Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL (2)

Jalan Long Yunus, Off JalanBayam,


15200 KOTA BHARU, KELANTAN.
Tel : 09-7483269 / Faks : 09-7484269
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Ruj.Kami:SKSI(2)1300-5(41)
Tarikh : 30 Oktober 2018
Ke Majlis,
Yang Berusaha,
Pengurus Hotel Perdana,
Jalan Mahmood,
15200 Kota Bharu,
KELANTAN.

Tuan,
POHON SUMBANGAN PENAJAAN HADIAH CABUTAN BERTUAH BAGI MAJLIS JAMUAN
AKHIR TAHUN PEMIMPIN MUDA SK SULTAN ISMAIL (2)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hem SK Sultan Ismail (2) akan mengadakan majlis Jamuan
Akhir Tahun Pemimpin Muda sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh : 8 November 2018 (Khamis)
Masa : 1.00 tengahari
Tempat : Jade Restaurant, Hotel Perdana, Kota Bharu.
3. Sehubungan dengan itu, Unit Hem SK Sultan Ismail (2) amat berbesar hati memohon sumbangan
penajaan hadiah cabutan bertuah berupa satu (1) baucer penginapan dari pihak tuan bagi disampaikan di
dalam majlis berkenaan.
4. Di atas perhatian dan kerjasama tuan berhubung dengan perkara di atas amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………………………
(MOHAMMAD FADZIL B. MAT IL)
Guru Besar,
SK Sultan Ismail (2)
Kota Bharu, Kelantan.

Anda mungkin juga menyukai