Anda di halaman 1dari 19

HSA3043 ASIA TENGGARA ABAD 20

TUGASAN INDIVIDU

Kumpulan A

“Bandingkan perkembangan kesedaran sosial dan politik yang berlaku


di Burma dan Filipina antara tahun 1900-1940”

1
Pengenalan

Kecenderungan kedatangan kuasa-kuasa barat ke Asia Tenggara berlaku sekitar akhir

abad ke-19 sehinggalah pada pertengahan abad ke-20. Dengan kata lain, kedatangan kuasa

Eropah ini dilakukan bagi tujuan penjajahan dan bersaing untuk menjadi kuasa utama seperti

British, Amerika Syarikat dan negara Eropah lain. Oleh itu, negara-negara ini giat berusaha

meluaskan tanah jajahan mereka. Hal ini menyebabkan bermulalah penjajahan British di

Myanmar, Amerika Syarikat di Filipina dan beberapa siri penjajahan kuasa-kuasa lain di

sekitar Asia Tenggara.1 Umumnya, penjajahan atau imperialisme ini bermaksud satu

kecenderungan sesebuah masyarakat atau negara untuk menguasai sesebuah masyarakat atau

negara yang lain dengan menggunakan apa juga cara dan untuk apa juga tujuan. Dasar

imperialisme berlaku adalah untuk menguasai ekonomi negara jajahan amat diperlukan

kerana berlakunya revolusi perindustrian di Eropah yang memerlukan sumber bahan mentah

yang banyak.2 Antara negara yang menerima penjajahan adalah Filipina yang dijajah oleh

Amerika Syarikat dan Burma yang dijajah oleh British. Dasar pentadbiran kolonial yang

dilaksanakan di kedua negara tersebut menyebabkan masyarakat tempatan sedar akan

kepentingan untuk membebaskan diri dan negara daripada jajahan negara luar. Meskipun

Filipina dan Burma mempunyai persamaan dalam perkembangan kesedaran ataupun

semangat nasionalisme yang ditunjukkan oleh masyarakat tempatan di kedua negara tersebut,

namun terdapat perbandingan yang boleh dilihat dalam usaha golongan nasionalisme

menuntut kemerdekaan di negara masing-masing.


1
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991,
hlm. 180
2
David Joel Steinberg e.t all, Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1981, hlm. 78

2
Gambaran Awal Dasar Pentadbiran (1900)

Perkembangan kesedaran politik pada tahun 1900 hingga 1920 di antara Filipina

dengan Burma mempunyai perbezaan yang ketara apabila dipengaruhi oleh dasar kolonial

yang menjajah negara-negara tersebut. Walaubagaimanapun, perkembangan kesedaran antara

kedua negara tersebut tetap mempunyai persamaan daripada sudut penentangan rakyat

tempatan dalam memperjuangan semangat nasiolisme di negara masing-masing. Pada

asasnya, penguasaan kolonial meliputi aspek pentadbiran negara yang dijajah. Oleh itu, dasar

pentadbiran ditentukan oleh Amerika ke atas Filipina dan British ke atas Burma. Situasi ini

menyebabkan Filipina dan Burma mempunyai perbandingan yang ketara apabila dilihat

daripada aspek kesedaran politik. Dasar pentadbiran yang dilaksanakan di Filipina oleh

Amerika berbeza dengan dasar yang dilakukan oleh British di Burma. Ini dapat dilihat

melalui dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Amerika ke atas Filipina lebih kepada bentuk

pendidikan kepada masyarakat tempatan dalam persediaan ke arah mentadbir negara sendiri.

Namun berbeza keadaannya di Burma, British melaksanakan sistem pentadbiran yang

mengongkong masyarakat tempatan daripada terlibat secara majoriti dalam pentadbiran

negara.

Di Filipina, akta Cooper ataupun lebih dikenali dengan Rang Undang-undang Filipina

telah diluluskan oleh pihak pentadbir Amerika pada tahun 1902. Melalui akta ini,

perlaksanaan hak asasi kepada masyarakat Filipina akan dijalankan. Secara ringkasnya, akta

rang undang- undang ini mempunyai dua ciri utama yang dapat membentuk perhimpunan

Filipina yang pertama dan memilih dua orang wakil Pesuruhjaya Tinggi ke Kongres Amerika

3
Syarikat.3 Antara tugas wakil Filipina ini ialah menuntut kemerdekaan dan mempunyai

kedaulatan yang sama dengan perwakilan Amerika, kecuali dari segi pengundian. Melalui

penubuhan akta Cooper ini, maka dengan ini rakyat Filipina diberikan kebebasan sama rata

dengan bangsa penjajah di dalam kesemua aspek. Contoh aspek yang dimaksudkan ialah,

kebebasan dalam memilih parti politik dan memilih perwakilan mereka melalui pilihanraya

seterusnya membentuk Majlis Perhimpunan. Jika dilihat sememangnya akta ini telah

memberikan kebebasan yang mutlak terhadap masyarakat Filipina dalam berpolitik dan

kebebasan yang dimiliki ini dapat digunakan untuk melatih mereka kearah berkerajaan

sendiri. Keistimewaan akta ini dalam memberikan kebebasan berpolitik dan menyuarakan

pandangan masyarakat Filipina dapat dibuktikan melalui kenyataan Zaide;

“…. Mewujudkan semula keamanan yang hakiki di Filipina, mengambil dan

menerbitkan satu banci, dua orang Suruhanjaya Filipina akan dihantar ke

Washington untuk mewakili dalam Kongress dan memelihara bahan- bahan

semulajadi Filipina bagi orang Filipina”4

Berbeza pula keadaannya di Burma, British menguasai burma dengan menempatkan

orang luar (India, Karen, Serani dan Inggeris) dalam pentadbiran di Burma. Pelaksanaan

tersebut menjadikan masyarakat tempat tidak dapat berdaya saing untuk mendapatkan hak

sebagai masyarakat pribumi. British telah menyerapkan pentadbiran wilayah Rakhine dan

Tanintharyi seperti strukutur pentadbiran British East India Company dengan menempatkan

konsul mereka di Bengal.5 Wilayah-wilayah Arakan dan Tenasserim terletak di bawah

3
L. Primo Tongko, The Government of the Filippines, Quezon: Garcia Publishing Co. Quezon city, 1965, hlm.
38.
4
G.F., Zaide. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1970, hlm.
417
5
N. Ganesan and Kyaw Yin Hlaing (Ed.), Myanmar: States, Society and Ethnicity, Kuala Lumpur:
ISEAS
Publishing, 2007, hlm.73

4
kekuasaan langsung Gabenor Jeneral di India. Oleh kerana wilayah-wilayah Burma itu dianggap

sebagai pos-pos luar India, maka Arakan diletakkan di bawah pentadbiran Chittagong dalam tahun

1828. Kerajaan melantik pegawai-pegawai tadbir yang dilatih berkhidmat di India bertugas di

Burma termasuklah pegawai-pegawai dari Pulau Pinang dipinjamkan untuk berkhidmat di Burma.

Akibatnya pegawai-pegawai tersebut tidak memahami adat resam, bahasa dan budaya orang

Burma. Sehingga 1921, semua jawatan penting di Burma dikhaskan kepada orang Inggeris.

Oleh itu, Kerajaan British telah mengambil orang-orang India menjadi pegawai-pegawai

rendah bangsa Burma menentang. Hal ini menyebabkan peluang kenaikan pangkat mereka

terbantut. Orang Burma tidak ada wakil dalam kerajaan sehingga tahun 1922. Burma yang

diletakkan di bawah Leftenan Gabenor dibantu oleh sebuah Majlis Perundangan. Tetapi ahli-

ahlinya tidak mewakili kepentingan orang Burma. Corak pentadbiran itu dibuat menurut dasar-

dasar Liberal dan amalan-amalan tempatan dipatuhi bila didapati sesuai. A.D. Maingy dikirim ke

Tenassarim dalam bulan September pada tahun 1825 dengan perintah mentadbirkan negeri itu

menurut dasar-dasar tersebut. Walaupun begitu, menurut Frank Trager (1966) yang

menyifatkan kesedaran rakyat Burma sudah bermula daripada tahun 1885 lagi dan semangat

kesedaran ini telah melalui beberapa peringkat sehinggalah Burma mencapai kemerdekaan.

Kesedaran Politik (1900 - 1920)

Dalam tempoh tahun 1900 hingga 1920 bukanlah tempoh bagi permulaan dan

pengakhiran semangat kesedaran politik oleh masyarakat tempatan di Filipina dan

Burma. Walaupun begitu, dalam tempoh tersebut, kita dapat melihat perkembangan yang

lebih serius dan menarik dalam perjuangan masyarakat tempatan menuntut pembebasan

daripada penjajah. Namun perbezaan ketara yang boleh dibandingkan adalah cara

pendekatan Filipina lebih kepada diplomasi manakala Burma menggunakan cara radikal.

5
Di Filipina, kebebasan berpolitik yang diberikan oleh Amerika iaitu akta Cooper

sebelum ini telah mendatangkan banyak perkembangan yang sihat dalam politik

masyarakat Filipina. Perkembangan sihat ini dapat dilihat melalui kemunculan parti-parti

politik yang menuntut kemerdekaan Filipina pada sekitar tahun 1906. 6 Kewujudan parti-

parti politik yang menyuburkan semangat rasa ingin merdeka dalam kalangan

masyarakat Filipina ini telah membawa kepada usaha untuk mewujudkan perhimpunan

yang diwakili oleh anggota masyarakat Filipina bagi mentadbir Majlis Negeri. Usaha ini

telah menyebabkan berlakunya Pilihanraya pada 30 Julai 1907. Pemilihan yang dikenali

dengan nama Pilihanraya Kebangsaan ini telah disertai oleh dua parti politik utama iaitu

Parti Nasionalista dan Parti Nacional Progresista. 7 Parti Nacionalista merupakan

gabungan dua kumpulan Nasionalis iaitu Partido Union Nacionalista dan partido

Independentista. Manakala Parti Progresista yang sebelum ini dikenali sebagai Parti

Federalista adalah parti pro-Amerika sebelum pilihan raya tahun 1907. Parti ini telah

mengubah ideologinya menjadi pro-rakyat Filipina, dengan mendesak supaya wujudnya

kerajaan yang mengamalkan demokrasi bebas.

Pilihanraya 1907 ini telah memperuntukkan sebanyak 80 kerusi sebagaimana

yang telah dinyatakan oleh Suruhanjaya Filipina. Melalui pilihanraya ini, ramai wakil

dari kalangan Filipina tulen telah mendapat kemenagan. Hasil dari Pilihanraya tersebut,

maka buat pertama kalinya perhimpunan telah diadakan pada 16 Oktober 1907 di Grand

Opera House , Manila. Dalam perhimpunan ini, bangsa Filipina telah bertindak memilih

wakil- wakil mereka sendiri untuk mentadbir Majlis Negeri. Antara wakil Filipina yang

dilantik menerajui pentadbiran ialah Sergio Osmena(jurucakap) dan Manuel

L.Quezon(ketua Majlis Negeri). Kewujudan dewan perhimpunan Filipina ini telah

6
Wong Kwok Chu, "The Jones Bills 1912-16: A Reappraisal of Filipino Views on Independence", Journal of
Southeast Asian Studies 13(2): 1982, hlm. 252
7
Dapen. Liang, Philippine Parties and Politics: A Historical Study of national experience in Democracy.
California: Gladstone Co. 1971, hlm. 61 dan 62.

6
membuka ruang yang sangat luas kepada masyarakat Filipina untuk menentukan corak

pentadbiran Negara mereka di masa akan datang. Zaide menyatakan, dengan wujudnya

perhimpunan ini, maka lahirlah badan yang pertama mewakili orang Filipina di bawah

pemerintahan Amerika Syarikat.8

Namun begitu, keadaannya berbeza pula dengan kebangkitan kesedaran di

Burma. Semangat kesedaran dimulakan dengan golongan Thakin iaitu kumpulan pelajar

yang menjadi peranan utama dalam perjuangan kemerdekaan Burma. Dalam kesedaran

politik masyarakat Burma terbahagi kepada dua aliran iaitu nasionalisme elit dan

nasionalisme bukan elit. Nasionalisme elit dimanifiestasikan mulanya oleh persatuan

Young Man Buddhist Association (YMBA) ataupun dikenali sebagai Buddha Batha

Kalyana Yuwa Athin yang ditubuhkan pada tahun 1906.9 YMBA bertujuan

mengembangkan Buddhisme, pelajaran dan kebudayaan Burma. Persatuan ini akif dalam

kalangan pelajar kolej dan universiti di Rangoon seperti Ba Pe, U Maung Gyi dan Dr. Ba

Yin. Pemimpin-pemimpin YMBA terawal ini disifatkan sebagai konservatif yang lunak

dengan pentadbiran British.

Namun begitu, wujud juga kesedaran tentang tujuan politik jangka panjang yang

berpunca daripada kepercayaan agama Buddha yang menegaskan bahawa setiap keadaan

itu tidak kekal. Selain itu, pemimpin awal YMBA tersebut juga sedar tentang penindasan

yang boleh dilakukan oleh ejim kolonial terhadap masyarakat tempatan. Matlamat

perjuangan YMBA, boleh dilihat melalui beberapa penerbitan seperti Burman Buddhist

yang tersebar luas dalam kalangan para intelek muda, terutamanya di Rangoon, akhbar

Thuriya (Suria) yang dikelolakan oleh U Ba Pe dan U Hla Pe yang menyokong

perjuangan radikal YMBA dan Journal of the Burma Research Society.

