Anda di halaman 1dari 15

1.

0 - PENGENALAN

Profesion keguruan adalah salah satu bidang terpenting di dalam membina


sesebuah tamadun bangsa. Ini adalah kerana bidang ini menitik beratkan konsep
memanusiakan manusia. Bermula dengan memberi maklumat sehinggalah dapat
melahirkan seorang manusia yang kreatif dan kritis dalam menghadapi kehidupan dan
cabaran yang sebenar. Pembinaan negara bangsa merupakan suatu asas yang
disandarkan bagi menggapai kelangsungan taraf negara maju. Melalui konsep ini,
sesebuah negara akan menjadi lebih kuat dengan corak mentaliti dan kesepaduan yang
ada dalam diri masyarakat tersebut.

Sistem pendidikan merupakan medium yang terbaik untuk digunakan bagi


merealisasikan impian ini. Hal ini demikian kerana pendidikan merupakan asas transisi
kepada penghasilan modal insan untuk memacu ke arah pembinaan negara. Tanpa
pendidikan, proses pembinaan negara yang diimpikan tidak akan tercapai dengan
jayanya. Dalam konteks pembinaan negara bangsa, pendidikan merupakan satu
pendekatan yang terbaik bagi memastikan perencanaan konsep negara bangsa itu
menjadi satu kenyataan. Dalam hal ini, negara memerlukan pendidik yang seimbang dari
setiap aspek seperti jasmani, rohani, emosi dan intelektual.

Seperti yang kita maklum, negara Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri
daripada komuniti yang berbeza adat dan bangsa. Bukan mudah untuk menjadikan
negara berbilang bangsa ini mempunyai kesatuan yang utuh dalam membangunkan
minda pasca merdeka. Untuk mengekalkan kesepaduan berbilang kaum ini, kerajaan
telah memperkenalkan satu mekanisme yang memperkuatkan hubungan ini dengan
memperkenalkan Integrasi Nasional.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, integrasi didefinisikan sebagai penggabungan


dua atau beberapa kaum untuk menjadi satu kesatuan, manakala nasional diertikan
sebagai yang berkaitan dengan bangsa sendiri mahupun identiti. Menurut Nadzan Haron
dan Rozeman Abu Hassan (2010), integrasi bermaksud satu proses sosiobudaya dan
sosiopolitik untuk mewujudkan jati diri kebangsaan yang diterima oleh semua rakyat
walaupun berbeza dari segi rumpun bangsa, bahasa agama dan budaya.Maka Integrasi
Nasional pula membawa maksud satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok
etnik dalam masyarakat melalui pengenalan atau pengwujudan satu identiti yang sama.

1
Pada tahun 2006, Jabatan Perdana Menteri telah mengetengahkan dasar perpaduan dan
integrasi nasional dalam Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional (2006-2010)
yang bertujuan untuk memperkukuh lagi perpaduan dan integrasi nasional di kalangan
masyarakat. Pelan tersebut merangkumi falsafah perpaduan dan integrasi nasional
dengan merujuk dasar-dasar Kerajaan yang ada dan berteraskan Perlembagaan, Rukun
Negara dan Wawasan 2020

2.0 – KEPENTINGAN INTEGRASI NASIONAL.

2.1 – MEMUPUK DAN MEMPERTINGKATKAN PERPADUAN MASYARAKAT

Perpaduan dan integrasi nasional merupakan satu proses dinamik di mana rakyat
daripada pelbagai kaum dan etnik yang berbeza sosio-budaya, agama, adat resam,
wilayah dapat hidup dalam suasana aman damai yang berteraskan kepada
persefahaman, penghayatan kepada Perlembagaan serta menjadikan Rukun Negara
sebagai teras budaya dan gaya hidup. Ia juga satu proses untuk mengukuhkan jalinan
inter dan intra kaum dan etnik di negara ini. Mengapakah integrasi nasional amat penting
dalam perpaduan? Hal ini kerana, definisi integrasi itu sendiri yang membawa maksud
kesatuan dan penggabungan.

Maka sesebuah negara perlu untuk mempunyai satu hadaf mahupun tujuan yang
satu ke arah melestarikan hidup bermasyarakat yang berbilang kaum dan etnik seperti
Melayu, Cina, India, Bidayuh mahupun Bajau. Melalui cara seperti mengadakan rumah
terbuka setiap perayaan yang disambut di Malaysia sebenarnya adalah salah satu kunci
perpaduan. Daripada amalan ziarah – menziarahi, masyarakat dapat mengetahui adat
resam sesuatu masyarakat dan cara pemikiran di samping mengeratkan hubungan
ukhuwwah sesama bangsa. Jika kita mengabaikan perpaduan terutama di negara yang
berbilang agama dan bangsa, justeru peristiwa berdarah 13 Mei 1969 pasti akan berulang
kembali.

George Santayana, sarjana Barat mengatakan bahawa “Those who do not


remember the past are condemned to repeat it ” .Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah
rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Negara
menghadapi pelbagai dugaan pada fasa awal pascakemerdekaan. Politik, sosial dan
ekonomi secara umumnya masih belum stabil. Apa yang boleh disimpulkan adalah pada

2
ketika itu perhubungan antara kaum umpama api dalam sekam; sedikit pergeseran
mampu mencetuskan pertelingkahan besar. Apabila satu kaum menyinggung kaum yang
lain, maka terccetuslah pertelingkahan besar seperti peristiwa 13 Mei di Kuala Lumpur.
Tarikh di mana mencetuskan sejarah paling hitam negara bermula apabila timbul
perasaan bongkak satu kaum kerana memenangi kerusi pilihan raya. Setelah peristiwa
13 Mei ,telah tamatnya proses perpaduan negara atas prinsip asimilasi dan proses
membina negara yang bersatu padu dilaksanakan atas prinsip integrasi nasional. Oleh
yang demikian, sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah belajar mengambil ibrah dan
pengajaran daripada sejarah-sejarah silam.

2.2 – MEMELIHARA SOSIOEKONOMI NEGARA

Perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi
peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang
halangan. Setiap golongan etnik diberi kebebasan untuk menceburi bidang ekonomi
kerana mereka adalah rakyat Malaysia. Maka, mengapa harus disekat kebebasan
menjalankan ekonomi seperti mana yang pernah dilakukan oleh penjajah British sebelum
era kemerdekaan dengan menetapkan status dan peranan sosioekonomi yang berlainan
bagi kaum Melayu, India dan Cina.

Contohnya golongan bangsawan Melayu diberikan jawatan dan kedudukan yang


tinggi dalam perkhidmatan awam sementara orang Melayu kebanyakkannya digalakkan
terus menetap di kawasan luar bandar. Orang cina dikawasan lombong dan di bandar
manakala orang India mengusahakan lading-ladang getah. Impaknya, komunikasi proses
interaksi menjadi terhad pada zaman itu serta mewujudkan jurang pendapatan yang tidak
seimbang di antara kaum. Tidak dapat dinafikan suasana sosioekonomi ini telah
mengancam proses pembinaan perpaduan negara kerana menimbulkan ketidakpuasan
hati antara kaum.

Melalui integrasi nasional, semua etnik boleh menjalankan ekonomi tanpa ada
sebarang spesifikasi dan penetapan. Oleh yang demikian, dengan adanya konsep
perpaduan melalui pertukaran idea pemasaran mahupun jual beli mampu untuk menjana
ekonomi negara kita. Akhirnya,dengan berbekalkan perpaduan integrasi 1 Malaysia ini,
dapat menjana ekonomi negara Malaysia dengan pelaburan dari pelbagai bidang. Ini
kerana, konsep perpaduan mampu memberikan impak positif dalam perkembangan

3
ekonomi. Sebagai bukti, Felda Global Ventures Holding (FGV) adalah syarikat minyak
sawit ketiga terbesar di dunia dari segi keluasan, manakala IHH Healthcare Bhd.(IHH)
pula pengendali hospital terbesar di Asia. Antara salah satu faktor kejayaan ekonomi
negara itu juga adalah hasil daripada kesungguhan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
usahawan, graduan sehingga pekerja dalam industri-industri utama atas sumbangan
mereka serta pengawasan ekonomi yang mantap oleh pihak kerajaan, khususnya melalui
pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

2.3 – MENJAGA KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN NEGARA

Kehidupan masyarakat di Malaysia disinonimkan dengan peribahasa ‘bagai aur dengan


tebing’. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum, namun semangat tolong-
menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara.
Perpaduan integrasi nasional merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa integrasi
, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati. Kepentingan integrasi dapat menjadikan
negara Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum merdeka, pelbagai
ranjau berduri yang telah dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan.
Hasil integrasi perpaduan, Tanah Melayu ketika itu sama-sama berganding bahu
menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Implikasinya, masyarakat pada hari ini hidup harmoni tanpa gangguan dan
kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada nenek
moyang. Oleh yang demikian, kita haruslah berusaha untuk bersatu padu agar dapat
bersatu menentang penjajah daripada menjajah negara kita. Usahlah kita berpaling taat
setia kepada negara sendiri sebagaimana Si Kitol yang telah menjadi tali barut kepada
penjajah dengan membocorkan rahsia pihak Orang Melayu. Justeru, dalam usaha untuk
merealisasikan integrasi perpaduan agar menjadi realiti, maka kita perlu lebih banyak
melahirkan tokoh-tokoh seperti Tun Tan Siew Sin (bekas MCA) dan Tun Sambathan
(bekas MIC) dan yang bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati
kedudukan istimewa orang Melayu. Dalam masa yang sama, bekerjasama bersatu kearah
mencapai gagasan Malaysia bersama-sama pemimpin orang Melayu, Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj. Melalui kerjasama tokoh-tokoh tersebut akhirnya mampu untuk
menjaga keselamatan dan ketenteraman negara daripada ditakluk oleh negara luar dan
kesepaduan kaum terjamin.

4
2.4 – MEREALISASIKAN WAWASAN 2020

Wawasan 2020 (W2020) telah diperkenalkan dengan objektif untuk menjadi negara maju
menjelang tahun 2020 dengan acuan sendiri. W2020 menggariskan hala tuju untuk
mencapai status negara maju. Berakar umbikan semangat perpaduan, konsep negara
bangsa cuba direalisasikan melalui Wawasan 2020 yang mengimpikan Malaysia
berstatus negara maju pada tahun 2020. Hal ini merujuk kepada buah fikiran yang
diutarakan oleh mantan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam
pembentangan kertas kerja beliau yang bertajuk, Malaysia: Melangkah ke Hadapan, pada
28 Febuari 1991. Matlamat utama pembinaan negara bangsa adalah mencapai status
negara maju pada tahun 2020. Bagi mencapai matlamat ini, masyarakat harus sedar
bahawa perpaduan adalah teras utama yang menunjangi konsep ini.

Oleh sebab itu, pelbagai aspek perlu diberikan penekanan khususnya yang
berkaitan dengan semangat perpaduan kerana tanpa kesepakatan dan permuafakatan
dalam kalangan masyarakat, sudah pasti hasrat mencapai taraf negara maju menemui
jalan buntu. Sekiranya komuniti hari ini mampu bersatu hati dalam semua perkara, maka
usaha untuk memajukan negara menjadi semakin mudah. Hal ini demikian kerana
kekuatan sesebuah negara bukan sahaja bergantung kepada struktur pentadbirannya
semata-mata tetapi ia turut dinilai melalui kekuatan moral yang dimiliki oleh sesebuah
masyarakat yang mendiami di dalam sesebuah negara tersebut. Oleh hal yang demikian,
masyarakat harus bersedia untuk berfikiran liberal dengan melihat setiap perangkaan
yang dirancang oleh pihak kerajaan adalah demi kebaikan bersama.

Kesepaduan dan pemuafakatan yang terjalin dalam kalangan sejagat akan


memudahkan misi dan visi untuk mencapai taraf negara maju yang hanya tinggal satu
dekad sahaja lagi sebelum tempoh yang ditetapkan dalam wawasan 2020 terlaksana.
Oleh sebab itu, Tun Dr. Mahathir turut meletakkan asas untuk mencapai impian ini perlu
dilihat melalui kesanggupan dan kesediaan masyarakat dalam membentuk generasi yang
liberal dan bertolak-ansur serta bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan agama
masing-masing.

