Anda di halaman 1dari 2

SMK Orang Kaya Haji, 27100 Kuala Lipis.

Kertas Konsep Hari Tangisan Palestin


Sempena Penghayatan Peristiwa Israk Mikraj Peringkat Sekolah

1. Rasional : Masjid suci Al Aqsa tidak mungkin dapat dipisahkan dari peristiwa Israk & Mikraj Rasulullah S.A.W. Malahan, Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi kewajipan solat yang difardukan dalam peristiwa mukjizat ini. Malangnya sedang umat Islam seluruh dunia mengadakan sambutan sempena peristiwa hebat Israk & Mikraj, masjid yang dinobatkan sebagai masjid ketiga teragung dalam Islam ini sedang dibelenggu kezaliman Zionis. Justeru, Unit Bina Insan SMK Orang Kaya Haji merasa terpanggil untuk mengadakan Minggu Suara Palestin untuk mengajak seluruh warga SMKOKH menghayati makna sebenar perjuangan saudara seagama di sana. 2. Matlamat : Untuk melahirkan warga sekolah yang peka dengan permasalahan dunia dan seterusnya terlibat secara tidak langsung dalam perjuangan membebaskan Palestin dari cengkaman Yahudi. 3. Objektif : Mengambil iktibar dari penderitaan rakyat Palestin yang tegar dalam perjuangan membebaskan tanahair. Menyatakan bantahan terhadap keganasan penjajahan Yahudi. Menanamkan rasa kecintaan dan persaudaraan sesama Islam dan manusia sejagat. Meningkatkan kemantapan rohani dalam diri warga sekolah untuk mendepani mihnah dan tribulasi kehidupan. 4. Tarikh : 13 Julai 2011 bersamaan 11 Syaaban 1432 Hijrah (Rabu) 5. Tempat : Dataran Semarak & Surau Al Munawwarah, SMK Orang Kaya Haji. 6. Sasaran : Semua warga SMK Orang Kaya Haji yang beragama Islam. 7. Penganjur : Unit Bina Insan & Persatuan Pendidikan Islam dengan kerjasama Pusat Sumber SMK Orang Kaya Haji. 9. Anggaran Kos : 1. Gimik perasmian 2. Percetakan Poster Palestin JUMLAH = = = RM 50.00 RM 250.00 RM 300.00

11. Tentatif Program : 7.00 7.40 7.40 a.m. 8.00 a.m. Siaran Suara Palestin (Nasyeed Palestin) melalui siaraya sekolah Acara perasmian Minggu Suara Palestin Gimik melepaskan burung sebagai simbolik pembebasan Palestin Oleh : Yang Berusaha Tn. Pengetua Tempat : Dataran Semarak Selingan: Deklamasi sajak Edaran senarai barangan boikot Israel kepada guru Pameran ( di Kantin / Surau ) Tayangan video Kekejaman Zionis

8.00 3.00 2.40 p.m. 5.00 p.m. -

12. Penutup : Akhir kata semoga majlis yang dirancang ini dapat dijayakan dengan keizinan Allah S.W.T dan mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak. InsyAllah.

Disediakan Oleh : (NAJIHAH BINTI LOKMAN) Setiausaha Unit Bina Insan SMK Orang Kaya Haji, Kuala Lipis.

Disemak & diluluskan Oleh :

Anda mungkin juga menyukai