Anda di halaman 1dari 41

Aplikasi Al-Ijarah Dalam

Perbankan Islam serta


Isu-isu yang Timbul
Disediakan oleh:
NAMA NO MATRIK
Ahmad Saifuddin bin Che Abdullah IEM 140005
Abdul Razak bin Dali IEM 140001
Muhammad Iezzat Fahmi Mohammad Jafni IEM 140011
Abdul Azim Bin Zakaria IEM 130001
Definisi Al-Ijarah

Bahasa: berasal dari perkataan al-ajr atau al-ujrah yang membawa makna
balasan atas kerja atau pahala.
Istilah fiqh- pelbagai pandangan makna dari fuqaha seperti sesuatu akad yang
membawa pemindahan hak milik manfaat dengan bayaran tertentu:
1. Fuqaha Hanafi: Al-ijarah sebagai akad yang dilakukan ke atas manfaat
sesuatu dengan tukaran atau bayaran.
2. Fuqaha Syafie: Al-ijarah sebagai suatu akad yang dilakukan ke atas
manfaat yang dimaklumi, yang harus dan menerima pertukaran dengan
bayaran yang diketahui.
Samb
3. Fuqaha Maliki: Al-ijarah sebagai suatu akad untuk memiliki manfaat
sesuatu benda yang harus selama tempoh tertentu dengan sesuatu
tukaran atau bayaran.
4. Fuqaha Hanbali mendefinisikan al-ijarah sebagai akad ke atas manfaat
yang harus dan diketahui sama ada daripada ain tertentu atau disifatkan
pada tanggungan selama tempoh tertentu atau kerja tertentu dengan
satu tukaran atau bayaran.
Samb
Perkara penting dalam al-Ijarah:
1. Suatu akad yang menyebabkan pemindahan hak manfaat, bukan hak milik.
2. Ia merupakan akad pertukaran, iaitu pertukaran antara manfaat benda
dengan bayaran.
3. Ia terikat dengan masa dalam penggunaan manfaat.
Dasar hukum ijarah
Al-ijarah dalam bentuk sewa menyewa mahupun dalam bentuk upah mengupah
merupakan muamalah yang telah disyariatkan dalam Islam. Hukum asalnya menurut
Jumhur Ulama adalah mubah atau boleh bila dilaksanakan sesuai dengan ketentuan
yang ditetapkan oleh syara.

berdasarkan ayat al-Quran, hadis-hadis Nabi dan ketetapan Ijma Ulama.


Dalil daripada Al-Quran:-

Surah al-Zukhruf : 32

Ertinya :
Apakah mereka yang membagi-bagikan rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka
penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebagian mereka atas
sebagaian yang lain beberapa derajat, agar sebagian mereka dapat mempergunakan sebagian
yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan .
Surah al-Baqarah : 233

Ertinya :
Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, tidak dosa bagimu apabila kamu
memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertaqwalah kepada Allah; dan ketahuilah bahwa
Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
Surah al-Qashash : 26

Ertinya :
Salah seorang dari kedua wanita itu berkata : Hai ayahku! Ambilah ia sebagai orang yang
bekerja pada (kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk
bekerja (pada kita) adalah orang yang kuat lagi dapat dipercaya.
Beberapa hadis yang mendasari hukum ijarah

1. Hadis riwayat Ibnu Majah dari Ibnu Umar, Nabi Muhammad SAW bersabda.
) (

:


Artinya : Dari Abdillah bin Umar ia berkata: Berkata Rasulullah SAW : Berikan upah
kepada pekerja sebelum keringatnya kering ( H.R Ibnu Majah ) .

2. Hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a ia berkata:


:
) (
Artinya: Hadist dari Ibnu Thawus dari ayanya dari Ibnu Abbas r.a dia berkata bahwa
Nabi Saw pernah mengupah seorang tukang bekam kemudian membayar upahnya.
(H.R.Bukhari)
Ijma
Mengenai kebolehan ijarah para ulama sepakat tidak ada seorang ulama
pun yang membantah kesepakatan (ijma) ini, sekalipun ada diantara
mereka yang berbeza pendapat, akan tetapi hal itu tidak ditanggapi.
Jelaslah bahwa Allah SWT telah mensyariatkan ijarah ini yang tujuannya
untuk kemaslahatan ummat, dan tidak ada larangan untuk melakukan
kegiatan ijarah.
Jenis Al-Ijarah

1. Al-Ijarah ke atas manfaat atau al-ijarah al-maqsudah.


- Manfaat fizikal yang kelihatan dan dapat dirasai.
- Boleh dibahagikan kepada sewa harta tak alih seperti sewa bangunan dan
tanah, sewa harta alih seperti sewa pakaian, alatan, dan haiwan tunggangan.
2. Al-Ijarah ke atas perkhidmatan atau al-ijarah al-malumah
- Manfaat ghaib yang tidak nampak dari segi fizikal
- Cth: tenaga kerja dan kepakaran, membina rumah, mengajar dan sebagainya
yang melibatkan upah mengupah.
Rukun dan Syarat Al-Ijarah
Terdapat dua pendapat Fuqaha mengenai rukun Ijarah
Pendapat fuqaha mazhab Hanafi mereka berpendapat bahawa rukun Ijarah
adalah Sighah, Sighah yang terdiri daripada tawaran pemberi sewa (Ijab) dan
penerimaan (Qabul) penyewa.
Manakala Jumhur dari Fuqaha mazhab Maliki, Syafii dan Hambali
berpendapat bahawa terdapat 3 rukun Ijarah secara keseluruhan
Samb
1- Sighah : terdiri daripada tawaran pemberi sewa (Ijab) dan penerimaan
(Qabul) penyewa.
2- Muajir dan Mustajir : meliputi pihak-pihak yang beraqad pemberi sewaan
(muajir) dan penyewa (mustajir).
3- Manfaat dan Ujrah : meliputi manfaat yang akan digunakan oleh penyewa
dan bayaran sewaan ke atas penggunaan manfaat tersebut.
Syarat Al-Ijarah bagi pihak yang berkontrak
Secara umumnya pihak-pihak yang berkontrak disyaratkan mempunyai ciri ahliyyah
yang merujuk kepada kelayakan seseorang untuk menuntut sesuatu hak yang mesti
ditunaikan oleh pihak lain kepadanya dan juga tanggungjawab menunaikan hak
terhadap pihak lain.
Contoh syarat-syarat bagi pihak berkontrak
a) Ahmad iaitu seorang yang mampu untuk mentadbir hartanya dengan baik. Ia
bukanlah dungu dan dibekukan hartanya .
b) Mumaiyiz iaitu seorang yang dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. Bagi
seorang kanak-kanak yang telah mencapai tahap mumaiyiz ini, status segala
transaksi kewangannya bergantung kepada keizinan walinya.
c) Kontrak dilakukan oleh pemilik atau wakilnya.
d) Atas pilihan dan kerelaan diri sendiri
Syarat-Syarat Sighah

Sighah yang terdiri daripada ijab dan qabul akan diterima apabila ia terjadi
dalam apa juga bentuk, sama ada perkataan, perbuatan atau sesuatu yang
diterima pakai oleh urf setempat
Syarat-Syarat Objek Sewaan Dan Manfaat

Secara umumnya syarat-syarat yang telah digariskan terhadap objek sewaan


a) Mampu menyerahkan objek sewaan itu
b) Objek sewaan tetap kekal selepas penggunaan manfaat
c) Objek sewaan itu boleh memberi manfaat kepada penyewanya
d) Mengetahui objek sewaan dengan tepat
e) Hak milik objek sewaan adalah milik pemberi sewa sepanjang tempoh
sewaan. Justeru sebarang bentuk kos penyelenggaraan dan kerosakan akan
ditanggung oleh pemilik asal melainkan jika ianya disebabkan oleh kecuaian
penyewa.
Syarat Manfaat
a) Diketahui sama ada dari segi tempoh atau tujuannya
b) Diharuskan oleh Syarak
Syarat Ujrah (Bayaran Sewaan)
Fuqaha bersepakat dalam meletakkan syarat ujrah bahawa ia terdiri dalam
kategori harta yang bernilai dan diketahui jumlahnya. Sehubungan dengan itu,
fuqaha telah menggariskan satu kaedah bahawa setiap sesuatu yang boleh
dijadikan sebagai bayaran harga dalam kontrak jual beli harus dijadikan
sebagai bayaran sewaan.
Penamatan Akad al-Ijarah

