Anda di halaman 1dari 6

3.

0 GERAKAN PENENTANGAN RAKYAT FILIPINA TERHADAP SEPANYOL

PADA ABAD KE-19

Gerakan pertama adalah pemberontakan menentang kelakuan kasar orang-orang

Sepanyol yang dipimpin oleh orang-orang yang merasakan dirinya diperlakukan

dengan tidak adil. Pemberontakan yang terawal terhadap Sepanyol ialah

Pemberontakan Basi yang berlaku di Iilacandia pada tahun 1807 pemberontakan

basi. pada tahun 1823 pula bala tentera Filipina memberontak kerana diskriminasi

bangsa dalam tentera. Mereka hampir-hampir berjaya menawan Manila, kejadian ini

dikenali Dahagi Novales. Pada 1840 berlakunya pemberontakan Tayabas yang

dilancarkan oleh paderi Apolinaria de La Cruz. Pemberontakan ini disebabkan oleh

diskriminasi bangsa dalam golongan paderi. Ini menunjukkan bahawa rakyat Filipina

tidak puas hati dengan pemerintahan Sepanyol.

Peringkat kedua pula adalah gerakan pembaharuan tahun 1872-1896 dan akhir

sekali pemberontakan hebat dalam tahun 1896. Gerakan kedua ini berlaku kesan

hukuman bunuh yang dilaksanakan terhadap tiga orang paderi Filipina yang mati

dicekik pada tahun 1872. Kesan daripada fenomena ini maka, ia telah mempengaruhi

Paciano Mercado dan Jose Rizal dan membentuk satu pakatan yang erat bagi

melancarkan tujuan-tujuan kebangsaan mereka. Mereka menyebarkan propoganda

tentang keadaan sebenar di Filipina dan mereka mengemukan beberapa tuntutan

seperti kebebasan bersuara, persamaan bagi bangsa Filipina dengan orang Sepanyol

disisi undang-undang, Filipina hendak menjadi wilayah, dan penghapusan golongan

paderi. Dalam tahun 1872, telah berlaku satu pemberontakan tentera Filipina

berlaku di Cavite, kira-kira 200 orang askar telah bangun memberontak secara

terbuka. Mereka menentang kerana tidak puas hati terhadap pengecualian cukai. 1
1
Pemberontakan ini dipatahkan dengan kejam oleh Sepanyol. Kesannya 3 orang paderi telah dijatuhkan
hukuman bunuh iaitu paderi-paderi Burgos, Gomez dan Zamora. Tetapi pembunuhan mereka telah
membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat Filipina. Tahun 1882 hingga 1896
Di sinilah bermulanya peranan golongan intelek dalam membentuk sistem politik

dengan acuan sendiri . Liga Filipina dihidupkan semula oleh Don Domingo Franco

Andres Bonifacio, tujuannya ialah untuk menyokong La Solidaridad, mengumpulkan

wang untuk menerbitkan majalah dan memaksa kerajaan melaksanakan

pembaharuan. Namun Liga ini terpaksa digubal. Lantaran itu Bonifacio dan Emilio

Jacinto menerbitkan kalayaan (kemerdekaan) supaya rakyat bangun memberontak.

Kebanyakan mereka ádalah golongan petani. Pemberontakan ini akhirnya terbongkar

dan ramai yang ditangkap. Sebenarnya Jose Rizal tidak bersetuju pelaksanaan

pemberontakan tersebut kerana senjata terlalu sedikit, wang pun sedikit untuk

membeli senjata dan anggotanya tidak berdisiplin. Kekalahan ini menyebabkan Jose

Rizal dihulum bunuh secara ditembak pada 30 Disember 1896 tanpa disoal selidik

terlebih dahulu. Justeru itu, maka berlakulah satu pemberontakan untuk menentang

Sepanyol. Katipunan mengadakan pertemuan sekali lagi pada 12 Mac 1897. Emilio

Aguinaldo dilantik sebagai presiden, Marciano Trias sebagai Naib Presiden dan

Bonifacio sebagai setiausaha. Bonifacio ini rasa terhina kerana dibantah akan

perlantikan itu, lalu dia menarik diri. Lantaran itu Bonifacio telah dibunuh dan

dipersetujui oleh Aguinaldo kerana pemberontakan akan menjadi lebih buruk selagi

beliau masih hidup.

Pada 12 Jun 1898 sebuah kerajaan revolusi telah mengisytiharkan Filipina

bebas dari Sepanyol. Mereka berjaya sebab mereka telah mendapat sokongan

daripada Amerika. Namun begitu Amerika telah menyerang Manila pada 13 Ogos

1898 dan mereka melarang orang-orang Filipina memasuki Manila. Pejuang-pejuang

kemerdekaan Filipina telah ditipu dan cuba menyerang Amerika tetapi mereka tidak

berjaya, hal ini kerana golongan berpendidikan menyokong Amerika. 2 Selepas

Amerika menguasai Filipina, dari segi ekonomi telah berlaku hubungan antara kedua-
merupakan permulaan adanya Gerakan Propaganda.
2
Gilbert Khoo, Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500, Fajar Bakti, Kuala Lumpur : 1971, hlm, 204.
dua negara seperti pertukaran barangan yang tidak dikenakan cukai menyebabkan

Filipina memperhebatkan usaha untuk mengeluarkan barangan tempatan. Keluaran

ini diesport dan bersaing dengan barang-barang keluaran Amerika dan perdagangan

bebas dengan negara lain masih diperlukan bagi menjamin kestabilan ekonomi

Filipina.3

3
Ibid, hlm, 211.
4.3 DUA GERAKAN NASIONALISME

Terdapat dua gerakan nasionalisme di Filipina mengikut peringkat, iaitu


Companerismo yang bermaksud persahabatan dan merupakan gerakan nasional
yang pertama di Filipina yang lahir pada tahun 1880, tujuannya adalah
mengusahakan pendidikan yang patriotik. Sementara pula, Liga Filipina telah
ditubuhkan oleh Jose Rizal pada tahun 1982 yang berlanjutan daripada gerakan
Companerismo. Tujuannya adalah untuk mempersatukan Filipina dalam menentang
penjajah Sepanyol. Beliau merupakan pelopor kemerdekaan dan pahlawan nasional
Filipina, seorang doktor, ahli sastera dan pernah mengunjungi Sepanyol, Perancis,
Jerman, dan Inggeris. Beliau menulis buku yang terkenal dan menggemparkan
pemerintah kolonial Spanyol di Filipina. Judul bukunya adalah ‘Noli metangere’, yang
bermaksud jangan menyinggung saya. Isi buku itu mengkritik pedas penguasaan
greja dan pemerintah kolonial. Akhirnya, beliau ditangkap dan diasingkan. Para
pemimpin gerakan kemerdekaan, Jose Rizal diasingkan menganggap bahawa dengan
jalan diplomatik adalah susah untuk memperoleh kemerdekaan.
Untuk itu mereka melaksanakan jalan pemberontakan bersenjata. Pada tahun
1893, Andres Banifacio mendirikan pasukan gerakan nasionalis untuk melawan
penjajah Sepanyol. Pergerakan kebangsaan di Filipina meletus dalam bentuk
pemberontakan terhadap kekuasaan Sepanyol sejak tahun 1896 yang dipinpin oleh
Jose Rizal, namun pemberontakan itu gagal. Andres Banifacio kemudian memimpin
gerakan rahsia, iaitu Liga Filipina dan mengakibatkan Jose Rizal ditangkap dan
dijatuhi hukuman mati pada tanggal 30 Disember 1896. Kematian Jose Rizal
menimbulkan kemarahan rakyat Filipina untuk mengusir Sepanyol. Hal ini terbukti
sejak tahun 1896 pemberontakan rakyat melawan penjajah Spanyol, dilanjutkan oleh
Euriho Aqwnaldo yang terus berkobar. Pemerintah Sepanyol tidak berjaya
menindasnya malahan pemberontakan semakin besar dan akhirnya Sepanyol
mengadakan perjanjian dengan Filipina, iaitu Perjanjian Biacna Bato (1897), dengan
Aqwnaldo, yang mengatakan Sepanyol berjanji akan mengadakan pembaikan
pemerintahan dalam 3 tahun.
Namun, Aqwnaldo dan kawan-kawan harus meninggalkan Filipina untuk menuju
ke Hong Kong ternyata setelah ia meninggalkan Filipina maka perjuangan melawan
penjajah berhenti. Bahkan di saat peperangan dalam perebutan daerah koloni di
sekitar Carribean Sea antara Amerika dan Sepanyol tahun 1898 dan ini Sepanyol
memberi fokus terhadap peperangan itu. Melihat keadaan ini, Euriho Aqwnaldo
mengambil kesempatan kembali ke Filipina dan terus mengisytiharkan Filipina
sebagai negara merdeka pada 12 Jun 1898. Beliau akhirnya terus membuat
kerjasama dengan AS untuk melawan Sepanyol, walaupun muslihatnya Amerika
Syarikat (AS) ingin menjajah Filipina dan kemudiannya seluruh pasukan
menggempur tentera kolonial Sepanyol. Akhirnya, Sepanyol berundur dan pada 13
Ogos 1898, Manila jatuh. Sementara itu, Amerika yang memperoleh kemenangan ke
atas Sepanyol dalam peperangan dengan membuat perjanjian perdamaian Paris
pada 10 Disember 1898. Sepanyol menyerahkan Filipina kepada AS, dengan
menerima wang sebanyak $20,000,000.
Penjajah Sepanyol akhirnya pergi dari Filipina.

Terdapat dua faktor yang menyebabkan golongan elit menentang kerajaan

sepanyol iaitu faktor dalaman negeri, dalam faktor dalaman ini Sepanyol telah

berjaya menyatukan masyarakat Filipina melalui agama kristian katolik dan bahasa

Sepanyol. Lantaran itu semangat nasionalisme lahir akibat pendidikan yang diterima

di barat. Seterusnya mereka membentuk golongan elit seperti Jose Rizal, Emilio

Aguinaldo, Andre Bonifacio dan sebagainya. Mereka bangkit akibat penyalahgunaan

kuasa oleh golongan paderi dalam pentadbiran di Filipina, mereka mengamalkan

rasuah dan memeras penduduk menjadi buruh paksa. Justeru itu Dela Tore telah

menyebarkan fahaman liberal seterusnya lahir semangat nasionalisme. Faktor luaran

pula adalah berlakunya revolusi Amerika Syarikat (1776), Perancis (1789) dan

Mexico (1826). Selain itu juga dengan pembukaan Terusan suez (1869), ramai

pelajar belajar di Barat, maka berlakunya pertembungan dengan konsep demokrasi.

Dengan pendedahan dalam sistem pemerintahan negara lain telah mendedahkan

mereka untuk anti penjajahan dan republik dan lahirlah satu pembaharuan atau

gerakan propaganda.

Anda mungkin juga menyukai