Anda di halaman 1dari 2

HUNDRED PERCENT MANAGEMENT AND RESOURCES (003249649-P)

6-01 JALAN BAYU PUTERI 2/10, TAMAN BAYU PUTERI,


80150, JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM.
Emel: 100.percentmgmt@gmail.com
Tel: 017-7707185

DENGAN KERJASAMA

ARMANI BARBERSHOP
25, JALAN EKOFLORA 6/2, TAMAN EKOFLORA,
81100, JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM.
Emel: armanibarbershop1@gmail.com
Tel: 011-57590559

Encik Mohd Afiq Zarith Bin Mohd Izham, Tarikh : 17 April 2022
Ketua Pegawai Eksekutif,
JV Smart Vending Sdn Bhd
14&14A Jalan Harmonium 35/2,
Taman Desa Tebrau,
81200 Johor Bahru.

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN MAJLIS BERBUKA PUASA ANAK-ANAK YATIM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, pihak kami akan mengadakan Program Sinar Ramadhan
yang mana salah satu aktiviti utamanya adalah majlis berbuka puasa bagi meraikan anak-anak yatim
dan fakir miskin dari rumah kebajikan yang terpilih iaitu : PERTUBUHAN KEBAJIKAN AN-NUR.

3. Sehubungan itu, pihak kami dengan rendah hati ingin memohon sumbangan RM500 bagi
tujuan menampung segala kos makan anak-anak yatim dan fakir miskin tersebut (Rujuk Lampiran 1).
Program yang akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 23 April 2022


Hari : Sabtu
Masa : 6:00 – 10:00 pm
Tempat : Aula Lestari D’Kempas

4. Sekiranya pihak tuan/puan berhajat untuk berkongsi rezeki, segala sumbangan daripada
pihak tuan/puan boleh disalurkan kepada butiran berikut:

NO. AKAUN : 5512-8507-6017


BANK : MAYBANK
PEMEGANG : HUNDRED PERCENT MANAGEMENT AND RESOURCES
5. Semoga dengan sumbangan yang pihak tuan/puan salurkan, Program Sinar Ramadhan yang
dirancang dapat berjalan dengan lancar. Kerjasama dan kesudian pihak tuan/puan menyalurkan
sumbangan ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga
Ramadhan kali ini dapat memberi sinar kegembiraan kepada anak-anak yatim dan amalan kita
semua diterima oleh Allah s.w.t.

Terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah, Saya yang menjalankan amanah,

__________________________ ____________________________
(SADDAM QHAZAMI BIN IBRAHIM) (IDEEN HAFIDZ BIN ZAINAL)
PENGURUS PENGURUS
HUNDRED PERCENT MANAGEMENT AND RESOURCES ARMANI BARBERSHOP

Anda mungkin juga menyukai