Akad Al-Ijarah boleh berakhir dengan beberapa keadaan menurut Wahbah


Zuhayli:
1. Berakhirnya tempoh kontrak al-ijarah (sewaan)/
2. Pihak yang berkontrak membatalkan akad atau kontrak secara sukarela.
3. Benda atau alatan yang disewa musnah.
4. Berlakunya kematian atau keuzuran serta kurangnya kelayakan pihak yang
berkontrak.
APLIKASI IJARAH DALAM PRODUK
PEMBIAYAAN ISLAM - PEMBIAYAAN IJARAH
SECARA UMUM.
Merupakan kontrak persetujuan dua pihak. Satu pihak menikmati hak manfaat
sesuatu aset, satu pihak lagi menerima bayaran atas manfaat itu.
Hak milik asset tersebut tetap berada di bawah pihak Bank dan boleh
disewakan setiap kali tempoh pajakan tamat.
Pembiayaan Ijarah ini sesuai untuk aset berkos tinggi yang mempunyai jangka
hayat yang panjang.
Modus Operandi Ijarah
Samb
Pembiayaan Ijarah boleh dibahagikan kepada 2 jenis:

Pajakan Kewangan Pajakan Operasi

Hak milik di sisi undang-undang Hakmilik di sisi undang-undang bagi


bagi aset yang dipajak berada pada aset yang dipajak tetap berada pada
pihak Bank pihak Bank walaupun sehingga
penghujung tempoh pajakan.
Aset yang dipajak boleh dijual pada
akhir tempoh pada nilai tertentu. Hakmilik di sisi undang-undang
tidak akan dipindahkan kepada
Pemindahan hak milik berlaku. pihak Pelanggan.
Status Pemilikan Aset Ijarah
Manfaat merupakan subjek akad dalam ijarah. Jika manfaat tersebut tidak lagi
wujud, kontrak ijarah akan terbatal.
Kedua-dua pihak bebas meletakkan terma dan syarat perjanjian selagi tidak
menyalahi Syariah Islam.
Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

Sesungguhnya jual beli berdasarkan keredhaan.



