Anda di halaman 1dari 1

KAWASAN RUKUN TETANGGA

JALAN P. RAMLEE & KEBUN LAMA


TEL: 019-4430447 /016-4208994

EN FADHULLAH
PEGAWAI PERPADUAN KRT TIMUR LAUT

Tuan/Puan yang dihormati,

JEMPUTAN KE MAJLIS PERTANDINGAN MEWARNA

Didoakan semoga puan berada dalam kemanisan iman dan kesejahteraan yang berpanjangan daripada
Allah Rabbul Jalil. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarganya.

Merujuk kepada perkara di atas, kami dari Jawatankuasa KRT Jalan P. Ramlee / Kebun Lama ingin
menjemput pihak tuan untuk turut serta dan menjayakan Pertandingan Mewarna yang diadakan pada
ketetapan sepertiberikut:-

Tarikh : 20/08/2023 (Sabtu)

Masa : 8.30 pagi- 1.00 tengah hari

Tempat : Dewan Serbaguna Taman Abidin

2. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk menyambut bulan kemerdekaan dan menyemai
semangat patriotisme dalam kanak-kanak. Di samping itu, aktiviti ini juga mengeratkan silahturrahim
bersama penduduk setempat.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan berbesar hati ingin menjemput dan mempersilakan
pihak tuan ke pertandingan tersebut bagi memeriahkan lagi pertandingan pada kali ini.

Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan
Jazakallahu Khairan Kathira. Sama-samalah kita berdoa semoga kita diberi keizinan oleh Allah untuk
menghadirinya. Insyaa Allah.

Sekian, terima kasih.

Yang Berharap,

…………………………………………
Pn Kathija Bee Bt Majid
Setiausaha,
KRT Jalan P. Ramlee / Jln Kebun Lama.
016-4208994

Anda mungkin juga menyukai