Anda di halaman 1dari 27

AG21703 - GEOGRAFI JENAYAH

(Geography of Crime )
Semester 1 2022/2023

Dr. Nor-Ina Kanyo


Ciri-ciri Pelakuan Jenayah
• 2 ciri penting dalam undang-undang jenayah bagi
menentukan sesuatu perbuatan seseorang
merupakan kesalahan ataupun tidak ;

i- Niat yang salah atau niat jahat (means rea)


ii- tindakan atau perbuatan yang salah (actus reus)
i- Niat yang salah atau niat jahat (mens rea)

• Menjadi prinsip umum dalam undang-undang jenayah


bahawa seseorang akan disabitkan kesalahannya jika
mempunyai niat yang salah atau niat jahat.

• Pihak pendakwa perlu membuktikan bahawa


seseorang itu mempunyai niat yang jahat ketika
melakukan jenayah tersebut. Persoalan timbul
bagaimana cara untuk menentukan niat seseorang
(niat hanya diketahui oleh individu sendiri).
• Niat seseorang dapat ditentukan daripada gerak geri
yang dilakukan. Jika seseorang melakukan sesuatu
“dengan sengaja” maka dia dianggap berniat untuk
melakukan perbuatan tersebut.

• Dalam kanun keseksaan selalu dinyatakan “barang


siapa dengan…” ini merujuk kepada niat seseorang
itu.

• Perkataan “dengan sengaja” dalam Seksyen 39 Kanun


Keseksaan adalah seperti berikut;
“dengan sengaja” dalam Seksyen 39 Kanun Keseksaan;

Seseorang adalah dikatakan menyebabkan suatu


kejadian “sengaja” apabila ia yang menyebabkan
kejadian itu dengan jalan yang ia telah bermaksud
hendak menyebabkannya, atau dengan jalan pada masa
menggunakan jalan itu ia diketahui atau ada sebab
mempercayai mungkin menyebabkan kejadian itu.
Contoh 1,
A, pada waktu malam, bakar sebuah rumah dalam
sebuah bandar besar untuk menyenangkan suatu
rompak dan dengan demikian itu menyebabkan
kematian seseorang.

Di sini, A mungkin tidak bermaksud hendak


menyebabkan kematian bahkan mungkin dukacita
bahawa kematian telah disebabkan oleh perbuatannya.
Akan tetapi jika ia telah ketahui bahawa mungkin
menyebabkan kematian, maka ia telah menyebabkan
kematian dengan sengaja.
• Contoh 2
Kadangkala cuai sahaja sudah dianggap mempunyai niat
jahat dengan definisi tersebut, maka seseorang yang
dengan sengaja melukakan seseorang yang lain, boleh
dianggap berniat untuk melukakan orang berkenaan.

Juga, jika seseorang itu dengan sengaja menembak


kepala seseorang dengan sepucuk senapang, maka
undang-undang menganggap bahawa orang yang
melakukan perbuatan tersebut berniat untuk
membunuh orang berkenaan, kecuali dapat dibuktikan
sebaliknya.
 Seksyen 39 Kanun Keseksaan itu juga menyebutkan
bahawa jika seseorang itu “tahu mungkin menyebabkan
kejadian” daripada perbuatan itu, maka dia dianggap
dengan sengaja serta berniat untuk melakukan
perbuatan itu.

 Statut atau undang-undang bertulis juga menyebutkan


perkataan lain yang membawa maksud “niat jahat”
yang dilakukan oleh seseorang, seperti “dengan
curang”, “dengan tipuan”, “ada sebab untuk
mempercayai”, “dengan sukarela” dan seumpamanya.
Kesemua ungkapan tersebut merujuk kepada niat jahat.
• Seorang pakar undang-undang Barat menyebut
bahawa niat jahat (mens rea) merupakan tujuan
atau kehendak yang berkaitan dengan perbuatan
yang dilakukannya. Hal tersebut merupakan
pengetahuan dan juga kehendak atau keinginan
seseorang untuk melakukan perbuatan berkenaan.

