Anda di halaman 1dari 41

Nasionalisme Burma

Kuliah 5

1
Pendahuluan
 Nasionalisme Burma merupakan reaksi
terhadap dasar Penjajahan British.

 Semangat ini digerakkan oleh kesedaran


terhadap keperluan membela kepentingan
bangsa dan perkembangan pendidikan
Eropah.

2
 Bermula dengan Gerakan kesedaran
oleh para sami Buddha.

 Dominasi Ekonomi oleh kaum India


menimbulkan semangat anti-India.

 Mengaitkan dengan dasar British yang


menggalakkan perkembangan tersebut.

3
Pertadbiran British (1897-
1923)
 Perubahan dari pemerintahan bebas kepada
pemerintahan yang giat berlaku dalam tahun 1897.
 
 Ketua Pesuruhjaya dinaikkan pangkatnya menjadi
Leftenan-Gabenor dan mempunyai sebuah Dewan
Perundangan untuk bekerja baginya.
 
 Sekarang pemeliharaan ketenteraman dan keamanan
sudah tidak memadai lagi. Masalah-masalah dan
keadaan-keadaan menghendaki pertadbiran yang giat
jika sekiranya keamanan dan ketenteraman hendak
dipelihara. 4
 Dewan Perundangan itu sedikit demi sedikit mendapat
tambahan anggota dan kuasa.
 
 Pada mulanya Dewan itu mempunyai sembilan orang
anggota yang dilantik. Dalam tahun 1909 anggotanya
sudah bertambah menjadi limabelas orang, dan 1920
anggotanya meningkat menjadi tigapuluh orang.
 
 Pedagang mempunyai suara yang besar di dalam Dewan
itu. Pada tahun 1920 beberapa bangsa Asia diterima
menjadi ang­gota Dewan itu.
 
 Jabatan-jabatan baru diadakan di dalam pemerintahan
dan Kerja-kerja kebudayaan masyarakat yang besar-
besar dijalankan dan kemajuan ekonomi tercapai.
5
 Tetapi kecekapan ini tidak memungkinkan orang-orang
Burma menyelesaikan masalah pertadbiran.
 
 Kemudahan-kemudahan luar bandar yang telah
disediakan ialah jalan yang berkaki lima, lampu-lampu
jalan, perkhidmatan kesihatan, bekalan air, taligerap
dan perkhidmatan perubatan.
 
 Kemudahan-kemudahan ini amat besar ertinya bagi
orang-orang British, tetapi tidak bagi orang-orang
Burma.
 
 Dalam tahun 1923 Jabatan Kerjaraya telah
menyediakan bekalan Elektrik, air, jalan dan
kemudahan-kemudahan lain bagi Burma.
6
 Orang-orang Burma yang mempunyai kelayakan-
kelayakan tertentu dan yang tahu berbahasa Inggeris
diambil bekerja di dalam perkhidmatan awam dengan
gaji dan peluang naik pangkat yang sama.
 
 Dalam tahun1908 orang Burma mula dilantik menjadi
Timbalan Pesuruhjaya; dalam tahun 1917 dilantik
terdapat kalangan orang Burma menjadi Hakim
Mahkamah Tinggi.
 
 Dasar British ketika ini bertujuan mendidik orang
Burma ke arah berkerajaan sendiri. (Perkembangan ini
sangat rapat hubungannya dengan kesedaran
kebangsaan Burma, dan oleh kerana perkara ini akan
dibincangkan kemudian.)
7
 Di peringkat kampung terdapat juga beberapa perubahan
penting dari segi pentadbiran.
 
 Sistem Lingkungan digantikan oleh Sistem Kampung dan
menjadi satu unit dari pertadbiran tempatan. Oleh itu
pemerintahan peribadi semakin berkubur seterusnya
susunan-susunan politik dan kemasyarakatan bumiputera
roboh.
 
 Kesan yang umum ialah penggantian sistem perundangan
tradisional kepada sistem perundangan asing, sistem
perundangan tradisional tidak dapat menguasai tenaga-
tenaga anti-sosial yang telah dibebaskannya.
 
 Sistem ini juga menggalakkan keruntuhan otonomi tempatan,
bukanlah perkembangan autonomi itu.
8
Kebangkitan Gerakan
Kesedaran
 Kesan Sosial dan Ekonomi:
– Dasar sosialisasi British.
• Golongan muda terpaksa berpakaian seperti
masyarakat barat untuk mendapatkan pekerjaan.
• Golongan tua semakin bimbang dengan kehilangan
identiti masyarakat Burma.
– Dasar ekonomi British.
• Masyarakat Burma semakin bimbang dengan
kehilangan penguasaan dalam perniagaan.

9
• Sistem ekonomi British memberikan peluang
kepada penguasaan perniagaan kepada bangsa India.

