Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Nasionalisme berasal dari kata nation yang bermaksud bangsa. Pengertian bangsa adalah
sejumlah orang yang dipersatukan kerana persamaan ciri-ciri dan kehendak untuk bernegara
sendiri. Menurut Ernest Renan yang mana dimaksudkan nation atau bangsa itu adalah
kehendak untuk bersatu dan bernegara.1 Selain itu juga, menurut Otto Bauar yang mana
bangsa adalah suatu persatuan atau karakter yang timbul kerana berperasaan mempunyai
nasib yang sama. Manakala Hans Kohn pula mengatakan bahawa nasionalisme secara
fundamental timbul dari adanya kesedaran nasional.2

Nasionalisme membawa maksud iaitu suatu sikap politik dari masyarakat suatu bangsa yang
mempunyai kesamaan kebudayaan dan wilayah serta kesamaan cita-cita dan begitu juga
dengan tujuan. Melalui itu, sesebuah masyarakat suatu bangsa tersebut dapat merasakan
adanya kesetiaan yang mendalam terhadap bangsa itu sendiri. Banyak definisi yang berkaitan
dengan semangat nasionalisme iaitu cinta pada tanah air, ras, bahasa atau sejarah budaya
bersama berkeinginan yang akan tinggi untuk memerdekakan tanah air dari segi politik,
ekonomi dan juga sosial. Definisi nasionalisme boleh juga dikaitkan dengan dogma yang
mengajarkan bahwa individu hanya hidup untuk bangsa.

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada
gerakan membebaskan tanah air. Sasaran gerakan nasionalisme di Asia Tenggara adalah
menumbangkan kekuasaan kolonial untuk membentuk negara sendiri yang mampu meliputi
seluruh bangsa. Setelah kemerdekaan politik tercapai, bangsa-bangsa Asia Tenggara terus
mengembangkan nasionalismenya untuk mencapai cita-cita bangsa. Di negara-negara Asia
Tenggara, nasionalisme merupakan hasil yang sangat penting dari pengaruh kekuasaan

1 Aim Abdulkarim, Pendidikan Kewarganegaraan: Membangun Warga Negara yang


Demokratis, Grafindo Media Pratama, Jakarta 2007, hlm. 146.

2 Aim Abdulkarim, 2007, hlm. 146.


kolonial bangsa Barat.3 Awal abad ke-20 merupakan zaman gerakan nasionalisme di
Myanmar. Gerakan Nasionalisme merupakan tindak balas masyarakat menentang susunan
politik, sosial, dan ekonomi yang dibina di negara mereka kesan daripada penjajahan Barat.
Terdapat beberapa faktor kemunculan nasionalisme di Myanmar seperti pengaruh agama
islam, peranan bahasa dan kesusasteraan, pengaruh kewartawanan, dan peranan pendidikan.

Selepas perang dunia kedua, semangat perjuangan tanah air telah diasaskan dan sebahagian
besar daripadanya adalah faham akan kebangsaan. Faham kebangsaan boleh ditakrifkan
sebagai usaha-usaha, kegiatan-kegiatan dan segala bentuk perjuangan yang bertujuan
memelihara, memperbaiki dan memajukan kedudukan dan kepentingan-kepentingan
masyarakat dalam semua bidang seperti politik, ekonomi dan kemasyarakatan. Faham
kebangsaan juga mempunyai unsur politik, agama, ekonomi dan kemasyarakatan. Beberapa
unsur ini saling berkait antara satu sama lain.4

Gerakan nasionalisme di Asia Tenggara berpunca daripada penindasan yang dilakukan oleh
penjajah terhadap penduduk peribumi. Tujuan utama nasionalisme ialah untuk membebaskan
negara daripada belenggu penjajahan. Pengaruh agama memainkan peranan penting dan
menjadi pemangkin kepada kemunculan gerakan nasionalisme di Myanmar pada abad ke 20.
Sejarah awal Burma adalah sejarah suku kaum, terutama kaum Mon dan Pyu. 5 Di Myanmar
juga pensejarahan lama mencerminkan bahawa sejarah zaman dahulu ditulis bukan
berdasarkan kepentingan sejarah, tetapi untuk memperkukuhkan kebenaran, teladan dan
kepercayaan dalam agama.6

3 A. Kardiyat Wiharyanto, Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara, Universitas


Sanata Dharma, Jakarta, 1996, hlm 3.

4 Zainal Abidin Bin Abdul Wahid, Semangat Perjuangan Melayu, Universiti Malaya,
Oktober 1978, hlm 1.

5 Abdul Rahman Haji Abdullah, Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, Pustaka
Haji Abdul Majid, Malaysia, 1989, hlm. 33.

6 Qasim Ahmad, Kekerasan Dalam Sejarah: Masyarakat Dan Pemerintah, Dewan Bahasa
Dan Pustaka, Malaysia, 1993, hlm. 76.
Campur tangan British ke atas Burma bermula daripada peristiwa Perang Burma Inggeris
yang pertama iaitu pada tahun 1823 sehingga 1826. Peperangan tersebut seterusnya
menyebabkan sejumlah besar tentera Myanmar terkorban. Dianggarkan lebih 15,000 orang
tentera Myanmar telah terkorban dalam peperangan tersebut. Kekalahan mereka di tangan
Inggeris membuktikan kelemahan tentera Myanmar. Perjanjian Yandabo yang ditandatangani
bagi menamatkan perang ternyata memihak kepada Inggeris. Perjanjian ini dianggap
menjatuhkan maruah orang Myanmar kerana terpaksa menerima konsep persamaan taraf.
Melalui perjanjian ini juga, Inggeris telah berjaya mengambil alih wilayah Myanmar Hilir
yang kaya dengan hasil beras iaitu Tenassenim dan Arakan. Penguasaan ini membolehkan
Inggeris bergerak secara aktif untuk menguasai perdagangan kayu jati dan wilayah ini juga
dijadikan sebagai tapak untuk meluaskan kekuasaan British di seluruh Myanmar tanpa
gangguan daripada kuasa Perancis. Perjanjian ini telah mencetuskan sentimen anti-Inggeris di
kalangan masyarakat Myanmar. Hal tersebut telah melahirkan kesedaran nasionalisme di
negara Burma pada ketika itu sehingga pada tahun 1950-an menandakan tamatnya penjajahan
Barat apabila Burma diberikan kemerdekaan.7

Kuasa Barat selama bertapak di Burma telah banyak melakukan perubahan yang amat ketara
dan usaha-usaha pembaharuan yang dilakukan oleh pemerintah kolonial akan menjejaskan
agama Buddha. Oleh itu, Myanmar mengambil inisiatif dengan menganjurkan rakyat untuk
berani melawan dan menentang Inggeris.8 Namun begitu, penguasa Inggeris di Burma tidak
dapat berbuat apa-apa untuk menghalang persatuan nasionalis. Malah memancing perpecahan

7 Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Malaysia, 1991, hlm. 195

8 J. B. Dwijo Atmoko, J. R. Sutarjo Adisusilo, Nasionalisme di Berbagai Negara, Universitas


Sanata Dharma, Jakarta, 1996, hlm. 103.
sama ada secara langsung atau tidak langsung dan malahan penguasa British juga turut
memisahkan orang-orang asli Burma dari orang-orang perbatasan.9

2.0 PENGARUH AGAMA

Nasionalisme ialah perjuangan untuk memperoleh kebebasan daripada penjajah kerana


wujudnya semangat cinta dan taat setia kepada tanah air. Perjuangan nasionalisme dikatakan
bermula di Myanmar sejak campur tangan British pada tahun 1942. Nasionalisme di
Myanmar pada peringkat awal adalah bersifat keagamaan dan kebudayaan yang diterajui oleh
golongan agama. Hal ini kerana agama Buddha telah ditindas semasa British memerintah.
Selain itu, hal ini juga berlaku kerana tiada pengiktirafan diberikan kepada golongan agama
tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan beberapa buah persatuan agama muncul bagi
menghidupkan kembali agama Buddha yang telah merosot.

2.1 Peranan Golongan Pongyi

Agama sangat berperanan penting dalam menyatukan masyarakat Burma di Asia Tenggara.
Hal ini berlaku apabila agama telah memberi perubahan kepada sistem politik di mana
golongan Pongyi yang merupakan golongan yang berpengaruh di kalangan petani-petani
Myanmar telah menjadi alat untuk meniup semangat nasionalisme kepada petani di luar
bandar.10 Setiap golongan ini turut terlibat secra langsung dalam membentuk unit-unit politik
di kawasan kampung dan pedalaman. Mereka bertindak sebagai pemimpin melalui unit-unit

9 Hans-Dieter Evers, Rudiger Korff, Urbanisme di Asia Tenggara: Makna dan Kekuasaan
Dalam Ruang-ruang Sosial, Yayasan Pustaka Obor Indonesia, Indonesia, 2002, hlm 68.

10 Ismail Haji Ali, Abdullah Haji Ismail, Kay Kim Khoo, Sejarah Asia Tenggara, Asia
Selatan dan Asia Timur (1824-1954), PAP Press, Kota Bharu, 1970, hlm. 227.
berpolitik dan gerakan nasionalisme. Antara tokoh yg berjuangkan politik dan negara tersebut
ialah U Otama dan U Wisara. Golongan Pongyi atau sami-sami Buddha menyertai proses
politik Myanmar disebabkan kemerosotan pengaruh sangha (komuniti sami-sami Buddha)
dan sekolah-sekolah agama Buddha di bawah pemerintahan British. Dengan itu, mereka
menyertai proses ini untuk menegakkan kembali pengaruh mereka dan agama Buddha dalam
masyarakat Myanmar.

Ahli politik U Oktama mewajarkan penglibatan rahib dalam isu lain selain daripada
mengenai agama seperti gerakan nasionalisme telah mendapat sokongan daripada golongan
Pongyi.11 Golongan ini telah menggunakan nilai-nilai agama dalam usahanya menanamkan
kebencian masyarakat Myanmar terhadap penjajah. Pada tahun 1909 pula, Persatuan Belia
Buddha telah ditukar kepada Majlis Am Persatuan Burma. Penglibatan golongan Pongyi
dalam gerakan nasionalisme Myanmar semakin ketara antara tahun 1916 sehingga tahun
1935. Golongan ini ingin menegakkan semula pengaruh agama Buddha dalam masyarakat
Myanmar. Malahan mereka telah menguasai perjuangan nasionalis Myanmar pada tahun
1920. Di samping itu, agama turut mendorong untuk menubuhkan persatuan-persatuan bagi
menentang penjajah. Di Myanmar, Persatuan Sasanadara telah ditubuhkan pada 1897 oleh U
Shway Thwih di Mandalay.

Dari aspek agama, golongan agama telah memainkan peranan dalam mendaulatkan kembali
agama mereka dgn mengamalkan sikap anti- kristian. Di Myanmar, golongan Pongyi (sami-
sami Buddha) telah menuntut pihak British agar menanggalkan kasut apabila memasuki
Pagoda (kuil). Hal ini kerana Brtish telah mencemarkan dan melanggar peraturan kuil di
mana setiap pengunjung dikehendaki membuka kasut. Perbuatan ini telah mencemarkan
kesucian rumah ibadat mereka. Oleh itu, mereka telah berjuang untuk menyedarkan
masyarakat tentang masalah kasut yang mencemarkan identiti dan maruah Myanmar.

Golongan Pongyi (sami Buddha) juga memainkan peranan penting dalam gerakan
nasionalisme di Myanmar terutama dalam kalangan petani. Pengaruh golongan agama

11 Abu Talib Ahmad, Sejarah Myanmar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2000,
hlm. 298.
semakin meluas hanya bermula dengan persatuan Buddha Batha Kalyana Yuwa Athin
(Persatuan untuk menjaga kesucian Buddha) atau lebih dikenali sebagai YMBA (Young
Mens Buddhist Association) yang ditubuhkan pada tahun 1906 oleh golongan belia. 12
Kemerosotan pengaruh Sangha dan sekolah agama Buddha membawa kepada penglibatan
Pongyi dalam mengembalikan pengaruh dan kedudukan agama Buddha dalam masyarakat.
Golongan pongyi menjadi penyokong gerakan pelajar dan terlibat dalam menyedarkan
golongan petani tentang gerakan nasionalisme di kawasan luar bandar. Pongyi turut
menyertai dan menyokong YMBA dalam isu kasut dan mogok pelajar.

Agama buddha menjadi mekanisme penting untuk meraih sokongan rakyat. Kemunculan
nasionalisme di Myanmar pada peringkat awalnya diketuai oleh golongan sami Buddha
kerana kedudukan dan pengaruhnya terancam ekoran penjajahan British di Myanmar.
Pertubuhan terawal ialah Sasanadara (1897) dan diikuti Persatuan Agama Maktab Rangoon
(1904). Gerakan ini semakin berkembang dengan penubuhan Persatuan Belia Buddha
(YMBA) pada tahum 1906 yang diasaskan oleh U May Oung. YMBA merupakan pertubuhan
berorganisasi pertama di Myanmar dengan tujuan untuk menyatukan nilai dan tradisi agama
Buddha dengan pendidikan Barat. YMBA memainkan peranan penting dalam merangsang
gerakan nasionalisme seperti menimbulkan isu kasut, menuntut pembaharuan dalam
pemerintahan British dan terlibat dalam pemogokan pelajar pada tahun 1920.

12 Abu Talib Ahmad, Sejarah Myanmar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2000,
hlm. 289.
3.0 PERANAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Sebelum diperolehi kemerdekaan Burma tahun 1948 dari Inggeris, melalui Aung San (Tokoh
nasionalis) dan tokoh-tokoh nasionalis lainnya yang mana mereka berupaya mewujudkan
persatuan Burma dan selalu diusahakan. Penjajah Jepun mahupun Inggeris saling
menggunakan kelompok-kelompok etnik untuk mencari celah menguasai Burma. Ada juga
kelompok-kelompok rakyat Burma yang bekerjasama dengan salah satu penjajah demi
mencapai kemerdekaan, atau bahkan ada yang didorong oleh motivasi untuk menghindar
dominasi kelompok etnik yang lebih kuat.

Masyarakat Myanmar merupakan gabungan tujuh buah kumpulan etnik yang terbesar yang
mempunyai bahasa dan kesusteraannya tersendiri seperti Myanmar, Mon, Arakan, dan Shan.
Orang Burman atau Myanmar merupakan kumpulan majoriti yang menguasai politik negara
Myanmar malalui dasar agama yang sama iaitu Buddha. Bahasa Myanmar menjadi alat
penting dalam menyatukan ideologi politik dan nasionalisme. Selain itu, penggunaan Bahasa
Myanmar memudahkan idea nasionalisme disampaikan ke seluruh Negara melalui
propaganda dan ceramah yang disampaikan oleh pejuang nasionalis. Mereka banyak menulis
karya kesusasteraan seperti sajak, cerpen dan novel yang mengkritik penjajah British dan
menyampaikan idea-idea Demokrasi dan kemerdekaan. Sebagai contoh, hikayat-hikayat Mon
mengaitkan Wareru dengan perkembangan kesusasteraan Mon. Beliau juga dikenali kerana
kanunnya yang dinamakan Wagaru Dhammathat (Kanun Wagaru) yang disalin daripada
bahasa Sanskrit oleh rahib-rahib Mon.13

KESAN NASIONALISME

Kesan daripada gerakan nasionalisme yang dilakukan oleh rakyat Burma memberikan impak
yang jelas. Hal ini kerana mereka akhirnya mendapatkan kemerdekaan tanah air mereka iaitu
pada tahun 1948. Pejuang nasionalis Myanmar telah mengambil tindakan dengan
menjalinkan kerjasama dengan Jepun sebelum pendudukan Jepun di Myanmar lagi. Pejuang
nasionalis radikal seperti Aung San dan 30 orang Thakin yang telah melarikan diri ke Jepun
akibat penentangan mereka terhadap British dan mereka menubuhkan Tentera Kemerdekaan
Burma (TKB) pada tahun 1941.

Pada 1 Ogos1943, pentadbiran tentera Jepun dibubarkan dan Myanmar diistiharkan merdeka
oleh Jepun dan Dr Ba Maw dilantik sebagai Perdana Menteri. Aung San sebagai Menteri
Pertahanan dan U Nu sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Meskipun begitu,
pentadbiran Jepun masih mengusai pelbagai bidang seperti pengangkutan dan perusahaan. Dr
Ba Maw terpaksa tunduk kepada kehendak tentera Jepun. Myanmar juga dikehendaki
memberikan sokongan kepada Jepun dalam menentang British. Golongan Thakin mendesak
agar Bahasa Burma sebagai Bahasa Kebangsaan, Sami Buddha mengekalkan peranan klasik
sebagai guru, pembimbing dan kaunselor kerajaan.14
13 Abu Talib Ahmad, Sejarah Myanmar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2000,
hlm. 41.

14 Clifford Geertz, Tafsiran Budaya, Penerbit Kansius, Jakarta, 1992, hlm. 304.
Namun begitu, Jepun seperti penjajah yang menyamai peribahasa ada udang disebalik batu.
Hal ini kerana keadaan ekonomi semakin teruk ketika di bawah pemerintahan Jepun telah
menyedarkan rakyat Myanmar bahawa mereka telah dipegunakan untuk kepentingan Jepun.
Selain itu juga, rakyat Burman tidak menyangka bahawa keadaan ekonomi semasa
pemerintahan British adalah lebih baik berbanding semasa pemerintahan Jepun. Aung San
dan kumpulan Thakin tidak puas hati kerana Dr Ba Maw diperalat oleh Jepun menyebabkan
Aung San bertindak mengistiharkan sokongan kepada pihak Berikat. Aung San telah
menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis sebagai sebuah pertubuhan anti-Jepun dan
menjalankan aktiviti anti-Jepun.

Pertubuhan tersebut adalah bertujuan untuk menentang Jepun untuk mendapatkan


kemerdekaan penuh bagi Myanmar apabila Jepun kembali semula. Dalam usaha penentangan
ini mereka telah memusnahkan kawasan yang dianggap strategik. Bagi menjayakan gerakan
mendapatkan kemerdekaan tersebut, pemimpin Burma terpaksa bekerjasama dengan British.
Aung San telah memberi sokongan kepada Britsih dalam menawan semula Myanmar dan
menghalau Jepun. Aung San telah berusaha untuk mendapat sokongan daripada golongan
Karen, Kachin dan Chui serta membebaskan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis daripada
pengaruh komunis dalam menyakinkan British untuk mendapatkan kemerdekaan Myanmar.
Pada bulan Disember 1946, pihak British menjemput pemimpin Myanmar menghantar satu
rombongan kemerdekaan ke England. Hasilnya ialah Perjanjian Atlee-Aung San
ditandatangani.

Dengan Perjanjian Atlee-Aung San, Aung San pulang ke tanah air dengan penuh keyakinan.
Semua ahli rombongan kecuali U Saw dan Ba Sein menyokongnya. Parti Komunis
melancarkan mogok serta memusnahkan landasan keretapi. Walau bagaimanapun, pilihanraya
umum diteruskan pada bulan April 1947. Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis mendapat
kejayaan. U Ni dilantik sebagai Presiden. Pemimpin utama Myanmar, Aung San dibunuh
oleh orang upahan U Saw. Dengan ini U Nu dilantik sebagai pemimpin Liga. Dengan
beberapa orang pemimpin Thakin yang lain dalam Dewan Perlembagaan, U Nu meneruskan
usaha menggubal perlembagaan baru Myanmar. Satu rombongan yang diketuai oleh U Nu
bertolak ke London dan menandatangani Rang Undang-Undang Kemerdekaan Myanmar
yang menyerahkan kerajaan Myanmar kepada Presiden Kesatuan Myanmar. Akhirnya pada
tahun 1948, Inggeris memberikan kemerdekaan kepada Burma seperti yang dijanjikan.15

RUJUKAN

Aim Abdulkarim. 2007. Pendidikan Kewarganegaraan: Membangun Warga Negara yang


Demokratis. Jakarta: Grafindo Media Pratama.

A. Kardiyat Wiharyanto. 1996. Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara. Jakarta:


Universitas Sanata Dharma

Zainal Abidin Bin Abdul Wahid. Oktober 1978. Semangat Perjuangan Melayu. Universiti
Malaya.

Abdul Rahman Haji Abdullah. 1989. Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional.
Malaysia: Pustaka Haji Abdul Majid

Qasim Ahmad. 1993. Kekerasan Dalam Sejarah: Masyarakat Dan Pemerintah. Malaysia:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

J. B. Dwijo Atmoko, J. R. Sutarjo Adisusilo. 1996. Nasionalisme di Berbagai Negara.


Jakarta: Universitas Sanata Dharma.

Hans-Dieter Evers, Rudiger Korff. 2002. Urbanisme di Asia Tenggara: Makna dan
Kekuasaan Dalam Ruang-ruang Sosial. Indonesia: Yayasan Pustaka Obor Indonesia.

Ismail Haji Ali, Abdullah Haji Ismail, Kay Kim Khoo. 1970. Sejarah Asia Tenggara, Asia
Selatan dan Asia Timur (1824-1954). Kota Bharu: PAP Press.
15 Choirul Fuad Yusuf, Dinamika Islam Filipina, Burma dan Thailand, Penerbit Badan
Litbang Dan Kemenang RI, 2013, hlm. 244.
Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Clifford Geertz. 1992. Tafsiran Budaya. Jakarta: Penerbit Kansius.

Choirul Fuad Yusuf. 2013. Dinamika Islam Filipina, Burma dan Thailand. Jakarta: Penerbit
Badan Litbang Dan Kemenang RI.

Anda mungkin juga menyukai