Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-MASRIYAH

1267, JALAN ABDUL KADIR, 14000 BUKIT MERTAJAM


PULAU PINANG
TEL : 04- 537 1705 FAKS : 04- 530 5521
___________________________________________________________________________
Rujukan Kami: SRIM/BK/009/20
Tarikh: 14 Februari 2020
Ketua Eksekutif
Merida Printing & Advertising,
No 13, Tingkat Bawah,
Taman Sena Indah,
01000 Kangar,
Perlis

Tuan,

MEMOHON TAJAAN UNTUK BADAN KEPIMPINAN SRI AL-MASRIYAH BAGI


MENYERTAI KEM BINA KHALIFAH DI PLKN WHITE RESORT, BALIK PULAU

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Jawatankuasa
Pengawas Sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah Islam Al-Masriyah
akan menganjurkan satu kem kepimpinan kepada badan kepimpinan SRI Al-Masriyah sesi
2020. Sejumlah dana yang besar iaitu sebanyak RM7,176.00 diperlukan untuk bayaran
makanan dan minuman, penginapan dan kemudahan prasarana serta aktiviti luar. Kem ini
melibatkan 92 orang murid, dan akan di adakan pada 10 – 11 April 2020 bertempat di PLKN
White Resort, Balik Pulau. Justeru, pihak sekolah amat berbesar hati kiranya tuan dapat
memberikan sumbangan untuk program tersebut.

3. Sekiranya pihak tuan ingin membuat sumbangan, bayaran cek hendaklah di tulis di
atas nama:
SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-MASRIYAH
BANK : CIMB ISLAMIC BANK BHD
AKAUN NO : 86-0098834-8

4. Amatlah berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memenuhi permohonan ini . dan
saya dahului dengan jutaan terima kasih. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cikgu Ahmad
Aliuddin bin Shaharin di talian 017-563 8645.

Sekian, terima kasih.

ILMU, TAQWA, UNGGUL

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………..
(Muna Bt Hj Ahmad Fuad)
Guru Besar
Sekolah Rendah Islam Al-Masriyah

Anda mungkin juga menyukai