Anda di halaman 1dari 2

SENARAI SEMAK

PERMOHONAN POLIGAMI NEGERI SELANGOR

PROSEDUR :

1. Dapatkan Borang 2B Dengan Mengisi Permohonan Secara Online Di Laman


Web http://ncr.jais.gov.my.
2. Lengkapkan Borang Dan Lampirkan Dokumen Sokongan.
3. Dapatkan Pengesahan Dari Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) Kariah.
4. Dapatkan Sokongan Berkahwin Dari PAID.
5. Dapatkan perintah / penghakiman Kebenaran Poligami Di Mahkamah Tinggi
Syariah Negeri Selangor.
TANDAKAN
DOKUMEN SOKONGAN (SAIZ A4)

1. Salinan MyKad pemohon (warganegara) / Passport (warganegara asing) pemohon.
(Pindaan status agama kepada Islam didalam MyKad hendaklah dibuat jika
pemohon adalah saudara baru).

2. Salinan MyKad 2 orang saksi - (warganegara) / passport (warganegara asing).

3. Salinan MyKad (warganegara) / Passport (warganegara asing) isteri / isteri- isteri


sedia ada.

4. Salinan MyKad (warganegara) / Passport (warganegara asing) bakal isteri.

5. Salinan MyKad (warganegara) / Passport (warganegara asing) wali kepada bakal


isteri.

6. Rekod Ujian Saringan HIV (Hanya di klinik kerajaan sahaja).


Borang 1 (Akuan Pengesahan Pemastautinan) yang disahkan oleh Penghulu / Ketua
7. Kampung / Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung /
Nazir / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk / Pengerusi Taman Perumahan (bagi
pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam
MyKad).

8. Salinan Surat Perakuan Nikah / Surat Perakuan Rujuk.

9. Salinan MyKad / Surat Beranak Anak-Anak.

10. Sijil Kematian Wali dan salinannya.

11. Surat Perakuan Cerai dan salinannya. (Jika bercerai hidup).

12. Surat / Kad Perakuan Islam dan salinannya (Jika pemohon Saudara baru).

13. Salinan Slip Gaji Akhir / penyata Akaun Simpanan Bank yang diperakui / Akuan
Sumpah jumlah pendapatan pemohon.

14. 3 set Salinan Borang 2B dan dokumen sokongan.


Bil. Maklumat Tambahan

a) Borang 2B ini hanya untuk pemohon yang beralamat MyKad atau bermastautin di Negeri Selangor
sahaja.
b) Kadar bermastautin adalah 4 bulan atau lebih walaupun alamat MyKad di luar Negeri Selangor.
c) Kelayakan bermastautin adalah apabila memperolehi pengesahan bermastautin dari Penghulu /
Ketua Kampung / Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung / Nazir /
1. Pengerusi Jawatankuasa Penduduk / Pengerusi Taman Perumahan (Hanya pengesahan dari
jawatan yang disenaraikan sahaja diterima).
d) Pemohon berasal dari Sabah / Sarawak hendaklah mengemukakan salinan cabutan daftar kad
pengenalan daripada JPN.

a) Borang ini hendaklah diisi dengan lengkap menggunakan huruf besar dan berdakwat hitam atau
biru tanpa ditandatangani dahulu.
b) Setiap kesalahan perkataan hendaklah dipotong dan ditandatangan ringkas atau diganti dengan
2. borang baru.
c) Memadam perkataan yang salah atau ditindih adalah tidak dibenarkan.
d) Pastikan dokumen sokongan adalah betul, mencukupi, dan dilampirkan bersama dengan borang
sebelum berjumpa PPN. Jangan palang / tandakan setiap dokumen sokongan dengan sebarang
tulisan.

a) Pemohon dan 2 orang saksi hendaklah berjumpa dengan PPP di mana pemohon bermastautin
untuk mendapatkan pengesahan dan sokongan berkahwin.
3. b) Jika ketiadaan PPP, pemohon dan 2 orang saksi hendaklah hadir ke PAID.
c) Syarat 2 orang saksi ini hendaklah lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan mengenali status
pemohon. Pastikan tandatangan pemohon dan 2 orang saksi dibuat di hadapan PPP.
d) Pastikan PPP telah membuat pengesahan dengan bukti tandatangan, tarikh dan cop rasmi pada
borang pemohon.

a) Setelah sempurna pengesahan PPP, pemohon hendaklah hadir ke PAID di mana pemohon
bermastautin untuk mendapatkan sokongan dan pengesahan.
b) 2 orang saksi tidak perlu di bawa bersama ketika berurusan di PAID.
4. c) Setelah mendapat pengesahan PAID, pemohon perlu mendaftarkan permohonan ke Mahkamah
Tinggi Syariah Negeri Selangor.
d) Jika Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor memberi Surat Kebenaran Berkahwin, sila rujuk
semula Pejabat Agama Islam untuk urusan lanjut berkaitan pernikahan.

a) Surat Kebenaran Berkahwin yang diperolehi kemudiannya hendaklah diserahkan kepada pihak
5
perempuan untuk tindakan seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai