Anda di halaman 1dari 38

TAJUK: PEMILIKAN HARTA DALAM ISLAM

1.0 DEFINISI HARTA DAN KEHARTAAN MENURUT ISLAM Kamus Dewan Bahasa mendefinisikan harta sebagai barang-barang berharga seperti rumah, tanah, bangunan, barang kemas dan lain-lain yang dimiliki oleh orang perseorangan, syarikat atau pertubuhan. Dalam Bahasa Arab, harta atau `al-mal merujuk kepada sesuatu yang dimiliki oleh seseorang individu atau kumpulan manusia seperti barangan berharga, barang perniagaan, asset tetap, wang atau haiwan. Para fuqaha Islam mendefinisikan istilah harta dalam berbagai tafsiran.Misalnya menurut pendapat Ibn. Abidin dari kalangan fuqaha Hanafi mentafsirkan harta sebagai sesuatu yang manusia berhajat kepadanya secara fitrah dan ia mestilah sesuatu yang boleh disimpan untuk kegunaan apabila diperlukan.Imam al-Syafie pula berpendapat harta ialah sesuatu yang berharga dan hendaklah diganti atau dibayar gantirugi sekiranya berlaku kerosakan atau kemusnahan terhadapnya. Dr. Abdul Karim Zaidan mendefinisikan harta sebagai sesuatu yang boleh dimiliki atau akan dimiliki pada masa hadapan dan ianya berfaedah kepada manusia. Al-Zarqa , salah seorang fuqaha Hanafi mengambilkira keadaan ` urf atau adat kebiasaan masyarakat umum untuk menentukan sesuatu itu sebagai harta atau tidak.Apa sahaja yang dianggap berguna dan bernilai pada pandangan masyarakat adalah tergolong sebagai harta. Dr.Wahbah al-Zuhaili berpendapat harta ialah sesuatu yang diperlukan dan mampu dimiliki oleh manusia samada dalam bentuk benda (`ain) atau faedah (manfaah) contohnya kenderaan, bangunan, pakaian, saham dan sebagainya. Mohd. Ridzuan Awang pula menjelaskan harta adalah sesuatu benda yang boleh dikuasai, dimiliki, disimpan, dikumpulkan serta memberi manfaah misalnya tanah, bangunan, emas, saham, makanan dan lain-lain.

Konsep Hartanah menurut Islam Berhubung dengan konsep hartanah dalam Islam, Kamus Dewan mendefinasikannya sebagai harta yang terdiri daripada tanah dan rumah. (Kamus Dewan, 1989) Selain daripada itu maksud hartanah ini meliputi tasik bahan galian yang masih mentah dan belum dikeluarkan dari perut bumi, pantai, laut dan juga ruang udara. Menurut Islam hartanah ialah harta yang terdiri daripada tanah atau ` al-ard.Perkataan `al-ard merangkumi bukit-bukau, lautan, ruang udara dan segala kekayaan yang terkandung dalamnya.Ia juga mencakupi segala sesuatu yang wujud di permukaan tanah seperti bangunan, air, tumbuh-tumbuhan dan semua benda yang wujud di bawahnya.( Mohd. Ridzuan Awang, 1994) Berdasarkan undang-undang common law, hartanah ialah harta berupa tanah termasuk permukaan bumi yang meliputi benda-benda berbentuk fizikal samada kewujudannya secara semulajadi atau terlekat kemudiannya seperti bangunan, tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan minyak.(Mohd. Ridzuan Awang, 1994) Kanun Tanah Negara (National Land Code) 1965 di bawah seksyen 5 menjelaskan bahawa hartanah hendaklah meliputi perkara-perkara berikut: a) Muka bumi dan semua benda yang menjadikan muka bumi b) Tanah di bawah muka bumi dan semua benda yang terkandung dalanya c) Semua tumbuhan dan keluaran semulajadi yang lain samada memerlukan tenaga terhadap pengeluarannya atau tidak dan segala di atas atau di bawah muka bumi d) Semua benda yang terlekat pada bumi atau terlekat selama-lamanya pada sebarang benda yang terlekat pada bumi samadi di atas atau di bawah muka bumi itu e) Tanah yang meliputi air

1.1 HARTA DI DALAM AL-QURAN Perkataan yang berkaitan harta ` al-mal dan kepenggunaannya banyak disebut dalam alQuran misalnya Surah al-Baqarah: 29, al-Baqarah: 284, al-Baqarah: 189, Surah alTaghabun:15 ,Surah al-A`raf; 128 dan banyak lagi.

Harta dalam al-Quran dikaitkan dengan segala yang terdapat di muka bum.Pemilik harta yang mutlak dalam Islam adalah kepunyaan Allah yang Maha Kaya.( Dr. Razali Nawawi, 1999) Firman Allah dalam Surah al-Baqarah: 29 yang bermaksud: Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi kemudian ia menuju dengan kehidupannya ke arah bahan-bahan langit lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Ia amat mengetahui akan setiap sesuatu. Dalam Surah al-Baqarah: 284 yang berbunyi: Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dalam Surah al-Nisa :29 Allah melarang mengambil harta orang lain secara batil.Firman Allah berbunyi; Janganlah kamu memakan harta di kalangan kamu secara batil melainkan dalam urus niaga yang saling redha meredhai di antara kamu. 1.2 CIRI-CIRI HARTA DALAM ISLAM

Secara lahiriahnya, harta berbentuk `ayn iaitu ia boleh dilihat, dipegang, disentuh, dikuasai dan juga berbentuk manfaah setelah digunakannya.Di sini diutarakan beberapa pendapat tokohtokoh Islam mengenai harta dan cirri-cirinya antaranya ialah al-Syalabi seorang pemikir Islam berpendapat sesuatu itu dianggap harta bila ianya boleh dikuasai, dimiliki secara sah dan berfaedah kepada si pemiliknya.Dr. Abdul Karim Zaidan pula menggariskan ciri-ciri harta seperti berikut: i) ii) iii) Harta mestilah sesuatu yang boleh dikuasai dan dimanfaatkan contohnya rumah, tanah, bangunan,kereta, wang, pakaian,makanan dan lain-lain Harta mestilah sesuatu yang boleh dikuasai pada masa hadapan. Misalnya ikan di lautan, burung di awan,haiwan di hutan atau galian dalm perut bumi Sesuatu yang tidak boleh dikuasai meskipun kita mendapat manfaat darinya tidak dianggap harta seperti cahaya bulan,matahari atau udara.Namun begitu dengan teknologi baru masakini, cahaya matahari boleh disimpan melalui sistem solar dan oksigen boleh dikumpulkan dalam tabung oksigen iv) Sesuatu yang tidak cukup dimanfaatkan walaupun kita mampu menguasainya tidak termasuk harta.Contohnya sebutir beras, setitik air atau sebiji gula halus

v)

Sesuatu yang bercanggah atau ditegah oleh hukum syara untuk dimanfaatkan tidak boleh dianggap sebagai harta seperti arak,khinzir,bangkai,darah atau hasil perolehan dari sumber yang haram misalnya mencuri, riba,rasuah,menipu,merompak dan sebagainya (Abdul Karim Zaidan, 1976)

Imam al-Syafie menegaskan harta ialah sesuatu yang mempunyai nilai komersil samada dalam bentuk barangan atau manfaah dan ia boleh dikenakan gantirugi sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kemusnahan terhadapnya.Sesuatu itu tidak dianggap sebagai harta sekiranya tiada seorang pun yang menghendakinya.( Wahbah al-Zuhaili,1989) Ibn Abidin dari mazhab Hanafi berpendapat harta ialah sesuatu yang mempengaruhi jiwa manusia yang boleh disimpan untuk digunakan jika perlu.Contohnya binatang ternakan, emas, perak, saham dan sebagainya. Wahbah al-Zuhaili mengatakan harta ialah setiap sesuatu yang diperlukan dan mampu dimiliki oleh manusia samada dalam bentuk benda atau manfaat.Contohnya seperti kenderaan, bangunan, pakaian, saham dan sebagainya.(Wahbah al-Zuhaili, 1989) Al-Zarqa salah seorang ulama mazhab Hanafi menambah faktor ` al-`urf atau adat kebiasaan sesebuah masyarakat yang menganggap samada sesuatu benda itu bernilai serta ada unsurunsur komersil atau sebaliknya perlu diambilkira sebagai harta.Contohnya bagi masyarakat Arab, unta dan kambing biri-biri dianggap sebagai binatang ternak yang berharga manakala emas dan perak adalah barang perhiasan yang paling bernilai dalam kehidupan mereka. Menurut pendapat Mohd. Ridzuan Awang, harta ialah sesuatu benda yang boleh dikuasai, dimiliki, disimpan dan dikumpulkan serta boleh mengambil faedah daripadanya.contohnya seperti tanah, bangunan, emas, saham dan sebagainya.(Mohd. Ridzuan Awang, 1994) Daripada definisi-definisi harta yang diberikan di atas, secara umumnya kita dapati terdapat lima elemen utama dalam menentukan sesuatu benda itu sebagai harta menurut Islam iaitu: i) ii) iii) iv) Sesuatu benda itu boleh disimpan, dikumpul serta mampu dimiliki Sesuatu benda itu memberi faedah atau manfaah kepada manusia Sesuatu benda itu akan dikenakan gantirugi atau gantian jika ia dimusnahkan Sesuatu yang diharuskan penggunaannya oleh syara

v)

Sesuatu benda itu bernilai pada pandangan manusia

1.3 HAK DAN MANFAAT Para fuqaha bersepakat mengkategorikan sesuatu itu sebagai harta jika ia berupa benda yang diharuskan oleh syara, boleh dikuasai atau dimiliki dan juga bermanfaat.Hak dan manfaah saling berkaitan dengan harta.Dari pemilikan harta, seseorang itu mendapat haknya untuk menguruskannya serta bebas menggunakan faedah/manfaat dari hartanya.Hak secara umumnya bermaksud kuasa atau autoriti yang diiktiraf oleh syara kepada seseorang untuk mengurus hartanya. Ulama membahagikan hak kepada dua bahagian iaitu: i) ii) Hak yang berkaitan dengan harta seperti mas kahwin, nafkah, harta sepencarian, harta pusaka, wasiat, waqaf, hibah, sadaqah, zakat dan sebagainya Hak yang tidak berkaitan dengan harta seperti penjagaan anak, wali, wakil, rakan kongsi, hak sebagai suami-isteri, hak rakyat, hak pekerja, hak pengguna, dan lainlain Menurut hukum syara, terdapat tiga jenis hak dalam Islam iaitu: i) Hak Allah s.w.t (haqul-Allah) yang merangkumi tanggungjawab dalam menunaikan ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, mengerjakan haji serta melaksanakan tuntutan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh syara ii) Hak manusia (haqun-nas) meliputi yang umum dan khusus seperti menuntut gantirugi, harta pusaka, nafkah, penjagaan anak, kontrak dan sebagainya.Ini termasuklah hak manfaah yang dikongsi bersama (huquq al-irtifaq) yang merangkumi haq al-Syirb, al-Majra dan al-Masil yang berkaitan dengan soal air, haq al-Murur pula melibatkan laluan jalan dan haq al-Jiwar berhubung dengan jiran tetangga iii) Hak bersama (haqul-musytarak)merangkumi hak Allah dan manusia seperti menunggu iddah untuk wanita yang bercerai hidup atau mati, qisas(bunuh dibalas bunuh) dan diyat(wang tebusan darah)

Perkataan `manfaah merujuk kepada sesuatu yang berfaedah atau berguna kepada manusia.Ia adalah sebahagian daripada harta.Manfaah harta boleh diperolehi melalui beberapa cara antaranya seperti pinjaman, sewaan (ijarah), waqaf dan wasiat (yang bersyarat) serta keizinan (ibahah) Menyentuh hubungan hak dan manfaah dengan harta, menurut mazhab Hanafi menyatakan kedua-duanya tidak termasuk dalam kategori harta atau mal berbeza dengan pandangan jumhur ulama menganggap kedua-duanya adalah mal.Ia boleh diniagakan dalam bentuk benda ( `ain) dan manfaah yang diharuskan oleh syara.Imam Abu Hanifah menegaskan hak dan manfaah tidak tergolong harta kerana keduanya tidak boleh dilihat dan dikuasai atau disimpan dalam tempoh waktu tertentu untuk digunakan ketika perlu. 2.0 KATEGORI ATAU JENIS-JENIS HARTA

Secara khusus, harta dalam Islam terbahagi kepada beberapa jenis antaranya seperti berikut: a. Harta bernilai dan tidak bernilai (mal al-mutaqawwam wal mal ghair almutaqawwam) Harta yang bernilai ialah harta yang boleh dimiliki dan dikuasai oleh seseorang serta diharuskan oleh syara untuk penggunaannya.Di samping itu, menurut setengah ulama mengatakan harta al-mutaqawwam juga hendaklah berguna dan bermanfaat kepada seseorang individu atau kelompok manusia.Harta jenis ini kebanyakkannya terdiri daripada harta alih dan tak alih seperti emas dan perak, binatang ternakan, hasil pertanian, rumah, kereta dan sebagainya. Harta yang tidak bernilai pula ialah harta yang tidak dikuasai atau yang belum lagi dimiliki oleh seseorang misalnya burung yang terbang di angkasa, ikan yang berenang di dasar lautan, haiwan di dalam hutan dan sebagainya. Harta tidak bernilai ini juga termasuklah harta yang tidak diiktiraf oleh syara atau syara tidak mengharuskan penggunaannya kecuali ketika berlaku keadaan darurat (terpaksa) seperti haram memakan bangkai atau daging khinzir tetapi jika tiada makanan halal yang lain demi untuk menyelamatkan nyawa daripada mati kebuluran, hokum syara mengharuskan mengambilnya

sekadar yang perlu.Oleh itu, seseorang Muslim tidak boleh mengambil manfaat daripada benda-benda haram kecuali ketika darurat. Walaubagaimanapun, bagi masyarakat bukan Islam benda-benda haram seperti arak dan khinzir merupakan harta yang bernilai untuk mereka.Sehubungan ini, menurut pendapat Imam Abu Hanifah, benda-benda haram ini adalah harta untuk masyarakat bukan Islam.Sekiranya seorang Islam atau bukan Islam merosakkan harta tadi, mereka wajib membayar gantirugi. Kesan pembahagian harta bernilai dan tidak bernilai adalah seperti berikut: i) ii) Jika harta yang dirosakkan itubernilai, wajiblah diganti dan jika sebaliknya maka tidak perlu diganti Harta yang bernilai sah untuk urusan jualbeli, pemberian hadiah, disewa, digadai dan sebagainya sedangkan harta yang tidak bernilai tidak sah untk tindakan sedemikian b) Harta alih dan Harta Tak alih (mal al-manqul wal mal al-aqar) Umumnya, harta alih ialah harta yang boleh diubah dari satu tempat ke satu tempat lain manakala harta tak ali ialah harta yang tidak boleh diubah kedudukan asalnya.Dalam Majalah al-Ahkam al-Adliyyah, harta alih adalah `sesuatu yang boleh dipindahkan dari sesuatu tempat seperti matawang, barang-barang, binatang dan benda yang bersukat atau bertimbang. Menurut pandangan ulama Hanafi, harta alih (al-manqul) ialah harta yang boleh berpindah atau diubah dari satu tempat ke tempat yang lain dalam keadaan bentuk dan strukturnya kekal atau pun bertukar kerana perpindahan itu.Misalnya barang perniagaan, perabut hiasan, kenderaan, wang, barang-barang yang disukat atau dibungkus, binatang ternakan, buah-buahan dan lain-lain.Golongan ini menerangkan harta tak alih ( al-aqar) ialah harta yang kekal di tempatnya yang tidak boleh dipindah atau diubah seperti rumah dan tanah.Oleh itu segala benda di atas tanah misalnya pokok, tanaman dan bangunan di atas tanah tersebut yang tidak boleh dipisahkan dari tanah dianggap sebagai harta tak alih. Manakala ulama Maliki pula berpendapat harta alih (al-manqul) adalah sesuatu yang boleh dialih dan dipindahkan dari satu empat ke tempat yang lain dalam keadaan bentuk dan

strukturnya kekal seperti biasa contohnya seperti buku, kenderaan, pakaian dan sebagainya.Golongan ini seterusnya mengatakan harta tak alih ialah sesuatu yang tidak boleh dipindah atau diubah kedudukannya seperti tanah dan juga sesuatu yang boleh dipindah sekiranya berlaku perubahan bentuk ketika perpindahan itu seperti pokok dan bangunan.Pokok jika ditebang akan berubah menjadi kayu api manakala bangunan jika diruntuhkan akan menjadi hancur. Adakalanya berlaku pertukaran harta manqul menjadi aqar dan sebaliknya.Contohnya seperti pintu, kunci mangga pada pintu dan saluran elektrik atau air menjadi aqar kerana ia bersambung dan melekat kepada sesuatu benda aqar.Contoh benda aqar menjadi manqul ialah seperti batu-bata atau kayu-kayan dari runtuhan binaan, bahan-bahan galian, batu-batan dan tanah.Batu-batan, bahan galian dan tanah menjadi manqul sebaik sahaja ia terpisah dari bumi.Begitu juga dengan gambar lukisan dan kerusi yang diskrukan boleh menjadi manqul bila skrunya ditanggalkan dan dipindah ke tempat lain. Tujuan pembahagian kepada harta alih dan tak alih ini ialah untuk menentukan hokum berikut: i) ii) Harta tak alih tertakluk kepada hokum syuf`ah sedangkan harta alih tidak tertakluk kepada syuf`ah Seorang wasi misalnya wasi bagi kanak-kanak atau orang yang cacat fikiran, harus menjual harta alih kanak-kanak tersebut jika penjuala itu mengandungi masalah.Sebaliknya tidak harus menjual harta tak alih melainkan jika menjadi tuntutan syara seperti tanah itu terpaksa dijual kerana membayar hutang yang ditanggung oleh anak tersebut disebabka hutang yang ditinggalkan oleh ibubapanya dan tidak sempat dilangsaikan iii) Berhubung dengan harta yang terpaksa dijual untuk membayar hutang, penjualan harta alih hendaklah diutamakan.Harta tak alih hanya dilakukan sebagai langkah terakhir.

c)

Harta yang ada persamaannya atau serupa dan Harta yang Seharga ( mal al-mithliy wal mal al-qimiy)

Harta mithliy ialah harta yang homojenis yang banyak terdapat di pasaran tanpa ada perbezaan yang ketara dari segi kualiti dan kuantitinya.Harta ini ditentukan dengan berbagai cara seperti sukatan, timbangan, bilangan dan ukuran.Secara khusus, harta mithliy terbahagi kepada empat bahagian iaitu: a. al-makilat ialah barang-barang yang boleh disukat seperti gandum, beras dan gula dengan sukatan kati, tahil, cupak dan gantang mengikut keadaan uruf(adat kebiasaan) masyarakat setempat. b. al-mauzunat ialah benda yang boleh ditimbang seperti kapas, garam, buahbuahan dan sayuran menggunakan alat penimbang/neraca. Di zaman moden ini, sukatan dan timbangan boleh diperolehi dalam bentuk bungkusan, paket dan bekas plastik dalam sukatan kilogram atau gram dengan tanda harga sekali. c. al-`adadiyyat ialah benda yang boleh dihitung atau dikira seperti telur, buku, pensil, kerusi, meja dan kereta. d. al-dzar`iyyat ialah benda atau barang yang boleh diukur ketinggian, keluasan, panjang dan dalamnya dengan menggunakan kiraan ela, kaki, inci, depa, meter, kilometer, liter, sentimeter, milliliter dan lain-lain mengikut ukuran tradisional atau moden. Mengikut takrif yang diberika dalam Majallah al-Ahkam, harta yang serupa (mithliy) merangkumi jenis barang-barang yang senang didapati di pasaran seperti jenis pakaian yang sama jenama atau saiz, jenis kenderaan yang sama dan dikeluarkan oleh syarikat pengeluar kereka yang sama.Sehubngan ini Imam al-Ghazali berpendapat bahawa harta mithliy ialah harta yang serupa dari segi manfaat dan harganya atau nilai harganya hampir sama. Harta seharga (qimiy) ialah harta yang tidak mempunyai keserupaan di pasaran atau terdapat keserupaan tetapi berbeza nilai harga di antaranya di pasar.Misalnya binatang ternak, pokok, tanah, rumah kediaman, permaidani, batu permata berlian, barang-barang antik atau barang-barang terpakai.Ini termasuklah barang yang berbeza nilai antara satu dengan lain kerana berbeza saiz dan jenisnya seperti buah betik dan buah durian yang berlainan

saiz dan jenisnya.Harta qimiy juga merupakan jenis harta yang memiliki ciri-ciri yang khusus sebagai penentu nilai harganya. Pendekata, harta qimiy terdiri daripada barangan yang sukar diperolehi di pasaran atau barang yang ada di pasaran tetapi harganya berbeza disebabkan adanya perkara yang berbeza contohnya seperti sukatan serta sifat barangan itu. Pertukaran Harta Mithliy Menjadi Harta Qimiy dan Sebaliknya Pertukaran harta mithliy menjadi qimiy boleh berlaku dalam keadaan berikut: i) ii) Tiada stok lagi di pasaran.Jika harta mithliy ini terputus atau kehabisan di pasaran, ia bertukar menjadi harta qimiy Berlaku percampuran.sekiranya harta mithliy yang terdiri dari dua jenis yang berbeza seperti gandum dengan beras bercampur maka percampuran itu menjadi barang qimiy iii) Terdedah kepada bahaya. Jika harta mithliy terdedah pada bahaya seperti terbakar, malapetaka atau tenggelam maka ia menjadi harta qimiy yang bernilai khusus cacat, rosak atau telah digunakan.Sekiranya harta mithliy menjadi cacat, kurang nilai atau telah digunakan maka ia bertukar menjadi harta qimiy yang bernilai khusus perbezaan bilangan,

