Anda di halaman 1dari 13

Pelan pembangunan dan kerjaya

1.0 Pengenalan
Menurut Greenhouse, pembangunan kerjaya didefinisikan sebagai satu proses yang
melibatkan pergerakan individu melalui beberapa peringkat kehidupan, dan setiap
peringkat mempunyai isu, tema, dan tugasnya yang tersendiri. Bagi membentuk
pembangunan kerjaya, setiap individu perlu melibatkan diri dalam dua perkara yang
penting, iaitu perancangan dan pengurusan kerjaya.
Pelan adalah sesuatu dokumen perancangan pada masa kelak. Ia penting
dalam membuat perancangan tindakan untuk mencapai sesuatu matlamat. Dalam
profesion keguruan, kementerian amat mengambil berat terhadap Pembangunan
Profesionalisme Berterusan untuk meningkatkan kompetensi dan prestasi guru demi
menhadapi cabaran dalam pendidikan (KPM, 2016).
Untuk meyedia pelan pembangunan dan kerjaya, saya telah menerapkan
teori Trotter (1986) dan tangga kerjaya guru dalam Pelan Induk Pembangunan
Profesion Keguruan (PIPPK) bagi memudahkan saya merancangkannya.
2.0 Pelan
2.1. Grafik

Pemikir
strategik
Peneraju (DG54)
perubahan
Pembimbing (DG52)
dan Mentor
3
Penggerak (DG 48)
3
(DG 44) 6
Pelaksana
8 3/ 4
(DG 41)
4/6
8
5+1

Guru
Pakar
Guru
pakar
Guru Guru
mahir
Guru SISC+
10 tahun Guru
cekap
Guru ketas SISC+
novis 5-10 tahun
Guru Guru
lanjutan
novis SISC+
3-5 tahun
1-3 tahun

Menabung
Melanjutkan
untuk
pelajaran part-
menlanjutkan
time master
pelajaran

Rajah 1 adalah tangga kerjaya profesion keguruan berdasarkan tangga kerjaya Pelan
Induk Pembangunan Profesion Keguruan (KPM, 2016) dan diadaptasikan dengan 5
peringkat guru dalam teori pembangunan guru Trotter (1986) (Asas Kepimpinan Dan
Perkembangan Profesionalisme Guru Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP), 2015).
2.2. Huraian
2.2.1. Guru Pelaksana
2.2.1.1. Guru permulaan
Merujuk kepada teori Trotter (1986), saya akan melangkah masuk ke alam sekolah
sebagai guru permulaan (KPM,2016). Pada pringkat ini, saya perlu berusaha untuk
melaksanakan tanggungjawab saya supaya disahkan jawatan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran sebagai Pengawai Perkhidmatan Pelajaran(SPP, 2018).
Berdasarkan teori Trotter (1986), guru permulaan adalah belum mencapai
tahap yang dikehendaki pihak sekolah. Semasa mengajar, mereka kurang yakin
dalam kawalan kelas. Oleh itu, mereka perlulan berusaha mempelajari cara
mengajar daripada guru senior.
Dengan itu, KPM telah menyediakan beberapa program untuk melatihkan
guru tersebut supaya dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dalam organisasi
sekolah, iaitu sebagai pelaksana.

Rajah 2 Peta Laluan Latihan


Rajah 3 Pembangunan Profesion Berterusan

Berdasarkan Peta Laluan Latihan dalam PIPPK, guru diwajibkan untuk


menghadiri program yang setimpal dengan gred mereka. Saya sebagai guru
permulaan yang berada dalam DG 41 boleh menghadiri program seperti Program
Pembangunan Guru Baharu (PPGB). Dengan program sedemikian, guru permulaan
dapat dilatih supaya dapat lebih mudah menyesuaikan diri dengan alam
persekolahan dan menyedari tanggungjawab berkenaan diri sendiri.

2.2.1.2. Guru novis lanjutan


Setelah tiga tahun berkhidmat sebagai guru, saya akan melangkah masuk
sebagai guru novis lanjutan dengan gred DG 41.
Pada peringkat ini, saya merancang untuk melanjutkan pelajaran master
secara part-time setelah mencapai DG44. Oleh itu, saya perlu membuat persediaan
dari pelbagai aspek,terutama dari aspek kewangan. Saya memilih mod part-time
disebabkan hal ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian mengenai
permasalah semasa PdP. Menurut Norhailmi Abdul Mutalib (2017), penyelidikan
tindakan adalah salah satu langkah untuk memohon menjadi guru cemerlang. Oleh
itu, saya perlu berusaha menguasai dan berprestasi cemerlang dalam bidang mata
pelajaran saya, serta menjalankan satu kajian tindakan sebagai persediaan untuk
memohon menjadi guru cemerlang.
Berdasarkan teori Trotter (1986), guru novis lanjutan merujuk kepada guru
yang telah menambah dan mampu mengadaptasikan kefahaman konsep dan prinsip
berkaitan PdP. Guru pada peringkat ini telah ada pengalaman awal kepada amalan
bilik darjah. Mereka telah mampu memainkan peranan mereka sebagai pelaksana
dalam organisasi sekolah. Namun, bimbingan guru mentor masih diperlukan supaya
mereka dapat mengekalkan minat dan motivasi mereka sebagai guru.
Berdasarkan peta laluan latihan dalam PIPPK, guru pada peringkat DG 41, iaitu
sebagai pelaksana perlu melengkapkan diri dengan kemahiran PdP. Dengan itu,
program yang berkenaan seperti program PBS, program KBAT, dan seminar
disediakan bagi menyediakan guru dengan alam pendidikan. Dengan program
sedemikian, pengetahuan yang diperoleh dapat dilaksanankan semasa PdP bagi
melahirkan murid yang berkompetensi.

2.2.2. Penggerak
2.2.2.1. Guru cekap
Setelah lima tahun berkhidmat sebagai guru, saya telahpun dapat melaksanakan
tanggungjawab saya sebagai pelaksana dalam organisasi sekolah.
Menurut Trotter (1986), guru telah dikatakan cekap setelah berkhidmat
sebanyak lima tahun. Mereka telah berpengalaman dan mampu menyelesaikan
masalah PdP dengan cekap, dengan menggunakan pelbagai strategi pengajaran
serta mampu menyesuaikannya mengikut keperluan murid. Pada peringkat ini, saya
merancang untuk memohon sebagai guru cemerlang dalam subjek sains semasa
saya masih bergred DG 41. Berdasarkan carta laluan kerjaya guru cemerlang, guru
DG 41 yang hendak memohon menjadi guru cemerlang perlu berkhidmat sekurang-
kurangnya lima tahun, termasuk tiga tahun terakhir mengajar subjek yang pakar
(KPM, 2009).
Setelah berjaya, saya akan cuba memohon untuk melanjutkan pelajaran
dalam master pendidikan. Hal ini dapat melengkapkan pengetahuan saya dalam
pengajaran disamping menaikkan peringkat ijazah saya disamping merebut peluang
untuk memperluaskan pengalaman diri dalam bidang pendidikan.
Setelah mencapai DG 44, peranan saya akan dinaikkan menjadi penggerak.
Pada peringkat ini, guru tersebut telah boleh melaksanakan tugas
dantanguangjawab dengan cekap, iaitu dengan penyeliaan dan bimbingan yang
minima serta mampu menyelesaikan maslah. Namun, guru pada peringkat ini juga
perlu melengkapkan diri masih perlu melengkapkandiri dengan kemahiran PdP.
Berdasarkan Peta Laluan Latihan dalam PIPPK, guru pada peringkap ini
boleh menghadiri diri dalam program mengenai perubahan baharu dalam
pendidikan, E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA), menjalani penyelidikan, serta
persidangan mengenai kemahiran PdP terkini. Dengan program tersebut, guru dapat
diberi pendedahan mengenai pedagogi terbaharu, perubahan dalam pendidikan dan
juga strategi melaksanakan dalam pendidikan.

2.2.2.2. Guru mahir


Setelah saya berkhidmat melebihi 10 tahun dalam bidang pendidikan, saya
dikatakan guru yang mahir dalam bidang pendidikan. Pada mula peringkat ini, saya
masih dibawah gred gred DG 44, iaitu sebagai penggerak. Pada peringkat ini, saya
pun juga dapt melaksanakan tanggungjawab diri sebagai penggerak dalam
organisasi sekolah.
Menurut teori Trotter (1986), guru yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun
dalam bidang pendidikan dikatakan guru yang mahir. Mereka telah dijadikan sebagai
teladan dalam profesionya, iaitu keguruan. Mereka juga dianggap sebagai yang
terbaik dalam bidang mereka. Pada peringkat ini, saya juga merancang untuk
menjadi guru yang mahir dalam pendidikan Sains di sekolah dahulu,iaitu sebagai
guru panitia Sains.
Seteleh empat tahun tertakluk dalam gred DG 44, iatiu penggerak, saya
merancang untuk memohon lagi sebagai guru cemerlang dalam bidang Sains.
Sekiranya berjaya, saya akan melangkah daripada gred DG 44 kepada DG 48, iaitu
sebagai pembimbing dan mentor (KPM,2016).

2.2.3. Pembimbing dan mentor


2.2.3.1. Guru mahir

Rajah 4 Peranan dan Tanggungjawab Pegawai Perkhidmatan Pendidikan


Setelah melangkah masuk ke gred DG48, iaitu sebagai pembimbing dan mentor,
guru tersebut perlu mempunyai pengetahuan yang luas, mampu menyelia dan
membimbing, serta berkebolehan melakukan educated guess masalah organisasi
yang mungkin timbul, seterusnya melakukan pencegahan terhadap masalah
tersebut.

Pada peringkat ini, saya merancang untuk menjadi guru yang juga mahir di
setempat,iaitu sebagai guru SISC+. disamping itu,saya juga akan bertindak sebagai
guru mentor bagi guru yang baru melangkah masuk ke sekolah.
Untuk menyediakan guru yang dapat memikul tanggungjawab sebagai
pembimbing dan mentor, KPM telah menyediakan beberapa program. Berdasarkan
Peta Laluan Latihan dalam PPPK, guru pada peringkat tersebut perlu dilatih dari
segi kemahiran PdP, kepimpinan dan kepakaran pendidikan. Untuk menjadi
seorang guru yang bersifatpembimbingdan mentor, saya akan menghadiri program
yang disediakan bagi melengkapkan pengetahuan saya terhadap pelaksaaan tugas
saya.

2.2.3.2. Guru pakar


Menurut teori Trotter (1986), guru pakar adalah guru yang ideanya mampu
mempengaruhi polisi pegendalian bilik darjah. Hal ini kerana mereka mampu
menjana idea baharu dalam bidang dan sanggup berkongsi idea tersebut untuk
meningkatkan mutu pendidikan Negara.
Menurut KPM (2016), guru peneraju perubahan adalah dibawah DG52. Pada
peringkat ini, saya merancang untuk meneruskan sebagai guru SISC+ yang selaras
dengan peranannya, iaitu sebagai pakar rujuk, mentor dan pembimbing serta
berkenbolehan merancang dan melaksanakan penambahbaikkan yang berterusan
dalam bidang saya. Dengan ini, saya daapat memberi sumbangan dalam menjana
idea baharu dalam PdPc.
Untuk melengkapkan kemahiran diri,saya memilih untuk menfokuskan
kepada latihan dalam aspek PdP dan kepakaran berbanding dengan kepimpinan.
Dengan program tersebut, KPM dapat menyediakan guru pada peringkay tersebut
yang memang dapat dijadikan peneraju perubahan yangmemberi sumbangan dalam
pedagogi dan PdPc.

3.0 Penutup
Pelan pembangunan dan kerjaya adalah penting kepada setiap kerjaya,
sebergitu juga dengan guru. Dengan adanya pelan tersebut, guru tersebut dapat
merancang hala tuju mereka pada masa depan, dengan menetapkan target masa
pendek bagi setiap peringkat. Selain daripada merancang, individu tersebut juga perlu
melaksanakan setiap langkah yang dirangcang, serta membuat refleksi semasa
dijalankan supaya dapat mencari penyelesaian untuk mencapai target. Dengan adanya
pelan tersebut, saya akan melakukan setiap langkahbagi memastikan target terakhir
tercapaiseperti yang dirangcangkan.
Sekian, terima kasih.
Rujukan

KPM. (2009). Taklimat mengenai Laluan Kerjaya PPPS dan PPPLD di KPM.
https://www.moe.gov.my/muat-turun/lain-lain/laluan-kerjaya/335-taklimat-kepada-ppps-
dan-pppld-ringkasan/file

KPM. (2016). Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme keguruan.


Retrieved from https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/1249-
dokumen-awal-pelan-induk-pembangunan-profesionalisme-keguruan/file

Norhailmi Abdul Mutalib. (2017). Jadi Guru Cemerlang DG48 Dalam Tempoh 11 Tahun
Pendidik. Retrieved from https://www.pendidik.com.my/2017/07/06/jadi-guru-
cemerlang-dg48-dalam-tempoh-11-tahun/

SPP. (2018). Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran - Pengesahan Dalam


Perkhidmatan. Retrieved from https://www.spp.gov.my/ms/penjawat-awam/panduan-
perkhidmatan/panduan-urusan-pengesahan-dalam-perkhidmatan/660-pengesahan-
dalam-perkhidmatan

Muhammad Shamsul Naim Sukri. (2015). Asas Kepimpinan dan Perkembangan


Profesionalisme Guru untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP),
Retrieved from
https://www.academia.edu/9810006/Asas_Kepimpinan_dan_Perkembangan_Profesion
alisme_Guru_untuk_Program_Ijazah_Sarjana_Muda_Perguruan_PISMP_
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai