon, peta lokasi dan jarak Panjang jalan yang dipohon sebanyak 700 meter.

4. Oleh itu, besarlah harapan kami agar tuan dapat memberikan kelulusan dan sokongan yang
sewajarnya diatas permohonan kami ini. Segala jasa budi baik tuan didahului dengan ucapan terima
kasih.

“BERSATU BERUSAHA BERBAKTI”

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

………………………………………………
(HAJI RAZALI BIN HAJI LEMAN)
Ketua Kaum Kampung Asajaya Ulu
Pengerusi JKKK Kampung Asajaya Ulu
No.Tel: 016-7005393

s.k;

1. Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah


2. Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Asajaya
3. Pegawai Tadbir, Pejabat Pertanian Daerah Asajaya
4. Penghulu Kampung Asajaya Ulu
5. Ketua Kaum Kampung Asajaya Ulu

Anda mungkin juga menyukai