• Satu prinsip penting dalam undang-undang iala acta


exteriora indicant interiora secreta, yang bererti
setiap orang itu dianggap berniat terhadap kesan
biasa daripada tindakannya, atau dengan kata lain,
“perbuatan melambangkan niat”.
ii- Tindakan yang Salah (actus reus)

Merujuk kepada perbuatan itu sendiri. Misalnya jika


seseorang itu menembak ke arah seseorang yang lain,
menghiris tangan seseorang, membakar rumah,
mengambil barang dari dalam rumah seseorang yang
lain dan sebagainya maka tindakan yang dilakukan itu
merupakan suatu tindakan yang salah.

Seorang pakar undang-undang mentafsirkan ‘actus


reus’ sebagai ‘kesan fizikal daripada tindakan manusia
berkenaan’. Perkataan “actus reus” adalah perkataan
Latin, yang secara mudah bermaksud “perbuatan atau
tindakan salah”.
Maksud tindakan yang salah juga termasuk
peninggalan salah iaitu sesuatu perkara yang
menjadi salah apabila ditinggalkan. Peninggalan
salah juga adalah actus reus.

Contohnya ialah di dalam seksyen 33 Akta


Kanak-kanak 2001 dinyatakan seperti berikut:
Seksyen 33. Kesalahan keranan membiarkan kanak-kanak tinggal
tanpa pengawasan yang berpatutan
Mana-mana orang, yang merupakan ibu atau bapa atau penjaga
atau orang yang pada masa itu mempunyai pemeliharaan
seseorang kanak-kanak, yang meninggalkan kanak-kanak itu:

• A) tanpa mengadakan persediaan bagi pengawasan dan


pemeliharaan yang berpatutan bagi kanak-kanak itu;
• B) selama suatu tempoh yang tidak berpatutan memandangkan
semua hal keadaan; atau
• C) dalam keadaan yang berpatutan memandangkan semua hal
keadaan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi RM 5000 atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
•Merujuk kepada perbuatan tertuduh yang menyebabkan berlakunya perbuatan jenayah.

Contoh 1 (dengan akibat)

jika A menikam B dengan sebilah pisau yang menyebabkan B meninggal dunia, Maka Actus reus
dalam kesalahan jenayah ini adalah perbuatan A menikam B. Pada kebiasaanya perbuatan itu perlu
menghasilkan sesuatu akibat. Contoh, perbuatan A telah mengakibatkan B meninggal dunia.
Kematian B adalah diakibatkan oleh perbuatan A.

•Actus reus sebegini biasanya dilihat didalam jenayah yang menunjukan akibat atau result crimes.
Bagi jenayah sebegini undang-undang hanya mementingkan akibat daripada tertuduh dan
akibatnya mestilah melibatkan akibat yang dilarang atau ditegah oleh undang-undang.

•Adakalanya hanya dengan ,melakukan sesuatu perbuatan itu telah menjadi actus reus kepada
sesuatu perbuatan jenayah tanpa perlu melihat kepada akibatnya.

Contoh 2 (Akibat tidak Jelas)

A telah mengangkat sumpah dihadapan pesuruhanjaya sumpah bahawa dia bukan seorang yang
diistiyarkan bankrap bagi tujuan mendapatkan pinjaman daripada bank. Tindakan A bersumpah
mengenai sesuatu perkara yang tidak benar menjadi satu kesalahan tanpa perlu menunggu
apakah akibat daripada perbuatan itu. Perbuatan ini dikenali sebagai jenayah perbuatan atau
cinduct crime dimana tertuduh hanya bersalah kerana melakukan perbuatan tersebut.
Contoh 3
Kesalahan memiliki bahan yang ditakrifkan
sebagai dadah mengikut Akta Dadah Berbahaya
1952 Akta ini tidak memerlukan sebarang
akibat berlaku daripada perbuatan itu.

• Actus reus tidak boleh diberikan tafsiran yang


spesifik tetapi boleh dikenalpasti dengan
merujuk kepada peruntukan seksyen2 yang
memperkatakan mengenai sesuatu perbuatan
jenayah itu.
Seksyen 32 Kanun Keseksaan ada menyebutkan bahawa apabila
perkataan ‘perbuatan salah’ digunakan di dalam mana-mana seksyen
di dalam Kanun Keseksaan maka termasuklah juga ‘Peninggalan
salah’.

Seksyen 32 ini menyebut;

Perkataan yang berkenaan dengan perbuatan termasuklah


peninggalan yang menyalahi undang-undang
Dalam tiap-tiap bahagian Kanun ini kecuali jika sesuatu maksud yang
berlawanan ternampak daripada kandungan ayatnya, perkataan yang
berkenaan dengan perbuatan yang dilakukan adalah juga termasuk
peninggalan yang menyalahi undang-undang.
Actus reus merangkumi perbuatan dan ketinggalan
• Dibawah KANUN KESEKSAAN, umumnya perbuatan yang dilakukan
oleh seseorang tertuduh itu boleh merangkumi perbuatan atau
ketinggalan.

• Ketinggalan mengikut KK adalah ketinggalan yang menyalahi undang-


undang. Bukan SEMUA ketinggalan yang boleh menjadi actus reus
tetapi hanya ketinggalan yang menyalahi undang-undang atau yang
dilarang oleh undang-undang, atau yang boleh menjadi asas kepada
satu tuntuan sivil boleh berjumlah kepada satu actus reus.

• Contoh 1 - A seorang org awam hanya melihat sahaja rumah jirannya


B terbakar tanpa melakukan apa2 ketinggalan A iaitu perbuatan yang
tidak membantu jirannya B, menyebabkan B mengalami kerugian.
Bolehkah A Dipertanggunggjawabkan atas kerugian itu?????????
• A mungkin mempunyai obligasi moral untuk membantu, tetapi dia tidak
mempunyai obligasi disisi undang-undang untuk berbuat demikian.
Akibatnya ketinggalan tidak terjumlah kepada ketinggalan yang
menyalahi undang-undang.

• Contoh 2

Berbeza jika A adalah seorang pegawai bomba yang sedang bertugas. A


menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran dirumah B tetapi A
telah tidak ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran itu. B
mengalami kerugian. Dalam keadaan ini, ketinggalan A untuk memadamkan
api terjumlah kepada ketinggalan yang dimaksudkan dibawah kanun
keseksaan kerana sebagai seorang bomba yang sedang bertugas, A
mempunyai tanggungjawab disisi undang2 untuk memadamkan kebakaran
itu. A disini mempunyai tanggungjawab dibawah kontrak pekerjaan sebagai
pegawai bomba untuk memadamkan kebakaran tersebut.
• Selain daripada mempunyai tanggungjawab dibawah kontrak, ketinggalan yang
dilakukan oleh orang yang mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa boleh
juga menjadi alasan untuk sesuatu tuntuan sivil.

• Contoh 3 –

Dalam kes Om prakash makhamah mendapati tertuduh, suami kepada mangsa


bersalah kerana menyebabkan mangsa kebuluran. Mengikut makhmah sebagai suami,
tertuduh mempunyai tanggungjawab dibawah undang2 untuk menjaga mangsa.
Tindakan tertuduh yang tidak memberi mangsa makan dengan tujuan supaya dia mati
merupakan satu ketinggalan yang terjumlah kepada satu actus reus.

• Contoh 4

Sekiranya tiada hubungan istimewa, ketinggalan oleh seseorang yang dengan sukarela
mengambil tanggungjawab terhadap seseorang yang lain yang juga menjadi asas
kepada satu tuntutan sivil. Kedudukan ini dibincangkan dalam kes intan dimana
makhamah memutuskan tertuduh yang tinggal bersama dengan makciknya yang
berusia 73 tahun telah bersalah bagi kesalahan membunuh tanpa niat apabila dia tidak
memberi makanan dan bantuan kepada makciknya, sedangkan dia mengetahui bahawa
makciknya pada masa itu tidak dapat menjaga dirinya sendiri akibat penyakit yang
dihadapi.
• Akhirnya, boleh juga menjadi actus reus jika tertuduh mewujudkan
satu keadaan yang berbahaya.

• Dalam kes Miller tertuduh didapati bersalah kerana tidak


memadamkan api yang mebakar tilamnya akibat daripada terkena api
rokoknya yang kemudiannya menyebabkan rumah itu terbakar.
Tertuduh dikatakan mempunyai tanggungjawab untuk berbuat
demikian sebaik sehaja dia menyedari apa yang berlaku iaitu
tilamnya terbakar.