Pertukaran harta qimiy menjadi harta mithliy boleh berlaku ketika harta itu pada asalnya sedikit bertukar menjadi banyak.Dengan ini harganya tidak khusus lagi. Kesan dari pembahagian ini adalah seperti berikut: i) Harta mithliy boleh menjadi harga tukaran dalam sesuatu jualbeli dengan cara ditentukan jenis dan sifatnya tetapi harta qimiy tidak boleh menjadi harga tukaran dalam jualbeli ii) Jika seseorang merosakkan harta mithliy dengan sengaja, ia wajib membayar ganti rugi yang sama banyak dengan jumlah yang dirosakkan

itu.Pembayaran ganti rugi hendaklah mengikut tafsiran yang menyamai barang atau harga barang yang dirosakkan. iii) Berlaku pembahagian harta mithliy yang diperkongsikan secara paksa.Setiap rakan kongsi berhak mengambil bahagiannya ketika ketiadaan rakan kongsinya sekira beliau tidak memberi keizinan.Dalam kes harta qimiy, pembahagian harta secara paksaan tidak berlaku sekiranya rakan kongsinya tidak memberi keizinan. iv) Dalam harta qimiy tidak berlaku riba jika berlaku pertambahan.Misalnya harus dijual sedikit dengan banyak daripada barang atau harta yang sama jenis.dalam harta mithliy berlaku riba jika terjadi pertambahan ke atas dua barang yang sejenis dari segi kuantiti dan kualitinya. d) Harta yang berubah bentuk asalnya dan harta yang tidak berubah bentuknya setelah digunakan(mal al-istihlakiy wal mal al-isti`maliy) Harta yang boleh berubah bentuk asalnya setelah ia digunaka dikenali sebagai `mal al-istihkaliy seperti makanan, minuman, buah-buahan dan sayuran.Sebaliknya harta yang tidak akan berubah bentuk atau struktur asalnya selepas ianya dipakai dikenali sebagai `mal al-isti`maliy misalnya pakaian atau barang perhiasan yang telah dipakai berulang kali, perabut hiasan rumah, kereta terpakai dan sebagainya.Harta harta ini masih kekal keadaannya dan masih boleh digunakan lagi tetapi nilainya akan susut.

2.1 HARTA INTELEK (INTELLECTUAL PROPERTY) Harta intelek ini terangkum dalam kategori harta yang bermanfaat hasil dari keilmuan, kepakaran, pengalaman, bakat kebolehan, daya kreativiti dan inovasi seseorang individu itu.Menurut definisi daripada Pertubuhan Harta Intelek Dunia (World Intellectual Property Organization) harta intelk ialah .segala hak mutlak hasil daripada aktiviti keintelektualan seperti dalam bidang industri, saintifik dan bidang kesusasteaan atau kesenian.Tiada siapa yang boleh meniru, menyalahguna atau menciplak hak peribadi individu tersebut.Di Malaysia, misalnya terdapat peruntukan akta seperti Akta Copyright dan Akta Printing sebagai

mengawal gejala yang tidak sihat ke atas harta intelek ini termasuklah budaya ciplak dan cetak rompak. 3.0 HARTA DAN PEMILIKAN DALAM ISLAM Sila rujuk di bawah tajuk harta dan pemilikan harta dalam Islam untuk maklumat lanjut. 4.0 RUJUKAN 1. Abdul Kadir Audah, 1997, Harta dan Pemerintahan Dalam Islam (terj) , Pustaka Antara, Kuala Lumpur 2. Abdul Halim al-Muhammady, Dr., 2004, Undang-undang Muamalat Dan Aplikasinya Kepada Produk-Produk Perbankan Islam, DBP, Kuala Lumpur 3. Abdul Monir Yaacob, 1999, Pentadbiran Harta Dalam Islam, (peny) , IKIM 4. Faizah Hj. Ismail, 1995, Asas-Asas Muamalat Dalam Islam, DBP, Kuala Lumpur 5. Mohd. Razali Nawawi, Dr., 1999, Islamic Law On Commercial Transaction, CT Publications Sdn Bhd. Kuala Lumpur 6. Mohd. Ridzuan Awang, 1994, Undang-Undang Tanah Islam, Pendekatan Perbandingan, DBP, Kuala Lumpur 7. Wahbah al-Zuhaili, 1996, Fiqh Perundangan Islam, (terj), DBP, Kuala Lumpur 8. ____________, 2002, Fiqh Perundangan Islam, (terj), Jilid IV dan V, DBP, Kuala Lumpur 9 Salleh Buang, 1995, Undang-undang Tanah Di Malaysia, DPB, Kuala Lumpur 10. Azizon Salleh, Kertaskerja bertajuk Konsep Hartanah dalam Islam, dibentangkan pada Bengkel Pengajaran Kursus Pendidikan Islam Semester 3, Mei 2002 11. Baharuddin Sayin, Prof. Madya, Kertaskerja bertajuk Asas-Asas Hartanah Islam, dibentangkan pada Bengkel Pengajaran Kursus Pendidikan Islam Semester 3, Mei 2002 12. NoorSalawati Hj. Sabtu, Kertaskerja bertajuk Pemilikan Harta Dalam Islam, dibentangkan pada Bengkel Pengajaran kursus Pendidikan Islam semester 3, Mei 2002 13. Tafsir Pimpinan ar-Rahman, 2005, JAKIM, Kuala Lumpur, Malaysia

HARTA DAN PEMILIKAN HARTA DALAM ISLAM

1. MAKSUD MILIK DAN PEMILIKAN Milik atau pemilikan berhubungkait di antara manusia dan harta yang diiktiraf oleh syara dimana seseorang individu itu mempunyai hak atau autoriti dan dibenarkan mentadbir harta tersebut mengikut kehendak atau keperluannya. Majalah al-Ahkam al-Adliyyah iaitu Perkara 125 mendefinisi ` milk sebagai sesuatu yang dimiliki oleh seseorang samada dalam bentuk barang(`ain) atau faedah(manfaat).Menurut pendapat jumhur ulama, milik dan harta saling berkaitan manakala Imam Abu Hanifah menekankan bahawa milik lebih umum daripada harta di mana `manfaah dan `hak merupakan milik bukannya harta kerana kedua-duanya tidak dapat dilihat. Dari segi bahasa, `milk bermaksud pemilikan harta oleh seseorang manusia atau individu dan penguasaannya terhadap harta tersebut yang menghalang orang lain campurtangan kecuali atas kebenaran pemilik harta dan terdapatnya halangan syara.Menurut pendapat Ibn. Humam, hak milik yang dimaksudkan oleh syara ialah autoriti yang membolehkan seseorang mengurus hartanya tanpa sebarang halangan atau pertolongan daripada pihak lain. Al-Maqdisi pula mentakrifkan `milk sebagai pemilikan khusus ke atas sesuatu yang menghalang orang lain dari mengunakannya kecuali dengan cara yang diiktiraf oleh syara.Definisi hak milik oleh al-Suyuti misalnya adalah lebih jelas iaitu `ketetapan hokum syara ke atas sesuatu benda atau manfaah sesuatu yang membolehkan pemiliknya memanfaatkannya samada secara fizikal atau manfaatnya selama tiada halangan syara .Berdasarkan definisi-definisi milik dan pemilikan ini, dapat dirumuskan antaranya: a) Pemilik harta mempunyai hak milik yang mutlak ke atas hartanya b) Pemilik harta tersebut bebas mentadbir dan mengurus hartanya

c) Beliau berkuasa untuk memberi atau mengambil faedah (manfaah) daripada hartanya seperti jualbeli, menyewa, menggadai atau memberi pinjaman. d) Beliau juga berhak menyerah harta dan manfaatnya kepada orang lain melalui hibah, wasiat, waqaf,zakat, sadaqah e) Beliau boleh memusnahkan hartanya sekiranya tidak diperlukan lagi Sekiranya terdapat halangan syara (awarid) atau kurang keahlian (ahliyyah) bagi pihak pemilik harta seperti masih kanak-kanak, gila, bodoh, nyanyuk dan sebagainya, beliau boleh melantik wali (penjaga), wasi (pemegang amanah) atau wakil (pengganti) untuk mentadbir harta tersebut.Harta pada umumnya boleh dimiliki kecuali sekiranya berada dalam keadaan berikut: e) Harta yang tidak boleh dimiliki dan diberi milik iaitu dikhususkan untuk faedah orangramai/awam seperti jalanraya, jambatan, landasan keretapi, sungai, perpustakaan awam, tempat rekreasi dan sebagainya. f) Harta yang tidak boleh dimiliki kecuali dengan keizinan syara iaitu harta wakaf dan harta Baitulmal (harta kerajaan).Harta Baitulmal sama kedudukannya dengan harta anak yatim Selain daripada dua jenis harta di atas, semua harta harus dimiliki dan dipindah milik kepada orang lain secara hak atau sah. 2) KATEGORI MILIK DAN PEMILIKAN HARTA Pemilikan dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu: a. Pemilikan sempurna( al-Milk al-Tam) b. Pemilikan tidak sempurna( al-Milk al-Naqis) 2.1) PEMILIKAN SEMPURNA (MILK AL-TAM) Pemilikan sempurna ialah pemilikan yang memberi hak atau kuasa penuh/ mutlak ke atas pemilik harta untuk mentadbir, mengurus, memberi dan mengambil faedah daripada hartanya.

Pemilik harta ini juga memiliki kedua-duanya iaitu `ayn (bentuk fizikal) dan faedah (manfaah) harta tersebut.

2.1.1) Ciri-ciri pemilikan sempurna Di antara cirri-ciri pemilikan sempurna adalah seperti berikut: i) Ia adalah hak milik yang kekal dan tidak terikat dengan tempoh masa dan tempat yang tertentu ii) Hak milik harta tidak gugur walaupun harta itu dirampas orang iii) Pemilik harta diberi kebebasan penuh untuk menguna dan memanfaatkan hartanya mengikut kehendaknya seperti melabur, menyewa, menjual, memberi pinjam, mewakaf, mewasiat, menghadiah (hibah) atau memusnahkan hartanya iv) Jika pemilik harta memusnahkan atau merosakkan hartanya sendiri tanpa sebab, beliau tidak akan dikenakan ganti rugi sebaliknya boleh ditahan atau disekat daripada mentadbir hartanya.

2.1.2) Kaedah memperolehi pemilikan sempurna Menurut perundangan Islam, pemilikan sempurna boleh diperolehi menerusi beberapa cara seperti berikut: i) Penguasaan dan pemilikan terhadap harta yang diharuskan oleh syara seperti harta `mubah.Harta mubah melibatkan harta- harta berikut: a) Tanah yang belum diterokai (Ihya al-mawat) b) Bahan galian yang ditemui dalam tanah atau perut bumi (al-maadin) c) Binatang buruan yang hidup liar (al-siyad) d) Kawasan rumput liar (al-kala) ii) iii) 1v) vi) Pemindahan harta secara warisan seperti pusaka dan wasiat Berlakunya akad/kontrak yang mengharuskan pemindahan hak milik Hak rakan kongsi (Shufaah) Pengagihan zakat, pemberian sukarela seperti (hibah), sadaqah dan waqaf

A) Penguasaan harta yang diharuskan oleh syara (harta mubah) Harta mubah ialah harta yang tidak dimiliki oleh sesiapa dan diharuskan oleh syara untuk sesiapa sahaja yang berusaha untuk memilikinya dengan niat dan cara yang diiktiraf syara.Penguasaan hak milik melalui harta mubah antaranya: i) Penerokaan tanah Ihya al-mawat Ihya al-mawat ertinya memulih, menyuburkan, mengaktifkan dan membangunkan tanah yang mati, gersang dan terbiar.Tanah ini tidak dimiliki oleh sesiapa, tiada kemudahan asas serta kedudukannya jauh dari kawasan kediaman. Dari segi bahasa, perkataan `ihya bermaksud menjadikan sesuatu itu hidup atau pulih iaitu menjadikannya bertenaga dan berkembang. Manakala `al-mawat ialah tanah yang tidak ada kegiatan di atasnya, tiada bekalan air, tidak dimiliki dan tidak ada sesiapa yang memanfaatkannya.(Wahbah azZuhaili, Jilid V, 2002). Oleh itu sekiranya tanah itu telah dimiliki tetapi tidak diusahakan atau tanah itu berada jauh di pedalaman tetapi ada kemudahan asas untuk orang awam seperti tempat katu-kayan, tanaman atau tempat ternakan binatang tidak dianggap sebagai tanah mati.Sesiapa yang berusaha membangunkan tanah mati atau terbiar ini berhak mendapat hak milik atas usahanya sendiri samada ianya mendapat kebenaran dari pihak pemerintah atau tidak.Ini berdasarkan hadis Rasululah s.a.w yang bermaksud: Sesiapa yang meneroka tanah mati maka ia berhak mendapat milik. Imam Abu Hanifah menegaskan keizinan daripada pemerintah adalah perlu untuk menjaga kepentingan awam manakala Imam Syafie mengatakan ianya hanyalah sebagai suatu galakan sahaja. Setelah berlaku pemilikan ke atas harta tersebut, masa untuk membangunkannya adalah selama tiga tahun. Sekiranya ia tidak berjaya mengusahakannya dalam tempoh masa tiga tahun, pihak pemerintah berhak mengambilnya kembali serta memberikannya kepada orang yang mampu menerokanya.had tempoh masa selama tiga tahun ini adalah merujuk kepada pendapat khalifah Umar al-Khattab. Terdapat berbagai pendapat ulama mengenai cara membangunkan tanah yang mati.Misalnya pembangunan tanah mati adalah dengan cara menjadikan tanah

itu sesuai sebagai kawasan pembinaan, kediaman, perladangan, pertanian, perikanan, perlombongan atau perindustrian.Mengikut pendapat setengah ulama Syafie dan Hanbali, pembangunan tanah ini berdasarkan kepada penerimaan `uruf sesebuah masyarakat serta kesesuaian tanah tersebut. Imam Syafie berpendapat, untuk menggambarkan kediaman adalah disyaratkan supaya mendirikan pagar sekeliling kawasan itu dengan bata, kayu, tembok atau pintu.Ulama Maliki pula berpendapat membangunkan tanah perlu dilakukan salah satu daripada perkara berikut seperti menggali telaga, mengeringkan air sekiranya tanah itu berair, membuat batas tanaman, menanam pokok, meratakan tanah dan bata yang tidak diperlukan dan sebagainya yang relevan.Imam Hanbali merpendapat membangunkan tanah ialah dengan memagar kawasan tanah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w bermaksud: Sesiapa yang memagar sesuatu kawasan maka ia menjadi haknya. (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud) Sebaliknya, tanah yang pernah dimiliki tidak dianggap sebagai tanah yang boleh diteroka walaupun tidak lagi dimanfaatkan atau telah ditinggal oleh pemiliknya sehingga menjadi terbiar.Begitu juga tanah yang terletak di kawasan bandar dan kawasan pembangunan tidak dianggap sebagai tanah yang boleh diterokai. Sistem Torrens yang diperkenalkan dalam Kanun Tanah Negara telah mengenepikan pemilikan tanah secara `ihya al-mawat misalnya seksyen 46 dan 48 Kanun Tanah Negara.Hal ini digambarkan dalam kes Sidek mlwn Kerajaan Negeri Perak di mana mahkamah memutuskan bahawa pembukaan mati kerajaan melalui `ihya al-mawat oleh seseorang itu dianggap sebagai setinggan yang tidak mempunyai hak di sisi undang-undang.Sehubungan ini, prinsip `ihya al-mawat boleh diperkenalkan dalan kanun Tanah Negara ini segabai langkah yang positif. ii) Bahan galian dan harta karun (al-maadin) Bahan galian yang dimaksudkan di sini ialah bahan galian mentah dan harta karun yang ditemui berada dalam perut bumi.Bahan galian mentah ini adalah seperti berikut:

a) Bahan galian yang boleh dilebur dan dibentuk seperti emas, perak, tembaga, besi dan timah b) Bahan galian yang tidak boleh dilebur berbentuk pepejal seperti batu permata, granit, marmar dan arang batu c) Bahan galian berbentuk cecair seperti gas dan petroleum Para fuqaha Muslim berbeza pendapat mengenai kedudukan bahan galian ini samada boleh dimilki oleh orang perseorangan atau sebagai milik pemerintah.Al-Kasani dari golongan ulama Hanafi berpendapat pihak pemerintah cuma berhak setakat atas permukaan sahaja manakala di bahagian bawahnya adalah milik orang yang menemuinya. Di sini ia berhak mendapat 4/5 bahagian dari harta tersebut dan 1/5 hendaklah diserah kepada Baitul Mal.Ulama Maliki pula berpendapat bahawa bahan galian adalah milik pemerintah untuk kepentingan rakyat dan pembangunan negara bukannya dimonopolo oleh individu tertentu sahaja.Menurut ulama Syafie dan Hanbali sekiranya bahan galian yang mudah diperolehi, ia adalah milik awam dan jika ia memerlukan lebih usaha untuk mendapatkannya, ia akan menjadi milik individu yang menemuinya. Harta karun pula ialah harta zaman purba yang tertimbus dalam perut bumi sebelum atau selepas Islam akibat perbuatan manusia atau bencana alam.Menurut pendapat ulama Maliki dan Syafie, harta yang ditanam di zaman Jahiliyyah dikenali sebagai harta `rikaz manakala harta yang ditanam di zaman Islam dianggap sebagai harta `maadin. Harta rikaz wajib dikeluarkan zakat seperti dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Pada binatang, telaga dan al-maadin tidak dikenakan apa-apa.tetapi pada alrikaz diwajibkan sati perlima (khumus).

Hukum Harta Karun Ulama membahagikan harta karun kepada dua iaitu sebelum Islam dan selepas Islam.Harta karun zaman Islam terdapat tanda-tanda atau tulisan lambing Islam seperti ayatayat al-Quran , nama Allah, Rasulullah atau khalifah Islam.Sebaliknya harta karun zaman

Jahiliyyah terdapat padanya ukiran patung, berhala atau nama pembesar mereka.Menurut pendapat jumhur ulama harta karun zaman Islam kekal menjadi milik tuanpunyanya.Sesiapa yang menemuinya tidak boleh memilikinya kerana ia dianggap sebagai harta yang tercicir (luqatah) iaitu ia wajib mengiklannya kepada orangramai.Sekiranya tuannya ditemui hendaklah diserahkan kepadanya.Menurut Imam Abu Hanifah, jika tuannya tidak datang menuntut, harta itu hendaklah diserahkan kepada fakir miskin.Walaubagaimanapun golongan ulama Maliki, Syafie dan Hanbali mengharuskan orang yang menjumpainya mengambil faedah (manfaah) daripadanya sehinggalah tuanpunya harta itu datang menuntut. Dalam kes harat karun zaman Jahiliyyah, jumhur ulama sepakat mengatakan 1/5 adalah untuk Baitul Mal dan bakinya 4/5 adalah khilaf ulama.Ada pendapat mengatakan bakinya menjadi pemilik orang yang menemuinya samada dalam tanah yang dimiliki atau tidak oleh sesiapa manakala terdapat juga pandangan menegaskan ia adalah milik tuanpunya tanah jika dijumpai dalam tanahnya.

iii)

Perburuan dan Penangkapan Binatang buruan (al-siyad) Perburuan ialah cara yang digunakan untuk menangkap binatang liar yang terdapat di

dalam hutan atau padang pasir.Penangkapan pula ialah cara untuk menangkap binatang seperti burung yang terbang di angkasa atau ikan yang berenang dalam lautan atau air.Binatang binatang liar yang hidup bebas dalam hutan dan belum dimiliki oleh sesiapa seperti kijang, harimau, singa, gajah, rusa dan sebagainya boleh dimiliki oleh sesiapa yang mampu menguasai dan menangkapnya.Begitu juga dengan ikan di dalam tasik, kolam, sungai atau di lautan. Buru (al-saidu) dan tangkap ertinya menguasai seseekor binatang yang diharuskan oleh syara dan tidak lagi dimiliki sesiapa. Menurut pandangan jumhur ulama, penguasaan dan pengiktirafan hak milik cara ini berlaku dengan beberapa syarat iaitu:

i) ii)

Perbuatan memburu dan menangkap haiwan berkenaan Peralatan menggunakan senjata bantuan buruan atau tangkapan seperti senapang, panah, tombak, alat perangkap, jala, jaring, bubu atau pukat

iii) iv)

Bantuan binatang yang terlatih untuk berburu seperti burung, anjing, kucing, harimau dan lain-lain. Niat untuk berburu atau menangkap binatang seperti menggali lubang, memasang perangkap atau menahan alat-alat tertentu. Jika ia menggali lubang atau telaga untuk mendapatkan sumber air, tiba-tiba terjatuh seekor rusa ke dalamnya, ini tidak termasuk mendapat hak milik.

v)

Pemburuan atau penangkapan itu membuatkan binatang itu tidak mampu lari melepaskan diri ke tempat asalnya.

Memburu adalah harus dilakukan oleh seseorang mengikut kemampuannya selagi ia tidak memudharatkan dirinya, selagi ia tidak berada dalam ihram haji dan umrah ataupun binatang buruan itu berada di tanah haram (Makkah atau Madinah).Firman Allah dalam Surah alMaidah: 96 yang bermaksud: Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati daripada laut sebagai bekalan bagi kamu dan juga bagi orang yang dalam pelayaran tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram... Firman Allah lagi yang berbunyi: Apabila kamu selesai tahalul maka berburulah. Ayat-ayat di atas jelas menerangkan usaha pemburuan dan penangkapan adalah sebagai sebab untuk mendapatkan hak milik dan juga cara menghalalkan makan binatang buruan tersebut. iv) Kawasan rumput liar (al-kala wal ajam) Penguasaan ke atas rumput (al-kala) ialah rumput liar yang hidup melata atas tanah tana ditanam yang menjadi tempat makanan binatang ternakan.Begitu juga dengan pokok-pokok yang hidup liar dalam hutan atau di atas tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa.Menurut pendapat jumhur ulama, rumput (al-kala) ini tidak boleh dimiliki meskipun ia tumbuh di kawasan tanah yang ada tuannya kerana rumput ini hukumnya harus untuk kegunaan semua orang.Pemilik tanah tersebut tidak boleh melarang orang lain untuk menyabit rumput atau membawa ternakan mereka meragut rumput tersebut berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Manusia berkongsi dalam tiga perkara iaitu air, rumput dan bahan api.

Berhubung dengan pokok-pokok hutan pula, ia adalah termasuk `harta yang harus sekiranya ia berada dalam kawasan tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa.Oleh itu, semua orang mempunyai hak untuk menguasainya.Namun begitu, kerajaan mempunyai kuasa untuk melarang penebangan pokok-pokok ini daripada pupus dalam usaha mengekalkan kehijauan alam dan sekaligus sebagai tempat tadahan hujan. Jika pokok-pokok liar itu berada di kawasa tanah milik individu, maka ia menjadi miliktuan punya tanah tersebut.Dalam kes ini, tiada siapa boleh menceroboh mengambil atau menebangnya melainkan dengan keizinan pemiliknya.Ini disebabkan pokok-pokok hutan itu dijaga bertujuan mengambil hasil kayunya manakala rumput-rampai yang hidup liar itu tidak dijaga untuk tujuan komersil. B) Pemindahan harta secara warisan Pemilikan sempurna juga berlaku hasil daripada perwarisan harta seperti harta pusaka dan wasiat.Pusaka ialah waris mengambil tempat si mati ke atas harta yang dimiliki dan ditinggalkannya selepas kematiannya.Pemindahan harta secara warisan ini tidak memerlukan tawaran dan penerimaan seperti kontrak kerana pengagihannya telah ditentukan oleh syara secara khusus.Oleh itu, sebagai waris si mati, ia hendaklah menyelesaikan hutang si mati dan melaksanakan wasiatnya terlebih dahulu sebelum harta pusaka itu dibahagi-bahagikan di kalangan ahli waris yang berhak menerima harta pusaka.Pembahagian harta pusaka adalah mengikut hokum faraid yang telah ditentukan oleh syara. Seseorang yang memiliki harta pusaka memiliki harta tersebut secara sepenuhnya dan berhak terhadap harta itu.Apabila ia meninggal dunia, harta ini seterusnya akan berpindah milik pula kepada keluarga yang menjadi pewarisnya mengikut hokum syara. ( Abdul Karim Zaidan, 1969)

Prinsip pembahagian pusaka dalam Islam Hokum pembahagian pusaka dalam Islam berdasarkan kepada firma Allah s.w.t dalam Surah al-Nisa: 11 yang bermaksud: Allah telah mensyariatkan bagimu tentang pembahagian harta pusaka untuk anak-anakmu iaitu bahagian anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan.

Menurut pendapat jumhur fuqaha bahawa hak pusaka mempusakai dalam Islam boleh berlaku melalui salah satu daripada yang berikut: i) ii) iii) Nikah iaitu melalui akad perkahwinan yang sah antara suami-isteri yang kemudiannya mewujudkan hak pusaka mempusakai antara keduanya. Nasab keturunan iaitu hubungan kekeluargaan seperti ayah, ibu, adik beradik, saudara-mara, bapa saudara Wala iaitu hubungan antara hamba dengan tuannya di mana hamba itu telah dimerdekakan ( Ridzuan Awang, 1994) Seperti yang dinyataka di atas tadi, dalam sistem faraid Islam, sesuatu harta peninggalan si mati itu tertakluk kepada empat hak sebelum ia diagihkan kepada ahli waris iaitu: i) ii) iii) iv) hak menunaikan zakat perbelanjaan pengurusan mayat dan pengkebumian hutang si mati wasiat yang dibuat sekiranya ada iaitu idak melebihi 1/3 daripada harta si mati selepas ditolak hutang dan belanja pengkebumiannya Di Malaysia misalnya, pentadbiran harta pusaka dan pembahagiannya termasuk dalam senarai dan tugas negeri kecuali bagi mereka yang bukan beragama Islam, pentadbiran harta itu termasuk dalam senarai dan tugas kerajaan Persekutuan.Bagi penganut Islam di Malaysia, pembahagian harta pusaka diletakkan bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah NegeriNegeri.Oleh itu, tugas para qadi atau hakim bukan sahaja menentukan faraid untuk orang-oran islam tetapi juga bertindak membahagikan harta pusaka itu sendiri di kalangan ahli waris. (Ridzuan Awang 1994) Wasiat juga dianggap sebagai sebab terjadinya pemindahan hak milik secara sempurna.Orang yang diwasiatkan berhak menerima harta yang diwasiatkan oleh pewasiat selepas kematiannya.Pemindahan hak milik ini wasiat ini hendaklah diterima samada dengan rela atau tidak kerana penerima wasiat adalah sebagai mengambil tempat si mati terhadap harta yang telah diwasiatkan.Selain daripada wasiat harta, ia juga salah satu cara yang boleh memberi hak milik manfaah kepada seseorang selepas pemilik harta it meninggal dunia.Dengan ini,

penerima wasiat berhak memanfaatkan harta yang telah diwasiatkan kepadanya mengikut kehendak si pewasiat.( Faizah Hj. Ismail, 1995) Ketentuan wasiat harta dalam Islam berdasarkan firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah: 180 yang bermaksud: Diwajibkan atas kamu apabila seorang di antara kamu ada tanda-tanda kedatangan maut, jika ia meninggalkan harta yan banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya secara makruf.Ini adalah kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa. Menurut pandangan Imam Syafie, berwasiat kepada ahli waris adalah harus jika terdapat persetujuan daripada ahli waris yang lain.Ini berdasarkan kepada sabda Rasululah s.a.w yang bermaksud: Tidak harus berwasiat kepada ahli waris melainkan wasiat itu dipersetujui oleh semua ahli waris yang lain. Menurut pendapat jumhur ulama, seseorang itu harus berwasiat hartanya kepada seseorang individu yang bukan ahl waris atau, mewakafkan hartanya kepada sesebuah badan atau pertubuhan seperti yayasan, masjid, surau, madrasah, persatuan kebajikan dan sebagainya dengan syarat ianya hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada hata peninggalannya. Prinsip Wasiat Islam Di antara prnsip-prinsip wasiat Islam yang perlu diambilkira ialah: i) Seseorang individu Muslim itu berhak membuat wasiat terhadap hartanya kepada sesiapa yang dikehendaki bergantung kepada dua syarat iaitu orang yang menerima wasiat itu bukan ahli waris melainkan setelah dipersetujui oleh semua ahli waris yang lain dan seterusnya kadar harta wasiat itu tidak melebihi satu pertiga daripada keseluruhan hartanya. ii) iii) iv) Wasiat yang dibuat oleh seseorang semasa hidupnya adalah sah dan boleh dilaksanakan selepas kematiannya kecuali wasiat itu bercanggah dengan syara Tiada cara tertentu yang khusus untuk berwasiat asalkan ianya boleh difahami mempunyai maksud wasiat Wasiat itu datangnya dari seorang yang berakal baligh dan berfiiran waras

v) vi)

Wasiat tidak sah terhadap si pembunuh Wasiat tidak sah sekiranya melebihi satu pertiga.Perkiraan hendaklah dibuat selepas ditolak perbelanjaan pengurusan kematian serta segala hutang piutang si mati.

Dalam pentadbiran wasiat di Malaysia, sesuatu wasiat itu boleh dilaksanakan hanya selepas disahkan oleh pihak qadi atau Mahkamah Syariah.wasiat yang bercanggah dengan hokum syara adalah dianggap tidak sah dan terbatal. C) Berlaku akad kontrak Akad kontrak termasuk salah satu daripada pemindahan hak milik secara sempurna.Harta yang diakad yang membawa pemilikan sempurna itu hendaklah harta yang bernilai dan halal di sisi syara serta adanya tawaran dan penerimaan menunjukkan kerelaan pihak yang berakad terhadap perkara yang diakadkan. Secara khusus, akad dalam Islam terdiri dari dua kategori iaitu: i) akad al-tabarru (akad penyerahan harta secara sukarela).Misalnya akad sedekah, pemberian hibah atau zakat, wasiat dan waqaf Akad jenis ini adalah dibuat dengan sukarela tanpa ada sebarang pertukaran tanggungan daripada si penerima harta.Si penerima harta sebaliknya akan mendapat pemindahan hak milik harta tersebut secara mutlak dan sempurna Hibah misalnya merupakan hadiah atau sedekah manakala perkataan `atiyyah membawa maksud yang hamper sama.Sekianya memberi sesuatu kepada orang yang memerlukan bertujuan mendekatkan diri pada Allah Taala ia dipanggil sedekah.(Wahbah alZuhaili, 2002).Jika menyampaikan sesuatu kepada seseorang sebagai penghargaan dan kasih sayang, terhadapnya, ia dianggap hibah atau hadiah.`Atiyyah ialah pemberian ketika sakit.Dari segi syara, hibah ialah satu aqad yang dapat memindah milik sesuatu harta tanpa perlu menukar ganti sebab ia dibuat secara suka rela.Pemberian hibah adalah sunat berdasarkan firman Allah dalam Surah al-baqarah: 177 yang bermaksud: dan mendermanya seseorang aka hartanya sedang ia menyayanginya kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan Sabda Rasululah s.a.w yang bermaksud:

Berilah hadiah, kamu akan berkasih sayang. Sabda baginda lagi: Janganlah kamu menghina jiran tetangga yang memberi hadiah kepada jirannya sekalipun hanya sepotong kambing. Menurut pendapat jumhur ulama, sunat memberi samarata dalam pemberian harta terhadap anak-anak manakala makruh melebihkan di antara mereka berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w dari riwayat Baihaqi yang bermaksud: Berilah samarata di kalangan anak-anakmu dalam pemberian sekalipun kamu mahu mengutamakan kerana keutamaan wanita terhadap lelaki. ii) akad al-muawwadah (akad yang mempunyai ikatan tanggungjawab).Contohnya akad jualbeli, akad nikah yang berkaitan dengan mas kahwin dan nafkah, perceraian yang meliputi talaq, fasakh dan tebus talaq, akad sewa berkenaan bayaran sewa dan penarikan hak-hak harta dan sebagainya. Akad jenis ini pula dikenakan pelaksanaan hak dan tanggungjawab terhadap pihak yang berakad.Melalui akad perkahwinan misalnya, pemberian mas kahwin (mahr) dan nafkah hidup untuk isteri dan anak merupakan hak milik mutlak si isteri dan juga anak-anak. Berhubung dengan perceraian, pemberian nafkah ke atas isteri dan anak-anak masih menjadi milik mutlak mereka.Begitu juga dengan akad jualbeli di mana selepas berlakunya akad, pihak penjual akan mendapat bayaran atau keuntungan hasil dari penjualan hartanya manakala pihak pembeli akan mendapat pemilikan harta tersebur secara mutlak dan sempurna. Dalam Islam terdapat juga dua keadaan berkaitan kontrak yang menjadi sebab langsung pemilikan iaitu: i) Kontrak paksaan yang dikenakan oleh badan kehakiman sebagai mengganti pemilik yang sebenar seperti jualan harta orang yang berhutang secara paksa dengan tujuan membayar hutangnya. ii) Melucutkan pemilkan secara paksaaan seperti hak syuf`ah.hak ini merupakan hak paksaan di mana pembelinya terpaksa melepaskan tanah atau rumah yang dibelinya kepada rakan atau jiran yang berhampiran dengan syarat rakan kongsi itu membayar kepada pembeli harga dan segala perbelanjaannya.Hak milik ini merangkumi hak milik untuk kepentingan awam seperti memiliki tanah dengan harganya yang sesuai secara paksa terhadap pemiliknya kerana sesuatu kepentingan awam misalnya untuk memperluaskan masjid atau jalanraya dan sebagainya.

D)

Hak syuf`ah Dari segi bahasa syuf`ah bermakna gabungan atau tambahan dan pengukuhan.Ia juga bererti pertolongan.Contohnya Ali meminta syuf`ah sesuatu dengan sesuatu yang lain iaitu menghimpunkan kedua-duanya. Selain itu, sekiranya Ali memohon syuf`ah daripada Ahmad bermaksud Ali memohon pertolongan atau bantuan dari Ahmad. (Wahbah al-Zuhaili, 1996) Dari segi istilah, syuf`ah mengandungi berbagai maksud.Secara umumnya, syuf`ah ialah hak memiliki harta yang dijual daripada tangan pembeli dengan membayar kos dan harga yang telah dipersetujui untuk mengelakkan ketidakadilan terhadap orang yang terlibat atau terhadap rakan kongsi dan jiran.Misalnya Ali dan Ahmad berpakat dan bersetuju membeli sebidang tanah yang akan menjadi milik mereka bersama.Oleh kerana Ahmad berada dalam keadaan terdesak memerlukan wang, ia telah menjual bahagiannya daripada tanah yang dimiliki secara bersama dengan Ali kepada Amir.Dengan penjualan itu, tanah tersebut akan menjadi milik bersama antara Ali dan Amir.Sehubungan ini, Amir dianggap sebagai rakan kongsi Ali yang baru.Berasaskan hokum syuf`ah, Ali boleh membatalkan penjualan kontrak yang berlaku antara Ahmad dengan Amir seterusnya membayar harga kepada Amir sebanyak yang telah dibayar oleh Amir kepada Ahmad.Dengan cara ini, seluruh tanah tersebut akan dimiliki oleh Ali.(Faizah Hj.Ismail, 1994)

Menurut pendapat jumhur ulama, mereka mentakrifkan syuf`ah sebagai hak pemiikan harta yang telah dijual kemudian diambil secara kekerasan daripada pembelinya termasuk harga dan segala perbelanjaan pengurusannya.Abdul Halim al-Muhammady, 2001) Dalam menentukan hak syuf`ah ini ada terhadap pihak yang menuntut, ia memerlukan pertalian hubungan antara hartanya dengan harta yang telah dijual.Hubungan ini boleh berlaku dalam beberapa keadaan berikut:

i) ii) iii)

Hubungan harta yang dijual dengan hartanya adalah milik bersama dan pihak yang menuntut hak tadi mempunyai sahamnya dalam harta yang diual Hubungan harta yang dijual dengan hartanya ada hak irtifaq bagi pihak yang menuntut Hubungan harta yang dijual dengan hartanya adalah bersambung sempadan

Sekiranya terdapat salah satu daripada perkara ini maka pihak yang menuntut berhak mendapat hak syuf`ah.Hak syufah ini diberikan kepada pihak yang menuntut kerana kemungkinan dengan kehadiran pembeli harta yang baru itu akan membawa kesusahan atau kemudharatan kepadanya.(Abdul Halim al-Muhammady, 2001). Hal ini sesuai dengan kaedah fiqh iaitu: Tidak mudharat dan tidak memudharatkan. Dalil keharusan Syuf`ah Para ulama berpendapat bahawa keharusan syuf`ah berasaskan kepada hadis Rasulullah s.a.w antaranya hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari yang membawa maksud: Rasulullah s.a.w memutuskan syuf`ah terhadap harta milik bersama dan bila tanah itu ada sempadan pembahagian dan sempadan jalan maka tiada lagi syuf`ah. Sabda baginda lagi: Jiran lebih berhak dengan syuf`ah jirannya, sekiranya dia tiada dan sekiranya jalan kedua-duanya adalah sama. (Riwayat Ahmad dan al-Tirmidzi) Dari hadis di atas jelas menerangkan bahawa hak syuf`ah berlaku bila harta yang dijual ada hubungan dengan harta pihak yang menuntut iaitu dalam bentuk perkongsian milik atau berjiran seperti bersambung sempadan atau hak laluan jalan dan air yang sama. Objektif keharusan syuf`ah ialah untuk mengelakkan kemudharatan yang mungkin berlaku terhadap rakan kongsi lama disebabkan akhlak atau sikap rakan kongsi baru yang tidak disenangi oleh rakan ongsi lama.Di samping itu, syuf`ah juga membuka peluang kepada rakan kongsi lama untuk memiliki harta berkenaan secara bersendirian. Jenis harta yang boleh disyuf`ahkan Syuf`ah boleh dilakukan ke atas harta alih atau harta yang tidak boleh dibahagikan dan juga harta tak alih berdasarkan sabda Rasululah s.a.w yang bermaksud:

