Anda di halaman 1dari 2

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU

Blok C & D, Tingkat 5, Bangunan KWSP


Beg Berkunci 2031
88000 KOTA KINABALU
SABAH
____________________________________________________________________________

Rujukan : PPD(KK)800/6/1 jld 9 ( )


Tarikh : 25 Januari 2016
Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah,
Penyelaras Bahagian;
(PPD Tawau - Tenggara,PPD Sandakan - Sandakan,PPD Kudat - Utara,
PPD Beaufort - Selatan,PPD Keningau - Pedalaman)

Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI KEJOHANAN SKUASY / GIMNASTIK ARISTIK / MEMANAH KATEGORI


(L&P B12/15/18) PERINGKAT MSSS SABAH 2016

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara yang tersebut di atas.

2. Untuk makluman tuan, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu diberi mandat untuk
mengelolakan Kejohanan tersebut di atas. Oleh itu, pihak kami dengan hormatnya menjemput penyertaan
dari bahagian tuan untuk menyertai kejohanan tersebut yang akan dijalankan seperti maklumat dan
ketetapan yang berikut:

Tarikh kejohanan : Gimnastik Aristik, 17 - 19 Februari 2016 ( 3 hari )


Memanah, 15 - 19 Februari 2016 ( 5 hari )
Skuasy, 17 - 19 Februari 2016 ( 3 hari )
Tempat kejohanan : Dewan Gimnastik Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu
Padang Sasar Memanah Kompleks Sukan Likas
Gelangggang Skuasy Kompleks Sukan Likas
Tarikh lapor diri : 14 Februari 2016 ( Memanah )
16 Februari 2016 ( Gimnastik & Skuasy )
Masa / Tempat : 3.00 Petang / Pusat Penginapan
Tarikh balik : 20 Februari 2016

3. Mohon pihak tuan dapat memanjangkan surat ini kepada daerah yang mewakili zon masing-masing.
Sebarang pertanyaan mengenai kejohanan ini, sila berhubung dengan En Mohd Adli Mahali, Ketua Unit
UPK, PPD Kota Kinabalu ditalian 0198934211 atau En Jaini Laini, Penyelia Sukan PPD Kota Kinabalu,
ditalian 014-2840255. Kertas Konsep kejohanan ini dilampirkan bersama surat ini.

4. Penyertaan dan Kerjasama pihak tuan, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih.

Sekian.

” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

MOHD ADLI MAHALI


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu,
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu,
Sabah.
s.k. Fail

Anda mungkin juga menyukai