• Untuk kedudukan dibawah kanun keseksaan, keputusan yang dibuat


dalam kes Benoy Chandra Dey dimana makhamah memutuskan
bahawa kecuaian untuk mengambil langkah2 munasabah bagi
menghalang mangsa daripada terkena kejutan elektrik menjadi
ketinggalan yang dimaksudkan mengikut seksyen 32. ini adalah
kerana ketinggalan itu boleh menjadi asas kepada satu tuntutan sivil.
Actus reus merangkumi perbuatan yang dibuat dengan sengaja

• Perbuatan yang dilakukan mestilah dilakukan


dengan sengaja untuk terjumlah kepada actus
reus. Jadi, apakah dimaksudkan dengan
sengaja?
Sengaja dimaksudkan sebagai perbuatan yang dilakukan oleh tertuduh
dengan kawalanya. Kawalan disini memerlukan TERTUDUH sedar dan
mengetahui akan pengerakan yang dilakukan. Perbuatan atau
ketinggalan yang dilakukan diluar kawalan TERTUDUH tidak boleh
menjadi perbuatan atau ketinggalan yang sengaja. Kanun Keseksaan
melalui seksyen 39 memberi takrif “DENGAN SENGAJA” tetapi takrif ini
lebih relevan kepada perbincangan untuk mens rea.
• Kedudukan kes common law dirujuk bagi melihat apakah maksud “dengan sengaja”.
Dalam kes Hill v Baxter makhmah memutuskan bahawa tertuduh tidak mempunyai
kawalan terhadap pergerakan tangan dan kakinya akkibat dia di serang oleh sekawan
lebah. Dalam keadaan ini dia tidak boleh dikatakan sedang memandu dengan cermat
kerana dia tidak dapat mengawal kenderaanya itu. Ketiadaan kawalan ini mesti
dibuktikan seperti yang diputuskan dalam kes broome v perkins.

• Bagaimanakah ketiadaan kawalan ini berlaku? Apakah faktor yang menyebabkan


ketiaadaan kawalan ini berlaku? Keputusan kes-kes menunjukan bahawa ketiadaan
kawalan merujuk kepada ketiadaan kapasiti dipihak tertuduh untuk mengawal
pengerakan itu. Pergerakan itu berlaku bukan dengan kehendak tertuduh.

• Dalam kes Ryan makhamah memutuskan tindakan tertuduh yang dikatakan dengan
tidak sengaja tertembak mangsa, apabila mangsa bergerak, terjumlah kepada
perbuatan yang dibuat dengan sengaja. Makhamah mendapati bahawa tertuduh
terkejut dengan pergerakan mangsa dan menembak mangsa dan makhamah mendapati
tertuduh tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Dalam keadaan ini, walaupun
perbuatan itu bukan dengan kehendak tertuduh, perbuatan itu masih diputuskan dibuat
dengan sengaja kerana tertuduh masih lagi boleh mengawal pengerakanya.
• Sementara faktor yang menyebabkan tertuduh tidak mempunyai
kawalan ke atas pengerakan atau perbuatannya boleh datang dari luar
atau dari dalam diri tertuduh itu sendiri. Dalam kes Hill v Baxter
misalnya, didapati bahawa faktor yang ,menyebabkan tertuduh hilang
kawalan datang dari luar iaitu diserang oleh sekawan tebuan.

• Sementara faktor dalaman yang boleh menyebabkan tertuduh tidak


dapat mengawal perbuatannya biasanya disebabkan penyakit seperti
serangan sawan atau epileptic fits, somnambulism atau hypoglycaemic
coma.

