Anda di halaman 1dari 2

No.

Rujukan : PPM-002-14-01051961-000244
Ruj. Kami : PKM/PER-Bil.26/2024-2025
Tarikh : 12 Mac 2023

Kepada:
YANG BERKENAAN,

Tuan/Puan,
MEMOHON SUMBANGAN DANA UNTUK MAJLIS BERBUKA PUASA “IFTAR PERDANA RAMADHAN”
PERKIM CAWANGAN AMPANG 2024M/1445H

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa PERKIM Cawangan Ampang ingin mengadakan majlis


diatas pada makluman berikut:-

Tarikh cadangan : Akan ditetapkan/masih dalam perbincangan

Masa : 6.00 Petang – 9.00 Malam

Lokasi : Surau Pangsapuri Kenanga, Taman Putra Sulaiman, Ampang Selangor

Penyertaan : 150 orang tetamu

3. Untuk pengetahuan Tuan/Puan program ini dianjurkan dengan tujuan:-

 Mengeratkan hubungan diantara para muallaf, penduduk setempat dan ahli PERKIM.
 Meningkatkan interaksi sesama mereka dan persekitaran sebagai panduan hidup.
 Meraikan para muallaf dan asnaf yang berpuasa sebagai imbuhan dan galakan untuk
terus berpuasa.

4. Sehubungan itu, Majlis ini memerlukan anggaran perbelanjaan berjumlah RM25,500.00.


Kos perbelanjaan ini akan digunakan untuk makanan, sumbangan barangan, sumbangan
wang tunai untuk disumbangkan kepada para muallaf dan asnaf yang hadir. Jika wang
sumbangan melebihi kos perbelanjaan, wang tersebut akan digunakan untuk program yang
akan datang.

5. Adalah disyorkan pihak Tuan/Puan untuk menyumbang atau menaja program yang
dilaksanakan seperti cadangan berikut:
BIL JENIS SLOT NILAI SLOT
1. 1 SLOT MINI RM50.00

43-1, Jalan Sulaiman 3, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang , Selangor


Tel: 019-5209786 Fax: 03-4270 2185 E-mail : perkimampangselangor@gmail.com
PERKIM CAWANGAN AMPANG
1213 – 000 – 036 – 8711
*sila sertakan resit bagi sumbangan secara perbankkan atas talian

6. Sumbangan dari pihak Tuan/Puan amatlah Kami hargai dan di alu-alukan bagi
menjayakan program yang telah dirancang ini. Jika sumbangan yang diberikan telah melebihi
aggaran kos yang diperlukan, wang tersebut akan digunakan untuk program yang akan
datang.

7. Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut pihak Tuan/Puan boleh menghubungi


setiausaha PERKIM Cawangan Ampang di talian 013-2085786 – Tuan Haji Mohd Firdaus
Abdullah. Segala perhatian yang diberikan oleh pihak Tuan/Puan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.
Jazakumullahu Khairan Katheera

Yang benar,

Mohd Firdaus Tamil Maran Bin Abdullah


Setiausaha Kehormat
PERKIM Cawangan Ampang

43-1, Jalan Sulaiman 3, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang , Selangor


Tel: 019-5209786 Fax: 03-4270 2185 E-mail : perkimampangselangor@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai