Anda di halaman 1dari 1

Proses pentaksiran akhir merangkumi proses menganalisis data, merancang

dan melaksanakan tindakan susulan. Guru prasekolah menganalisis data dengan


membaca dan meneliti maklumat, membuat analisis, membuat ulasan dan membuat
inferens.

Berdasarkan data yang diperoleh, guru prasekolah perlu membaca dengan


teliti semua data. Seterusnya, guru membuat analisis terhadap data dengan
mengambil kira aspek-aspek penting dalam Tunjang. Contohnya, Tunjang Fizikal dan
Estetika lebih berfokus kepada kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar dan
perkembangan kreativiti. Guru boleh menganalis perkembangan motor halus dan
motor kasar melalui pemerhatian dan hasil kerja murid. Semasa menganalisis, guru
perlu membuat ulasan terhadap data yang diperoleh. Sebagai contoh, sekiranya
hasil kerja guntingan murid tidak kemas, guru boleh membuat ulasan bahawa dia
masih belum menguasai kemahiran motor halus dengan baik. Berdasarkan data-
data yang terkumpul, guru perlu membuat inferen berkaitan kemahiran dan
perkembangan yang telah dikuasai dan dicapai oleh kanak-kanak. Misalnya, apabila
kanak-kanak sudah menguasai kemahiran menggunting, maka kanak-kanak tersebut
boleh melakukan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus yang lebih mudah
seperti menggenggam, mengoyak kertas dan sebagainya.

Selepas menganalisis data, guru perlu merancang tindakan susulan supaya


murid lebih dapat menguasai standard pembelajaran yang dihasratkan. Terdapat dua
jenis tindakan susulan iaitu pengukuhan dan pengayaan pembelajaran serta
bimbingan dan pemulihan. Pengukuhan dan pengayaan pembelajaran dirancang
kepada murid yang telah menguasai standard pembelajaran yang ditetapkan.
Contohnya, gambar yang lebih kompleks diberikan kepada murid yang telah
menguasai kemahiran menggunting bentuk yang mudah. Bimbingan dan pemulihan
pula dirancang kepada murid yang belum atau dalam proses menguasai standard
pembelajaran yang berkenaan. Misalnya, aktiviti yang melibatkan kemahiran motor
halus seperti bermain doh dilaksanakan untuk menguatkan otot jari tangan mereka.

Secara keseluruhannya, proses pentaksiran prasekolah melibatkan penilaian


awal, penilaian berterusan dan penilaian akhir.

Anda mungkin juga menyukai