Anda di halaman 1dari 3

Kesedaran Sosial

Kesedaran masyarakat Filipina dan Burma dalam menuntut pembebasan dan kemerdekaan

daripada cengkaman penjajah turut dipengaruhi oleh faktor sosial yang menjadi hubungan

dalam kehidupan harian mereka. Salah satunya adalah aspek agama. Agama memainkan

peranan yang sangat penting dalam kebangkitan semangat kebangsaan Burma. Kebanyakan

masyarakat di Asia Tenggara berpegang kuat kepada agama, adat dan budaya mereka.

Di Burma, British mengancam kedudukan pengaruh agama Buddha di negara itu. Ini

dapat dikaitkan dengan langkah British cuba menyebarkan agama kristian dikalangan puak

Chin dan Karen. Isu lain yang timbul ialah pencemaran isu kasut yang menyaksikan tentera

British memakai kasut masuk ke kuil Buddha. Maka golongan sami telah bangkit menentang

dengan tertubuhnya Belia Agama Buddha. Dengan tertubuhnya persatuan ini, mereka telah

mempertikaikan isu kasut (1916-1918)1, menuntut pembaharuan dalam pentadbiran British

dan pemogokan pelajar pada tahun 1920.

. Pada dekad 1920an, merupakan zaman penting dalam penglibatan Hpongyi

iaitu golongan sami-sami Buddha yang terlibat secara lansung dalam politik Burma. Agama

mempunyai sifat neutral, tetapi telah dihubung kaitkan dengan slogan “Menjadi Burman

bermakna menganuti agama Buddha” yang bertujuan memisahkan kala (orang asing) seperti

India dan British dengan orang Burma. Penglibatan Hpongyi dalam politik adalah bertujuan

untuk menubuhkan sebuah kerajaan baharu yang akan mengembalikan kegemilangan mereka

dengan menggunakan pelbagai cara seperti rusuhan dan boikot.

Namun begitu di Filipina, awal kedatangan Sepanyol telah mengkristiankan orang

Filipina. Langkah tersebut tidak mengancam tradisi, kebudayaan dan kehidupan orang

tempatan yang masih megamalkan amalan pagan. Agama Kristian menjadi penyatu rakyat

seluruh Filipina. Maksudnya disini ialah kehadiran Kristian yang telah disebarkan oleh

1
Abdullah Zakaria Ghazali at el, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963, Fajar Bakti,
2000, hlm 229
Sepanyol telah memupuk semangant kebangsaan di kalangan mereka. Semasa ini,

penentangan adalah bersifat regionalistik. Selepas Amerika Syarikat datang mengambil alih

Filipina daripada Sepanyol, layanan buruk yang telah diberikan oleh paderi Amerika juga

telah memberi semangat kepada rakyat Filipina memberontak. Dalam hal ini kerana paderi

Filipina dianggap sebagai sekular manakala paderi Aemerika dianggap sebagai regular yang

mana diskriminasi telah berlaku. Ini dibangkitkan lagi paderi regular yang lebih suka

mengumpul harta. Paderi Filipina telah bangkit menentang seperti yang diperjuangkan oleh

Paderi Mariano Gomez, Jacinto Zamora, Jose Guevera dan Jose Burgos.2

Penutup

Sememangnya semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan tidak

dapat lari apabila negara mereka dijajah oleh penjajah asing. Kedatangan penjajah seiring

dengan pembawaan budaya dan agama yang mereka anuti serta mengancam sistem politik,

ekonomi dan sosial yang sedia ada. Oleh itu, timbul kesedaran daripada masyarakat tempat di

Filipina dan Burma dalam misi membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.

Tambahan dengan peranan akhbar, golongan cendikiawan dan golongan agama yang sedikit

sebanyak berjaya mempengaruhi penduduk setempat untuk bangun sedar menentang

penjajah. Walaupun perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan oleh masyarakat tempatan

di Filipina lebih kepada diplomasi berbanding perjuangan radikal di Burma namun kedua-

duanya mempunyai kesedaran untuk mendapatkan kebebasan daripada penjajah.

Perkembangan yang ditunjukkan dalam tempoh tahun 1900 hingga 1940 memperlihatkan

semangat nasionalisme di kedua-dua semakin serius dan menyakinkan sehingga Filpina dan

Burma mencapai kemerdekaan sebelum perang dunia kedua tercetus.

2
Abdullah Zakaria Ghazali at el, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963, Fajar Bakti,
2000, hlm 229

Anda mungkin juga menyukai