Anda di halaman 1dari 7

PENDAHULUAN

Penulisan ini memfokuskan kepada perbandingan aspek perkembangan kesedaran


sosial dan politik yang berlaku di dua negara Asia Tenggara iaitu di Burma dan juga Filipina
pada awal abad ke-20 hingga pertengahan abad ke-20 iaitu dari tahun 1900 hingga tahun
1940. Kesedaran sosial ini berbeza dengan nasionalisma dimana perkembangan sosial ini
dimulakan dengan Gerakan kesedaran oleh para sami Buddha di Burma manakala gerakan
nasionalisma adalah semangat yang telah dicetuskan oleh kepentigan bangsa dan
perkembangan pendidikan Eropah maka dapat dilihat disini perkembangan kesedaran sosial
dan politik berbeza dengan gerakan nasionalisma yang lebih memetingkan semangat cinta
akan negara dan semangat naionalisma adalah semangat yang lahir daripada kesedaran
sosial dan politik. Seterunya Filipina juga mempunyai kesedaran namun dapat dilihat di
Filipina kesedaran ini menjurus lebih kepada kesedaran politik dimana mereka telah
menerima pengaruh ideologi liberal daripada pemerintahahan Amerika. Pemerintahan
Amerika yang liberal selepas tahun 1913 telah menyebabkan pengaruh liberal ini telah
mempengaruhi mereka untuk memperjuangkan kebebasan bangsa sehingga mampu
melancarkan revolusi bagi mendapatkan kemerdekaannya namun apa yang ingin di
bincangkan disini adalah perkembangan kesedaran politik mereka dalam usaha untuk bebas
daripada pemerintahan Amerika Syarikat. Kedua-dua negara ini iaitu Burma dan Filipina
telah melalui perkembangan dari aspek sosial dan politik namun tujuan penulisan ini adalah
untuk membandingkan perkembangan kesedaran sosial dan politik yang berlaku di Burma
dan di Filipina dari tahun 1900 hingga tahun 1940. Terdapat beberapa aspek yang
menyebabkan perkembangan sosial dan politik dimana permulaan kesedaran ini tercetus
disebabkan oleh golongan agama selain itu perkembangan kesedaran ini juga melibatkan
beberapa aspek lain seperti pengaruh golongan itelektual, penguasaan kuasa asing, agama
dan banyak lagi. Sememangya jika diteliti factor-faktor ini merupakan penyumbang besar
kepada perkembangan kesedaran sosial dan perkembangan politik di Burma dan Filipina.
Hal ini kerana mayarakat Burma dan Filipina semakin sedar dengan keadaan yang dilalui
dan telah mencetuskan kesedaran ini namun Filipina terlebih dahulu menerima kesedaran
politik berbanding Burma yang masih di peringkat kesedaran sosial pada abag ke-20
LATAR BERLAKANG

