Anda di halaman 1dari 9

NOTA TAMBAHAN

1. a) Nyatakan jenis-jenis “Cedera Parah” mengikut Seksyen 320 Kanun Keseksaan :-


- Hilang tenaga kelelakian,
- Hilang selama-lamanya penglihatan salah satu mata,
- Hilang selama-lamanya pendengaran salah satu telinga,
- Hilang anggota atau sendi,
- Binasa atau lemah selama-lamanya sesuatu anggota sendi,
- Patah atau retak tulang atau selisih sendi,
- Cacat selama-lamanya kepala atau muka,
- Cedera yang merbahayakan nyawa atau menyebabkan menderita sakit
tubuh atau tidak boleh menjalankan pekerjaan biasa selama 20 hari.

b) Mengikut Seksyen 378 Kanun Keseksaan, “Kesalahan Mencuri” ditakrifkan sebagai


Barang siapa,
- mengambil dengan niat curang,
- apa-apa harta alih,
- milik mana-mana orang,
- tanpa kerelaan tuan punya,
- menggerakkan harta itu untuk mengambilnya,
dikatakan melakukan kesalahan mencuri.

Hukuman :-
1. Seksaan penjara 7 tahun atau denda atau kedua-duanya
2. Bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya ditambah dengan sebat.
2a) Seorang yang melakukan pencerobohan rumah adalah dikata melakukan “pecah rumah”
di bawah Seksyen 445 Kanun Keseksaan jika ia masuk ke dalam rumah atau mana-
mana bahagiannya melalui enam (6) cara berikut:
- Jika ia masuk atau keluar melalui suatu lubang yang dibuat olehnya atau oleh
seseorang pensubahat,
- Jika ia masuk atau keluar melalui mana-mana lubang yang tidak dimaksudkan
oleh sesiapa, untuk jalan masuk bagi manusia,
- Jika ia masuk atau keluar melalui mana-mana lubang yang telah dibuka olehnya
atau oleh seseorang pensubahat bagi maksud melakukan pencerobohan rumah
itu.
- Jika ia masuk atau keluar dengan membuka mana-mana kunci bagi maksud
melakukan pencerobohan rumah itu.
- Jika ia dapat masuk atau keluar dengan menggunakan kekerasan jenayah atau
melakukan sesuatu serangan,
- Jika ia masuk atau keluar melalui mana-mana lubang yang diketahuinya telah
ditutup berkancing.

b) Maksud Culik dari jagaan yang sah mengikut Seksyen 361 Kanun Keseksaan ialah:
 Mengambil atau memikat
 Budak lelaki kurang daripada empat belas tahun
 Budak perempuan kurang daripada enam belah tahun
 Mana-mana orang tidak sempurna akal
 Tiada kerelaan penjaga itu
 Adalah dikatakan menculik budak atau orang itu dari penjagaaan yang sah di sisi undang-
undang.

3a) “Perhimpunan yang menyalahi undang-undang” diperuntukkan di bawah Sek 141 Kanun
Keseksaan berlaku apabila suatu perhimpunan lima (5) orang atau lebih.
Mempunyai tujuan bersama:

 Dengan melakukan kekerasan jenayah.


 Hendak menentang perlaksanaan mana-mana undang-undang.
 Hendak melakukan apa-apa khianat atau pencerobohan jenayah
 Hendak melucutkan hak seseorang menggunakan jalan atau haknya
menggunakan air.
 Dengan kekerasan jenayah memaksa seseorang melakukan sesuatu
atau meninggalkan dari melakukan sesuatu.

b) Rusuhan, Seksyen 146 Kanun Keseksaan.


 apabila kekerasan atau kekejaman digunakan
 oleh sesuatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang, atau
 oleh seseorang anggotanya
 yang menjalankan tujuan bersama perhimpunan itu.

c) Tanggungan jenayah 2 lelaki itu adalah:

i. Gaduh gempar, Seksyen 159 Kanun Keseksaan


 Berlaku apabila dua orang atau lebih
 Dengan jalan bergaduh di tempat awam
 Mengganggu ketenteraman awam

ii. Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Menggalang penjawat awam dalam menjalankan fungsi
jawatannya.
 Barang siapa dengan sengaja menggalang mana-mana penjawat awam
 Dalam menjalankan fungsi jawatannya

 Hukuman: penjara boleh sampai 2 tahun, atau denda boleh sampai RM10,000, atau
kedua-duanya.

