Anda di halaman 1dari 6

TANAMAN PADI SAWAH DAN PADI HUMA DI PERAK

Padi atau nama saintifiknya Oryza sativa merupakan antara salah satu tanaman bijiran. Padi
merupakan makanan ruji bagi masyarakat dunia di Asia, Amerika Latin dan Caribbean 1. Padi
mempunyai saiz batang sepanjang 15 mm hingga 180 cm, lurus, kecil, bulat dan berlubang di
tengah. Warna batang padi berbeza mengikut peringkat umur padi iaitu warna hijau dan putih
menandakan padi muda dan warna kuning dan putih menunjukkan padi tua. Tanaman padi
memerlukan sinaran matahari, suhu dan jumlah hujan iaitu 18 oC hingga 40 oC dan 1240
mm/tahun yang cukup dan memerlukan keadaan air bertakung. Malaysia menanam dua jenis
padi iaitu padi huma atau padi bukit dan padi sawah atau padi bendang

Manakala padi huma pula merupakan padi yang terawal di tanam sebelum kemunculan
padi sawah di kawasan Sabah dan Sarawak oleh orang asli seperti kaum Iban dan Murut 2. Tahap
pengeluaran hasil padi huma adalah rendah dan kurang bermutu kerana padi huma di tanam
dengan menggunakan cara lama dan kurang menggunakan baja seperti benih. Bukan itu sahaja,
padi huma ini tidak di jaga dengan baik sehingga mengalami kerosakan melalui serangga.
Walaupun padi huma ini mempunyai kelemahan tetapi padi jenis ini mempunyai kelebihannya
iaitu penanaman padi huma ini tidak memerlukan jumlah air yang banyak dan dapat ditanam di
kawasan air bertakung.

Negeri Melayu Perak telah wujud sejak abad ke-16 lagi. Ekonomi penduduk adalah
berasaskan ekonomi sara diri di mana tanaman padi telah diusahakan secara kecil-kecilan.
Tanaman utama rakyat adalah padi sawah dan padi huma. Semasa era awal penjajahan negeri
Perak, petani telah mula menanam kedua-dua jenis padi tersebut. Padi sawah merupakan jenis
padi yang utama ditanam di Malaysia dan terdiri daripada pelbagai jenis padi yang berbeza. Padi
sawah ditanam dalam bentuk bendang dan didapati di lembah-lembah sungai. Manakala padi
huma pula diusahakan dalam bentuk ladang atau huma. Kebiasaannya padi huma ditanam di
lereng-lereng bukit tetapi tidaklah begitu meluas. Padi huma pula meliputi padi yang ditanam di
kawasan kering sama ada di kawasan tanah tinggi atau di tanah rendah. Tanaman padi
diusahakan secara tradisional yang bergantung kepada air sungai dan hujan. Selain daripada
tanaman padi, terdapat juga tanaman-tanaman lain yang ditanam secara sampingan di sekitar
1
Ahmad Mahdzan Aob.(1997). Pembangunan Pertanian: Ekonomi, Dasar dan Bukti Empirik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.Hlm 15
2
Fauziah Shaffie & Ruslan Zainuddin.2000. Sejarah Malaysia. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd. Hlm 24
rumah untuk keperluan sendiri seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan ubi kayu. Hasil lebihan
tanaman biasanya digunakan sebagai benih untuk musim berikutnya.

Bagi melancarkan proses penanaman padi, terdapat kemudahan tali air dan terusan yang
dibina seperti Terusan Wan Mat Saman di Kedah dan terusan di Kerian, Perak. Antara alatan
tradisi yang digunakan ialah tajak, cangkul dan tenggala. Selain itu, aktiviti penanaman padi ini
juga turut menggunakan binatang ternakan seperti kerbau dan lembu untuk membajak tanah.
Ketika itu, kebanyakan masyarakat Melayu menternak binatang seperti lembu dan kerbau
sebagai alat untuk membajak sawah di samping berfungsi sebagai sumber makanan.

