Anda di halaman 1dari 1

Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang,


21400 Marang,
Terengganu

TEL: 09-6194727

___________________________________________________________________________
Urusetia Program,
Pejabat Penyelaras DUN Manir,
Kg Pulau Bahagia, 21200
Manir, Kuala Terengganu,

27 JULAI 2016

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN KUTIPAN AMAL SEKOLAH
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.

Dimaklumkan bahawa SK Padang Mengkuang dalam proses menaik taraf Pusat

Sumber Sekolah sebagai persiapan untuk

pertandingan ke peringkat kebangsaan.

Sehubungan dengan itu, pihak kami sedang mencari dana dengan mengadakan kutipan amal
sebanyak RM5 dan diberi percuma 1 helmet 1 Malaysia sebagai cenderahati.
3.

Pihak kami ingin memohon kebenaran untuk mengadakan kutipan amal di tempat

tuan sepertimana ketetapan berikut :


Program : Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat DUN Manir
Tempat : Perkarangan Pejabat Penyelaras DUN Manir

4.

Masa

: 2.00 hingga 6.00 petang

Tarikh

: 29 Julai 2016 (Jumaat)

Diharapkan agar pihak tuan dapat meluluskan permohonan kami ini. Kerjasama dari

pihak tuan kami ucapkan terima kasih.


Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,

(AZMAN BIN ABDUL WAHAB)


Setiausaha PiBG
SK Padang Mengkuang

Anda mungkin juga menyukai