8
G.F. Zaide, Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1970, hlm,
419.
9
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991,
hlm. 192

7
Perubahan dasar di Filipina dan YMBA bertambah radikal (1920 - 1930)

Jika selama ini Amerika mengamalkan dasar memberikan kebebasan dan galakan

kepada masyarakat Filipina kearah berkerajaan sendiri, namun menjelang 1920an keadaan

sebaliknya telah berlaku. Perubahan pucuk pimpinan Amerika yang jatuh ke tangan Parti

Republican telah menyebabkan Amerika bertindak mengubah dasar penjajahan mereka.

Perubahan yang berlaku ini telah menyebabkan kuasa Gabenor Jeneral di Filipina terancam

seterusnya membantutkan usaha kearah kemerdekaan Filipina. Antara kesan perubahan

kepimpinan Amerika terhadap suasana politik di Filipina ialah berlakunya kekangan terhadap

kebebasan berpolitik masyarakat Filipina.

Selain itu, kerajaan Amerika juga bertindak menarik balik serta merombak sistem

pentadbiran yang telah diasakan pada zaman Harrison. Utusan wood Forbes telah

mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat Filipina belum bersedia mentadbir Negara

sendiri, Oleh itu Kemerdekaan hendaklah ditangguhkan. Kesan dari pengumuman itu,

‘council of states’ telah dibubarkan dan ketua setiausaha bangsa Filipina telah meletakkan

jawatan. Menurut Rafael Palma, seawal tahun 1920an, Presiden Wilson telah mengakui

bahawa Filipina telah berjaya mentadbir kerajaan, namun perlaksanaan kemerdekaan tersebut

tidak dapat dilaksanakan kerana beliau diambang kejatuhan.10

Kedua- dua Parti utama Amerika ini mempunyai dasar yang sangat berbeza terhadap

usaha memberikan kemerdekaan kepada Filipina. Parti Demokrat bersikap pro-Filipina

dengan membenarkan usaha-usaha kearah memberikan kemerdekaan kepada masyarakat

Filipina, manakala Parti Republikan pula sebaliknya. Perbezaan dasar kedua- dua parti

tersebut terhadap usaha kemerdekaan Filipina itu dapat dilihat melalui kenyataan Zaide iaitu;

10
Palma, Rafael, Our Campaign for Independence, from Taft to Harrison, 1901-1921, Manila: Bureau of
Printing, 1923, hlm. 43.

8
“Parti Republikan pada dasarnya memimpin penduduk selangkah demi selangkah

menuju kearah berkerajaan sendiri dan parti Demokratik pula suka untuk

mengisytiharkan kemerdekaan kepada Filipina dengan serta merta.”11

Perubahan tampuk pimpinan Amerika sekali lagi telah berlaku perubahan menjelang

tahun 1930 di mana Parti Demokrat telah kembali berkuasa. Perubahan pucuk pimpinan ini

seterusnya telah membuka kembali ruang dan harapan orang Filipina untuk menuntut

kembali kemerdekaan yang tertangguh sebelum ini. Usaha menuntut kemerdekaan ini

kembali digiatkan, antara usaha pertama yang dilakukan ialah Osmena dan Roxas telah

mengunjungi Washington pada tahun 1931 dan berjaya mendapatkan Rang Undang-Undang

Here-Hewes-Cutting yang diluluskan pada tahun 1932. Usaha berterusan untuk mendapatkan

kemerdekaan oleh orang Filipina nampak sangat teratur, dimana terdapatnya misi-misi ke

Washington pada tahun 1921 dan 1926 untuk membuat rundingan kearah kemerdekaan

Filipina.12

Manakala di Burma pula, dalam tempoh tahun tersebut, YMBA menjadi tambah

radikal walaupun perubahan ini disifatkan oleh seorang tokoh sejarahwan cuma “setakat

memberi malu kepada kerajaan British yang enggan menggunakan kekerasan”. Walau

bagaimanapun, selepas peristiwa kasut pada tahun 1916, tokoh yang sama mengakui

nasionalisme kini muncul sebagai satu kuasa poltiik yang teratur, walaupun ia masih berkisar

kepada anggota-anggota YMBA, cawanagannya dan badan-badan kecil yang lain.13

Dalam tempoh dekad 1920an, nasionalisme berlaku lebih meluas apabila YMBA

bertukar kepada Grand Council of Burmese Association (GCBA) ketika berlangsungnya

11
J.p. Ongkili, Nasionalisme Filipina dan Konvensyen Perlembagaan 1971, Kuala Lumpur: Jurnal Sejarah
Universiti Malaya, 1971, hlm. 118
12
Ibid, hlm. 119
13
Donnison (1971), oleh Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 193

9
persidangan tahunan YMBA di Prome pada tahun 1920. Tahun 1920 juga berlakunya mogok

pelajar Universiti Rangoon yang melibatkan pelajar sekolah menengah tinggi dan hpongyi.

Isu penting yang dibangkitkan oleh pelajar adalah cadangan mengetatkan syarat kemasukan

ke universiti serta penolakan campur tangan politik dalam pentadbiran universiti. Pemimpin

pelajar telah melancarkan protes pada bulan Ogos 1920 kerana mahukan syarat kemasukkan

yang lebih longgar dan mereka berkumpul di sekitar biara Shwe Dagon. 14 Mereka

kemudiannya berjaya mendapat simpati dan sokongan daripada rakyat tempatan. Protes

pelajar ini berjaya mencapai matlamat utamanya, di samping menjadi pemangkin kepada

penubuhan sekolah-sekolah kebangsaan seperti Sekolah Tinggi Myoma di Rangoon dan

sebuah lagi di Mandalay.

Selain itu juga, perlembagaan Dyarchy (dua pihak yang bebas) yang telah

diperkenalkan pada tahun 1921 berikutan bantahan yang keras telah muncul dengan tiba-tiba

di Burma dan perkembangan politik yang telah mengejutkan semua pihak. Semangat

kebangsaan Burma telah memuncak dan mereka telah memulaukan serta membuat tuntutan

untuk berkerajaan sendiri. Oleh itu, British telah memutuskan untuk meluaskan ke Burma

perlembagaan Dyarchy seperti yang telah diperkenalkan ke beberapa wilayah India yang lain

oleh Rang Undang-undang Kerajaan India pada tahun 1919. Jawatankuasa Pembaharuan

Burma yang dipengerusikan oleh Sir Frederick Whyte telah membuat butir-butir lanjut

tentang peraturan baharu. Walaupun terdapat puak-puak pelampau dalam kalangan ahli-ahli

politik Burma mencela pemerintahan dua kuasa bebas sebagai tidak mencukupi, namun

Burma telah menjadi sebuah wilayah Gabenor pada tahun 1923.15

Namun dalam menubuhkan sebuah wilayah Gabenor tersebut, Negara-negara Syan,

Bukit Kerenni dan Tribal telah dikecualikan daripada turut serta. Hal ini dikatakan sebagai

14
Maung Maung (1969), oleh Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 194
15
D.G.E.Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm. 902

10
langkah pertama untuk menuju ke arah “ Kesedaran kerajaan bertanggungjawab yang

progresif”.16 Dalam hal ini Majlis Mesyuarat Undangan telah bertambah ahlinya menjadi 103

orang dan di antaranya 79 dipilih mengikut hak mengundi cara demokrasi, 2 orang adalah

bekas pegawai dan 22 orang dilantik kerajaan telah ditugaskan kepada gabenor berserta

dengan Majlis Kerja yang terdiri daripada dua orang anggota yang menjaga Perkara-perkara

Khas, dan dua orang Menteri yang bertanggungjawab kepada majlis mesyuarat undangan

yang menjaga Perkara-perkara Perpindahan. Perkara-perkara Khas yang dimaksudkan ialah

hal-hal pertahanan, undang-undang, keamanan dan hasil cukai. Manakala Jabatan yang boleh

dipindahkan ialah Jabatan Pelajaran, kesihatan umum, kehutanan, dan eksais. Hak untuk

mengundi juga telah diberikan kepada ketua keluarga tanpa mengira jantina dan 19 tahun

sebagai had umur yang paling rendah sekali.17

Sementara itu, sistem Diarki yang diperkenalkan pada Januari 1923, gagal memenuhi

aspirasi minimum ahli politik GCBA yang mahu pengasingan daripada India. Rakyat Burma

juga telah menolak sistem perwakilan kaum yang hanya mementingkan segelintir kumpulan

ras seperti orang India kaya yang tinggal di bandar. 18 Dalam sistem Diarki, sebuah majlis

legislatif yang dianggotai 103 orang ahli telah diwujudkan. Hanya 80 orang wakil sahaja

yang dipilih oleh rakyat dan selebihnya dipilih oleh pentadbiran penjajah. Namun begitu,

kuasa Gabenor penjajah masih luas merangkumi bidang pentadbiran yang jauh lebih luas

seperti pentadbiran pusat, kewangan dan hasil dan negeri dan sebagainya.

Nasionalisme Sebelum Perang Dunia Kedua (1930-1940)

16
D.G.E.Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm. 902
17
Ibid., hlm. 902
18
Moscotti (1974), oleh Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1991, hlm. 174

11
Pada tempoh dekad 1930an, usaha Osmena dan Roxas di Filipina telah mengunjungi

Washington pada tahun 1931 untuk membuat rundingan kearah kemerdekaan Filipina. 19

Situasi ini berbeza pula keadaanya di Burma. Kesedaran menuntut pembebasan secara radikal

daripada penjajah semakin memuncak dalam kalangan nasionalisme bukan elit (hpongyi)

sehinggakan berlaku beberapa siri pemberontakan yang besar di Burma.

Di Filipina, akta Hare-Hawes-Cutting yang dilulusakan pada tahun 1932 merupakan

undang-undang pertama yang menetapkan tarikh kemerdekaan yang jelas dari Amerika

Syarikat. Undang- undang ini telah diluluskan oleh kongres berpunca dari tekanan dua belah

pihak iaitu petani Amerika yang mana pada waktu itu berlaku kemelesetan ekonomi yang

besar, yang berpunca dari rasa takut persaingan dalam perusahaan gula dan minyak kelapa di

Filipina serta berpunca juga dari desakan pemimpin Filipina, yang tidak sabar-sabar untuk

menubuhkan kerajaan sendiri. Rang undang-undang ini telah diluluskan oleh Dewan Negara

pada Disember 1932 dan telah dilaksanakan pada 17 Januari, 1933.

Namun disebalik penubuhan rang undang- undang itu, terdapat perasaan rasa tidak

puas hati dari Quezon selaku Presiden Dewan Senat. Bagi Quezon, undang-undang itu

merugikan orang Filipina. Apa yang diusul oleh Quezon mengenai kesan negatif rang

undang- undang ini ada tepatnya kerana melalui undang-undang ini, nilai dagang Filipina dan

imigrasi Filipina ke Amerika akan berlaku kemerosotan. Selain itu, undang- undang ini juga

menyebabkan berlakunya pelanggaran kedaulatan Filipina oleh Amerika kerana Amerika

masih memegang kuasanya ke atas angkatan tentera laut dan darat. 20 Di sebalik penolakan

dan penentangan ini, terdapat juga sokongan terhadap rang undang-undang ini. Kewujudan

pertentangan ini bukan sahaja melibatkan para pemimpin Filipina, malah turut melibatkan

19
J.p. Ongkili, Nasionalisme Filipina dan Konvensyen Perlembagaan 1971, Kuala Lumpur: Jurnal Sejarah
Universiti Malaya, 1971, hlm. 119
20
L. Primo Tongko, The Government of the Filippines, Quezon: Garcia Publishing Co. Quezon city, 1965, hlm.
50

12
golongan masyarakat biasa.21 Dengan penentangan yang berterusan terhadap rang undang-

undang itu, maka dengan rasminya rang undang- undang tersebut telah ditolak dan

dibatalkan.

Setelah undang-undang Hare Hawes Cutting ditolak atas permintaan banyak pihak,

Quezon telah bertindak memujuk kongres untuk membenarkan satu tindakan baharu kearah

kemerdekaan Filipina.22 Melalui desakan itu, maka lahirlah akta baru iaitu Akta Tydings-

mcDuffie yang ditandatangani oleh Presiden Rosevelt dan diterima oleh Dewan Undangan

Filipina. Melalui akta ini, Amerika berjanji untuk memberikan kemerdekaan sepenuhnya

kepada Filipina dalam tahun 1946. Selain itu, terdapat juga kenyataan bahawa akan

tertubuhnya satu Komanvel Filipina pada 4 julai 1936.23

Usaha ke arah kemerdekaan Filipina juga turut disusuli dengan penggubalan

Perlembagaan Filipina. Konvensyen perlembagaan ini telah dibentuk dan digubal pada 30

Julai 1934 oleh 202 orang wakil terpilih. Perlembagaan ini telah ditandatangani oleh Presiden

Franklin D. Roosevelt di sebelah wakil pihak Amerika. Hasil dari pengenalan rang undang-

undang ini, maka dengan rasminya bermulanya pemerintahan Komenvel pada 15 November

1935 yang diguna pakai selama 10 tahun sebelum Filipina mencapai kemerdekaan pada

1946.24

Manakala di Burma pula, pemberontakan pada tahun 1930 hingga 1932 merupakan

pemberontakan antikolonial yang terbesar dan disifatkan sebagai kemuncak nasionalisme

bukan elit. Pemberontakan tersebut dipimpin oleh Hsya San iaitu seorang pemimpin GCBA

yang aktif dalam parti politik di Burma. Kegagalan GCBA dalam menangani masalah cukai
21
L. Primo Tongko, The Government of the Filippines, Quezon: Garcia Publishing Co. Quezon city, 1965, hlm.
51
22
Jennifer Conroy Franco, Election and Democratization in the Philippines, New York: Taylor & Francis
Group, 2001, hlm. 52
23
Daniel George Edward Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka, 1979, hlm.
939 dan 940
24
J.p. Ongkili, Nasionalisme Filipina dan Konvensyen Perlembagaan 1971, Jurnal Sejarah Universiti Malaya,
1971, hlm. 120

13
telah menyebabkan golongan petani bertindak lebih radikal berbanding GCBA sendiri.

Mereka telah memboikot secara besar-besaran pentadbiran penjajah serta enggan

bekerjasama dengan mana-mana pihak yang bekerjasama dengan British. Pada tahun 1929,

Hsaya San telah menubuhkan sebuah pasukan tentera bagi melancarkan perjuangan

bersenjata. Malangnya, pemberontakan bersenjata tersebut gagal dan Hsaya San dikenakan

hukuman gantung pada tahun 1934.

Selain daripada itu, perkembangan kesedaran pada dekad 1930an juga turut

mempengaruhi Perlembagaan tahun 1935 serta perkembangan Marxisme. Perlembagaan

penjajah pada tahun 1935 telah memisahkan Burma daripada India secara rasmi. Pemisahan

ini telah mewujudkan sebuah kabinet yang dianggotai oleh 10 orang mentyeri yang dipilih

dalam kalangan ahli parlimen. Perlembagaan yang baharu ini dilihat lebih ketat berbanding

dengan sistem Diarki yang menyempitkan kuasa menteri-menteri Burma ke atas jabatan yang

mereka pegang.25

Namun begitu, pengambil alihan U Saw sebagai Perdana Menteri Burma pada tahun

1939 memperlihatkan perkembangan nasionalisme rakyat Burma jauh lebih kritis dan

menyakinkan kearah bekerajaan sendiri. U Saw telah berjaya menggabungkan nasionalisme

elit dan bukan elit dalam menuntut kemerdekaan Burma. U Saw telah membuat perubahan

kepada perlembagaan yang lebih cepat dalam bentuk dominan seperti yang dilakukan di

Kanada dan Australia bagi meyekat pengaruh Blok Pembebasan. Namun begitu, penaklukan

Jepun ke atas Burma pada tahun 1942 telah memusnahkan perancangan U Saw.

Walau bagaimanapun, perkembangan Marxisme dalam kalangan para intelek muda

seperti golongan Thakin telah berjaya menubuhkan Parti Tahkin Do Bama Asiayone pada

tahun 1935. Golongan tersebut didorong dengan dasar pembebasan daripada ideologi

25
Trager (1965), oleh Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1991, hlm. 198

14
Marxisme yang diperkenalkan oleh Dr. Thein Maung dan U Tun Pe pada tahun 1932 telah

merancakkan lagi siri pemberontakan ke atas pentadbiran British. Salah satu contoh

pemberontakan radikal yang besar adalah peristiwa Revolusi 1300 (1938-1939).

Revolusi tersebut membimbangkan kerajaan kolonial dan ahli-ahli politik Burma

kerana pertama kalinya simbol seperti bendera dan slogan komunis telah muncul. Namun

pada masa itu, parti komunis belum lagi wujud, tetapi kelompok terbesar kumpulan Thakin

yang diketuai oleh Thakin Kodaw Hmaing sudah pun condong kearah ideologi komunis.

Golongan Thakin telah mendapatkan bantuan luar dalam perjuangannya mencapai

kemerdekaan dengan menubuhkan sebuah Parti Komunis pada Ogos 1939 yang dipimpin

oleh Aung San dan Thakin Soe serta hubungannya dengan komunis India yang dilihat sangat

erat. Perjuangan tersebut diteruskan sehinggalah Burma mendapat kemerdekaan pada tahun

1948.

Kesedaran Sosial

Kesedaran masyarakat Filipina dan Burma dalam menuntut pembebasan dan

kemerdekaan daripada cengkaman penjajah turut dipengaruhi oleh faktor sosial yang menjadi

hubungan dalam kehidupan harian mereka. Salah satunya adalah aspek agama. Agama

memainkan peranan yang sangat penting dalam kebangkitan semangat kebangsaan Burma.

Kebanyakan masyarakat di Asia Tenggara berpegang kuat kepada agama, adat dan budaya

mereka.

Di Burma, British mengancam kedudukan pengaruh agama Buddha di negara itu. Ini

dapat dikaitkan dengan langkah British cuba menyebarkan agama Kristian dikalangan puak

Chin dan Karen. Isu lain yang timbul ialah pencemaran isu kasut yang menyaksikan tentera

British memakai kasut masuk ke kuil Buddha. Maka golongan sami telah bangkit menentang

15
dengan tertubuhnya Belia Agama Buddha. Dengan tertubuhnya persatuan ini, mereka telah

mempertikaikan isu kasut (1916-1918)26, menuntut pembaharuan dalam pentadbiran British

dan pemogokan pelajar pada tahun 1920.

. Pada dekad 1920an, merupakan zaman penting dalam penglibatan Hpongyi iaitu

golongan sami-sami Buddha yang terlibat secara lansung dalam politik Burma. Agama

mempunyai sifat neutral, tetapi telah dihubung kaitkan dengan slogan “Menjadi Burman

bermakna menganuti agama Buddha” yang bertujuan memisahkan kala (orang asing) seperti

India dan British dengan orang Burma. Penglibatan Hpongyi dalam politik adalah bertujuan

untuk menubuhkan sebuah kerajaan baharu yang akan mengembalikan kegemilangan mereka

dengan menggunakan pelbagai cara seperti rusuhan dan boikot.

Namun begitu di Filipina, awal kedatangan Sepanyol telah mengkristiankan orang

Filipina. Langkah tersebut tidak mengancam tradisi, kebudayaan dan kehidupan orang

tempatan yang masih megamalkan amalan pagan. Agama Kristian menjadi penyatu rakyat

seluruh Filipina. Maksudnya disini ialah kehadiran Kristian yang telah disebarkan oleh

Sepanyol telah memupuk semangant kebangsaan di kalangan mereka. Semasa ini,

penentangan adalah bersifat regionalistik. Selepas Amerika Syarikat datang mengambil alih

Filipina daripada Sepanyol, layanan buruk yang telah diberikan oleh paderi Amerika juga

telah memberi semangat kepada rakyat Filipina memberontak. Dalam hal ini kerana paderi

Filipina dianggap sebagai sekular manakala paderi Amerika dianggap sebagai regular yang

mana diskriminasi telah berlaku. Ini dibangkitkan lagi paderi regular yang lebih suka

mengumpul harta. Paderi Filipina telah bangkit menentang seperti yang diperjuangkan oleh

Paderi Mariano Gomez, Jacinto Zamora, Jose Guevera dan Jose Burgos.27

26
Abdullah Zakaria Ghazali at el, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963, Fajar Bakti,
2000, hlm. 229
27
Ibid, hlm. 229

16
Penutup

Sememangnya semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan tidak

dapat lari apabila negara mereka dijajah oleh penjajah asing. Kedatangan penjajah seiring

dengan pembawaan budaya dan agama yang mereka anuti serta mengancam sistem politik,

ekonomi dan sosial yang sedia ada. Oleh itu, timbul kesedaran daripada masyarakat tempat di

Filipina dan Burma dalam misi membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.

Tambahan dengan peranan akhbar, golongan cendikiawan dan golongan agama yang sedikit

sebanyak berjaya mempengaruhi penduduk setempat untuk bangun sedar menentang

penjajah. Walaupun perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan oleh masyarakat tempatan

di Filipina lebih kepada diplomasi berbanding perjuangan radikal di Burma namun kedua-

duanya mempunyai kesedaran untuk mendapatkan kebebasan daripada penjajah.

Perkembangan yang ditunjukkan dalam tempoh tahun 1900 hingga 1940 memperlihatkan

semangat nasionalisme di kedua-dua semakin serius dan menyakinkan sehingga Filpina dan

Burma mencapai kemerdekaan sebelum perang dunia kedua tercetus.

17
Bibliografi

L. Primo Tongko (1965), The Government of the Filippines, Quezon: Garcia Publishing Co.

Quezon City

G.F., Zaide (1970), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka

N. Ganesan and Kyaw Yin Hlaing (2007), Myanmar: States, Society and Ethnicity, Kuala

Lumpur: ISEAS Publishing

Wong Kwok Chu (1982), "The Jones Bills 1912-16: A Reappraisal of Filipino Views on

Independence", Journal of Southeast Asian Studies

Dapen. Liang (1971), Philippine Parties and Politics: A Historical Study of national

experience in Democracy, California: Gladstone Co.

Abu Talib Ahmad (1991), Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

Palma and Rafael (1923), Our Campaign for Independence, from Taft to Harrison, 1901-

1921, Manila: Bureau of Printing

J.P. Ongkili (1971), Nasionalisme Filipina dan Konvensyen Perlembagaan 1971, Kuala

Lumpur: Jurnal Sejarah Universiti Malaya

18
D.G.E. Hall (2001), Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Jennifer Conroy Franco (2001), Election and Democratization in the Philippines, New York:

Taylor & Francis Group

Daniel George Edward Hall (1979), Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan pustaka

Abdullah Zakaria Ghazali at el (2000), Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur

1800-1963, Selangor: Fajar Bakti

David Joel Steinberg e.t all (1981), Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden, Kuala

Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

19

Anda mungkin juga menyukai