Kecenderungan masyarakat petani Melayu Perak untuk menanam padi huma atau
dikenali juga sebagai padi kering dalam bentuk ladang didorong oleh beberapa faktor. Salah satu
daripadanya adalah jangka masa panjang yang diperlukan untuk menukar sebidang tanah untuk
dijadikan bendang atau sawah. Proses penukaran ini memakan masa selama tiga tahun dan
memerlukan tenaga yang banyak (Lim Teck Ghee, 1976: 43). Kemungkinan untuk menanam
pelbagai jenis tanaman jangka pendek bersama dengan padi juga merupakan satu faktor yang
memberangsangkan kepada kaum tani untuk berladang (Maxwell, 1884: 81). Walau
bagaimanapun, tindak-tanduk kaum tani Melayu ini mungkin juga dipengaruhi oleh sistem
pemilikan tanah dan keadaan politik negeri-negeri Melayu ketika itu.

PERUBAHAN SISTEM PENGURUSAN PADI DAN BERAS 1947

Pada tahun 1947 telah berlaku beberapa perubahan dalam sitem pertukaran padi dan
beras antara kerajaan dan juga pesawah. Hal ini terjadi apabila kerajaan meningkatkan kadar
peratusan tukaran padi dan beras kepada 60% dan disebabkan ini pegawai daerah Hilir Perak
telah mencadangkan beberapa cadangan untuk mengatasi kenaikan kadar tukaran tersebut.
Pegawai Daerah Hilir Perak telah menghantar surat kepada Setiausaha Pesuruhjaya di Ipoh Perak
pada 3 Julai 1947 dan surat ini menyatakan bahawa beliau ingin membertahu kepada
pesuruhjaya bahawa sebagai tindakan penjajahan iaitu beliau ingin mewujudkan satu sistem di
perak yang mana para penanam padi dapat menukar padi dengan beras untuk kegunaan mereka
sendiri. Sekaligus tindakan ini akan menjimatkan masa berkerja kerana mereka tidak lagi perlu
menggunakan tenaga mereka sendiri untuk memproses padi kepada beras.
Seterunya Pegawai Daerah Hilir Perak menyatakan bahawa pengawal barangan telah
memberikan kuasa kepada Penolong Pengawal Makanan hilir Perak untuk melepaskan beras
gandum dan ini hanya mengikut kepada budi bicaranya. Transaksi ini adalah bertujuan untuk
memberikan Jabatan Pengawalan Makanan keuntungan dan ianya juga akan menambahkan
bekalan padi dimana padi merupakan satu komoditi yang boleh disimpan dalam tempoh waktu
yang lama. Selain itu, beliau menyatakan bahawa belaiu boleh menjadualkan jadual pengambilan
padi menggunakan lori sebanyak seminggu sekali supaya penanam boleh membawa dalam
kuantiti yang tidak melebihi dua gantang untuk setiap orang dan boleh membawa pulang
beberapa peratus beras sebagai ganti. Namun peratusan yang dibenarkan ini dipertikaikan. Garis
panduan kontrak yang perlu dipatuhi oleh kilang ialah pengeluaran sebanyak 60% beras yang
berkualiti. Pegawai Daerah Hilir Perak menyatakan bahawa beliau dicadangkan oleh Pegawai
Tadbir, Sungai Manik, di dalam perbualan bersama penduduk Cangkat Jong namun ianya ditolak
oleh mereka manakala Penolong Pegawai Pengawal Makanan Hilir Perak menyatakan mereka
hanya mahu setuju dengan tawaran sebanyak 55% ianya kerana pegawai tersebut merasakan
mereka tidak akan kerugian kepada kerajaan terhadap kekurangan beras. Namun beliau
merasakan mereka hanya terlalu berjaga-jaga.

Pegawai Penanaman Beras Kerajaan memberitahu bahawa peratusan beras yang


diperoleh daripada padi bergantung kepada beberapa faktor berikut dimana yang pertama adalah
kualiti padi itu sendiri dimana ia akan mempengaruhi pengeluaran beras yang berkualiti atau
tidak, yang kedua ialah dimana jenis padi itu adalah gabungan dengan baka-baka yang lain
ataupun hanya satu baka sahaja. Ketiga ialah kadar air dimana jika kadar air yang berlebohan ini
akan menjejaskan kualiti padi dan juga jika kadar air berkurangan ia juga akan menyebabkan
padi mati, yang keempat ialah jenis pengilangan dimana jika pengilang itu mengamalkan
pengilangan yang mengikut kaedah yang betul maka pengilang tersebut akan menghasilkan beras
yang berkualiti. Pegawai Daerah Hilir Perak menyatakan bahawa memandangkan padi kering
yang tidak dicampur sesuai untuk dikisar dan ianya dijangkan bahawa pengawalan makanan
akan memerlukan ianya dikisar dan peratusan berikut yang ingin diperoleh dimana 23% sekam,
2-3% polimer, 8% beras hancur, dan 67-67% beras sebutir-sebutir. Ia diangarkan bahawa
Pengawalan Makanan sebelum ia diedarkan kepada awam akan mencampurkan beras yang elok
dan beras hancur dan memberikan peratusan sebanyak 75% beras yang boleh dipasarkan.
Pegawai Daerah Hilir Perak bertanya sama ada Pengawal kepada bekalan ingin
mempertimbangkan penerimaan padi sebagai tukaran untuk 70% beratnya dalam beras.
Transaksi ini akan memberikan keuntungan kepada kerajaan dalam lingkugan 4-5% dalam beras
yang dijual dan 2-3% polimer dimana akan pergi untuk menampungi kos pengangkutan dan
perbelanjaan jika berlaku kecemasan dalam skema ini. Pemilik kepada padi yang diangkut oleh
lori perlu meangikut lori tersebut ke kolang supaya dianya akan meneati kualiti seperti yang
ditawarkan. Namun demikian Pada 11 Julai 1947 setiausaha Pesuruhjaya Perak telah membalas
surat Pegawai daerah Hilir Perak dan beliau membalas diamana beliau memahami bahawa
Penolong Pegawai Kawalan Makanan, Hilir Perak telah diarahkan untuk mengeluarkan beras
giling daripada mengeluarkan padi, ia adalah untuk penanam padi memperoleh beras bagi
kegunaan sendiri, menurut seperti yang telah diarahkan. Beliau juga menyatakan bahawa kuantiti
beras untuk satu gantang padi yang dikeluarkan masih lagi tidak ditetapkan.

Pada 7 julai 1947 surat oleh Pengawal bekalan yang bertempat di Kuala Lumpur. Surat
ini adalah bertujuan untuk menyatakan pertukaran padi kepada beras. Pengawal Makanan
menyatakan bahawa ia dapat dilihat setiap transaksi 2 gantang padi akan menyebabkan kerugian
sebanyak 1.08 dolar atau 13.52 dolar setiap pikul. Ini adalah berdasarkan andaian yang didapati
dari perkembangan yang diperoleh balik adalah 55% daripada 2 gantang beras namun ia dinaikan
kepada 60% kadar kerugian akan dijangka akan menjadi lebih besar. Kesimpulanya pada tahu
tersebut permohonan untuk menurunkan kadar tukaran padi degan beras telah ditolak dan juga
cadangan yang diberikan oleh pegawai daerah tidak membuahkan hasil kemana di akhirnya ia
akan mendatangkan kerugian kepada kerajaan.

PELANTIKAN BARU UNTUK 1956

Pada tahun 1956 beberapa cadangan telah dikemukakan untuk pelantikan pegawai baru di negeri
Perak. Tetapi Jabatan Pertanian telah mengembangkan beberapa sebab untuk meminta pelantikan
pegawai tersebut. Pertama, tujuan yang dilakukan ini adalah untuk mengembangkan pertanian
secara tempatan serta melalui perkembangan dari negara luar dengan lebih pesat. Keresahan
yang berlaku dibawah Jabatan Pertanian adalah jika ekonomi pertanian di negara ini lebih
bergantung kepada negara luar. Hal ini demikian kerana, berlaku penghijrahan yang ramai dari
kawasan luar bandar ke bandar yang menyebabkan jumlah tenaga berkerja berkurangan di luar
bandar. Hal ini menyebabkan kekurangan bekalan makan. Perkara ini berlaku kerana generasi
muda yang mencari cara hidup yang lebih menguntungkan dan mudah daripada pertanian.

Bagi mengatasi masalah ini, pihak Jabatan Pertanian mestilah meningkatkan bekalan
makanan tempatan dan menyediakan keperluan makanan kepada penduduk. Bagi mencapai
hasrat tersebut pihak jabatan mestilah menambah bilangan ahli pekerja dan pegawai bagi
meningkatkan kawalan makanan di negeri ini. Hal ini sekali gus dapat membuktikan pertanian
adalah satu ekonomi yang baik. Justeru iti juga, pihak jabatan telah memberi ruang dan
pendedahan dengan membuka Pendidikan Pertanian untuk melatih para petani. Hal ini bertujuan
untuk menguatkan Jabatan Pertanian sebagai pengeluar yang baik untuk negara.

Disamping itu, disini fungsi sebenar Jabatan Pertanian Negeri adalah mengambil kaedah
pertanian yang baru atau menambahbaik pertanian untuk rakyat. Tetapi perkara ini tidak boleh
dilakukan tanpa kakitangan yang mencukupi. Oleh sebab itu pihak jabatan telah mengemukan
beberapa cadangan untuk pelantikan pegawai baru kerana ingin meletakkan mereka ini
dibeberapa buah jabatan yang berada dinegeri Perak. Antara cadangan pegawai yang ingin
dilantik adalah (I) Dua Pembantu Pertanian Junior, Gred Khas, (Gred Bawah Pertanian I)
Berpencen. Skala Gaji.

Kedua-dua pelantikan ini diminta untuk 1955 tetapi ditunda. Mereka berdua dikehendaki
untuk tinggal di Bruas dan Tanjong Malim atau Pulau Tiga yang berkembang pesat. Bruas
semakin menjadi penting kerana tanah padi di sepanjang jalan Situawan dibuka. Biasanya daerah
kecil akan berada di bawah kawalan Pembantu Pertanian, tetapi untuk beberapa tahun akan
datang bahawa kelas pegawai tidak akan diperoleh dan kerja itu harus dilakukan oleh Pembantu
Pertanian Rendah berpengalaman. Pembantu Pertanian boleh didapati di daerah kecil,
Pengelolaan Pertanian Rendah ini masih perlu mengawasi kerja Pembantu Pertanian Rendah.

Jadual yang dilampirkan menunjukkan keperluan potensi negeri berkenaan dengan Pembantu
Pertanian Rendah dan kakitangan sekarang. Mereka yang baru ini diperlukan tiga tahun untuk
melatih Pembantu Pertanian Rendah dan oleh kerananya, keperluan atau keperluan potensi di
mana-mana kawasan tertentu harus dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum keperluan sebenar
diingini. Sekalipun program yang disarankan perlu diikuti pada tahun 1962 sebelum Perak dapat
dikatakan mempunyai pekerja yang secukupnya mengikut perkembangan dan standart pertanian
hari ini.
Jawatan yang dicadangkan yang harus diisi pada tahun 1956 adalah:
i) Untuk menangani masalah penyakit merah di Semanggol.
ii) Oleh kerana ini adalah kawasan koko masa depan, peluasan akan dapat dilakukan pada
tahun 1956 di Ijok.
iii) Untuk kerja lanjutan padi di padi di Bukit Gantang. Kawasan tindak balas utama.
iv) Diharapkan pembangunan skala besar di Manong. Skim Khas Berjimat Khas kini
dimuktamadkan. Sekolah Ladang.
v) Kawasan yang diabaikan di Lambor.
vi) Kawasan Cina baru lebih dari 2000 ekar di Changkat Jong.

Anda mungkin juga menyukai