Anda di halaman 1dari 5

Surat Yang Tak Pernah Dikirim.

Apa
Erti Bahagia?
19/06/2013 by Muhamad Naim Abd Manaf 7 Comments

Bahagia | I cant take this sadness anymore by *BritLawrence


Assalamualaikum. Bismillah. Assolatuwassalam ala Rasulillah.
Alhamdulillah dalam dunia yang semakin berputar ligat dan kehidupan yang semakin
rumit setiap hari, sempat kita saling bertukar salam dan mendoakan kesejahteraan
diantara satu sama lain. Diharap awak sentiasa sihat sejahtera dan diberkati-Nya.
Kehadapan awak yang sentiasa dalam doa saya,
Kita berkenalan kerana ada sesuatu yang menggerakkan kita ; Tuhan dan takdir.
Kita berkenalan kerana dalam hati ada sesuatu yang bercambah ; ukhwah.

Kita berkenalan kerana berkongsi satu persamaan ; minat kita terhadap tulisantulisan lewat alam maya.
Alhamdulillah bersyukur saya kerana kita ditemukan dan bersahabat. Kerana nikmat
yang paling berharga sesudah iman dan kesihatan adalah memiliki sahabat yang
soleh/solehah.
Saya harap persahabatan ini berkekalan, walau saya sedar tiada apa yang kekal di
dunia ini melainkan Allah.
Awak, ada banyak perkara yang saya ingin tanya, yang saya ingin tahu, yang saya
ingin dengar dari awak berkenaan tulisan-tulisan berkenaan kekecewaan dan
kesedihan yang selalu awak paparkan.
Maaf bukan niat saya untuk menyibuk tetapi saya terlalu ingin tahu kenapa tulisantulisan itu yang awak pilih untuk dipaparkan.
Adakah awak dihantui masa silam yang memedihkan?
Ceritakan pada saya awak, saya ingin jadi pendengar awak yang setia, walau saya
tahu pendengar yang paling setia bagi setiap manusia adalah Tuhan.
Saya ingin berkongsi kepedihan awak.
Adakah kesedihan itu adalah kerana awak tidak mendapat bahagia yang awak
impikan? Kerana manusia, saya juga tidak terkecuali, sememangnya akan bersedih,
kecewa dan terluka dalam proses mencari kebahagiaan.

Awak nak dengar cerita berkenaan bahagia?


Tapi sebelum tu izinkan saya bertanya apa erti bahagia bagi awak?
Adakah ia sejenis peluang dan nasib baik dalam kehidupan? Adakah ia adalah rasa
kepuasan dalam jiwa kerana berjaya memiliki apa yang diingini?
Adakah ia boleh diertikan dengan keadaan gembira yang dirasai diri?

Jujurnya saya juga tidak mengetahui apa sebenarnya erti bahagia. Kerana terlalu
banyak perbezaan pendapat berkenaan bahagia diantara seseorang dan seseorang
yang lain.
Dan benarkan saya berkongsi apa yang saya rasa tentang bahagia.
Saya faham awak, kebahagian itu mungkin adalah ketika kita mengenali seseorang,
menjadi teman seseorang, dan memesrai seseorang membuatkan kita berusaha
untuk mengejar kebahagiaan yang kita impikan bersama dia.
Namun saya tertanya-tanya, adakah bahagia itu tidak tetap kedudukannya dan
sentiasa berubah bentuk hingga perlu dikejar?
Rupanya jawapan itu ada pada diri sendiri. Bahagia itu ada dalam hati. Kita cuma
perlu mengubah sedikit sudut pandang maka bahagia itu akan terpantul dari dalam
diri.
Awak, kekecewaan dan kesedihan akibat keinginan untuk mencapai bahagia yang
tidak kesampaian yang kita inginkan itu bukanlah atas hukuman Allah atau kesilapan
kita sendiri.
Semua itu sebenarnya adalah ujian buat kita dan manusia yang ingin merasai
makna kebahagiaan sebenar di dunia ini.
Kerana kebahagiaan itu bukanlah kepuasan fizikal mahupun kepuasan jiwa, bukan
juga pengalaman indah yang diciptakan minda, dan kebahagiaan itu juga bukanlah
bagaimana sesuatu perasaan yang bermula itu berahkir seperti apa yang kita
inginkan.
kebahagiaan hanyalah dapat dikecapi apabila kita kembali kepada fitrah.
Kebahagiaan itu bukan berakhir dengan kepuasan diri sendiri tetapi harus berakhir
dengan tujuan utama penciptaan manusia di muka bumi ini ; iaitu kembali kepada
Allah.
Dan manusia punya banyak cara untuk meraih bahagia namun pilihan terbaik adalah
melakukan penyerahan kepada Allah. Kerana dengan kembali kepada Allah, kita
akan mengenali diri sendiri dan tujuan utama kenapa kita diciptakan.

Bahagia itu tafsirlah dalam erti apa sekalipun, ia akan menemui satu titik yang sama
iaitu bahagia itu adalah apabila kita redha kepada apa jua yang Allah beri dan Allah
kembali meredhai kita.
Maka janganlah terlalu berduka tentang terlepasnya bahagia pada masa lalu, awak.
Kerana Allah sebenarnya sedang menilai awak untuk memerhatikan apa usaha yang
awak akan lakukan untuk mencapai redha-Nya.
Awak juga selalu mengatakan betapa berdosanya awak pada masa lalu. Dan
sebenarnya dalam jiwa saya, sentiasa ada perasaan mendesak untuk bertanya
kenapa awak menggelar diri awak begitu.
Namun bila difikirkan itu urusan rahsia awak bersama Allah, maka saya menahan
diri. Cuma saya hendak katakan, dalam dunia ini sentiasa ada ruang untuk manusia
kembali diterima dan memperbetulkan diri.
Adam dan Hawa yang melakukan dosa diberi peluang bertaubat dan akhirnya
diterima semula oleh Allah. Awak sangat beruntung sebenarnya, Allah menyedarkan
awak tentang dosa awak dan dengan itu awak kembali berusaha untuk mentaatiNya.
Mintalah keampunan dan hidayah dari-Nya.
Juga, saya tahu awak takut dengan masa depan. Takut akan sesuatu yang tak pasti.
Dan lebih-lebih lagi lewat dari tulisan-tulisan awak, awak takut untuk terputus
hubungan dengan orang yang awak sayangi. Itu normal kerana kita adalah manusia
biasa.
Tapi ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa akan kembali tenang. Maka marilah
kita membaiki iman dan amal, kerana dengan imanlah kita tidak akan takut terhadap
sesuatu yang tak pasti.
Dengan imanlah kita akan diberi kekuatan dan ketabahan untuk menempuh masa
hadapan.
Awak, lupakanlah kesedihan masa lalu. Kerana hidup bukan untuk mengenang
masa silam sebaliknya untuk mencipta masa hadapan yang baik.

Saya sayangkan awak, dan ketahuilah sedikit demi sedikit hati saya menangis
apabila melihat atau membaca tulisan awak yang mengandungi kesedihan.
Bahagia itu datang dengan keredhaan dan ketaqwaan pada Ilahi. Moga kita sentiasa
dijagakan hati agar tidak berpaling dari-Nya dan moga kita diredhai. InshaAllah.
Yang menyayangi awak,
saya.
***
# Artikel ini adalah hak milik & perkongsian daripada Mohd Syukri Ali ke Inbox
kami. Tulisan ini berpandukan buku syed naquib al-attas. Moga ada manfaat untuk
mereka yang membaca

Anda mungkin juga menyukai