Anda di halaman 1dari 8

4.

0 DAPATAN KAJIAN

Pengkaji telah mengkaji beberapa perkara dalam kajian ini. Kajian ini

telah menekankan faktor yang menyebabkan berlakunya perlanggaran etika

oleh guru. Selain itu, kajian juga menekankan tentang perlanggaran etika oleh

guru. Dan yang terakhir adalah tentang cara pemimpin pendidik mengatasi

dilema etika dalam profesion keguruan.

4.1 FAKTOR SESEORANG ITU MELANGGAR ETIKA PROFESIONALISME

Setiap individu atau orang mempunyai kerja dan tanggungjawab masing-

masing dalam kehidupan mereka. Tanggungjawab tersebut haruslah

dijalankan dengan sebaik mungkin mengikut etika atau peraturan yang telah

ditetapkan oleh organisasi atau komuniti masyarakat. Etika yang tealh

ditetapkan merupakan satu panduan atau jalan yang betul bagi mencapai

sesuatu matlamat . walaupun individu atau manusia telah disediakan dengan

satu kod etika atau undang-undang yang memastikan mereka menjalankan

sesuatu perkara tanpa menyalahi undang-undang namun masih terdapat

individu yang menyimpang daripada etika yang telah ditetapkan atau dengan

maksud lain melanggar etika dengan sengaja. Profesionalisem guru tergugat

dengan pengaruh media massa yang seringkali menyebarkan berita atau

cerita buruk tentang guru. Hal ini juga turut diburukan lagi dengan kelemahan

sistem pendidikan yang mana secara langsung telah menggugat ketokohan

profesion keguruan. Jika diteliti terdapat beberapa faktor utama yang

menyebabkan perkara ini terjadi.


A) Tidak menyangka perbuatan itu menyalahi undang-undang.

Kebanyakkan individu melakukan sesuatu perkara mengikut

perasaan mereka, jika mereka rasakan perkara yang mereka sering

lakukan itu betul, maka mereka akan terus melakukannya. Tetapi

sebenarnya kadang kala, ada perkara yang kita lakukan itu

sebenarnya menyalahi undang-undang. Hal ini kerana, kita tidak

mengetahui undang-undang dengan baik.

B) Untuk kepentingan organisasi atau arahan majikan.

Guru merupakan satu profesion yang mulia, jarang sekali kita

mendengar guru melanggar etika dalam keguruan. Hal ini kerana

guru menjaga imejnya sebagai pendidik anak bangsa.

Walaubagaimnapun, atas arahan majikan dan juga kepentingan

organisasi terdapat guru yang terpaksa melanggar etika. Sebagai

contoh, guru diminta untuk mendenda pelajar dengan hukuman rotan

walaupun telah dimansuhkan oleh KPM. Hal ini telah melanggar etika.

C) Menganggap perbuatan itu tidak akan diketahui umum.

Selain itu, kadang kala guru melanggar etika kerana beranggapan

perbuatan yang dilakukan itu tidak akan diketahui umum. Hal ini

kerana guru dianggap sebgai orang yang mulia, jadi masyarakat

jarang memandang serong terhadap guru.


D) Kepentingan kewangan.

Kepentingan kewangan antara faktor utama mengapa individu

melanggar etika dalam keguruan. Hal ini kerana wang dianggap

sebagai satu keperluan. Sebagai contoh, terdapat guru yang sanggup

menerima wang dari ibu bapa supaya anak mereka tidak dibuang

sekolah atau dijatuhkan hukuman tehadap kesalahan yang telah

mereka lakukan.

E) Kurangnya dendaan, teguran daripada pihak atasan.

Tambahan pula, kurangannya perhatian dan juga teguran daripa

pihak atasan membuatkan guru mula melanggar etika sebagai

seorang guru. Sebagai contoh, guru merokok di kawasan sekolah

merupakan satu kes perlanggaran etika yang biasa kita dengar.

Namun begitu tidak banyak kes ini dikemukan. Hal ini kerana, tiada

perhatian khusus daripada pentadbiran sekolah berkenaan hal ini

walaupun pihak pentadbir tahu akan perkara ini.

F) Dipengaruhi oleh golongan luar bidang .

Profesion guru ini bukan hanya tertumpu kepada sekolah semata-

mata, guru juga melibatkan golongan disekeliling mereka seperti

masayarakat. Punya mengapa guru melanggar etika keguruan adalah

kerana mereka dipengaruhi oleh golongan yang luar bidang daripada

bidang keguruan. Sebagai contoh, para guru sentiasa didekati

dengan golongan yang menjadikan guru sebagai sasaran perniagaan


mereka. Oleh itu, kita dapat lihat guru yang berniaga dalam kawasan

sekolah.

G) Rasa kecewa dengan organisasi sama ada kerana prestasi atau

kerana tidak dinaikkan pangkat.

Ramai guru yang melanggar etika keguruan disebabkan oleh

ketidakpuasan hati mereka dengan organisasi. Mereka kecewa

kerana ada diantara mereka tidak dinaikkan pangkat. Hal ini

menyebabkan mereka hilang semangat untuk bekerja dengan lebih

gigih dan akhirnya mereka hanya bekerja ala kadar. Mereka akan

melanggar peraturan dan etika sesuka hati mereka.

Calabrese dan Roberts (2001) menyenaraikan beberapa faktor dalarnan

sesebuah organisasi tersebut yang boleh menyumbang kepada perlakuan

yang tidak beretika. Faktor dalaman sesebuah organisasi juga menyebabkan

berlakunya perlanggaran etika oleh ahlinya. Hal ini kerana, pengurusan

organisasi yang kurang berkesan menyebabkan hal ini. Antara faktor tesebut

adalah:

A) Stuktur organisasi

Struktur yang kompleks dan banyak hiraki akan menyebabkan

pekerja akan cepat merasa bosan kerana terlalu banyak peraturan yang

harus dipatuhi.

B) Bentuk komunikasi

Bentuk komunikasi tertutup dan corak pentadbiran yang lebih

mementingkan rakan akan menyebabkan guru lain merasa bosan dengan


sikap pengurusan serta sikap pihak pengurusan tidak mengambil kira

"human factor" atau perasaan kakitangan.

C) Dominasi politik

Dorninasi dan penguasaan politik yang keterlaluan oleh pihak

pengurusan dan kumpulannya akan menyebabkan rasa hormat pihak

kakitangan kepada pihak pengurusan akan berkurangan dan pihak

pengurusan menganggap mereka mempunyai kuasa untuk memerintah

dan bukan untuk berkhidmat.

D) Pengabaian kepada kebajikan

Kurangnya penghargaan dan kebajikan menyebabkan guru kurang

hormat kepada pernimpin pendidikan dan sering melakukan kesalahan

Hal ini menunjukkan bahawa, perlanggraan etika oleh guru bukan

hanyalah disebabkan oleh faktor diri atau individu itu sendiri. Ianya juga

disebabkan oleh faktor dalaman organisasi. Organisasi yang terlampau kuat

atau terlampau lemah sistemnya membuatkan pekerjannya meelanggar etika

secara mereka sedar atau tidak. Perkara yang paling utama adalah guru perlu

mempersiapkan diri mereka dengan moral. Selain itu, pengurus dan

pentadbir pendidikan perlu menjadikan diri mereka contoh kepada guru lain

agar mementingkan aspek etika di dalam kepimpinan yang dijalankan di

sekolah.
4.2 PERLAKUAN YANG MELANGGAR ETIKA SEBAGAI SEORANG GURU

Seorang guru juga tidak terpelas daripada melanggar etika keguruan. Hal

ini berlaku sama ada mereka sedar atau tidak sedar. Hal ini kerana guru juga

merupakan seorang manusia. Manusia tidak terlepas daripada melakukan

kesilapan. Antara perlakuan yang sering dilakukan oleh guru yang dianggap

sebagai melanggar etika keguruan adalah seperti berikut:

a. mengamalkan sikap pilih kasih sesama guru-guru.

b. menjalankan sesuatu perlakuan atau perbuatan yang memberikan

keuntungan kepada peribadi ketika bekerja.

c. tingkahlaku yang bertentangan dengan nilai, etika dan norma sesebuah

negara.

d. tingkahlaku yang bertentangan dengan etika serta moral sesebuah

masyarakat.

4.3 KEPENTINGAN ETIKA DALAM PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN

PENDIDIKAN

Seperti yang kita sedia maklum, etika merupakan satu atur cara atau

panduan yang telah digariskan oleh organisasi dan perlu dipatuhi oleh

ahlinya. Hal ini kerana, etika diciptakan bagi memastikan segala perjalanan

pekerjaan berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai matlamat yang telah

dirancangkan. Dalam pengurusan dan kepimpinan juga tidak terlepas

daripada etika yang ditetapkan. Ianya juga dengan tujuan yang sama, iaitu

bagi menyelarasakan segala proses dan juga sebagai pemudah cara kepada

pentadbiran dan juga kepada guru itu sendiri. Starratt (1994) menjelaskan

bahawa setiap tindakan atau keputusan yang diambil mesti memberikan


kelebihan atau faedah semua ahli di dalam organisasi berkenaan. Antara

kepentingan etika adalah:

`1. Ia sebenarnya banyak menolong pemimpin pendidikan untuk

membuat keputusan tentang sesuatu tindakan yang mungkin diambil seperti

yang telah dibincangkan.

2. Pentadbir pendidikan dapat menjelaskan mengapa atau 'why' sesuatu

perkara tersebut berlaku. Contohnya pelanggaran disiplin pelajar berkait

rapat dengan etika. Greenfield (1997) menjelaskan bahawa setiap

tindakan yang diambil oleh pengurus akan disokong oleh pihak guru.

Beliau mengkaji tuntutan seperti ini akan mengurangkan lagi dilema yang

berpunca daripada konflik pihak pengurus dengan guru.

3. Menilai atau menjelaskan bagaimana seseorang ketua itu dapat

melayan atau memotivasikan guru di bawahnya bersesuaian dengan

konsep etika antara pelanggan dengan pengurus pendidikan

4. Menjelaskan lagi falsafah pendidikan yang menekankan objektif untuk

melahirkan insan yang kamil, Konsep ini menggangap guru sebagai 'role

model' dan guru menganggap pengurus sebagai 'role model'mereka.

Starrat (1994) menjelaskan bahawa menjadi tanggungjawab pengurus

untuk membentuk institusi yang beretika.


4.4 CARA PEMIMPIN PENDIDIKAN MENGATASI DILEMA ETIKA

Pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengatasi dilema atau masah etika

yang berlaku dalam kalangan guru atau pendidik. Antara cara yang boleh

dilakukan adalah dengan mencipta persekitaran yang membantu serta dan

menggalakkan kakitangan supaya berkernbang, rnembangun serta hidup di

dalarn arnan dan damai. Selain itu, pemimpin pendidikan perlu

mernentingkan keharmonian persekitaran yang rnemberikan ketenangan

untuk generasi akan datang. Yang ketiga adalah berkaitann dengan komuniti

atau masyarakat dalam organisasi. menghasilkan komuniti yang saling

bertoleransi antara satu sarna lain dan berkongsi tanggungjawab iaitu setiap

orang bertanggungjawab, rnementingkan kebajikan dan menghorrnati orang

lain

Anda mungkin juga menyukai