(Urusan) orang Islam adalah berasaskan kepada syarat-syarat yang (dipersetujui)
oleh mereka, kecuali syarat-syarat menghalalkan apa yang haram atau
mengharamkan apa yang halal.
PENGGUNAAN AL-IJARAH THUMMA AL-
BAI` DALAM PEMBIAYAAN KENDERAAN
Al-Ijarah Thumma al-Bai )AITAB( adalah salah satu bentuk al-Ijarah Muntahiya
Bittamlik (sewaan yang berakhir dengan pemilikan).
Melibatkan dua jenis kontrak, iaitu kontrak sewaan (ijarah) kemudian disusuli
kontrak jual beli (al-bai`).
Pada mulanya, perjanjian ijarah akan dibuat antara pelanggan dengan institusi
kewangan Islam. Sebagai contoh Bank akan melantik pelanggan sebagai wakil
untuk membeli kereta yang dipilih oleh pelanggan. Kemudian, Bank akan
memberi sewa dalam tempoh tertentu, dan apabila tamatnya tempoh sewaa,
pelanggan diberi pilihan untuk sama ada membeli atau tidak.
Jika pelanggan membeli kereta tersebut, maka perjanjian al-bai akan dibuat
dan hak milik kereta akan berpindah kepada pelanggan.
Modus Operandi AITAB
Piawaian AAOIFI juga menggariskan
penggabungan kedua-dua kontrak tersebut
1. Pertukaran atau pemindahan hak milik aset yang dibuat mesti dibuktikan
melalui dokumen yang berasingan dan tidak terikat dengan kontrak ijarah.
2. Janji untuk memindahkan hakmilik adalah janji yang mengikat pemilik aset
sahaja.
3. Peraturan atau syarat bagi kontrak ijarah yang sebenar hendaklah terpakai
ke atasnya
4. Elak daripada unsur bay al-inah jika aset tersebut dibeli dari penyewa yang
sama sebelum disewakan kembali kepadanya. Ini bermakna mesti ada
tempoh masa yang munasabah di antara keduanya dan telah berakhir
kontrak yang terdahulu (belian) sebelum kontrak kemudian (sewaan)
dimeterai.
Konsep AITAB menurut MPS (2003)
1. Harga jualan selepas tamat tempoh sewaan boleh berbentuk jumlah amaun sewaan
terakhir bagi ijarah.
2. Surat wakil bagi melantik pelanggan sebagai ejen atau wakil kepada institusi kewangan
Islam hendaklah diperkenalkan dalam modus operandi AITAB.
3. Suratcara AITAB perlu memasukkan klausa akan beli kenderaan tersebut pada akhir
sewaan dan klausa penebusan bagi penyewa yang membuat bayaran balik awal.
4. Deposit yang dibayar kepada penjual kenderaan tidak melibatkan jual beli kenderaan
kerana ia dianggap sebagai bayaran pendahuluan yang perlu dibayar oleh institusi
kewangan Islam.
5. Selaras dengan prinsip ijarah, institusi kewangan Islam sebagai pemilik aset harus
menanggung risiko berkaitan yang munasabah.
6. Bagi kes-kes pembiayaan semula dengan pembiaya baharu, penyewa perlu menamatkan
kontrak AITAB yang sedang berkuat kuasa sebelum memasuki perjanjian AITAB yang
baharu.
Isu-isu Praktikal dalam AITAB
1. Bank tidak menanggung tanggungjawab sebagai pemilik aset terutamanya
berkaitan penyelenggaran dan pengurusan aset berkenaan. Ini bertentangan
dengan prinsip Shariah.
2. Istilah AITAB lebih dikenali dan digunakan dengan meluas di Malaysia
terutamanya bagi pembiayaan kenderaan dan barangan pengguna yang lain
3. Adanya persamaan dengan sewa beli konvensional kerana ketiadaan akta
yang khusus bagi AITAB dan terikat dengan Akta Sewa Beli 1967 seperti dalam
had pembiayaan yang ditawarkan dan barangan atau aset yang terlibat.
Samb
4. Tertakluk kepada undang-undang sivil yang terpakai ke atasnya terutamanya Akta
Sewa Beli (HP Act) 1967, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada amalan
pembiayaan secara Islam ini:
Ia tidak menjelaskan dengan tepat terma-terma bagi kontrak ijarah dan jual beli,
bila kedua-dua kontrak tersebut berkuatkuasa dan bagaimana kontrak sewaan
ditukarkan menjadi jual beli atau dengan kata lain bagaimana pertukaran hakmilik
dilakukan.
Kegagalan penjelasan dalam akta ini berkenaan niat dan kefahaman pihak-pihak
yang berkontrak yang sepatutnya menjadi syarat penting dan sah sesuatu kontrak
dalam Islam.
Tidak sepenuhnya beroperasi menggunakan konsepnya yang sebenar dengan
mematuhi ciri-cirinya yang utama seperti pemilikan aset, penyelenggaraan asas
dan pembaharuan insurans yang sepatutnya berada di bawah tanggungan bank.
Cabaran AITAB
Persaingan sengit antara institusi kewangan Islam.
Kefahaman dan kesedaran masyarakat yang masih rendah.
Struktur operasi perniagaan.
Manipulasi harga kenderaan dan pengaruh wakil jualan.
MUSHARAKAH MUTANAQISAH