Pada kurun ke-19 kerajaan Burma (Myanmar), Vietnam, Filipina, Thailand, Indonesia
merupakan kerajaan yang menduduki seluruh tanah dan kepulauan di Asia Tenggara.
Setiap negara mngamalkan sistem pemerintahan yang berbentuk hierarki dan menjalankan
pentadbiran feudal. Kemasukan penjajah Barat telah mendatangkan pengaruh yang
berbeza ke atas kerajaan-kerajaan di Asia tenggara. Kuasa- kuasa barat ini telah mengubah
dasar-dasar ekonomi dan pentadbiran agar memihak kepada mereka, kepentingan mereka
berbuat demikian kerana ingin mengaut keuntungan yang akan diperoleh dari kerjaan-
kerajaan yang berada di Asia Tenggara. Kawalan kuasa Barat terhadap setiap kerajaan
adalah berbeza kerana setiap kerajaan di Asia Tenggara menjalin hubungan dengan kuasa
Barat yang berlainan, sebagai contoh British di Burma, Perancis di Vietnam, Belanda di
Indonesia dan Sepanyol di Filipina. Kesan daripada penguasaan kuara Barat ini di negara-
negara tersebut telah menyebabkan timbul kesedaran kepada masyarakat tempatan yang
membawa kepada kesedaran sosial dan politik dimana rakyat tempatan tidak bersetuju
dengan perubahan perubahan yang telah dilakukan oleh kuasa barat dan gerakan ini telah
memperlihatkan penglibatan banyak peranan antaraya adalah peranan golongan agama,
peranan Bahasa, peranan sistem pendidikan, peranan golongan intelektual dan peritiwa
serta pengaruh luar. Kebangkitan kesedaran ini merupakan satu pengerak kepada usaha
untuk mebebaskan negara mereka daripada peguasaan kuasa Barat. Dalam skop kajian
yang menyentuh awal abad ke-20 telah menyaksikan bahawa Burma masih lagi di peringkat
kesedaran sosial manakala negara Filipina telah mengalami kesedaran politik pada abad
ke-20 disini dapat dilihat terdapat beberapa perbezaan yang dapat dibandingkan di antara
kedua negara ini. Perbandngan ini dapat dilihat dengan meneliti peristiwa-peristiwa penting
yang terlah membawa kepada tercetusnya kesedaran sosial dan politik terhadap negara
Burma dan Filipina pada abad ke-20.
Burma (Myanmar)

Burma adalah sebuah kerajaan tradisional yang telah dipengaruhi oleh kuasa Barat
iaitu British. Terdapat pelbagai perubahan serta dasar-dasar baru yang merangkumi
beberapa aspek ekonomi, politik dan sosial yang dilakasanakan oleh British kepada
kawasan jajahannya Burma. Setelah Burma sah menjadi tanah jajahan British, berlaku
rombakan sistem pentadbiran yang dilaksanakan dan ini telah mengurangkan kuasa
pemerintah tempatan. Namun sebelum perubahan dalam sistem pentadbiran lagi
masyarakat Burma telah melakukan beberapa siri penentangan awal terhadap kuasa British
dimana penentangan ini dikenali sebagai Perang Inggeris-Burma yang telah menyaksikan
tiga siri peperangan yang berlaku dan peperangan ini kesudahanya adalah kekalahan
Burma terhadap kuasa British.

Filipina

Amerika Syarikat merupkan pemilik Filipina dan koloni kuasa Barat tersebut di Asia
Tenggara serta Filipina merupakan tanah jajahan Barat yang paling awal mencapai
kemerdekaan iaitu pada 4 Julai 1946. Filipina telah dijajah selama lebih 300 tahun oleh
Sepanyol sebelum Filipina dijajah oleh Amerika Syarikat. Perang yang berlaku antara
Amerika dan Sepanyol yang terjadi di Cuba pada 24 April 1898, telah tersebar ke Filipina.
Kekalahan tentera laut Sepanyol di Teluk Manila pada 1 Mei 1898 telah mengakhiri kuasa
penjajahan Sepanyol di Filipina. Perjanjian Paris yang dimeterai pada 10 Disember 1898,
pihak Sepanyol dipaksa untuk menyerahkan Filipina kepada Amerika Syarikat dengan
bayaran berjumlah AS$20,000,000. Pada ketika itu Presiden McKinley tidak mahu
menjadikan Filipina sebagai sebual koloni Amrika kerana ia adalah bertentangan dengan
tradisi Amerika Syarikat yang menentang penjajahan. Walau bagaimanapun, Jerman telah
mengancam untunk menjadikan Filipina sebagai salah satu dari konoli mereka dan ini
menyebabkan presiden McKinley telah bertindak menjajah Filipina walaupun telah ditentang
oleh senat Amerika Syarikat. Penjajahan ini telah menyebabkan berlakunya perang
Amerika-Filipina yang berlaku dari tahun 1899 hingga 1913) dan peperangan ini telah
menyebabkan perbelanjaan yang banyak dan peperangan ini telah mengorbankan lebih
banyak nyawa berbanding perang Amerika-sepanyol dulu. Penangkapan Aguinaldo pada
23hb Mac 1901 telah mengakhiri penentangan terhadap Amerika Syarikat namun
penentangan di bahagian lain Filipina berterusan sehingga 1913 terutamanya di kawasan
selatan yang dikuasai oleh orang Islam.
Semasa Perang Dunia Kedua, Filipina kekal taat setia kepada rejim Amerika Syarikat
dan bersikap anti-Jepun. Filipina merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang
menyokong tetap menyokong Amerika ketika Filipina dikuasai oleh Jepun. Para pemimpin
politik Filipina menentang kehadiran Jepun di Filipina. Kesetiaan terhadap rejim kolonial
Amerika Syarikat dan sikap anti-Jepun yang diamalkan oleh gerakan nasionalis Filipina
mempunyai kaitan dengan amalan liberal dalam politik dan sosial yang diamalkan Amerika
Syarikat. Faktor sosio-politik yang menyebabkan gerakan nasionalis Filipina ini amat taat
setia kepada rejim kolonial Amerika Syarikat dan bersikap anti Jepun akan dibincangkan
dalam aspek-aspek berikut.

Pentadbiran di Filipina

Dalam sesebuah negara, keperluan untuk membentuk kerajaan sendiri dan


persediaan untuk mendapatkan kemerdekaan serta pembangunan perkhidmatan awam
memang dititikberatkan.1 Peralihan kepada Komanwel dan pengisytiharan Republik telah
menyebabkan penduduk Filipina dilatih dalam setiap pentadbiran utama.2 Kuasa eksekutif
Commander-in-Chief dipindahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Filipina yang menjadi
Gabenor Awam pada tahun 1901. Dalam tahun 1905, kuasa tersebut diberi kepada
Gabenor Jeneral.3 Ahli Suruhanjaya membentuk penasihat Kabinet bagi mengetuai empat
jabatan iaitu Jabatan Pedalaman, Perdagangan dan Polis, Perundangan dan Kewangan,
dan Penerangan. Malah, tiga rakyat Filipina diangkat ke Suruhanjaya tanpa portfolio. Di
bawah Akta Filipina 1902, Presiden US dengan keizinan Senat telah menguatkan
perlantikan Gabenor Jeneral, Ketua Eksekutif Jabatan dan ahli-ahli Suruhanjaya. Pada
tahun 1908, orang Filipina telah dilantik sebagai Ketua Jabatan buat pertama kalinya.
Keempat-empat jabatan yang asal telah dipecahkan kepada beberapa bahagian dan lebih
banyak jabatan telah dikendalikan di bawah kelolaan orang Filipina. Sebelum ini,
pentadbiran Filipina secara majoriti dikuasai oleh orang Amerika dan keadaan ini tidak akan
membantu membentuk sebuah negara Filipina yang merdeka. Sebagai contoh, pada tahun
1913 orang Amerika telah memenuhi kebanyakan jawatan pentadbir manakala penduduk
tempatan hanya berpeluang menjawat jawatan rendah sahaja. 4 Semasa Francis Burton
Harrison menjadi Gabenor Jeneral Filipina, beliau telah memberi peluang kepada rakyat
tempatan menceburi bidang pentadbiran manakala pentadbir Amerika digalakkan bersara.5
Pada Tahun 1929, didapati hanya 471 orang Amerika berkhidmat dalam kerajaan dan

1
Robert Aura Smith. 1958. Philippine Freedom 1946-1958, New York: Columbia University Press. hlm. 68.
2
Philippine Freedom 1946-1958, hlm. 69.
3
J. S. Furnivall. 1974. Experiment in Independence: The Philippines. Hlm 28.
4
Ibid. hlm. 39.
5
Wan Abdul Rahman Latif. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm. 353.
kebanyakannya sebagai guru berbanding 20,332 orang Filipina.6 Usaha beberapa Gabenor
Jeneral inilah yang menyebabkan rakyat Filipina mendapat pendedahan tentang
pentadbiran dan bersikap pro-Amerika.

Secara rasminya, Amerika mengamalkan polisi di Filipina melalui janji untuk memberi
kemerdekaan kepada Filipina, menghapuskan buta huruf dalam kalangan masyarakat serta
keupayaan orang Filipina untuk membentuk kerajaan sendiri.7 Pada tahun 1916, Jones Law
atau juga dikenali sebagai Akta Autonomi Filipina menjanjikan kemerdekaan kepada Filipina
seperti berikut:

“It is, as it always has been, purpose of the people of


the United States to withdraw their sovereignty over
the Philipine Islands and to recognize their
independence as soon as a stable government can
be established therein.”8

Kesungguhan pihak Amerika untuk membantu menunaikan janji mereka dapat dilihat
apabila Sekretari Peperangan dalam Pentadbiran Wilson iaitu Newton D. Baker telah
menyapa Presiden Wilson dengan misi kemerdekaan Filipina semasa di Eropah.
Seterusnya, Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan Akta Kemerdekaan Filipina atau
dikenali sebagai Akta Tydings-McDuffie yang pada dasarnya memberikan keuntungan
kepada Filipina.9 Berdasarkan akta ini, sebuah Perlembagaan Komanwel cuba dirangka bagi
melahirkan sebuah kerajaan Republik.

Perundangan di Filipina

Pada 1933, Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Hare-Hawes-Cutting sebagai


Akta Kemerdekaan Filipina sungguhpun diveto oleh Presiden Herbert Hoover. Akta Hare-
Hawes-Cutting menjanjikan kemerdekaan kepada Filipina dalam tempoh 10 tahun.
Walaupun rang undang-undang tersebut dirangka dengan bantuan suruhanjaya dari Filipina
namun rang undang-undang tersebut telah dibantah oleh senat Filipina iaitu Presiden
Manuel L. Quezon kerana menganggap bahawa rang undang-undang tersebut tidak adil
kerana beberapa sebab. Pertama, syarat undang-undang perdagangan antara Filipina
dengan Amerika Syarikat hanya menguntungkan Amerika Syarikat. Kedua, perkara tentang

6
J. S. Furnivall. 1974. Experiment in Independence: The Philippines. hlm. 39.
7
Paul H. Kratoska (editor). 2001. South East Asia Colonial History. New York & London: Routledge. hlm. 366.
8
South East Asia Colonial History. hlm, 366.
9
Wan Abdul Rahman Latif. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. hlm. 355.
kawalan imigrasi orang Filipina ke Amerika Syarikat ditentang. Ketiga, presiden Amerika
Syarikat mempunyai hak meluluskan atau tidak meluluskan pindaan perlembagaan dan
keempat, Amerika Syarikat dibenarkan menubuhkan pangkalan tentera di Filipina. Akta
Hare-Hawes-Cutting telah ditolak oleh Dewan Perundangan Filipina.

Tahun berikutnya, akta yang disemak semula dikenali sebagai Akta Tydings-McDuffie
akhirnya diluluskan oleh Presiden Roosevelt pada 24hb Mac 1934. Menurut akta ini,
kemerdekaan Filipina akan diberi dalam tempoh 10 tahun iaitu pada 4hb Julai 1946. Dalam
tempoh 10 tahun, Filipina akan mendapat taraf Komanwel dan menjadi wilayah jajahan
Amerika Syarikat. Oleh itu, warga Filipina akan menyatakan kesetiaan kepada kerajaan
Amerika Syarikat dan warga Filipina dilayan dengan hak yang sama dengan warga Amerika
Syarikat. Akta Tydings-McDuffie ini diterima sebulat suara oleh Perundangan Filipina pada
1hb Mei 1934. Akta ini lebih kurang sama dengan Undang-undang Hare-Hawes-Cutting
tetapi memberi peruntukan yang lebih menguntungkan pihak Filipina. Akta ini memberi
kuasa kepada orang Filipina melalui konvensyen perlembagaan yang terdiri daripada 200
orang ahli melantik anggota sebuah Kongres yang akan bertanggungjawab merangka
sebuah Perlembagaan Komanwel ini bakal mewujudkan kerajaan Republikan. 10 Komanwel
yang dibentuk ini memiliki perlembagaan sendiri serta berkerajaan sendiri. Walau
bagaimanapun, Amerika Syarikat masih bertanggungjawab dalam hal-ehwal Filipina seperti
polisi luar, mata wang, perdagangan, imigrasi serta pembetukan undang-undang tertentu
memerlukan pengesahan daripada presiden Amerika Syarikat.

Perlembagaan Filipina dirangka dan diluluskan oleh persidangan pada 8hb Februari oleh
Presiden Roosevelt pada 23hb Mac 1935. Pada 14hb Mei 1935, warga Filipina dibenarkan
mengundi untuk mengesahkan perlembagaan tersebut dan kerajaan Filipina dibentuk atas
prinsip yang sama dengan perlembagaan Amerika Syarikat. Pada September 1935, pilihan
raya pemilihan presiden diadakan dan Manuel L. Quezon dipilih sebagai Presiden Filipina
dan Sergio Osmena sebagai Timbalan Presiden. Secara ringkasnya, Komanwel
menyediakan Filipina ke arah kemerdekaan sebenar.

Pemodenan Filipina

Kemasukan pegawai-pegawai Amerika, tentera, guru dan peniaga-peniaga di bandar telah


mempercepatkan pembinaan semula negara dan perkembangan kemudahan infrastruktur.
Jalan raya, jambatan baru mula dibina dan pelabuhan Manila dimodenisasikan. Pembinaan

10
Wan Abdul Rahman Latif.2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. hlm. 355.
taman-taman, kawasan rekreasi awam, kelab sosial, bar dan segala amalan yang biasa bagi
orang-orang Amerika terdapat di Filipina. Perkembangan ini telah membawa kepada
perubahan landskap di Filipina. Bangunan-bangunan kerajaan yang baru seperti hospital
kerajaan, makmal kerajaan, pejabat percetakan kerajaan dan institusi yang lain telah dibina.
Kemudahan awam seperti Syarikat Keretapi dan Elektrik Manila mula beroperasi dan lebih
banyak kenderaan awam (tarmcars) dan lampu elektrik dibawa ke Filipina.

Sistem komunikasi seperti telefon, telegraf dan radio mula digunakan di Filipina. Pada tahun
1911, kapal terbang telah diperkenalkan buat pertama kalinya.11 Pemodenan di Filipina turut
meningkatkan kemasukan peniaga-peniaga Amerika. Peningkatan jumlah sekolah rendah
dan menengah serta pembinaan Universiti Filipina pada 1908 telah menjadikan Manila
sebagai bandar pusat pendidikan. Sokongan kerajaan kolonial terhadap sekolah rendah
memberi peluang kepada permintaan pendidikan yang lebih tinggi. Keadaan ini telah
menyuburkan lagi pertumbuhan sekolah menengah persendirian, kolej dan universiti.
Perkembangan populasi yang cepat terutamanya sekitar tahun 1918-1939 membawa
kepada modenisasi. Peningkatan populasi ini menyebabkan perlunya perkhidmatan
kesihatan, bekalan air, pengutipan sisa buangan dan pelupusan. 12 Pemodenan yang dibawa
oleh Amerika ini telah menyebabkan masyarakat Filipina bersikap pro-Amerika. Masyarakat
Filipina telah menikmati keselesaan yang dibawa oleh Amerika dalam membangunkan
Filipina ke arah berkerajaan sendiri.

11
Manuel A. Caoili. 1999. The Origins of Metropolitan Manila. Quezon City: University of The Philippines Press.
1999. Hlm. 48.
12
Manuel A. Caoili. 1999. The Origins of Metropolitan Manila. hlm. 49.

Anda mungkin juga menyukai