5
2.5 – MEMELIHARA DAN MEMULIHARA BUDAYA

Kepentingan integrasi nasional seterusnya adalah memelihara dan memulihara budaya


yang mampu mewujudkan kesefahaman antara sesama kaum. Pengwujudan
kesefahaman amat penting agar tidak berlaku sebarang perlekehan atau persendaan
yang akhirnya diakhiri dengan persengketaan dan perpecahan kaum. Setiap masyarakat
di Malaysia haruslah mempelajari budaya dan adat etnik yang terdapat di Malaysia
supaya kita benar-benar memahami budaya mereka. Antara cara untuk mengenali adat
budaya masyarakat adalah dengan bergaul dengan masyarakat berbilang kaum mahupun
menghadiri ke majlis perayaan setiap etnik sebagai tanda menghormati dan meraikan
perayaan mereka.

Hakikatnya Malaysia adalah tempat pelancongan yang paling digemari oleh para
pelancong kerana mempunyai adat yang sangat unik dan mampu hidup sejahtera tanpa
persengketaan. Tambahan pula, pengetahuan am masyarakat bertambah melalui
pemerhatian serta dapat dipelihara adat dek dimamah usia. Semangat untuk
mempertahankan budaya amat penting kerana budaya adalah aset yang tiada galang
gantinya. Justeru bertepatan dengan pepatah Melayu, ‘ biar mati anak, jangan mati adat’,
adat budaya melambangkan zaman kegemilangan dan warisan masyarakat tersebut yang
telah diperjuangkan oleh nenek moyang mereka.

3.0 – IMPLIKASI TERHADAP PERANAN GURU

3.1 – MEMPERTINGKATKAN DIRI DENGAN ILMU PENGETAHUAN.

Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada

seorang indidvidu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada zaman moden ini,

adalah dipertangunggjawab untuk mmemberi pendidikan dan menghasilkan perubahan

ke atas kendiri muridnya. Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan syarat wajib

seseorang guru yang bertauliah. Untuk memastikan kualiti guru dalam pengajaran dan

pembelajarannya, beberapa sifat dan kriteria guru harus dipenuhi iaitu sikap inkuiri yang

mendorong seseorang guru supaya sentiasa berusaha menambah pengetahuannya.

6
Guru akan selalu menambah, mempelajari dan menyesuaikan diri yang sering berubah-

ubah sama ada daripada kurikulum mahupun kaedah mengajar.

Di samping itu, pengetahuan ikhtisas akan melangkapkan dirinya dengan pelbagai

ilmu pengetahuan seperti psikologi kanak-kanak. Guru yang melengkapkan dirinya

dengan keperluan ini adalah guru yang telah mencapai kualiti professional dalam konteks

pendidikan. Secara tidak langsung, pendidik seperti ini akan sentiasa peka terhadap isu

integrasi perpaduan dan berusaha untuk menerapkannya di dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran (PdP). Justeru, proses mengintegrasikan prinsip kepercayaan kepada

Tuhan dalam semua mata pelajaran yang diajar serta memupuk nilai toleransi dan

kerjasama dalam kalangan pelajar berlaku.

3.2 – PELAKSANAAN RIMUP DI SEKOLAH-SEKOLAH.

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) ialah hasil ilham Perdana Menteri,
Y.A.B Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi pada tahun 1986, ketika beliau menjadi
Menteri Pelajaran Malaysia. Pada peringkat awal, pelaksanaan RIMUP tertumpu pada
peringkat sekolah rendah dan merangkumi pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan sukan
secara bersama oleh pelajar pelbagai kaum. Kefahaman terhadap konsep serta
perancangan aktiviti tidak diberi penekanan secara menyeluruh pada peringkat negeri,
daerah dan sekolah.
KPM telah menggerakkan semula RIMUP dan memberikannya pendekatan yang
lebih segar sebagai salah satu langkah untuk membolehkan pelajar di sekolah yang
majoriti pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja berinteraksi dan bergaul dengan
pelajar pelbagai kaum dari sekolah lain. Konsep pelaksanaan RIMUP telah diperkukuhkan
lagi dengan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, pentadbiran sekolah, guru
dan pelajar dari peringkat sekolah rendah hingga menengah dalam kegiatan khas secara
bersama. Objektif utama RIMUP adalah untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan
murid yang terdiri daripada pelbagai kaum melalui aktiviti terancang.
Program RIMUP mempunyai tiga komponen utama iaitu akademik, kokurikulum dan
sukan, serta e-integrasi dan akan dilaksanakan melalui kegiatan dalam enam bidang

