Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN

PROGRAM SEMARAK KASIH RAMADHAN

BERSAMA ANAK - ANAK YATIM

TARIKH

25 MEI 2019 (SABTU)

TEMPAT

PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK YATIM & MISKIN AL-MUNIRAH,


SUNGAI ROTAN, PENDANG

ANJURAN

MSD DIGITAL INTELLIGENCE SDN. BHD. – PEJABAT WILAYAH UTARA

PUSAT INTERNET KLUSTER PENDANG


1.0 MAKLUMAT KESELURUHAN PROGRAM

Program : Program Semarak Kasih Ramadhan 2019

Tarikh : 25 Mei 2019

Tempat : Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah, Sungai Rotan,

Pendang

Jumlah Anak-anak yatim : 35 orang anak-anak yatim dari

a) Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah, Sungai Rotan, Pendang

2.0 PENDAHULUAN

Ramadhan Al-Mubarak adalah bulan yang penuh dengan keberkatan , kerahmatan, keampunan

dan kemuliaan bagi seluruh umat Islam. Bertepatan dengan itu, MSD Digital Intelligence Sdn.

Bhd. Wilayah Utara bersama Pusat Internet Kluster Pendang tidak melepaskan peluang ini

serta mengambil inisiatif mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan mengadakan Program

Semarak Kasih Ramadhan.

3.0 MATLAMAT

Program ini diharapkan dapat mendidik hati pengguna Pusat Internet, petugas dan pihak

pengurusan dalam aspek mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan yang dikurniakan

Allah SWT. Di samping meraikan anak-anak yatim dan miskin dalam menghadapi kehadiran

Syawal juga dapat memupuk Ukhuwah Islamiah dan beramah mesra antara pihak pengurusan,

petugas dengan pihak yang terlibat khususnya anak-anak yatim seterusnya berbuka puasa

bersama mereka.
4.0 RASIONAL

Anak-anak dapat menikmati suasana sambutan Syawal seperti rakan yang lain tanpa rasa rendah

diri.

5.0 OBJEKTIF

1. Menerapkan nilai-nilai murni ke dalam jiwa petugas dan anak-anak yatim.

2. Mengamalkan sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah dalam kehidupan

seharian.

3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menambah amal kebajikan.

4. Mengenali dan menghargai golongan yang kurang bernasib baik.

5. Menghayati sunnah Rasulullah pada bulan Ramadhan yang penuh barakah.

6. Membuat kebajikan dengan mengagihkan sumbangan kepada anak-anak yatim.

6.0 PENYERTAAN PROGRAM

Program ini telah disertai oleh anak-anak yatim dan miskin yang dipilih di daerah Pendang ini,
petugas Pusat Internet Kluster Pendang dan wakil Pejabat MSD Wilayah Utara.

Ahli Jawatan Kuasa Terlibat

Penasihat : En. Nik Mohd Nasir Bin Nik Megat

Pengerusi : En. Sahril Bin Ahmad Rasdi

Naib Pengerusi : Pn. Nor Adiyaton Adha Binti Che Ani

Setiausaha : Pn. Suraya Binti Mat Nor

Bendahari : Pn. Zatun Najahah Binti Haji Salleh


7.0 PERBELANJAAN PROGRAM

SUMBANGAN BARANG
Pasaraya Jalinan Mesra Beras 2 Kampit
Sos Cili Doon Kicap ( 5 Dozen)
Mohd Rustam Bin Abdul Razak Beras 2 Kampit
Mudim Zakaria Sos Dan Kicap ( 12 Dozen)
Petronas Pendang 5 Kotak Air Kotak Season
Ct Cheezy Bakery Changloon 200 Bungkus Roti (Sahur)

PENDAPATAN
Sumbangan Pusat
Internet Kedah & Perak RM 4071.30
Sumbangan MSD HQ RM 3000.00
Sumbangan Syarikat/Persendirian RM 1583.00
RM 8654.30

PERBELANJAAN
Backdrop RM 180.00
Khemah 2 Unit RM 320.00
Jamuan Berbuka Puasa RM 1341.65
Sumbangan Duit Raya RM 1700.00
Bakul & Kain Net (Utk Hamper Tanda Serahan Sumbangan) RM 27.00
Sumbangan Rumah Anak yatim (Goodies Raya) RM 1227.40
Sumbangan Rumah Anak yatim (Brg Dapur) RM 1041.20
Sumbangan Rumah Anak yatim (Brg Keperluan) RM 2760.00
RM 8597.25

BAKI LEBIHAN DUIT

Dimasukkan kedalam tabung di Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah, Sungai
Rotan, Pendang RM 57.05
8.0 OBJEKTIF

i. Kami berjaya membekalkan makanan yang mencukupi untuk semua tetamu yang telah

menghadiri majlis tersebut.

ii. Kami berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan para petugas Pusat Internet

Kluster Pendang dengan anak-anak yatim setempat

iii. Kami berjaya meraikan kedatangan anak-anak yatim dan miskin al-munirah dalam keadaan

yang penuh meriah.

iv. Kami berjaya melancarkan majlis ini dengan sempurna selaras apa yang telah dirancang.

9.0 KESIMPULAN

Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim daerah Pendang yang dianjurkan oleh

pihak Pejabat MSD Wilayah Utara ini telah disambut dengan meriah oleh semua anak-anak

yatim, petugas Pusat Internet Kluster Pendang dan Staf Pejabat MSD Wilayah Utara.

Setiap perancangan dan pengurusan yang dilakukan telah berjalan dengan lancar dengan

kerjasama semua pihak antara petugas Pusat Internet Kluster Pendang dan Staf Pejabat

MSD Wilayah Utara yang terlibat dalam menjayakan majlis yang sederhana ini. Kami

mengharapkan semua anak-anak yatim memperolehi kegembiraan, keseronokan dan

keselesaan sepanjang majlis ini berlangsung.


10.0 LAMPIRAN BERGAMBAR

Anda mungkin juga menyukai