– Mereka terdiri daripada tuan-tuan tanah dan ceti-ceti


bangsa India.

• Perubahan Sistem ekonomi melemahkan pendidikan


dalam kalangan masyarakat tempatan dan ini
memberi kelebihan kepada masyarakat pendatang
tersebut.

10
Gerakan Agama
 Kesedaran ini menimbulkan usaha
menghidupkan semula lembaga-lembaga
kebudayaan Burma. Ia dilakukan oleh:

– Gerakan Sekolah Ahli-ahli Agama Buddha.


– Persatuan Pemuda-pemuda Buddha.
– Persatuan Penyelidikan Burma.

11
 Gerakan sekolah ahli agama Buddha
menumpukan kepada:

– Usaha menyatukan ajaran-ajaran Buddha dengan


pendidikan Barat.

– Mereka percaya bahwa pengetahuan tentang ajaran-


ajaran Buddha akan menjadikan pemuda-pemuda Burma
cinta akan tanahairnya, beradab dan tahu akan tradisi-
tradisi Burma.

– Pengetahuan tentang politik Barat serta ideologi-


ideologi barat membolehkan masyarakat Burma
menyesuaikan diri dengan perkembangan politik dunia.
12
 Persatuan Pemuda Buddha (YMBA)

– digerakkan oleh golongan berpendidikan


bertujuan menyatukan tradisi terbaik
Buddha dengan cara Barat.

– Ia ditubuhkan pada 1906 bermula atas


dasar Agama, tetapi kemudian diperluaskan
kepada seni dan kesusasteraan Burma.

13
 Persatuan ini tidak tidak ditubuhkan atas dasar
politik tetapi kesedaran politik ahlinya
menyebabkannya mula cenderung ke arah
tersebut.

 Di antara pemimpin penting badan ini ialah U


May Oung Lulusan undang-undang
Cambridge dan London, U Kin, U Ba Pe dan
Sir Maung Gyi.

14
 Persatuan Penyelidikan Burma

– Ia ditubuhkan oleh U May Oung dan J.S. Furnivall


dalam tahun 1909 dengan bantuan M. Duroiselle.
Penaung Persatuan ini ialah Gabenor White sendiri.

– Matlamat Penubuhan menurut U May Oung dalam


ucapan penubuhannya ialah “mengabdikan diri kepada
penyelidikan kebudayaan Burma dan hal-hal yang
berhubungan dengan Burma dan bangsa Burma.

– Mereka memberikan tumpuan kepada usaha


menyelidiki segala aspek kebudayaan Burma pada
masa lampau.
15
 Tumpuannya ialah kesusasteraan, bahasa,
tinggalan-tinggalan, Agama, pelawat-pelawat
asing, kesenian, perusahaan, muzik, drama,
cerita rakyat, kesan-kesan sejarah dan adat
istiadat.

 Pada dasarnya sokongan kepada persatuan ini


terhad kepada masyarakat Burma yang
berpelajaran dan pegawai-pegawai British
yang berani menyokong Burma dan bangsa
Burma.
16
 Pengaruhnya terhadap kesedaran
kebangsaan Burma sangatlah besar.

 Menurut tulisan Furnivall yang


diterbitkan dalam Jilid 25 Journal
Persatuan itu menyebut: 'Persatuan
Penyelidikan Burma merupakan suatu
usaha kecil yang penting dari sudut
politik dan moral '

17
Kebangkitan Nasionalisme
 Sebagai sebuah negara tanah jajahan, Burma kini turut
menerima kesan daripada perkembangan ekonomi
antarabangsa.

 Kemiskinan dalam sektor pertanian, diskriminasi ekonomi


terhadap bangsa Burma, peperangan antara tahun 1915-18,
menimbulkan penderitaan kepada masyarakat Burma.

 Kekurangan aktiviti perkapalan menyebabkan beras yang


berlebihan tidak dapat diekspot menyebabkan penanam
padi jatuh miskin.

18
 Ini ditambah dengan ceti-ceti yang menuntut supaya
pinjamannya dibayar di samping mereka juga tidak
diberi pinjaman seterusnya.

 Kekacauan ekonomi sewaktu perang Inggeris-Burma


meningkatkan kadar kemiskinan kepada penduduk
Burma Hilir (pusat pertanian negeri itu).

 Harga padi pula jatuh dari 120 rupee untuk 100 bakul
kepada 80 rupee dalam tahun 1917.

 Ini ditambah dengan peningkatan harga barang-barang


keperluan. Perasaan kurang puas hati menyebabkan
rakyat bangkit menentang British.
19
Corak Nasionalisme
 Nasionalisme Politik.

– Nasionalisma Burma bersifat politik berkembang


apabila Presiden Woodrow Wilson mengisytiharkan
rancangan memperluaskan bagi perdamaian dunia.
(Penentuan diri sendiri bagi negeri-negeri taklukan.)

– Petanda tersebut kelihatan dalam tahun 1916-1917


apabila U Thein Maung menghasut mewujudkan
peraturan 'tidak boleh memakai kasut di pagoda'.
20
– Persatuan Pemuda Buddha Burma mempergunakan
'masalah kasut' ini bertujuan untuk membangkitkan
kebencian terhadap British.

– Isu ini pernah menjadi sentimen ketika Perang


Inggeris-Burma Ketiga dahulu.

– Ini disemarakkan lagi dengan keengganan rakyat


membayar cukai lima rupee untuk satu keluarga.

– Sentimen anti British juga timbul dalam kalangan


mahasiswa Burma berikutan layanan buruk British
terhadap mereka.
21
– Anggota polis dianggap masyarakat sebagai anti-
Burma.

– Sami-sami Buddha bertindak memimpin tunjuk


perasaan anti-kerajaan khususnya golongan Pongyi
seperti U Ottama.

– Perjuangan Mahatma Ghandi yang bersifat


‘penentangan awam’ dan ‘penentangan pasif’ menarik
minat masyarkat Burma tetapi tidak menarik minat
mereka kerana sentimen anti-India.

22
Perkembangan perjuangan
Nasionalisme.
 Perkembangan yang dibincangkan tadi
memberikan kesan kepada corak
perjuangan kepada lebih agresif.

 Ia semakin berkembang apabila pemimpin


golongan sederhana dikalahkan oleh
golongan pelampau seperti U Thein
Maung dan U Ba Pe.
23
 U Thein Maung dan U Ba Pe memimpin
Dewan Agung bagi Persatuan-persatuan
Burma (G.C.B.A. - General Council or
rmese Associations), iaitu cabang
Persatuan Pemuda-Pemuda Burma.

 Sejak tahun 1921 semangat kebangsaan


beralih dari sifat yang sederhana kepada
sifat agresif. G.C.B.A. menjadi pembela
nasionalis-Burma yang paling giat.
24
 Perkembangan nasionalisme bermula dengan
perjuangan keagamaan dan kebudayaan.
Antaranya perjuangan undang-undang
pemakaian kasut di Pagoda.

 Pada 1919 perjuangan nasionalisme berubah


kepada dominasi golongan berpendidikan barat.

 Kecurigaan terhadap British berikutan


pembinaan Universiti Rangoon dan sekolah
British – sebagai percubaan untuk menanamkan
nilai dan sikap pro British.
25
 Apabila Universiti Rangoon dibuka dalam bulan
Disember tahun 1920, ahli-ahli politik mengadakan
permogokan para pelajar secara beramai-ramai.

 Permogokan itu membantah kenaikan kelayakan


bagi memasuki Universiti itu serta markah lulus
ujian. Mereka menganggapnya satu tindakan untuk
menghadkan jumlah mahasiswa Burma di Universiti itu.

 Permogokan ini menyebabkan Universiti dan hampir


semua sekolah menengah ditutup. Masyarakat Burma
mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan tidak hidup
lama.

26
 Beberapa perubahan penting berlaku sebagai
akibat langsung dari permogokan yang meluas
itu:

– ibu bapa dan pelajar menjadi sedar akan kesan


permogokan bagi perjuangan kebangsaan;
– Dewan Umum Persatuan-persatuan Buddha
(D.U.P.B.) dibentuk dan Dewan ini menentang
pembentukan pemerintahan diarki bagi Burma
dalam tahun 1923;
– Ini menyebabkan masyarakat Burma yang
berpendidikan menjadi berminat terhadap politik.

27
 Dewan Umum Persatuan-persatuan Buddha bertindak
dengan mengadakan bantahan terhadap sistem diarki
itu.

 Perkara ini menimbulkan keganasan dan huru-hara.


Aspek agresif dari nasionalisma Burma ini digalakkan
oleh sami-sami pongyi, iaitu U Ottama.

 Beliau mendapat sokongan sami-sami muda berikutan


serangannya yang hebat terhadap pemerintahan British
sebagai pemerintahan yang melunturkan kepercayaan
orang-orang Buddha.

28
 Dalam tahun 1921 dia mengembara ke seluruh
Burma sambil menyerang sistem diarki itu dan
menuntut pemerintahan sendiri.

 Dia mengapi-apikan rakyat supaya


memberontak dengan meramalkan bahwa
Perancis atau Amerika akan menolong Burma.

 Tindakan British memenjarakan U Ottama


beberapa kali antara 1921 dan 1927
menyebabkan pengikutnya semakin bertambah
termasuk ahli politik yang berpendidikan Barat.
29
 Dalam tahun 1922, 21 orang pemimpin yang
berpendidikan British memisahkan diri dari
G.C.B.A lalu memohon untuk menjadi ahli
Dewan Perundangan.

 Mereka inilah menjadi penggerak kepada Parti


Rakyat yang menjalankan dasar sederhana
terhadap kerajaan British di Burma.

30
 Antara tahun-tahun 1924-5 timbul pula Tiga
kumpulan kebangsaan yang besar dan sebuah
yang tidak begitu mendapat sokongan ramai.

– Parti Rakyat (atau 'Parti Dua puluh Satu' yang


dipimpin oleh U Ba Pe)—berjuang memperoleh
kerajaan sendiri melalui cara-cara damai dan
perlembagaan.

– GCBA. dengan dipimpin oleh U Chit Hlaing - parti


agresif yang memulaukan Dewan Perundangan.

– Parti Kemerdekaan yang kecil dengan dipimpin


oleh Sir J.A. Maung Gyi yang bekerjasama dengan
kerajaan British di Burma.
31
 Laporan Suruhanjaya Simon dalam tahun 1928
menyemarakkan lagi aktiviti gerakan nasionalisme.

 Suruhanjaya ini menganjurkan pemisahan Burma


daripada India dan disokong oleh kalangan pegawai
British dan saudagar.

 Ini menimbulkan perasaan curiga masyarakat


Burma sehingga membentuk liga anti-pemisahan
bagi menentang cadangan pemisahan pimpinan Ba
Maw.

 Mereka berpendapat langkah itu mengakibatkan


kemajuan perlembagaan Burma ke arah bekerjaan
32
sendiri akan tergendala.
 Dalam Laporan dan Perjalanan Suruhanjaya
Berkanun India dalam tahun 1930, sebagaimana yang
dipetik oleh Furnivall, terdapat beberapa tuntutan
dari pemimpin-pemimpin Burma yang dinamik.

 Tuntutan-tuntutan itu ialah:

– kemudahan-kemudahan yang cukup hendaklah


disediakan bagi memberikan pendidikan kepada
orang-orang Burma supaya mereka dapat
melayakkan diri untuk mendapat pekerjaan
hingga ke peringkat yang paling tinggi;

33
– Jawatan awam dan kebajikan masyarakat hendaklah
disi oleh kakitangan yang berbangsa Burma sahaja;
– Masyarakat Burma hendaklah dibantu untuk terlibat
dengan aktif dalam pembangunan ekonomi negeri;
– keadaan ekonomi rakyat Burma hendaklah dibaiki;
– pemerasan ekonomi Burma oleh bangsa asing
hendaklah dihentikan;
– Pegawai asing yang memegang jawatan dalam
perkhidmatan awam hendaklah dikurangkan;
– lebih banyak wang patut disalurkan bagi pembinaan
negara;
– wang hendaklah dipergunakan bagi menyediakan
kemudahan-kemudahan pinjaman untuk para pena­nam
dan bukannya untuk pembinaan jalan dan bangunan.

34
 Pemberontakan Saya San tahun 1930-1931
menyebabkan beberapa banyak kaum nasionalis
mengagumi keberanian dan semangat
kebangsaan pemimpin ketua pemberontak itu.

 Pemberontakan itu merupakan pemberontakan


agama dan politik.

 Tujuannya ialah untuk menggulingkan kerajaan


British dan memulihkan pemerintahan beraja
dengan Saya San sebagai raja.

35
 Pemberontakan ini berakhir dengan
penangkapan Saya San dan U Myat Aung,
pada November 1931.

 Penangkapan dan pembicaraannya


menghidupkan semangat kebangsaan Burma
dan memberikan peluang kepada Ba Maw
untuk menjadi terkenal dalam lapangan politik
apabila dia bertindak sebagai peguam pembela
bagi Saya San.

 Seorang lagi yang mendapat peluang politik


dari pembicaraan Saya San ialah U Saw.
36
 Saya San dijatuhkan hukuman bunuh
dan dilaksanakan enam tahun kemudian.

 Gerakan anti-pemisahan Ba Maw


menemui kegagalan dan Burma
akhirnya dipisahkan dari India dalam
tahun 1937.

 Kerajaan Burma diletakkan di bawah


kekuasaan langsung Parlimen British.
37
 Ba Maw menjadi Perdana Menteri yang
bertanggungjawab kepada Dewan
Perundangan.

 Burma mempunyai kerajaan berparlimen


mulai bulan Mac tahun 1937 hingga bulan
Disember tahun 1941.

38
Penutup

39
 Perjuangan nasionalisme Burma
mencapai tahap kematangannya
menjelang pendudukan Jepun di negara
tersebut 1941.

 Ini menjadikan tanah jajahan British


tersebut benar-benar bersedia ke arah
menuntut kemerdekaan penuh selepas
Tamatnya Perang Dunia Kedua.

40
Sekian Terima Kasih

41

Anda mungkin juga menyukai