Anda di halaman 1dari 7

Teks pengacaraan Program Sambutan Hari Guru 2015 Desaku Tercinta

cue

Ucapan

Ucapan alu-aluan

Assalaamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.


Selamat datang diucapkan kepada semua hadirin ke program
sambutan hari guru 2015 dengan tema Guru: Membina ilmu,
menyempurnakan akhlak.

Acara Senam

Acara pada pagi ini akan dimulakan dengan sesi senam robik.

robik
Oleh itu, diminta kepada semua hadirin untuk memenuhkan ruangan
dataran air pancur bagi sama-sama bersenam pada hari ini.

Acara sukaneka

Hadirin, acara seterusnya adalah acara sukaneka pensyarah dan


staf. Oleh itu, dijemput semua pensyarah dan staf untuk berada di
lobi bangunan baharu.
Semua pelajar juga diminta untuk bersama-sama menyaksikan dan
memberikan sokongan kepada pensyarah dan staf.

Rehat

Hadirin, kita akan berehat sebentar.

Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru 2015


IPG Kampus Bahasa Melayu

Pengumuman

Hadirin, majlis akan dimulakan sebentar saja lagi. Oleh itu, diminta
kepada semua hadirin untuk bersedia dan memastikan mode telefon
bimbit dalam mode senyap.
Mohon juga kepada semua hadirin agar mengurangkan pergerakan keluar
masuk dewan sepanjang majlis berjalan.

Ketibaan

Mengumumkan pergerakan masuk barisan pensyarah dan staf IOG

Pensyarah dan

kampus Bahasa Melayu masuk ke dalam dewan

Staf

Ketibaan

Majlis mengumumkan ketibaan

Pengarah

Ybhg Dr Hajah Maridah binti Alias,


Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu,
YM Tengku Adli bin Raja Omar,
Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu,
Masuk ke dalam dewan.

Nyanyian Lagu

Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu NegaraKu.

NegaraKu
**
Hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan Doa

Membeli pukat di Simpang Ampat,


singgah sebentar di Anjung Batu,

tangan diangkat jari dirapat,


doa dipanjat memohon restu.
Bagi memberkati majlis pada hari ini, majlis menjemput saudara Mohd
Hafiz bin Abdullah Saini untuk memimpin bacaan doa.

Ucapan alu-aluan

Ybhg Dr Hajah Maridah binti Alias,


Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu,
YM Tengku Adli bin Raja Omar,
Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu,
Yg berusaha Puan Mahani binti Muhammad,
Ketua Jabatan hal Ehwal Pelajar,
Ketua-ketua Jabatan, Para Pensyarah, barisan Staf, Barisan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, serta guru-guru pelatih sekalian.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Assalaamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Pihak majlis mengalu-alukan kedatangan hadirin ke majlis sambutan hari
guru 2015 peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu dengan tema Desaku
tercinta.
Alhamdulillah, pada hari ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi
meraikan sambutan hari guru pada tahun 2015 kali ini.
Tema kebangsaan hari guru pada tahun ini iaitu, guru:membina ilmu
menyempurnakan akhlak.
Sambutan hari guru adalah bagi mengiktiraf jasa dan kecemerlangan
guru yang menjadi pemangkin ke arah kehebatan negara.

Dari Kelantan pergi ke Kedah,


Dari Kedah ke Perak pula,
Bacaan ikrar Guru

Doa selamat di pohon sudah,


Mari kita beralih acara.
Baiklah, hadirin.
Acara diteruskan dengan bacaan ikrar guru.
Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan Encik Suhasni untuk
mengetuai bacaan ikrar. Hadirin dijemput untuk berdiri.
Terima kasih diucapkan. Hadirin dijemput duduk.

Persembahan
Baiklah hadirin, pada hari ini kita akan dihiburkan dengan persembahan
Lagu: Guruku

nyanyian lagu Guruku tersayang oleh IB Busker. Untuk itu, marilah

Tersayang

sama-sama kita nyanyikan.


Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan.

Ucapan YDP

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Baiklah, hadirin.
Acara pada hari ini diteruskan lagi dengan ucapan daripada YDP JPP
2015/2015.
Dengan ini, majlis menjemput saudara Shahrul Nizam bin Mohd Aman
Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar untuk menyampaikan
ucapan.

***
Terima kasih diucapkan kepada YDP Saudara Shahrul Nizam bin Mohd
Aman atas ucapan itu sebentar tadi.

Persembahan

Baiklah hadirin, seterusnya marilah sama-sama kita saksikan

tayangan

persembahan tayangan multimedia bersempena dengan sambutan hari

Multimedia

guru pada tahun ini.

Ucapan Pengarah

Daun semulur di pekan sari,

IPG KBM

Batang jerami rebah ke bumi;


Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Ybhg Dr Hajah
Maridah binti Alias untuk menyampaikan ucapan perasmian seterusnya
menyempurnakan gimik perasmian.
Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada
Ybhg Dr Hajah Maridah binti Alias
Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu
Atas ucapan dan penyempurnaan gimik perasmian sebentar tadi.

Persembahan

Awan bersua citra berkisah

pelajar,

Ukiran sukma kilauan kelisa

pensyarah dan

Bingkisan perutusan selesai sudah

staf

Persembahan selingan menyusul pula


Baiklah hadirin, kemeriahan sambutan hari guru pada hari ini akan
diserikan lagi dengan persembahan-persembahan daripada pelajar,
penyarah dan juga staf.
Kini kita akan berhibur bersama persembahan tarian joget daripada
_____________.
Dipersilakan.

Seterusnya, persembahan puisirama yang akan dipersembahkan oleh


kumpulan Bidasari.
Seterusnya, kemeriahan majlis akan diserikn lagi dengan persembahan
pensyarah dan staf......
Dipersilakan.

Penyampaian

Baiklah hadirin, acara diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah

hadiah dan

dan cenderamata.

cenderamata
Acara penyampaian hadiah dimulakan dengan penyampaian hadiah bagi

Nyanyian Lagu

Baiklah, hadirin

Guru Malaysia,

Bersempena dengan sambutan hari guru pada hari ini marilah kita

IPGM dan

berdiri bagi sama-sama menyanyikan 3 rangkaian lagu.

Institut Bahasa
Hadirin diminta untuk berdiri.

Akhr kalam

Baiklah hadirin, diminta untuk bertenang.


Di sini terdapat beberapa pengumuman.
Kami daripada pihak majlis, mengucapkan ribuan terima kasih atas
kesudian memeriahkan majlis sambutan hari guru pada hari ini.
Salam kemaafan kepada semua seandainya terdapat kesilapan,
kekasaran bahasa sama ada secara sedar ataupun tidak.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan

Anda mungkin juga menyukai