Anda di halaman 1dari 6

SKRIP MAJLIS PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN JPP SESI 2011/2012

CUE KETIBAAN VIP


Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha

ANN

DR MAHMUD B. YAHYA, Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik, Diiringi TN HAJI MUAAZ B. MUHAMMAD, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, para penceramah jemputan serta para pensyarah.

CUE PEMBUKA MAJLIS DAN SALUTASI ANN Yang Berusaha, DR MAHMUD B. YAHYA Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik. TN HAJI MUAAZ B. MUHAMMAD, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Pendidikan Teknik Yang Dihormati, penceramah jemputan, Para pensyarah, Serta rakan-rakan Jawantankuasa Perwakilan Pelajar sekalian . Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi. CUE ALU-ALUAN Selamat datang kami ucapkan ke Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012 anjuran bersamaJabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012. Untuk makluman hadirin sekalian, kursus kepimpinan Jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2011/2012 bermatlamat untuk memberi pendedahan terhadap tugas sebenar JPP disamping untuk membentuk jati diri kepimpinan yang mantap dalam kalangan ahli JPP. CUE BACAAN DOA ANN Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa; Sepuluh jari kami menadah,

ANN

Mohon berkat yang Maha Esa.

Hadirin yang dihormati, Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini,marilah kita menadah tangan memohon doa agar majlis kita diberkati dan diredhai. Seterusnya majlis mempersilakan SAUDARA MOHD HAZWAN B. ZULKIFLI untuk mengetuai bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. CUE UCAPAN ALU-ALUAN KETUA JABATAN HEP ANN Hadirin sekalian, Majlis akan diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada TUAN HAJI MUAAZ BIN MUHAMMAD. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Majlis mempersilakan. UCAPAN PERASMIAN PENUTUP DARI TIMBALAN PENGARAH IPG KPT ANN Terima kasih diucapakan kepada TUAN HAJI MUAAZ di CUE

atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Sekarang, Tibalah masa yang ditungu-tunggu untuk kita mendengar ucapan dari DR MAHMUD B. YAHYA, TIMBALAN PENGARAH IPG KPT seterusnya merasmikan majlis penutupan KURSUS KEPIMPINAN JPP SESI 2011/2012. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. CUE ANN Terima kasih diucapkan kepada DR. MAHMUD B. YAHYA atas perasmian penutupan sebenta tadi. CUE PEMBERIAN CENDERAHATI ANN Sebagai tanda ucapan terima kasih dari pihak kami, majlis mempersilakan TUAN HAJI MUAAZ BIN MUHAMMAD, KETUA JABATAN HEP, diiringi oleh SAUDARA HARITH B MOHD ROHAIZAT, YDP SESI 2011/2012 bagi menyampai cenderahati kepada DR. MAHMUD B. YAHYA, TIMBALAN PENGARAH IPG KPT kerana sudi

merasmikan majlis penutupan KURSUS KEPIMPINAN JPP SESI 2011/2012. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. CUE PENUTUP Terima kasih diucapkan kepada DR MAHMUD B. YAHYA atas kesudian menghadirkan diri ke majlis ini. Sekalung ucapan terima kasih juga kami diucapkan kepada semua penceramah jemputan kita, PN JUMIAH BT MUSTAFA selaku pensyarah penasihat JPP sesi ANN 2011/2012, pensyarah-pensyarah serta kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam KURSUS KEPIMPINAN JPP SESI 2011/2012. Diharapkan segala input yang telah diperolehi sepanjang kursus ini dapat digunakan sebaiknya bagi memastikan kita menjadi pemimpin pelajar yang berkaliber. CUE BERSURAI DAN JAMUAN MAKAN ANN DR MAHMUD B. YAHYA, TUAN HAJI MUAAZ, DAN SEMUA PENSYARAH dijemput untuk jamuan minum ringan.

Sekian Saja, Wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum w.b.t Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai