Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK KEJOHANAN MEMANAH

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU


3 - 5 JULAI 2018, DI SK PERUMAHAN TAMPOI 2

1.0 Pengenalan

SK Perumahan Tampoi 2 (SKPT2) telah melahirkan bakat-bakat besar dalam sukan


Memanah dan telah memenangi beberapa pertandingan di peringkat daerah, negeri
dan juga kebangsaan. Tahun 2018 SKPT2 telah dipilih untuk menganjur Kejohanan
Memanah MSSD Johor Bahru yang akan berlangsung di Padang SKPT2. Oleh itu
peruntukan kewangan amat diperlukan bagi menjayakan pertandingan ini. Ianya juga
bagi meneruskan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum dan sukan sekolah ke
peringkat kebangsaan pada tahun ini. Sokongan dari pihak syarikat dan individu
perseorangan amat diperlukan bagi kelangsungan program kecemerlangan
kokurikulum dan sukan SKPT2.

2.0 Tujuan dan Matlamat

2.1 Memberikan pengetahuan sebagai persediaan pertandingan peringkat MSSJ


dan MSSM
2.2 Melahirkan modal insan yang berkemahiran memimpin, seperti yang terdapat
dalam aspirasi utama murid PPPM 2013 – 2025
2.3 Memperkenalkan geografi SKPT2 dikalangan pendidik dan pelajar di sekitar
Johor Bahru.
2.4 Memperkembangkan sukan salah satu sukan Sunnah.

3.0 Objektif

3.1 Memastikan atlet yang dipilih sesuai dan menepati kriteria pemilihan,
berpotensi dan sesuai bagi tujuan pertandingan diperingkat negeri.
3.2 Memupuk semangat kerjasama antara para peserta di samping menyemai
sikap berdisiplin yang tinggi di kalangan peserta pertandingan.
3.3 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri serta ketahanan fizikal dan
mental pelajar.
3.4 Mengeratkan lagi hubungan antara guru, pelajar dan masyarakat di kalangan
sekolah seluruh Johor Bahru.

4.0 Rasional

Rasional keperluan memohon peruntukan ini ialah:

4.1 Peralatan Pertandingan Tidak Mencukupi

Pihak sekolah tidak mempunyai peralatan yang lengkap untuk mengurus


pertandingan yang mencukupi seperti target butt, tali garisan, nombor target
dan lain-lain peralatan lagi. Pihak sekolah terpaksa menyewa dan meminjam
dari pihak Persatuan Memanah Negeri Johor atau sekolah lain.
4.2 Kos Penyelengaraan Peralatan Atlet SKPT2

Keperluan peralatan memanah seperti tali, arrow dan lain-lain aksesori


memerlukan kos yang tinggi. Jika peralatan tidak sempurna berkemungkinan
prestasi atlet tidak dapat dipertingkatkan.

4.3 Lain-Lain Bantuan

Pihak sekolah menerima apa saja bantuan yang diterima oleh pihak
sumbangan untuk kegunaan semasa hari pertandingan seperti air minuman,
t-shirt atau hadiah saguhati untuk pegawai kejohanan.

5.0 Bajet Kos Perbelanjaan

Berikut adalah anggaran atau bajet kos yang diperlukan:

Bil. Perkara Anggaran Kos Jumlah

1. Sewaan peralatan pertandingan dan  20 target & stand x RM30


lori untuk pengangkutan = RM600.00
RM1200.00
 Sewaan lori (2x trip)
= RM600.00

2. Penyelenggaraan Peralatan  10 atlet x RM50


RM500.00
Memanah Atlet SKPT2 = RM500.00

3. Air Minuman Peserta  30 kotak x RM15


RM450.00
= RM450.00

JUMLAH RM2150.00
6.0 Penutup

Adalah diharapkan dengan sumbangan yang diberi oleh pihak tuan ini akan dapat
melancarkan pertandingan yang julung-julung kali diadakan di sekolah ini. Disamping
itu juga, dengan sumbangan yang diberi akan diletakkan nama syarikat dan individu
dalam buku program dan banner pertandingan.. Pihak sekolah memohon agar
permintaan ini dipertimbangkan demi kecemerlangan sekolah ini dalam sukan
Memanah.

Disediakan Oleh:

....................................
(AZIZUL AQMAR B. MOHD RAZALI)
Penyelaras/Jurulatih
Sukan Memanah SKPT2

Disahkan Oleh:

....................................
(HJH S HANIM BT A RAHMAN)
Guru Besar,
SK Perumahan Tampoi 2
Johor Bahru.

Anda mungkin juga menyukai