Anda di halaman 1dari 2

Alam Nasyrah

[Kredit]

"Bukankah Kami telah melapangkan dadamu?"

Bukankah Allah telah memberikan kita dengan pelbagai nikmat dan kelebihan? Bukankah ketika kita
susah Dia kurniakan kita dengan ketenangan? Ketika kita jatuh, Dia hulurkan tangan? Kita kita
terjelepok, tersembam, Dia sentiasa memberikan bimbingan...??
"Dan Kami pon telah menurunkan bebanmu darimu. Yang memberatkan punggungmu."

Cuba kita fikirkan, sepanjang hayat kita, apa sangatlah kesukaran atau ujian yang pernah kita
hadapi? Apa sangatlah mehnah dan tribulasi yang kita lalui, jika hendak dibandingkan dengan
sekalian para Nabi?
Apa lagi yang mahu kita omelkan? Apa lagi yang mahu kita keluhkan? Dia sudah permudahkan! Dia
sudah ringankan!
"Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu."

Mengapa kita mahu sibukkan dengan puji-pujian manusia? Mengapa kita terkejar-kejar pada
penghargaan makhluk yang bernama manusia itu?
Dan mengapa pula kita risau benar apabila ada orang yang mencaci dan mengeji? Mengapa sampai
kita tidak boleh tidur malam, apabila ada orang yang mengkritik dan membenci?
Teruskan ikhlas dalam beramal, nescaya nama kita akan disebut-sebut di langit sana. Teruskan
bekerja dengan sesungguh hati, nescaya kita akan jadi selebriti di sorga sana!

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

Percayalah, setiap ujian yang kita lalui itu, pasti ada hikmahnya. Pada etiap kesengsaraan pasti
akan ada kegembiraan. Dan pada setiap kesakitan pasti akan ada ubatnya.
Kerana jalan yang kita lalui ini, mesti dihiasi dengan onak dan duri, walau dipenuhi dengan batu
dan kaca, adalah jalan yang pasti akan menuju ke sorga!
"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

Apa kalian masih ragu-ragu...?? Bahawa ini adalah jalan yang pernah ditelusuri para nabi dan rasul?
Bahawa jalan ini diwarisi sejak zaman-berzama, jalan para anbiya' dan salafus soleh yang tidak
pernah berputus-asa dengan rahmat dan kasih-sayangNya?
Yakinlah!

Kerana

mereka

telah

melaluinya

dan

mereka

telah

pon

ketemu

bahagia!

Ini janji Allah! Ini janji Allah! Ini janji Allah...!


"Maka apabila engkau telah selesai, tetaplah bekerja keras."

Nah, kini fokus kita hanya bekerja, bekerja dan bekerja. Tetapkan kaki kita di atas muka bumi
penuh barakah ini, dan sebarkan chenta pada sekalian manusia.
Dan kita akan terus berjuang sehingga penat lelah mengejar kita. Kita akan terus mara ke hadapan,
sehingga futur berputus-asa dengan kita.
Sehinggalah kita berjaya merangkul antara dua; hidup mulia atau mati syahid!
"Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."

Tugas kita hanyalah hamba yang diamanahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi. Selebihnya
kita serahkan pada yang Esa. Selebihnya kita bertawakkal kepadaNya.
Benar hidayah itu milikNya. Namun kitalah si penyentuh hati. Kitalah si pengubah dunia. Kitalah si
penggugah
jiwa!
Moga-moga hidayah itu menderu laju di tangan-tangan kita. Moga-moga Allah redha!
[al-Insyirah, 94:1-8]
Senyum. Lap air mata.
-gabbana-

Anda mungkin juga menyukai