Kemerdekaan 2013
SK SERI KAMPUNG TENGAH
KM 5, JALAN MERSING, 86000 KLUANG
KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
Tahun 2013
KERTAS KERJA
SAMBUTAN KEMERDEKAAN SK SERI KAMPUNG TENGAH
Pendahuluan
Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dengan kerjasama Panitia Pendidikan
Muzik, Panitia Kajian Tempatan dan Panitia Pendidikan Seni Visual akan mengadakan
aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim SK Seri Kampung Tengah bagi tahun 2013.
Justeru, Pihak Panitia akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti bersempena sambutan
kemerdekaan. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua
Tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Pra Sekolah dan Pendidikan Khas. Aktiviti-
aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada
murid-murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan
kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama
dalam kalangan murid dan guru-guru SK Seri Kampung Tengah.
Matlamat
Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi
memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di samping mencungkil bakat terpendam
murid-murid SK Seri Kampung secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal
pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik SK Seri Kampung Tengah di
peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.
Objektif
1. Murid-murid dapat menghayati peristiwa kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat
kemerdekaan yang mereka kecapi kini.
2. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya.
3. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima
kasih kepadanya.
4. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan
menghayati tema kemerdekaan sepenuhnya.
Tarikh
Perasmian Bulan Kemerdekaan dan Pertandingan Lagu Patriotik pada 24 Ogos 2013.
Penutup Bulan Kemerdekaan pada 16 September 2013.
Kumpulan Sasaran
Semua murid SK Seri Kampung Tengah (sesi pagi dan petang)
Strategi
Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan
murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua
kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Keterangan Program
Program ini dilaksanakan berdasarkan ketetapan berikut:
Pelaksanaan : Sepanjang bulan kemerdekaan
Tempat : SK Seri Kampung Tengah
Acara kemuncak : 24 Ogos 2013 di Dewan SKSKT
Kewangan
Bil Perkara/ Aktiviti Kuantiti Anggaran Kos
1 Hadiah Pertandingan Koir Patriotik
Tahap 2 Mengikut Tahun
Tahun 4 (RM60)
Tahun 5 (RM60)
Tahun 6 (RM60)
RM180
2 Hadiah Pertandingan Mewarna Tahap
1, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas
Pra Sk (RM4 X 3)
Pend Khas (RM4
X3)
Tahun 1 (RM4 X 3)
RM60
Tahun 2 (RM4 X 3)
Tahun 3 (RM4 X 3)
3 Hadiah Pertandingan Menghias Kelas
Tema Kemerdekaan
1 X RM35
1 X RM35
1 X RM30
RM100
4 Banner Bulan Kemerdekaan dan
Sambutan Hari Raya Aidilfitri
1 X RM80 RM80
Jumlah RM420
Jadual Pelaksanaan
Cadangan Aktiviti
Bil Aktiviti Cadangan Tarikh
1 Pertandingan Koir Patriotik Tahap 2 Mengikut Kelas 24 Ogos 2013
2 Pertandingan Mewarna Tahap 1, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas 24 Ogos 2013
3 Pertandingan Menghias Kelas Tema Kemerdekaan 1 Ogos 16 Sept 2013
4 Persembahan Deklamasi Sajak Kemerdekaan 24 Ogos 2013
5 Nyanyian Semua Murid lagu Tanggal 31 dan 1 Malaysia 24 Ogos 2013
Jawatankuasa Acara Sambutan Bulan Kemerdekaan
AJK Nama
Penasihat Encik Md Hatta bin Samian (Guru Besar)
Pengerusi Pn. Norhaini binti Yaacob (GPK Kurikulum)
Naib Pengerusi Pn. Hjh Norizan binti Rahmat (GPK HEM)
Pn. Hjh Rashidah binti Jais
En. Salleh bin Manap
Penyelaras Pn. Maryanti binti Jamaludin
Setiausaha Pn. Siti Alawiyah binti Ali
Juruacara Majlis Pn. Julailee binti Manan
Hakim Koir Patriotik En. Ali Rahman bin Mahmod
Pn. Siti Alawiyah binti Ali
Pn. Maryanti binti Jamaludin
Hakim Pertandingan Kelas Tema Merdeka Pn. Norhaini binti Yaacob
Pn. Hjh Rashidah binti Jais
Pn. Hjh Norizan binti Rahmat
En. Salleh bin Manap
Pn. Hjh Norasmah binti Ismail
Mewarna Tahap 1, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas Pn. Hartinie binti Ahmad Zainuddin
Pn. Rozana binti Ab Rahman
Cik Rafidah binti Sapiee
Hakim Mewarna Pn. Maryati binti Marsan
Pn. Hayati binti Munajat
En. Muhamad Faizul bin Keliwon
Pn. Nooraini binti Mohmad
Hadiah Pn. Siti Aisah binti Mohd Noh
Pn. Ariesiah binti Fathil
Cik Aminah binti Mohamed Sadique
Pn. Ellya binti Othman
Perakam Peristiwa En. Aryadi binti Katiman
P.A Sistem En. Kamarulhisyam bin Tahir
Pengawas
Banner En. Azizan bin Rambai
Buku Program Pn. Fazilah binti Abdul Razak
Atur cara Program Sambutan Bulan Kemerdekaan
7.10 pagi - Perhimpunan
- Bacaan Doa
- Nyanyian Lagu Rasmi
- Lafaz ikrar
- Persembahan Murid (Puisi Merdeka)
- Ucapan Guru Besar dan perasmian Kemerdekaan serta Rumah Terbuka
- Paluan Kompang
8.30 pagi - Pertandingan Koir Patriotik
- Pertandingan Mewarna
10.00 pagi - Lagu Tanggal 31
- Lagu 1 Malaysia
Penutup
Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Seri Kampung Tengah ini memerlukan
kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara
menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang postif.
Disediakan oleh,
............................................................
(MARYANTI BINTI JAMALUDIN)
Penyelaras Sambutan Bulan Kemerdekaan
Peringkat Sekolah,
SK Seri Kampung Tengah.