• Dalam kes Re pappathi ammal hujah bahawa perbuatan tertuduh


melompat kedalam telaga dengan anaknya pada waktu malam sehingga
anaknya mati akibat lemas, telah dilakukan semasa dia berada didalam
keadaan somnambulism atau berjalan dalam tidur. Perbuatan tersebut
berlaku secara tidak sengaja. Walau bagaimanapun hujah itu tidak
diterima oleh makhamah kerana tertuduh gagal membuktikannya.
• Bagaimana pula dengan Doctrine of automatism? Adakah
undang2 menerima doktrin ini sebagai menjadi perbuatan
tertuduh bukan perbuatan yang sukarela?
Automatism merujuk kepada perbuatan seseorang yang dibuat diluar
kawalanya akibat daripada antara lain oelh serangan sawan.
• Orang yang berada dalam keadaan automatism ini akan
kehilangan kesedarannya buat sementara waktu. Dibawah
commun law, makhmah telah mengenakan sekatan terhadap
pemakaian doktrin ini iaitu dengan mengeluarkan kes-kes
yang melibatkan hilang akal, mabuk atau kesalahan yang
terdahulu. Tertuduh tidak boleh menggunakan doktrin ini jika
keadaannya disebabkan oleh hilang akal .
• Dalam kes Bratty tertudh cuba menggunakan automatism
untuk menunjukan bahawa perbuatannya membunuh mangsa
adalah diluar kawalan kerana dia mengalami psychomotor
epilepsy.
• Makhamah tidak menerima hujah ini dan memutuskan bahawa dia mengalami
penyakit mental yang menyebakan dia hanya boleh menggunaka hujah hilang akal
sebagai dalihan. Apabila dibuktikan bahawa ketiadaaan kawalan keatas perbuatannya
adalah berpunca daripada penyakit mental, maka dalihan hilang akal akan digunakan.

• Dalam kes Quick Paddison, makhmah mengatakan perbuatan yang dilakukan akibat
daripada kegagalan minda untuk berfungsi kerana penggunaan bahan2 tertentu
seperti insulin, tidak terjatuh dibawah dalihan hilang akal, maka perbuatan itu
termasuk didalam autimatism.

• Sementara , dalam kes Kemp tertuduh telah dituduh mencedara parah isterinya. Dia
mengalami Arteriosklerosis menyebabkan berlaku masalah pengaliran darah ke
otaknya. Akibatnya dia tidak sedar. Dia berada dalam keadaan tidak sedar semasa
mencederakan isterinya. Makhmaah mendapati bahawa keadaan kesihatannya itu
telah menjejaskan mindanya sehingga menyebabkan dia tidak boleh mengawal
perbuatannya. Namun dalam kes ini, makhmah tidak menerima hujah Automatism.
Bagi automatism yang berpunca daripada kemabukan pula makhmah akan
menggunakan prinsip yang sama seperti mana kes kemabukan biasa.
• Bagaimanakah kedudukannya di MALAYSIA? Adakah Kanun keseksaan
menerima automatism sebagai mengapa perbuatan itu tidak menjadi
perbuatan yang disengajakan? Kedudukan doktrin ini telah
dibincangkan dalam kes Sinnasamy. Dimana tertuduh telah didapati
bersalah kerana membunuh anaknya yang berusia dua puluh dua bulan.
Tidak terdapat motif untuk dia membunuh anaknya. Dia dapat
mengingati dengan terperinci apa yang berlaku sebelum dan selepasn
pembunuhan itu tetapi dia tidak mengingati perbuatan trersebut
semasa berada dalam keadaan automatism.
• Dalihan ini tidak diterima oleh makhamah kerana mengikut keterangan
doktor, sekiranya seseorang itu nberada dalam keadaan automatism
maka dia tidak sedar dan tidak mengingati apakah perbuatannya.
Dalam kes ini, tertuduh mengingati dengan terperinci perbuatannya
sebelum dan selepas pembunuhan itu berlaku. Perbuatan lebih
merujuk kepada perbuatan yang berlaku akibat irresistible impule, yang
menjadikan perbuatan itu dilakukan dengan sengaja.
• Dibawah kanun keseksaan, sekiranya perbuatan itu dilakuakan diluar kawalan
tertuduh, jika dapat dibuktikan, maka dalihan yang terbuka adalah menggunakan
seksyen 84 berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang tidak
sempurna akal. Sementara kes Kenneth Fook Mun Lee makhamah tidak menerima
dalihan automatism by reason of hypoglycaemic attack yang dikemukakan oleh
tertuduh yang menghadapi pertuduhan membunuh.
Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai