Anda di halaman 1dari 5

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN2

SEMESTER 2 2019/2020
KUMPULAN: AT32(C)

TUGASAN
REFLEKSI MAKRO1

NAMA NO. MATRIK


FAKHRUL AZEEM BIN ISMAIL @ABD D20171078644
RAHMAN

PENSYARAH:

DR. BAHARUDDIN BIN JABAR


REFLEKSI PPG2/MAKRO1
Refleksi ini dilakukan berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa, di Pasir Puteh, Kelantan. Pada 29 Julai iaitu
pada hari isnin, murid yang terlibat adalah daripada kelas tingkatan 4 Elit yang terdiri
daripada 28 orang murid. Kelas ini merupakan kelas yang sederhana dan sekolah ini terletak
di kawasan pekan Selising yang pembangunanya tidak terlalu pesat dan bukanya berada di
bandar. Disebabkan itu perkara ini membuatkan suasana sekolah ini agak tenang daripada
kesibukan bandar dan kebanyakan murid mendengar arahan dengan baik dan tidak terlalu
nakal.

Bagi permulaan pemelajaran untuk set induksi saya tidak menggunakan sebarang
video atau gambar untuk merangsang murid tentang tajuk yang akan dipelajari, dimana saya
hanya masuk memberi salam dan bertayakan khabar mereka adakah mereka sihat dan adakah
semua pelajar hadir pada hari tersebut. Disini apa yang saya mahu capai adalah untuk
mendapatkan perhatian dan keselesaan mereka dengan menanyakan soalan sebegitu dan
ternyata mereka selesa dengan saya dan mereka menjawab semua soalan yang diberikan
tanpa masalah.

Pada langkah satu iaitu objektif satu saya menggunakan kaedah menerang bagi
aktiviti perkembangan isi pelajaran pertama iaitu penggunaan contoh-contoh dengan
penerangan adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran terutama pelajaran sejarah yang
melibatkan fakta-fakta, peristiwa dan tahun Hal ini adalah kerana ianya akan dapat
melahirkan pemikiran yang jelas dan lebih berkesan. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang
baru dan susah, lebih mudah difahami apabila menggunakan contoh-contoh yang mudah
kepada yang lebih konkrit. Misalnya dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan
analogi, bercerita, gambaran dan sebagainya. Contoh-contoh juga boleh ditunjukkan dalam
bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.

Murid-murid kelas 4 Elit mendengar penerangan saya tentang tajuk yang dipelajar
dan mereka menunjukkan respon yang positif ketika saya menerangkan sesuatu topik kepada
mereka namun saya tidak mengajukan sebarang soalan kepada mereka dan isu ini saya akan
hirai di bahagian kelemahan saya di bawah. Saya dapati walaupun mendapat respon positif
ketika saya menerangkan kepada mereka namun saya dapati terdapat beberapa orang murid
kelihatan tidak memberikan sepenuh tumpuan semasa sesi pengajaran perkara ini berlaku
kemungkinan kerana kelas 4 Elit bersebelahan dengan padang dan murid melihat orang

1
bermain bola. Saya mengatasi masalah ini dengan menegur mereka supaya mereka
memberikan sepenuh perhatian.

Bagi langkah kedua iaitu untuk aktiviti kumpulan, kaedah yang saya gunakan adalah
pembentangan peta minda atau peta pokok mengikut kumpulan di hadapan. Melalui aktiviti
pembentangan secara kumpulan murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti
semangat bekerjasama, bertimbangrasa, bertanggungjawab dan toleransi dalam kumpulan.
Aktiviti ini membolehkan murid-murid dalam kumpulan untuk saling berkomunikasi dan
memberi idea terhadap isi huraian yang akan dibentangkan. Semasa saya memberikan masa
untuk mereka menyiapkan tugasan tersebut saya dapati terdapat beberapa orang murid dalam
setiap kumpulan Nampak keliru dan tidak tahu untuk melakukan tugasan apa, dan perkara ini
saya selesaikan dengan memberikan nasihat kepada beliau untuk beranikan diri dan
menyatakan idea kreatif di dalam pembentangan mereka. Berdasarkan aktiviti pembentangan
yang dibuat, saya dapati mereka faham dan tahu untuk mencari jawapan sesama ahli
kumpulan kerana bahan rujukan seperti penggunaan buku teks amat membantu mereka.
Selepas selesai sesi pembentangan kumpulan, saya akan membuat refleksi semula terhadap
tajuk-tajuk yang diberikan kepada setiap kumpulan. Hal ini adalah bertujuan untuk
menegaskan semula dan memastikan murid-murid memahami isi kandungan penting setiap
tajuk. Tujuan saya membuat pembentangan setiap ahli kumpulan adalah kerana, ia secara
tidak langsung dapat membina keyakinan murid untuk bercakap berhadapan ramai orang. Hal
ini adalah kerana bukan sahaja ketua kumpulan akan membentang, malah setiap murid perlu
membentangkan isi mereka masing-masing.

Kelemahan pertama sekali sememangnya saya pada ketika melakukan PPG2 ini saya
belum mengambil kelas kpd1 dan saya akui kelemahan saya dimana yang pertama adalah
kelemahan yang banyak dalam pengurusan set induksi saya yang tidak dapat merangsang
minda pelajar untuk menarik perhatian mereka dalam aktiviti pdpc kerana saya tidak
menggunakan sebarang alat bantu mengajar seperti gambar mahupun video yang merangsang
minda pelajar untuk mengambarkan tentang tajuk yang bakal dipelajari. Jika diberikan
peluang saya ingin mengajar sekali lagi kelas tersebut dan memperbaiki kesalahan ini dengan
menggunakan teknik melaksanakan set induksi yang betul yang saya telah belajar melalui
subjek Kpd1 dan Kpd2.

Kelemahan yang kedua adalah pada sesi penerangan kerana pada pandangan saya
penerangan saya tidak terperinci dan hanya membaca fakta di dalam buku teks sahaja

2
manakala saya juga tidak mengajukan sebarang soalan kepada murid ketika peenerangan
kerana saya akui kesilapan saya dimana saya lupa untuk menanyakan soalan kepada mereka
hal ini akan membutkan daya kefahaman pelajar kurang dan membuatkan kerberkesanan
perlaksanaan aktiviti pdpc tidak dapat berkesan dengan sepenuhnya. Semasa penenrangan
dilakukan juga saya merasakan diri saya agak gugup kerana tidak biasa berada dihadapan
murid namun saya beranikan diri dan mencuba sebai mugkin untuk tidak nampak gugup.
Seterunya kelemahan yang saya dapati adalah keadaan kelas agak nisinvg kerana terdapat
pelajar dari kelas sebelah yang lalu-lalang sedikit sebanyak menggangu tumpuan pelajar saya.

Di samping itu, kelemahan yang lain adalah pengurusan masa dimana dalam sesi
pengajaran sejam saya dapat untuk menghabiskan semua objektif namun terdapat banyak
masa diambil oleh pelajar untuk menyiapakan aktiviti kumpulan iaitu ketika mereka ingin
membuat peta minda. Pada awalnya saya memperuntukan mereka 15 minit untuk
menyiapkan aktiviti tersebut namun mereka megambil masa hampir 30 minit dan ini akan
menggagu masa pembentangan mereka dimana terpaksa dipercepakan. Ketika pembentangan
terdapat beberapa kelemahan yang dapat dilihat dimana terdapat beberapa orang murid tidak
dapat membentang kerana tidak cukup masa.

Bagi mengatasi beberapa kelemahan tersebut saya sepatutnya menyediakan set


induksi yang lengkap dimana mempunyai gambar ataupun video bagi membuatkan pelajar
lebih faham gambaran awal tajuk yang akan dipelajari. Seterunya bagi penerangan apa yang
saya ingin baiki adalah dengan menambah baik isi penerangan saya dengan diikuti soalan dan
juga penerangan umum berkaitan tajuk yang tidak terdapat di dalam buku teks supaya murid
dapat meningkatkan daya kefahaman mereka terhadap tajuk yang dipelajari. Saya juga ingin
menambahkan elemen keseronokan dengan memberikan ganjaran apabila mereka dapat
menjawab soalan dengan betul.

Seterunya bagi mengatasi masalah pengurusan masa saya merasakan hal ini dapat
diatasi dengan mengarahkan murid untuk membahagi tugas dengan baik dimana jika tidak
teratur maka masa yang diambil untuk menyiapkan tugasan kumpulan merekan akan menjadi
lama. Selain itu bagi mengatasi masalah untuk membuatkan semua pelajar terlibat dalam
pembentangan saya akan mewajibkan setiap seorang dalam kumpulan mempunyai tugas
dalam menerangkan peta minda mereka dan membahagikan dengan sama rata apa yang
mereka akan sampaikan.

3
Secara keseluruhanya saya merasakan aktiviti pembelajaran yang saya lakukan agak
berjaya kerana murid melaksanakan tugasan dengan bagus dan mereka mencapai apa yang
terjkandung dalam objektif mereka. . Saya harapkan di masa akan datang, saya akan dapat
mempelbagaikan lagi kaedah-kaedah bagi menarik minat murid supaya murid-murid akan
dapat memahami sesuatu topik yang disampaikan dengan lebih jelas. Penggunaan kaedah
dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih menarik dan akan
memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif sepanjang sesi pengajaran
tanpa merasa jemu dan bosan. Jika saya berpeluang untuk mengajar topik ini lagi kepada
kumpulan murid yang sama, saya akan gunakan pendekatan dan kaedah yang berbeza. Pada
pandangan saya penggunaan komputer dan multimedia penting dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana ia dapat memupuk pelbagai kecekapan seperti menggalakkan potensi
imaginatif, kreatif, emosi, pemikiran logik dan kritikal. Saya akan pastikan kesilapan yang
saya lakukan tidak akan berulang lagi dan saya akan mengambil iktibar melalui kelemahan
yang terdapat pada sesi pengajaran dan pembelajaran ini.

Anda mungkin juga menyukai