Anda di halaman 1dari 4

PROSEDUR & PROSES PERMOHONAN PERKAHWINAN NEGERI PULAU PINANG 1. 2.

Dapatkan Borang Permohonan Perkahwinan Borang 1 ( untuk lelaki) RM1.00 atau Borang 2 (untuk perempuan) bayaran RM1.00. bayaran

Isikan dengan lengkap borang tersebut dan pastikan perkara-perkara berikut:i. ii. Borang ditandatangani oleh pemohon. Borang ditandatangani oleh wali ( bagi perempuan)

3.

Permohonan perkahwinan mesti disertakan dokumen-dokumen berikut:a. Warganegara Malaysia i. Borang Permohonan Perkahwinan - Borang 1 (warna putih) untuk calon lelaki - Borang 2 ( warna kuning) - untuk calon perempuan ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. b. Salinan Kad Pengenalan Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan Surat Perakuan Perceraian ( jika pemohon duda atau janda) Salinan kenyataan Islam ( jika pemohon yang memeluk Islam) Kelulusan daripada Kor Agama Angkatan Tentera ( jika anggota tentera). Kelulusan daripada Polis Di Raja Malaysia ( jika anggota Polis). Wakalah wali ( jika pemohon yang walinya tidak berkeupayaan hadir untuk mengakadnikah). Salinan Surat Mati ( jika suami atau isteri meninggal dunia). Perintah Mahkamah mengenai kebenaran poligami ( jika calon poligami).

Bukan Warganegara. i. ii. iii. iv. v. Borang Permohonan (Borang 3) Salinan dokumen perjalanan yang sah. Surat atau Sijil Perakuan Perceraian ( jika pemohon duda atau janda) Kenyataan Islam (bagi pemohon yang memeluk Islam) Kebenaran atau kelulusan berkahwin ( daripada konsulat atau kedutaan).

4.

Borang permohonan (Borang 1 atau 2) mestilah disahkan oleh 2 orang Pegawai Masjid atau Jawatankuasa Qaryah berserta cop rasmi qaryah untuk pengesahan status pemohon kecuali Saudara Baru (boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang ). Borang permohonan berserta dokumen-dokumen berkaitan dibawa kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan kawasan masing-masing untuk ditandatangani. Sila pastikan borang tersebut turut dicop dengan cop Penolong Pendaftar berkenaan. Borang permohonan dihantar oleh pemohon ke Pejabat Agama Daerah berkaitan dengan disertakan bayaran RM5.00 untuk mendaftar Kebenaran Berkahwin. Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon. (Borang permohonan boleh dihantar seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh akad nikah).

5.

6.

7.

Pemohon mendapatkan Surat Kebenaran Berkahwin (Borang 4) selepas 7 hari waktu bekerja di Pejabat Agama Daerah berkaitan untuk diserahkan kepada Penolong Pendaftar Nikah kawasan berkaitan. Majlis Akad dilangsungkan mengikut tarikh yang ditetapkan di tempat yang dipersetujui antara pemohon dan Penolong Pendaftar Nikah kawasan. Selepas Akad, suami diminta membaca taliq dan menandatangani Surat Maklumat Nikah serta menjelaskan bayaran RM100.00 iaitu saksi 2 orang sebanyak RM20.00 dan saguhati Penolong Pendaftar sebanyak RM80.00. Selepas itu pengantin akan diberi Surat Maklumat Akad Nikah dan dikehendaki membuat pendaftaran perkahwinan di Pejabat Agama Daerah berkaitan. Pemohon dikehendaki membuat pendaftaran perkahwinan di Pejabat Agama Daerah berkenaan dalam tempoh 7 hari selepas majlis Akad dengan melaksanakan perkaraperkara berikut:i. ii. Mengisi borang 6 ( Pendaftaran Perkahwinan). Bayaran RM1.00 Menjelaskan yuran pendaftaran RM10.00 ( Sila pastikan resit rasmi diterima).

8. 9.

10. 11.

12.

Pemohon mendapatkan Surat Akuan Nikah di Pejabat Agama Daerah berkaitan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pendaftaran dilakukan dengan ditandatangani oleh pengantin lelaki.

CARTA ALIRAN PROSES PERMOHONAN PERKAHWINAN DI NEGERI PULAU PINANG LANGKAH 1


PEJABAT AGAMA DAERAH

1. Dapatkan Borang 1 (bagi lelaki) @ borang 2 ( bagi perempuan) * Bayaran RM 1.00 bagi setiap satu borang

2. Isi lengkap borang tersebut dan pastikan : i. Tandatangan Pemohon ii. Tandatangan Wali ( bagi perempuan ) iii. Tandatangan dua (2) orang saksi (AJK masjid berkenaan)

LANGKAH 2
PENOLONG PENDAFTAR NIKAH

Bawa borang permohonan bersama-sama dokumen berkaitan kepada Penolong Pendaftar Nikah untuk : b) Temuduga c) Tandatangan Penolong Pendaftar Nikah

PEJABAT AGAMA DAERAH

Pemohon menghantar borang permohonan ke Pejabat Agama Daerah berkaitan pada :a) Seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah b) Selewat-lewatnya 30 hari dari tarikh akad nikah c) Jelaskan Bayaran RM 5.00 untuk mendaftar Kebenaran Berkahwin dan pastikan resit bayaran rasmi diterima pemohon

Dapatkan Surat Kebenaran Berkahwin (Borang 4) selepas 7 hari waktu bekerja di Pejabat Agama Daerah untuk diserahkan kepada Penolong Pendaftar Nikah.

LANGKAH 3
PENOLONG PENDAFTAR NIKAH

Selepas akad suami diminta membaca taliq dan tandatangan di Surat Maklumat Nikah serta menjelaskan bayaran RM100.00 iaitu upah saksi RM20.00 dan upah Penolong Pendaftar RM80.00 dan Pengantin akan diberi Surat Maklumat Akad Nikah dan dikehendaki membuat Pendaftaran Perkahwinan di Pejabat Agama Daerah

PEJABAT AGAMA DAERAH

Pemohon membuat Pendaftaran Perkahwinan di Pejabat Agama Daerah :a) Mengisi borang 6 (pendaftaran perkahwinan); Bayaran RM1.00 b) Pendaftaran dibuat; Bayaran RM 10.00 c) Pastikan resit bayaran rasmi diterima.

Dapatkan surat dan tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Agama Daerah untuk mengambil Surat Perakuan Nikah ( Surat Perakuan Nikah hendaklah diambil oleh Pemohon Lelaki dalam tempoh 30 hari dari tarikh pendaftaran kerana suami dikehendaki untuk menandatangani di Surat Perakuan Nikah).

Anda mungkin juga menyukai