Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PENANDA ARAS KE UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)

Tarikh

: Isnin

Hari

: 14 Mac 2016

Masa

: 11.15 pagi 1.00 petang

Tempat

: Universiti Malaysia Sarawak

Pada hari Isnin, 14 Mac 2016 lawatan penanda aras barisan Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar (JPP) Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM)
diteruskan lagi dengan melawat ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Rombongan
kami disambut oleh Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNIMAS iaitu
saudara Basnel dan juga dua lagi rakan MPP-nya. Kami dibawa ke Bilik Mesyuarat dan
program penanda aras dimulakan dengan dipengerusikan oleh saudara Basnel. Beliau
memperkenalkan barisan MPP UNIMAS iaitu seramai 13 orang. Setiap orang dalam MPP
akan memegang tiga portfolio yang berbeza. Berikut ialah senarai nama MPP dan portfolio
masing-masing :

YDP & Exco Protokol

Basnel

Naib Yang Di-Pertua

Hemnarth

Setiausaha Agung

Neeshalini

Bendahari

Christinus

Exco Akademik

Karthik

Exco Sukan, Rekreasi & Kesihatan

Gary

Exco Kesenian & Kebudayaan

Nur Nabihah

Exco Pengangkutan & Kemudahan

Mohd Helmi

Exco Perhubungan

Nazmi

Exco Publisiti, Informasi & Multimedia

Mohd Amirul Husni

Exco Pembangunan Sahsiah & Modal Insan :

Ahmad Jibreil

Exco Keusahawanan

Nur Amalia

Exco Kebajikan & Keselamatan

Syafiq

Motto yang dipegang oleh MPP UNIMAS ialah Bersatu Menginspirasikan


Mahasiswa. Setelah memperkenalkan barisan MPP melalui gambar poster yang
ditayangkan menerusi LCD, beliau memperkenalkan UNIMAS kepada kami. UNIMAS
mempunyai lima kampus iaitu :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Kampus Barat : dibuka pada tahun 2006 (mahasiswa ijazah sarjana muda)
Kampus Timur : dibuka pada tahun 1992 (mahasiswa asasi / persediaan)
Kampus Kuching : untuk mahasiswa perubatan (tahun 3 & 4)
Kampus Sibu : untuk mahasiswa perubatan tahun 5
Kampus Kuala Lumpur : untuk mahasiswa Sarjana dan Doktor Falsafah

Seterusnya, sesi tayangan video korporat JPP IPGKBM sesi 2016/2017 dan
pengenalan mengenai IPGKBM serta JPP yang diperkenalkan oleh YDP JPP
IPGKBM iaitu saudara Mohd Asyraf Safwan bin Ahmad Zukri. Setelah itu, sesi soaljawab dibuka dan banyak soalan telah dikemukakan antaranya termasuklah cara
pilihan raya di UNIMAS, cara mendapat dana untuk mengadakan sesuatu program
universiti dan juga cara MPP menjaga kebajikan pelajar UNIMAS. Akhir sekali,
sebelum berakhirnya program penanda aras ini, sesi penyampaian cenderamata
sebagai tanda kenang-kenangan kepada pihak MPP yang sudi menerima
rombongan daripada JPP IPGKBM dan kami dijamu dengan juadah yang pelbagai di
Bilik Jamuan di sebelah Bilik Mesyuarat. Harapan dari program penanda aras ini
ialah semoga ilmu baharu yang diperolehi dapat diaplikasikan di institut kelak.

Anda mungkin juga menyukai