(PERKONGSIAN MENURUN)
Musharakah Mutanaqisah merupakan instrumen pembiayaan yang berasaskan
konsep perkongsian menurun, berkurangan yang diakhiri dengan pemilikan
tunggal.
Terdapat 3 jenis kontrak yang terlibat iaitu: Shirkah (Perkongsian), Ijarah
(Sewa) dan Bay (Jual).
Struktur Musharakah Mutanaqisah
SUKUK AL-IJARAH
Sukuk Al-ijarah adalah suatu bentuk pelaburan ekuiti yang disumbangkan oleh
pemegang sukuk/pelabur di mana jumlah dana pelaburan tersebut disalurkan
kepada urus niaga berdasarkan prinsip Ijarah.
Pemegang sukuk dikira sebagai pemilik dan pemberi pajak ke atas aset.
Pemegang sukuk boleh menikmati pendapatan pajakan.
Pemegang sukuk juga perlu menanggung risiko kerugian dan kerosakan ke
atas aset yang dipajakkan.
Struktur Sukuk Al-Ijarah
IJARAH MAWSUFAH FI AL-DHIMMAH
Ijarah Mausufah Fi AlDhimmah adalah suatu bentuk Ijarah di mana aset tidak
wujud lagi semasa kontrak dimeterai.
Perincian aset perlu dijelaskan terlebih dahulu dan aset akan diserahkan pada
tarikh yang akan datang yang dipersetujui bersama.
Aset yang tidak boleh dijelaskan dengan terperinci tidak boleh dijadikan
sebagai aset kerana ianya tergolong di bawah Ijarah Li Madum.
Samb
Contoh:
Institusi kewangan Islam membuat perjanjian selama 2 tahun dengan sebuah
universiti untuk membiayai pembinaan sebuah asrama yang dibangunkan oleh
sebuah pemaju.
Nilai projek tersebut telah dikenalpasti dan dikeluarkan bayaran kepada pemaju
berasaskan kontrak istisna sebanyak RM2 juta.
Dalam tempoh pembinaan asrama itu, pihak university dikehendaki membayar sewa
tahunan sebanyak RM100 000 berasaskan pajakan ke hadapan (forward lease)
kepada institusi kewangan Islam tersebut.
Apabila siap pembinaan, institusi kewangan Islam akan menetapkan bayaran sewa
untuk tempoh lima tahun seterusnya.
Pada akhir tempoh sewaan, institusi kewangan Islam terbabit akan memindahkan
pemilikan asrama tersebut kepada university melalui kontrak jualan ataupun hibah
Samb
Majoriti mazhab terdiri daripada Mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali
mengharuskan kontrak sewa ke hadapan ini melainkan mazhab Hanafi yang
tidak mengharuskannya.
Mazhab Syafie dan Maliki berpendapat bahawa sewaan perlu dibayar pada
awal akad kerana mereka menyamakannya dengan jualan salam.
Hanbali dan majlis syariah AAOIFI- bayaran sewa hanya perlu dibayar pada
awal majlis menandatangani kontrak jika perjanjian tersebut dilakukan
menggunakan lafaz jualan salam atau salaf pada akadnya.
Mazhab Hanafi berpendapat kontrak ijarah jenis ini tidak sah kerana mereka
menyatakan bahawa ijarah mestilah berlaku terhadap suatu aset yang spesifik
tetapi ijarah jenis ini tidak spesifik atas satu-satu aset.
IJARAH MUDHAFAH ILA MUSTAQBAL
Ijarah Mudhafah Ila Mustaqbal adalah suatu kontrak pajakan bagi aset yang
telah wujud.
Penerima Pajak dan Pemberi Pajak bersetuju ketika pemeteraian kontrak
bahawa penyerahan manfaat aset yang diberi pajak akan berkuatkuasa pada
tarikh hadapan yang ditetapkan.
Diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti- Majlis Penasihat Syariah.
Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali telah membenarkan penggunaan Ijarah
Mudhafah Ila Mustaqbal.
Mazhab Shafii tidak membenarkan penggunaan Ijarah Mudhafah Ila
Mustaqbal kerana pada pandangan mereka tempoh pajakan mesti bermula
apabila kontrak dimeterai dan tidak boleh ditangguhkan
Samb
Kaedah Pembayaran Pajakan
Mazhab Hanafi dan Hanbali - pembayaran pajakan di bawah Ijarah Mudhafah Ila
Mustaqbal bermula pada tarikh di masa hadapan apabila Penerima Pajak
menikmati manfaat aset yang dipajak dan bukan ketika kontrak dimeterai.
Mazhab Hanafi - kontrak tersebut tidak mengikat, Penerima Pajak tidak perlu
membayar pajakan bulanan dengan serta merta kerana Penerima Pajak masih
belum menikmati manfaat daripada aset yang dipajak tersebut.
Samb
Menurut mazhab Maliki, pajakan bulanan perlu dijelaskan dengan serta merta
ketika kontrak dimeterai di dalam situasi seperti berikut:
1. Jika ianya termaktub di dalam kontrak;
2. Jika ia berdasarkan amalan biasa )uruf);
3. Jika ia melibatkan pajakan hadapan (Ijarah Mawsufah Fi Al-Dhimmah);
4. Jika ia adalah bayaran (ujrah) yang dibayar dalam bentuk barangan )ayn).

Anda mungkin juga menyukai