4a) Seksyen 80 Kanun Keseksaan.


 Tidaklah menjadi kesalahan apa jua yang dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan
malang
 Dengan tiada apa-apa niat atau pengetahuan jenayah
 suatu perbuatan yang sah di sisi undang-undang dengan cara yang sah di sisi undang-
undang, dengan jalan yang sah di sisi undang-undang
 dengan hemat dan cermat yang sepatutnya.

b) Seksyen 76 Kanun Keseksaan.

 Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang
menjadi
 Atau oleh kerana kesilapan fakta
 Bukanya oleh kerana kesilapan undang-undang
 Suci hati percaya dirinya terikat di sisi undang-undang melakukanya.

c) Seksyen 82 Kanun Keseksaan, Perbuatan kanak-kanak yang berumur kurang


daripada sepuluh tahun.

 Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur
kurang daripada sepuluh tahun.

d) Seksyen 77 Kanun Keseksaan, Perbuatan Hakim bila bertindak secara kehakiman.

 Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seorang Hakim apabila
bertindak secara kehakiman pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberi kepadanya oleh
undang- undang atau
 Yang dia percaya dengan suci hati diberi kepadanya oleh undang-undang.

5a) Pemilikan harta yang boleh dikategorikan sebagai harta curi adalah seperti berikut:-
Di bawah Seksyen 410 KK harta-harta yang boleh dikategorikan sebagai harta curi
adalah harta yang pemilikannya telah dipindahkan dengan jalan:
i. Curi
ii. Pemerasan
iii. Rompak
iv. Harta disalahguna secara jenayah,
v. Pecah amanah jenayah,
vi. Tipu
vii. Sama ada pindahan harta itu telah dilakukan
di dalam atau di luar Malaysia.
b) Tafsiran istilah-istilah undang-undang bagi perkataan berikut :-

i) Sek. 44 KK, Bencana ialah apa-apa jua kerosakan yang disebabkan dengan menyalahi
undang-undang kepada tubuh, akal fikiran, nama baik atau harga seseorang.

ii) Sek. 22 KK, Harta Alih ialah termasuk harta zahir dari segala rupa kecuali tanah den
benda-benda yang bercamtum kepada bumi atau yang dipasang dengan kekalnya kepada
apa-apa benda yang bercantum kepada bumi.

iii) Sek 30 KK, Cagaran Berharga ialah suatau surat suratan atau sesuatu yang berupa
suatu suratan yang dengannya sesuatu hak disisi undang-undangdiwujudkan,
diperluaskan atau yang dengannya seorang mengakui bahawa ia adalah
bertanggungjawap disisi undang-undang.

iv) Sek 25 KK, Secara fraud ialah seorang adalah dikatakan melakukan sesuatu perkara
secara fraud jika ia melakukan perkara itu dengan niat hendak menipu tetapi tidak dengan
niat yang lain.

v) Sek 52 KK, Suci Hati ialah tidak boleh dikatakan dilakukan atau dipercayai dengan suci
hati apa-apa dilakukan atau dipecayai dengan tiada hemat dan cermat yang semestinya.
6a)Rogol diperuntukkan di bawah Sek. 375 KK, seseorang lelaki dikata melakukan rogol jika
ia bersetubuh dengan seorang perempuan dalam keadaan berikut:

a) bertentangan dengan kemahuan perempuan itu.


b) dengan tiada kerelaan perempuan itu.
c) dengan kerelaan perempuan itu tetapi dengan mendatangkan ketakutan kematian atau
cedera atau salah tanggapan fakta,
d) dengan kerelaan perempuan itu yang mana lelaki itu tahu bahawa dia bukan suaminya,

e) dengan kerelaanya jika dia tidak dapat memahami akibat kerelaannya.


f) dengan kerelaan perempuan itu apabila kerelaan didapati dengan:
 menggunakan kedudukannya yang berkuasa ke atas perempuan itu, atau
 hubungan profesional atau,
 hubungan amanah.
g) Sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika dia di bawah umur 16 tahun.

b).Sek 377E Kanun Keseksaan, meransang seorang kanak-kanak untuk melakukan suatu
perbuatan kelucahan melampau.
 Seseorang yang meransang seorang kanak-kanak di bawah umur empat belas tahun

 Untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau denganya


 Atau dengan orang lain, maka adalah dikatakan melakukan suatu perbuatan kelucahan
melampau.

c).Sek 377A Kanun Keseksaan, persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii
 Seseorang yang melakukan perhubungan seks dengan seseorang yang lain
 Dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur
 Atau ke dalam mulut seseorang lain, adalah dikatakan melakukan persetubuhan yang
bertentangan dengan aturan tabii.
7a) Kesalahan mencuri jadi rompakan jika:

- Semasa melakukan mencuri atau semasa membawa lari atau mencuba membawa lari
harta itu dengan sengaja menyebabkan mana-mana orang
- Kematian, atau Cedera atau Halangan salah
- Atau ketakutan bahawa pembunuhan serta merta
- Atau cedera serta merta
- Atau halangan serta merta akan berlaku

Kesalahan pemerasan jadi rompakan jika:

- Semasa melakukan pemerasan itu, ada di hadapan orang yang didatangkan


ketakutan
- Bahawa dia atau mana-mana orang lain akan dibunuh serta merta
- Dicederakan serta merta
- Atau dihalang dengan serta merta
- Mendorong orang yang ketakutan itu menyerahkan benda yang diperas.

(b) Mengikut Seksyen 85 Kanun Keseksaan :-

Bila mabuk menjadi suatu pembelaan

i) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen ini dan Seksyen


86, mabuk tidaklah boleh menjadi suatu pembelaan terhadap sesuatu
pertuduhan jenayah.

ii) Mabuk boleh menjadi suatu pembelaan terhadap sesuatu pertuduhan


jenayah sekiranya mabuk, orang yang dipertuduhkan itu, pada waktu
perbuatan atau ketinggalan itu, tidak mengetahui perbuatan atau
ketinggalan itu salah atau tidak tahu apa yang dilakukan dan
- Keadaan mabuk itu disebabkan dengan tiada kerelaannya oleh
perbuatan jahat atau cuai seseorang lain, atau
- Orang yang dipertuduh itu, disebabkan mabuk, menjadi gila sama
ada bagi sementara atau pada waktu perbuatan atau ketinggalan itu.

8a) Elemen bagi kesalahan Membunuh Orang di bawah seksyen 300 Kanun Keseksaan.
Mematikan orang dengan salah ialah membunuh orang:
a. dengan niat hendak menyebabkan kematian;
b. niat hendak menyebabkan suatu bencana tubuh yang pesalah itu ketahui mungkin
menyebabkan kematian,
c. niat hendak menyebabkan bencana tubuh yang cukup pada lazimnya menyebab
kematian,
d. sebegitu berbahaya hingga mungkin menyebabkan kematian

b) Menurut Seksyen 99 Kanun Keseksaan, seseorang itu tidak ada hak mempertahankan
dirinya sendiri atau diri orang lain apabila ianya :-

i) Perbuatan yang dilakukan tidak cukup menerbitkan perasan takut akan


kematian atau cedera parah yang dilakukan oleh penjawat awam.

ii) Perbuatan yang dilakukan tidak cukup menerbitkan perasaan takut kematian atau
cedera yang dilakukan oleh orang-orang yang diarahkan oleh penjawat awam.

iii) Apabila mendapat bantuan daripada penjawat awam.


iv) Hak memelihara diri tidak boleh mendatangkan kerosakkan yang lebih hanya
setakat yang perlu sahaja.

Anda mungkin juga menyukai