7
berikut. Antaranya adalah aktiviti kesukanan dan permainan serta aktiviti kokurikulum. 1
Murid 1 Sukan (1M1S) adalah salah satu program yang perlu dilaksanakan oleh para
guru. Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk memupuk perpaduan antara kaum dalam
kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan
Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh
kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam
kalangan masyarakat majmuk selama 55 tahun kebelakangan ini. Indikator terbaik ke arah
itu adalah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertoleransi amatlah penting dalam
menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi
juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan
dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini
mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh,
Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan
rakyat Malaysia.

3.3 – MENGGALAKKAN PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN

Sejak mencapai kemerdekaan malah hatta sebelum merdeka lagi bahasa Melayu telah
menjadi bahasa perhubungan sehari-hari antara kaum yang ada di Tanah Melayu pada
ketika itu. Lihat saja paparan watak seperti yang digambarkan oleh Seniman Agung
P.Ramlee lewat filemnya. Watak Apek, Cheti begitu bersahaja menggunakan bahasa
Melayu bukan sahaja dalam bentuk bahasa pasar, malah juga dalam bahasa yang begitu
baik semasa berbual. Inilah jati diri bagi negara ini dan yang perlu dipertahankan sejak
dulu, kini dan selama-lamanya, bukannya mengambil satu bahasa dari negara lain untuk
bersama-sama memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan apatah lagi jika untuk
mengambil alih peranan bahasa Melayu tersebut sebagai bahasa ilmu di samping bahasa
perpaduan. Berdasarkan sejarah negara ini, tidak ada bahasa lain yang lebih layak dan
mampu menjadi bahasa perpaduan selain bahasa Melayu. Bahasa Melayu satu-satunya
bahasa yang benar-benar “merakyat” dari Padang Besar di utara semenanjung ke
Tanjung Piai di selatan Johor.

Untuk mencapai matlamat perpaduan negara melalui sistem pendidikan, Akta


Pendidikan 1961 yang diasaskan daripada Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib
menggariskan tiga asas utama iaitu sistem persekolahan seragam, penggunaan bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum dan peperiksaan sekolah

8
yang sama dari segi kandungannya dan bercorak kebangsaan. KPM telah berusaha
Memperkasakan Bahasa Kebangsaan. Unsur-unsur dan nilai perpaduan dijadikan teras
Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Pendidikan juga dapat memupuk integrasi nasional di sekolah dengan
penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya. Bahasa Melayu perlu diperkayakan sebagai
bahasa ilmu yang lengkap. Usaha ini bukan sahaja meletakkan taraf Bahasa Melayu di
tempat sewajarnya, tetapi dapat membantu merapatkan hubungan antara kaum di
sekolah dengan penggunaan satu bahasa.
Sistem persekolahan sekarang yang memisahkan murid mengikut bahasa
pengantar dan perbezaan kumpulan etnik tidak dapat memainkan peranannya yang
berkesan untuk memupuk perpaduan dan persefahaman dalam kalangan murid. Usaha-
usaha yang gigih harus diambil untuk mengatasi segala bentuk pengasingan dan
pemisahan yang seolah-olah sengaja diadakan. Bahasa Melayu sebagai alat untuk
berinteraksi dapat mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan murid yang terdiri
daripada pelbagai kaum.

3.4 – GURU SEBAGAI AGEN PEMBAHARUAN DAN SOSIAL NEGARA

Menyedari betapa peri pentingnya integrasi nasional dalam negara ini, implikasi kepada
pendidikan terutamanya para guru adalah sebagai agen pembaharuan dan sosial negara.
Agen pembaharuan ialah indidvidu atau seseorang yang berperanan untuk
mempengaruhi atau sasaran perubahan agar mereka mengambil keputusan sesuai
dengan arah yang dikehendakinya. Ia merupakan penghubung antara sumber perubahan
dengan sistem masyarakat yang menjadi target perubahannya.
Maka apa yang dimaksudkan guru sebagai agen pembaharuan dan sosial negara
adalah guru bertangunggjawab untuk memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi
melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan. Selain tugas guru mengajar, adalah menjadi
tugas guru untuk tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang mencemarkan nama baik
negara ataupun ajaran yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara.
Dalam hal ini guru wajib menunjukkan sahsiah yang baik kerana setiap inci gerak
geri seorang guru pasti diteliti oleh anak murid. Jadi, guru hendaklah menunjukkan contoh

9
teladan mahmudah kepada para pelajar memandangkan pemikiran dan pandangan
mereka mempercayai guru lebih tinggi daripada ibu bapa. Oleh yang demikian, guru
dilarang untuk mengambil peluang menyebarkan sebarang perkara yang salah dan
bercanggah kepada murid-murid yang boleh membawa kepada perpecahan kesepaduan
masyarakat.Kesimpulannya, guru adalah sebagai agen perubahan yang membentuk dan
melahirkan generasi yang akan dating adalah bertanggungjawab merealisasikan cita-cita
dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan
2020.
3.5 – PERSAMAAN HAK DALAM PENDIDIKAN
Budaya yang diamalkan dalam kehidupan masyarakat kita diberikan pelbagai takrif
mengikut kesesuaian dengan latar sosio masyarakat di sesuatu kawasan. Menurut Syed
Ismail dan Ahmad Subki ( 2010 ) ,budaya merupakan kebolehan seseorang individu
menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran kearah meningkatkan kecergasan akal
fikiran bagi menangani sesuatu permasalahan dan berupaya menyelesaikan
permasalahan tersebut. Kepelbagaian masyarakat ini memerlukan usaha berterusan
untuk membentuk masyarakat yang saling memahami antara satu sama lain. Dalam
proses tersebut melibatkan budaya antara setiap kumpulan.
Pendidik ibarat sebagai seorang hakim ketika di dalam kelas dan sesi pengajaran
pembelajaran berlangsung. Oleh itu, guru perlu memberi layanan yang sama rata kepada
semua murid. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Justeru,
sudah pasti di dalam kelas ada berbagai-bagai norma kumpulan, sama ada dari segi
kognitif, afektif dan psikomotor. Melalui perkembangan ini, guru-guru perlu memahami
perbezaan indiividu dalam pendidikan. Guru perlu memahami perbezaan secara individu
dalam kelasnya. Ini dapat dikesan dengan memahami pola perkembangan dan sifat
perseorangan murid. Kemudian, barulah seorang guru itu dapat menentukan bagaimana
bahan pengajaran dan pembelajaran itu.
Bagi memastikan layanan yang diberikan adalah adil, guru juga perlu menguasai
pelbagai teknik dan kaedah bagi memberi kepuasan kepada murid agar tidak ada yang
merasa dipinggirkan. Oleh itu, sewaktu pembelajaran, guru perlu mengelakkan untuk
mengelompok para pelajar berdasarkan etnik dan bangsa. Jadi, bilamana percampuran
etnik dan bangsa berlaku, mereka dapat saling belajar dan mengenali budaya seterusnya
memupuk semangat toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk.

10
4.0 - RUMUSAN DAN CADANGAN

Sesungguhnya isu-isu yang ditimbulkan itu seperti ketuanan Melayu, kontrak


sosial, kesamarataan dan sebagainya amatlah besar, sensitif, rumit. Kerana menyedari
bahawa ianya sensitif dan rumit maka semua pihak yang ingin membicarakannya
hendaklah berhemah dan berhati-hati. Membina sebuah negara-bangsa yang sempurna
bukanlah tugas mudah apatah lagi bagi sebuah negara seperti Malaysia. Banyak cabaran-
cabaran yang harus ditempuhi seperti cabaran mewujudkan masyarakat liberal dan
bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum serta mewujudkan masyarakat berbudi dan
berbudaya penyayang.
Dengan kepelbagaian kaum serta etnik dari latar sejarah, bahasa dan budaya
yang berbeza serta diperkukuhkan pula oleh sentimen warisan berbeza menyumbang
kepada munculnya persoalan dan masalah yang kompleks. Ibarat sebuah resepi
masakan, negara bangsa bukanlah sekadar pelengkap rasa tetapi merupakan bahan
utama bagi menghasilkan satu masakan yang bukan sekadar enak dan lazat malah
menyihatkan.
Di sebalik kesukaran dan pelbagai alasan yang memungkinkan kegagalan
mencapainya ia sebenarnya sesuatu yang tidak mustahil untuk dikecapi. Melalui
pengalaman sejarah yang disalurkan secara sistematik khususnya melalui sektor
pendidikan impian untuk membentuk negara bangsa yang selama ini berteraskan kepada
bangsa idaman mungkin akan menjadi kenyataan. Sejarah dan pendidikan berupaya
menjadi alat bagi mencapai matlamat tersebut seterusnya membentuk bangsa Malaysia
yang mempunyai jati diri dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara.
Antara cadangan untuk menjayakan integrasi nasional adalah dengan
mewujudkan persefahaman yang utuh dalam kalangan masyarakat serta mempunyai
sikap toleransi. Persefahaman mahupun fikrah yang utuh mampu untuk menyatukan
rakyat yang berbilang kaum dan toleransi dapat mengelakkan daripada sikap terlampau
egois antara satu sama lain. Jadinya, sebagai salah satu cara yang paling efisien adalah
melalui pendidikan. Pendidikan merupakan salah satu agenda utama dalam perancangan
pembangunan negara. Hasil kepada proses pendidikan yang berpanjangan, maka akan
wujud sebuah ketamadunan yang dapat berdiri megah dengan berpaksikan pendidikan
bersifat universal. Bagaimanapun, proses pembentukan modal insan perlu melihat
semula kepada pemahaman yang jitu dan tulen. Justeru, adalah wajar kita merenung
kembali dan bersama – sama merencanakan pendidikan yang mampu membawa

11
perubahan kepada masyarakat. Oleh itu, pendidikan akan berbalik semula kepada
seorang guru yang perlu menekankan unsur bersatu padu dalam segala kegiatan serta
memastikan setiap kaum berinteraksi antara satu sama lain.
Namun begitu, usaha keras daripada pihak kementrian serta kerajaan untuk
membubarkan sekolah jenis kebangsan Cina dan India perlulah diusahakan agar
memudahkan lagi penstrukturan integrasi nasional seterusnya menjamin kepentingan
integrasi nasional sepertimana yang telah dinyatakan di atas. Justeru, rakyat Malaysia
haruslah bersatu demi mengekalkan kesepaduan dan kemerdekaan yang dikecapi hingga
kini.

12
REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt, kerana dengan limpah kurniaNya dapat
saya menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan
dan komitmen terhadap perkara lain. Terima kasih kepada pensyarah, Encik Ridzuan bin
Ahmad kerana melalui tugasan ini, saya mendapat pengetahuan tentang isu integrasi
nasional dan implikasi kepada peraanan guru sebagai pembina negara bangsa. Tidak
lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi berkongsi ilmu dan meluangkan
masa bersama dalam menyelesaikan masalah tugasan dengan perbincangan dan
bertukar info. Jutaan terima kasih juga dedikasi khas buat kedua ibu bapa saya yang tidak
jemu memberikan sokongan dan semangat dalam mengharungi cabaran di alam IPT ini.

Dalam menghasilkan tugasan , banyak ilmu pengetahuan tentang subjek


Pengantar Pengajian Profesional (GPP 1063) yang dapat saya kumpulkan. Sebenarnya,
sebagai bakal seorang murabbi, saya perlu memperluas bacaan-bacaan isu semasa dan
menguasai semua bidang keilmuan mahupun ilmu ikhtisas. Hal ini kerana, guru adalah
aset yang utama dalam pembentukan insan serta pewaris para nabi dan ulama. Guru
pembina wasatiyyah ummah. Pendidikan berteraskan Al-Quran dan Sunah serta
mengintegrasikan Tuhan di dalam pendidikan amat penting sebagai masdar kehidupan
seseorang individu.

Berdasarkan penilaian dan penelitian pembacaan yang dibuat, saya dapati bahawa
terlalu besar impak seorang pendidik kepada modal insan. Bertamadunnya sesebuah negara
adalah bermula daripada tarbiah iaitu biah pendidikan. Benarlah kalimah Al-quran yang
menganjurkan umatnya untuk menimba ilmu kerana ilmu itu bersifat seperti cahaya yang
menerangi kegelapan. Jika kredibiliti guru itu hebat, maka lahirlah produk yang sihat dan
sebaliknya. Bagi saya sejak kebelakangan ini, polarisasi perkauman amat ketara. Rakyat
Malaysia terus berpolimik. Suhu anti perkauman semakin tinggi. Beberapa isu yang sepatutnya
tidak perlu digembar gemburkan sudah pun diungkit. Sebelum pergi lebih jauh, adakah kita mahu
integrasi kaum yang tulen sebagai insuran bagi Malaysia pada tahun 2020?
Selain itu, persoalan yang timbul hasil daripada kursus ini, mengapakah masih ada lagi
sekolah jenis kebangsaan Cina dan India. Mengapa masih ada lagi bangkangan daripada pihak
lain? Jika begitu, sampai bilakah kita akan betul-betul menikmati integrasi nasional yang tulen?
Justeru, masyarakat perlu segera menukar persepsi dan pandangan kearah bersatu hati dan

13
bekerjasama. Mencapai kata sepakat amat diperlukan untuk menjamin sistem ekologi yang
mapan seterusnya Gagasan Malaysia akan terus digenggam melalui kesepaduan rakyat.
Semangat perpaduan dan integrasi antara kaum amat penting diluntur
pada usia muda seawal kanak-kanak. Ini bagi melahirkan satu suasana kesefahaman
dan toleransi yang sebenar.Apabila nilai-nilai yang positif dibentuk pada usia ini,mereka
akan dapat meneruskan kerana telah dilatih untuk menjadi warga yang memahami
kepelbagaian kaum.Kanak-kanak adalah usia yang mudah dibentuk,mereka tidaka
pandai untuk menipu dan kejujuran dalam hubungan antara kaum akan kelihatan dengan
jelas.

Akhir kata, isu interaksi antara kaum merupakan isu yang penting.bagi melahirkan
satu negara yang berdiri di bawah satu paksi Perlembagaan dan Rukun Negara yang
maju dan disegani oleh dunia. Sistem pendidikan negara perlu diubah dan ditambah nilai
dari aspek integrasi agar hasrat Satu Malaysia akan tercapai. Sistem pendidikan
merupakan asas untuk mencapai cita-cita tersebut.Seperti pepatah berkata, sepohon
pokok tidak akan berdiri tegak jika akarnya tidak kuat.Ini menunjukkan bahawa integrasi
adalah asas yang mengukuhkan semangat bangsa Malaysia.

14
BIBLIOGRAFI

RUJUKAN BUKU

Mok Soon Sang.(2009). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Puchong : Penerbitan


Multimedia Sdn. Bhd

Nadzan Haron, Rozeman Abu Hassan. (2010). Malaysia Melangkah Ke Hadapan.


Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayuddin, Zakiah Noordin.(2014).


Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd

Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon.(2010). Budaya dan
Pembelajaran. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon.(2013). Guru dan Cabaran
Semasa.. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

RUJUKAN JURNAL

Akhmal Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan, Rohana Hamzah,
Muhammad Sukri Saud.(2011, September). Pendidikan, Kurikulum Dan
Masyarakat : Satu Integrasi [Abstract]. Journal of Edupres Volume 1, 350 – 356.
Retrieved Mac 7, 2015 from http://eprints.utm.my/17084/1/JOE-1-2011-042.pdf

Mohamad Rodzi Abd Razak. (2009). Pembinaan Negara Bangsa Malaysia : Peranan
Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. JEBAT 36 ,90 – 106.
Retrieved Mac 5, 2015 from http://journalarticle.ukm.my/362/1/1.pdf

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. (2010). Cabaran Integrasi Antara Kaum di Malaysia :
Perspektif Sejarah, Keluarga dan Pendidikan. Jurnal Hadhari Bil 3, 61-84.
Retrieved Mac 5, 2015 from
http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/v2n12010/makalah-v2n1-n4.pdf

15

Anda mungkin juga menyukai