Anda di halaman 1dari 1

AL-AMIN TROPICANA SCHOOL SECONDARY

NO 1 & 3, JALAN NAUTIKA B U20/B,


PUSAT KOMERSIL TSB,
40160 SUNGAI BULOH,
SELANGOR DARUL EHSAN
Phone: +603-6150 7058 Fax: +603-6151 7058
www.al-amin.edu.my

Ruj. Kami : AATSS/SB/COCU/2022/PROG (3)-1


Tarikh : 15 November 2022

Unit Taman Awam Kejiranan


Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tingkat 19, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur.
(UP: En. Saufi)

Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI FASILITATOR SLOT 1: CHARACTER BUILDING ACTIVITY, PROGRAM
MUKHAYYAM- DUKE OF EDINBURGH (DofE)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya, Mohammad Fakkruddin bin Hasani, selaku ketua Biro Perhubungan Awam program
Mukayyam- Duke of Edinburgh (DofE) Programme, dari Al-Amin Tropicana School Secondary
Sungai Buloh, ingin menjemput pihak tuan untuk mengisi Slot 1: Aktiviti Pembinaan Sahsiah

3. Buat pengetahuan pihak tuan, program perkhemahan tiga hari dua malam ini disertai oleh 61
orang pelajar dan diiringi oleh 12 orang guru. Butiran lanjut berkaitan slot 1 untuk dikelolai pihak tuan
adalah seperti yang berikut:

Tarikh : 7 Disember 2022


Hari : Rabu
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat : Dewan Utama, GIBS Eco Tourism Resort, Lot 36837, Jalan Sungai
Tua, 68100 Batu Caves, Selangor

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami amatlah mengharapkan pertimbangan yang baik dari
pihak tuan. Sebarang pertanyaan atau pemberitahuan bolehlah diajukan kepada saya di talian 019-
543 7842, atau melalui emel (email fakhrul). Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amatlah kami
hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

(MOHAMMAD FAKKRUDIN BIN SANUSI)


Biro Perhubungan Awam,
Mukhayyam- Duke of Edinburgh (DofE) Programme
Al-Amin Tropicana School Secondary Sungai Buloh.

s.k. Pengetua

Anda mungkin juga menyukai