Rasulullah s.a.w mengaharuskan syuf`ah pada semua harta. Menurut pendapat Imam Syafi`e, hak syuf`ah hanya terhad kepada harta tak alih yang boleh dibahagikan.Namun begitu Imam Ahmad ibn.Hanbal dan Malik berpendapat hak syuf`ah diharuskan juga ke atas harta alih yang tertentu seperti kapal, tanaman, binatang ternakan, kenderaan dan sebagainya.(Abdul Halim al-Muhammady, 2001) Dalam undang-undang tanah Islam, hak syuf`ah bermaksud hak untuk memiliki harta tak alih yang telah dijual oleh rakan kongsi.mengikut pendapat Imam Abu Hanifah, hak syuf`ah diberikan kepada rakan kongsi atau jiran manakala jumhur fuqaha mengatakan ia hanya diberikan kepada rakan kongsi sahaja bukan jiran.berdasarkan undang-undang tanah Islam, hak syuf`ah bleh berlaku berasaskan syarat-syarat berikut: i) ii) iii) iv) Harta yang terlibat dengan hak syuf`ah hendaklah harta tak alih (aqar) Harta tak alih itu dijual oleh pemiliknya dengan balasan wang atau harta yang tertentu Harta tak alih orang yang berhak mendapat syuf`ah itu kekal dalam pemilikannya semasa akad jualbeli dilakukan Orang yang berhak mendapat hak syuf`ah tidak bersetuju dengan jualbeli yang dilakukan oleh rakan kongsinya Konsep hak syuf`ah ini juga perlulah diperkenalkan dalam Kanun Tanah Negara 1965 iaitu dengan cara pemilik bersama atau jiran boleh menawarkan untuk menjual harta tak alihnya kepada rakan kongsi yang lain. Sekiranya pihak yang menerima tawaran itu enggan membeli maka bolehklah pemilik tanah itu menjual kepada orang lain yang berasingan.Sehubungan ini, peruntukan dalam Kanun Tanah nagara 1965 iaitu seksyen 217(A) hendaklah dimansukhkan. ( Mohd. Ridzuan Awang, 1994) 2.2) PEMILIKAN TIDAK SEMPURNA (MILK AL-NAQIS) Pemilikan tidak sempurna ialah seseorang itu memiliki salah satu antara keduanya iaitu samada fizikal hartanya sahaja (ayn) atau memiliki faedah (manfaah) hartanya sahaja. 2.2.1) Ciri-ciri pemilikan tidak sempurna

i) ii) iii) iv) v) vi)

Bersifat sementara, tidak kekal serta terikat kepada tempoh masa dan tempat yang tertentu Pemilik tidak mempunyai kuasa yang mutlak untuk memiliki kedua bentuk fizikal dan manfaah hartanya.Ia cuma memiliki salah satu antara keduanya. Bertanggungjawab menjaga keadaan fizikal harta untuk kegunaan manfaahnya kerana beliau dianggap sebagai pemegang amanah Penyerahan semula harta berlaku kepada pemilik harta setelah habis tempoh kegunaan manfaah harta oleh si penguna manfaah Pemilik harta hendaklah menghormati hak si pengguna manfaah harta dalam tempoh ia menggunakan manfaah harta mengikut syarat yang dipersetujui Pemilik harta berhak mengambil semula hartanya sekiranya didapati si pengguna manfaah melanggar syarat-syarat perjanjian/kontrak

2.2.2) Kategori pemilikan tidak sempurna ( milk al-naqis) Pemilikan tidak sempurna ini lebih menekankan aspek penggunaan manfaah harta.Ia terdiri daripada beberapa bahagian iaitu; i) ii) iii) Pemilikan harta sahaja tanpa manfaah harta (milk al-`ayn faqad) Pemilikan manfaah secara individu (milk al-manfaah al-syahsi) Hak pemilikan manfaah secara bersama (huquq al-irtifaq)

I)

Milik harta sahaja Harta atau fizikal barang itu hendaklah dimiliki oleh seseorang dan manfaatnya dimiliki oleh orang lain.Misalnya Pak Abu mewasiatkan rumahnya kepada Bakar supaya didiami atau tanahnya dicucuk tanam sepanjang hayat atau selama tiga tahun.sekiranya pak Abu meninggal sebelum Bakar, harta tersebut akan berpindah kepada ahli waris Pak Abu manakala Bakar tetap memiliki manfaah harta itu mengikut syarat wasiat. Bila tempoh wasiat menggunakan manfah habis, manfaah harta itu akan kembali kepada ahli waris Pak Abu dan mereka memiliki sepenuhnya.Kes ini

menerangkan bahawa tempoh milik harta adalah kekal dan tempoh milik manfaah berbentuk sementara. Contoh lain ialah pemilik harta mewasiatkan hak milik fizikal harta itu diberikan pada seseorang dan hak milik manfaah hartanya itu di agihkan pada seorang yang lain.Dalam keadaan ini, pihak hak milik harta secara fizikal berhak memiliki harta sahaja manakala hak milik manfaah harta iu terletak pada kuasa penerima wasiat yang lain.Hak milik manfaah akan kembali kepada penerima wasiat hak milik fizikal harta bila tempoh penggunaan manfaat itu tamat atau si penerima manfaah itu meninggal II) Milik manfaah individu Terdapat lima sebab untuk pemilikan manfaah iaitu pinjaman, sewa, wakaf, wasiat dan keizinan (ibahah).Huraian contoh pemilikan ini akan dibincangkan kemudian.Hak milik jenis ini sifatnya adalah secara peribadi hanya untuk pihak yang menerima manfaah itu sahaja tidak bolh dipindahkan kepada orang lain.Namun begitu menurut pendapat Imam Syafi`e mengatakan sesiapa yang mempunyai hak milik manfaah rumah secara wasiat atau waqaf berhak untuk penggunaan sendiri atau digunakan oleh orang lainmelalui kontrak pinjaman atau sewa kerana keduanya adalah untuk dimanfaatkan harta.(Wahbah al-Zuhaili, 2002) III) Milik manfaah bersama (hak milik al-Irtifaq) Pemilikan manfaah ini hanya terikat kepada harta dan bukannya kepada orang yang memanfaatkannya seperti hak milik peribadi tadi.Ia meliputi perkara berikut: i) hak penggunaan air minum (haq al-syurb) Hak air minuman ini untuk kegunaan sendiri, manusia, binatang dan tanaman.Ia terbahagi kepada beberapa kategori: a) Air sungai yang mengalir dan aliran lain yang dibuat oleh pemerintah untuk keperluan awamAir ini boleh digunakan oleh semua orang berasaskan kaedah: Asal sesuatu itu adalah harus. dan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Manusia berkongsi dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api.

b) Air sungai yang khusus atau parit yang mengalir melalui tanah milik khas seperti tali air yang dibuat oleh pemili tanah untuk tanamannya.Air ini masih boleh digunakan oleh semua orang Cuma alirannya melalui tanah mili individu. c) Air yang dimiliki orang persendirian seperti air mata air, telaga, kolam, tangki dan sebagainya. Air ini menjadi milik persendirian bukannya milik awam.tiada siapa boleh menggunakan air tersebut tanpa izin pemiliknya. ii) hak mengalirkan air (haq al-majra) Hak ini ialah hak pemilik tanah yang jauh dari saluran air mengalirkan air dari tanah jirannya ke tanahnya untuk tanamannya seperti membina terusan, taliair atau parit.Jirannya tidak boleh melarang pengaliran air itu kerana jika ia melarang, jirannya akan mendapat mudharat ke atas tanamannya seperti kaedah fiqh: Tidak mudharat dan tidak memudharatkan. iii) hak saluran air (haq al-masil) Hak ini ialah hak saluran atas permukaan bumi atau parit atau longkang untuk mengalirkan lebihan air daripada keperluan atau air yang kotor yang telah digunakan kepada parit besar atau tangki simpanan.Misalnya air dari tanah pertanian yang dibuang atau lebihan air hujan atau air yang telah digunakan di rumah.Perbezaan dengan air al-majra ialah ia digunaka untuk mengalirkan air yang bersih dan sesuai untuk tanah manakala al-masil adalah untuk membuang lebihan air yang kotor daripada kawasan tanah atau rumah kediaman seperti saluran pembentungan air atau najis. Hukum al-masil serupa dengan al-majra iaitu tiada sesiapa boleh melarangnya kecuali jika berlaku mudharat kepada seseorang. iv) hak lalu lintas (haq al-murur) hak lalu lalang ini merupakan hak pemilik tanah atau pemilik rumah yang berada berhampiran untuk masuk ke tanah atau rumahnya melalui jalan samada jalan itu adalah jalan awam yang tidak dimilii sesiapa ataupun jalan khas milik individu.Jalan awam sesuai untuk semua orang menggunakannya untuk memandu,

berjalan, berjogging, berbasikal atau berhenti berehat di tepinya manakala jalan khas ialah jalan yang berhak dilalui oleh individu tertentu.Orang awam tidak boleh melaluinya melainkan dengan kebenaran dari tuannya.Namun begitu, jalan khas ini tidak boleh ditutup kepada awam sekiranya mereka amat berhajat melaluinya. v) hak kejiranan (haq al-jiwar) Jiran dalam Islam terdiri daripada jiran sebelah atas dan sebelah tepi.Umumnya hak jiran bergantung kepada kategori kawasan kediaman seperti kampong, bandar, rumah teres, banglo, apartmen, kondominium, flat dan sebagainya.Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang jiran dalam Islam tergolong dalam kiraan empat puluh sebelah kanan, kiri, depan, belakang, atas dan bawah. Hak jiran ini melibatkan dua perkara iaitu bangunan antara hak pemilik di tingkat bawah dengan hak pemilik tingkat atas dan satu lagi melibatkan bangunan yang bersambung ata berhampiran di mana kedua-dua pemilik mempunyai hak.Hak kejiran menghalang mana-mana pihak melakukan sesuatu tindakan yang boleh memudharatkan jirannya. Pemilik di tingkat atas mempunyai hak terhadap tingkat bawah termasuk hak memanfaatkan lantainya dan bumbungnya.Haknya tidak akan hilang dengan kemusnahan tingkat bawah atau kedua-duanya sekali.Sekiranya tingkat atas musnah maka pihak pemiliknya atau warisnya berak membinanya semula. (Wahbah al-Zuhaili, 2002) Pemilikan rumah bertingkat, bersebelahan atau berangkai mempunyai hak milik bersama.oleh itu, setiap jiran tidak boleh bertindak sesuatu yang boleh membawa mudharat terhadap manamana jirannya seperti menggali lubang lantai, menebuk dinding atau bumbung rumah serta membesarkan dan membaiki rumah.Pastikan ianya dalam keadaan selamat dan mendapat kebenaran jiran.Mengikut pendapat ulama Hanafi iaitu al-Zaila`i dan Ibn. Humam mengatakan pemilik bebas mengurus hak miliknya selagi tidak mendatangkan mudharat kepada orang lain. (Abdul Halim al-Muhammady, 2001) Di antara ciri-ciri kejiranan dan hubungan sosial dalam Islam ialah: i) ii) iii) taaruf iaitu saling berkenalan mahabbah atau memupuk rasa kasih saying taawun iaitu saling tolong menolong

iv) v)

tegur menegur dan nasihat menasihati kearah kebaikan semangat ukhuwah atau persaudaraan

Amalan ciri-ciri ini amat dituntut oleh Islam dalam memelihara keamanan dan keharmonian hidup di kalangan jiran yang beragama islam mahupun yang bukan Islam. 2.2.3) Kaedah memperolehi pemilikan tidak sempurna (milk al-naqis) Pemilikan cara ini boleh diperolehi menerusi: i) ii) iii) iv) v) Pinjaman Sewaan (ijarah) Waqaf yang bersyarat Wasiat yang bersyarat Keizinan (ibahah) A) Pinjaman Menurut pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik, pinjaman ialah memberi manfaah sesuatu harta itu kepada seseorang tanpa apa-apa balasan. Ia adalah kontrak yang tidak mengikat iaitu si pemilik harta tersebut berhak untuk mengambil semula hartanya pada bila-bila masa daripada si peminjam. Imam Syafie dan Hanbali pula berpendapat pinjaman ialah keizinan untuk menggunakan manfaah sesuatu harta tanpa balasan.Oleh itu si peminjam manfaah harta tidak boleh menyerahkan manfaah tersebut kepada orang lain tanpa kebenaran dari si pemilik harta. Contoh:Ahmad memberi pinjam bukunya kepada Ali untuk tempoh seminggu.Dalam masa tiga hari berikutnya, Ahmad meminta semula bukunya daripada Ali.Dalam hal ini Ai hendaklah memulangkannya kerana pinjaman tadi dianggap sebagai bukan kontrak yang mengikat.Tambahan lagi mengikut pendapat Imam Syafie,Ali tidak boleh menyerahkan manfaah buku itu pada kawannya yang lain tanpa kebenaran dari Ahmad.

B) Sewaan (ijarah) Sewaan ialah kontrak yang menjual manfaah harta berdasarkan harga dan tempoh masa tertentu.Ia adalah suatu kontrak yang mengikat.Hak pemilikan ke atas harta tidak berpindah kepada si penyewa makala si pemilik harta bertanggungjawab memelihara dan memastikan harta yang disewakan itu sentiasa berada dalam keadaan baik. Contoh: Encik Farid menyewakan rumah teresnya di Shah Alam kepada pelajar UiTm Shah Alam untuk jangka masa tiga tahun.Dalam keadaan ini,Encik Farid haruslah memastikan keadaan rumah sewanya dalam keadaan baik untuk disewa manakala pelajar UiTM hendaklah menjaga rumah tersebut dan tidak menyalahgunakan manfaat rumah itu yang boleh mengakibatkan pecah kontrak.Encik Farid masih pemlik rumah sewa tersebut tetapi manfaah rumah itu diberikan untuk sewaan.

C) Waqaf Waqaf merujuk kepada sumbangan secara sukarela terhadap manfaah harta yang tertentu oleh si pemilik harta untuk faedah dan kegunaan orang ramai atau golongan tertentu.Ia terdiri daripada waqaf berbentuk umum dan khusus bergantung kepada tempoh masa, tujuan dan golongan manusia yang terlibat seperti waqaf untuk tujuan pendidikan, perubatan, perkhidmatan kesihatan, rumah pelindungan pelarian, rumah orang tua atau rumah tumpangan anak anak yatim dan sebagainya.Di sini, pemilik harta waqaf masih kekal sebagai tuan punya harta cuma manfaah dari hartanya sahaja diserahkan untuk kegunaan waqaf. D) Wasiyyah Ia merujuk kepada penyerahan harta atau manfaah harta oleh si pemilik harta (wasi) kepada seseorang (si penerima wasiat) yang akan berkuatkuasa selepas kematiannya (Surah al-Baqarah: 180). Hukum syara menentukan kadar harta yang boleh diwasiatkan tidak melebihi 1/3 daripada jumlah harta si wasi.Sekiranya harta itu diwasiatkan sepenuhnya (harta dan manfaahnya), berlakulah pemilikan sempurna dan jika diwasiatkan salah satu dari keduanya ia dianggap pemilikan tidak

sempurna.Peruntukan wasiyyah di Malaysia boleh didapati dalam Enakmen Wasiyyah Negeri-negeri seperti Enakmen Wasiat Islam Negeri Selangor 1999. E) Keizinan (ibahah) Ia merupakan suatu keizinan atau kebenaran untuk menggunakan manfaah sesuatu harta yang diberikan oleh si pemilik harta kepada seseorang.Ia bukanlah suatu kontrak yang mengikat.Pemilik harta berhak mengambil semula hartanya daripada si pengguna manfaah pada bila-bila masa misalnya kebenaran untuk tinggal dalam rumah, mengunakan kereta, makan buah-buahan dalam kebun, menggunakan kemudahan awam dan sebagainya. 3. SEBAB-SEBAB PEMILIKAN DALAM ISLAM Berlakunya pemilikan harta dalam Islam berdasarkan beberapa faktor antaranya: i) ii) iii) iv) v) Perwarisan harta Akad perjanjian /kontrak Tuntutan agama Pemberian/sumbangan secara sukarela Perintah mahkamah

3.1 Perwarisan harta Perwarisan harta ini termasuklah melalui pusaka dan wasiat seperti yang telah dibincangkan di atas.Pusaka ialah waris mengambil alih terhadap hata yang dimilii oleh si mati selepas kematiannya.Pemindahan hak milik melalui pusaka tidak memerlukan sebarang tawaran dan penerimaan.Waris secara otomatik mengikut syara berhak menguasai harta si mati samada harta alih atau tak alih termasuk bertanggungjawab melaksanakan wasiat dan melangsaikan hutang si mati. Wasiat juga sebagai sebab pemindahan hak milik harta.Orang yang diwasiatkan berhak menerima harta yang diwasiatkan oleh pewasiat selepas kematiannya.Pemindahan hak milik

pusaka dan wasiat ini terpksa diterima kerana di atas kematian itu pewaris dan penerima wasiat dianggap wakil mengambilalih harta peninggalan si mati.( Abdul Halim al-Muhamady, 2001) 3.2 Akad perjanjian atau kontrak Akad juga sebagai cara pemindahan hak milik harta.Ia terdiri daripada akad seperti jualbeli, akad nikah, akad sedekah, wasiat, waqaf, akad nikah yang berkaitan dengan mas kahwin, akad perceraian yang berkaitan dengan talaq, tebus talaq, akad sewaan yang berkaita dengan bayaran sewa dan penarikan hak ke atas harta.Secara khusus akad dalam urusan muamalah Isla terdiri daripada dua iaitu: i) akad al-tabarru (pengagihan dan pemindahan harta secara sukarela) Akad jenis ini meliputi sedekah, hibah, wasiat, waqaf dan sebagainya ii) akad al-mu`awwadah ( pemindahan harta yang ada hubungan hak dan tanggungjawab ke atasnya) Dalam akad tersebut, harta yang diakadkan hendaklah harta yang bernilai, berfaedah dan diiktiraf oleh syara`.Dalam berakad, ia melibatkan juga tuntutan ganti rugi atas perintah mahkamah.Bayaran ganti rugi dalam bentuk diyat, wang atau harta ini adalah wajib dijelaskan oleh pihak yang terbabit atas perintah atau keputusan mahkamah.Ekoran ini ia akan menjadi milik kepada pihak yang menuntut.

3.3 Pemilikan terhadap harta yang diharuskan Penguasaa harta yangdiharuskan iaitu harta mubah seperti yang telah dijelaskan di atas boleh membawa kepada pemilikan yang mutlak dan diiktiraf oleh syara.Ini adalah disebabkan harta mubah tidak dimiliki oleh sesiapa.Harta tersebut hendaklah harta yang diharuskan oleh syara, bukan harta yang dimiliki atau pernah dimiliki oleh seseorang samada harta itu harta alih atau tak alih.Harta yang telah dimiliki tidak harus berpindah milik secara terokaan, pembukaan atau membangunkan tanah.Oleh itu sesiapa yang berminat, berniat ikhlas serta berusaha membangunkan harta mubah ini berhak mendapat pemilikannya secara mutlak.Hak milik melalui penguasaan harta mubah ini melibatkan perkara berikut:

i) ii) iii) iv)

Tanah yang belum pernah diterokai (Ihya Al-Mawat) Bahan galian yang ditemui dalam perut bumi (al-maadin) Binatang buruan liar (al-siyad) Kawasan rumput liar dan pokok kayu-kayan di hutan (al-kala` wal ajam)

3.4 Tuntutan agama Perintah agama sebagai suatu tuntuan wajib seperti membayar zakat, fidyah dan galakan memberi sedekah, hibah, waqaf dan wasiat.Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud: Dirikanlah solat dan tunaikan zakat Pembayaran zakat misalnya membawa pemilikan harta kepada golongan yang berhak menerimanya. Orang yang membayar zakat akan dibersihkan hartanya serta mendapat keberkatan daripada Allah di dunia dan akhirat. 4. HAK MILIK BAHAN GALIAN Seperti yang telah dijelaskan di atas di bawah tajuk harta mubah yang melibatkan bahan galian danharta karun, hak milik bahan galian merupakan khazanah yang boleh diperolehi oleh orang perseorangan atau berkumpulan daripada perut bumi dalam bentuk bahan asli/mentah dan kemudiannya diproses menjadi produk yang berguna kepada manusia seperti emas, perak, permata, berlian,granite,marmar, petroleum,gas asli, kristal dan lain-lain. Ia termasuklah harta karun yang tersimpan dalam tanah dari peninggalan sejarah atau tamadun manusia samada sebelum Islam atau selepas Islam. 5. KESIMPULAN Harta dan pemilikan harta adalah penting dalam Islam. Melalui pemilikan harta, seseorang individu itu bebas mengendalikan hartanya untuk tujuan dan ke arah perkara-perkara yang diharuskan oleh syara. Harta juga suatu mekanisma untuk membangunkan diri, masyarakat dan negara. Apa yang penting hendaklah memperolehi harta dengan cara dan kaedah yang betul mengikut landasan hokum syara serta memanfaatkan harta dengan sebaik mungkin. Janganlah menyalahgunakan harta atau memperolehinya melalui jalan yang tidak sah. Harta yang diperolehi daripada saluran yang betul tetap akan mendapat ganjaran dan

keberkatan dari Allah Taala di dunia mahupun di akhirat.Ingatlah, dalam rezeki yang Allah Taala berikan pada kita pastinya ada diperuntukkan untuk rezeki orang lain! Wallahu a`lam! 6. RUJUKAN Sila rujuk rujukan tajuk ini seperti dalam kertaskerja `Harta Dalam Islam.

Anda mungkin juga menyukai