Anda di halaman 1dari 30

A.

KONSEP SYURA DAN SEMANGAT BEKERJASAMA


LOGO KUMPULAN

OBJEKTIF
1. Melatih pemimpin untuk bekerjasama dalam setiap permasalahan ataupun
pekerjaan yang memerlukan kerjasama kumpulan.
2. Melahirkan generasi pelapis yang peka terhadap pentingnya identiti jemaah.
3. Merealisasikan idea-idea dan bakat-bakat yang terpendam.

MASA
40 minit

PERLAKSANAAN
1. Setiap kumpulan mesti menyediakan satu logo bagi mewakili kumpulan masing-
masing.
2. Corak dan rekaan adalah bebas tetapi mestilah bercirikan keislaman.
3. Penggunaan warna adalah bebas.
4. Peserta kumpulan mestilah melampirkan motif di sebalik reka bentuk dan warna
yang digunakan di dalam logo tersebut.
5. Logo hendaklah ditampalkan di pintu bengkel masing-masing.
6. Mana-mana kumpulan yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan
yang tegas.
MEMBOLOS DIRI

OBJEKTIF
1. Melahirkan pemimpin yang kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah.
2. Bermusyawarah dalam menyelesaikan masalah atau konflik.
3. Merapatkan ukhuwwah dalam kumpulan.

MASA
20 minit

PERLAKSANAAN
1. Setiap kumpulan diberikan sehelai kertas A4.
2. Peserta diarahkan membuat apa sahaja dengan kertas itu agar semua ahli
kumpulan dapat masuk dan membolos diri mereka. Caranya bebas.
3. Pemberian kertas tidak boleh diulangi.
KERETA A.L.D

OBJEKTIF
Keperluan melaksanakan syura dalam kumpulan

BAHAN
1. Pin
2. Jarum peniti
3. Kertas mahjung

MASA
45 Minit

PERLAKSANAAN
1. Gabungkan dua kumpulan menjadi satu.
2. Pilih tiga ahli untuk memegang jawatan-jawatan A.L.D yang akan ditentukan oleh
fasilitator.
3. Seterusnya, pecahkan ahli kepada tiga kumpulan.
4. Peserta diberi tugasan membuat tiga model kereta berpandukan arahan yang akan
diberikan oleh pemimpin mereka.
5. Fasi akan menanyakan reaksi setiap peserta mengenai pemimpin mereka yang
mana mudah untuk bekerja dan yang mana susah.
6. Fasi seterusnya menerangkan konsep syura menurut Islam kepada peserta.

KESIMPULAN
1. Setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri walaupun untuk mencapai
matlamat yang sama.
JUAL BELI

OBJEKTIF
1) Meningkatkan kemesraan di kalangan peserta.
2) Membuat keputusan berdasarkan kesedaran.

ALATAN
Lampiran cerita

MASA
60 minit

LAMGKAH
1) Semua peserta dikehendaki memberi jawapan secara individu. Jawapan yang
diberi akan berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu, peserta dipecahkan kepada
dua kumpulan.
2) Apabila tiap-tiap kumpulan mendapat jawapan, disatukan kedua-duanya.
Sekiranya berbeza disatukan jawapan. Jawapan yang didapati diberi kepada
penyelia.
3) Penyelia menerangkan jawapan dan menghuraikan aktiviti yang berjalan
berdasarkan hasil daripada pemerhatian iaitu melibatkan tindakan, sikap dan
tindak tanduk peserta.

FALSAFAH
1) Perwatakan seseorang boleh mempengaruhi orang lain.
2) Sesuatu yang dilihat mudah itu bukanlah boleh diringan-ringankan.
3) Ada orang tahu tetapi tidak tahu menerangkan kepada orang lain.
4) Keperluan tolak ansur dan kerjasama dalam menyelesaikan masalah.
5) Perbezaan pendapat di kalangan orang ramai boleh disatukan oleh orang yang
lebih tahu (pakar).
LAMPIRAN
JUAL BELI

Pada suatu pagi, Ali pergi ke kedai Haji Malik untuk membeli sepasang kasut. Pada kasut
itu tertulis harga RM45.00. setelah tawar menawar, Haji Malik bersetuju untuk
menjualnya dengan harga modal sebanyak RM30.00. ali mengeluarkan sekeping wang
kertas RM50.00. oleh kerana Haji Malik tiada wang kecil, ia pergi ke kedai Busu untuk
menukar wang kecil. Kemudian diberikan kasut dan wang baki kepada Ali. Pada waktu
tengahari, Busu datang memberitahu Haji Malik yang wang kertas RM50.00 adalah wang
palsu dan minta dipulangkan kembali wangnya. Haji Malik terpaksa mengembalikan
wang seperti yang dituntut dan ia terpaksa menyimpan wang palsu itu.

Tugasan:
Dalam perkara ini, siapakah yang untung dan siapakah yang rugi?. Berapa jumlahnya?.
HANYUT DI LAUTAN

OBJEKTIF
1) Melatih peserta berkongsi pengetahuan, pengalaman dan pendapat.
2) Membuat keputusan berdasarkan kesedaran.
3) Membina sikap saling mempercayai di kalangan ahli kumpulan.

ALATAN
Lampiran tugasan

MASA
60 minit

LANGKAH
1) Kumpulan dibahagikan kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan dikehendaki
menyelesaikan tugasan yang diberi. Selepas itu, dua kumpulan bersatu untuk
mendapat satu jawapan.
2) Jawapan yang didapati dikemukakan kepada fasilitator.
3) Fasilitator membuat pendedahan mengenai permainan yang dilakukan iaitu hasil
daripada pemerhatian ketika perbincangan dilakukan oleh peserta.
4) Fasilitator menerangkan jawapan kepada masalah tersebut melalui pendekatan
yang diputuskan oleh peserta iaitu menyelamatkan diri dan diselamatkan.

PERBINCANGAN
1) Kerjasama kumpula boleh menyelesaikan sesuatu masalah.
2) Kepentingan kumpulan selalunya dipertahankan.
3) Tolak ansur adalah perlu dalam menyelesaikan ketegangan.
4) Tidak boleh melihat sesuatu daripada sesuatu sudut sahaja.
5) Sesuatu kumpulan akan dapat menyelamatkan diri jika mempunyai persediaan
yang cukup.
LAMPIRAN TUGASAN
HANYUT DI LAUTAN

Semua ahli kumpulan anda sedang belayar dalam sebuah kapal pelancong ke pulau-pulau
Sumatera. Malangnya kapal anda dipukul ribut dan hampir karam. Nasib baik di atas
kapal tersebut terdapat sebuah bot penyelamat yang hanya boleh mengisi 7 orang sahaja.
Oleh kerana ketua kumpulan anda yang nampak dahulu bot tersebut dan telah bersusah
payah membetulkannya, jadi dia telah mengambil tempat di atas bot tersebut dengan
harapan dapat menyelamatkan dirinya.

Semua ahli kumpulan bersetuju dan tidak membantah dengan tindakan ketua anda.
Dengan ini, bermakna hanya ada 6 tempat kosong lagi di atas bot tersebut. Anda semua
yang berada di atas kapal karam terpaksa membuat keputusan, siapa di antara anda semua
yang terpaksa ditinggalkan dan berikan sebab (keistimewaan) yang ada pada orang yang
hendak diselamatkan dan berikan sebab (kelemahan) yang ada pada orang yang terpaksa
ditinggalkan.
AL-KISAH DUA DESA
AL-KISAH DUA DESA

Masa
30 minit

Material
Lampiran kisah dua desa

Perlaksanaan
Baca kisah 2 buah desa tersebut sehingga semua peserta faham
Fasilitator akan memecahkan peserta kepada dua kumpulan (seboleh-
bolehnya kumpulan yang aktif dan pasif)
Lantik seorang peserta untuk menjadi pegawai daerah dan seorang lagi
sebagai pembantu untuk mengadakan suatu rundingan damai.
Api-apikan perbincangan yang diadakan.

Perbincangan
Kerjasama untuk menyelesaikan sesuatu masalah
Saling menerima dan menyuarakan pendapat dengan saluran yang betul
Prihatin dan ambil berat terhadap orang lain
Semangat kejiranan
Kaji dan akui kesilapan sendiri
Jangan suka menyalahkan orang lain.
Fahami dan jalankan amanah/tanggungjawab yang diberikan

Yang tersurat daripada Hadith ;


Untuk mauk ke dalam syurga, bukanlah bergantung kepada banyak solat dan
puasa tetapi disebabkan kepada selamatnya hati, kemurahan jiwa serta kasih
sayang kepada semua manusia.
Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudara Islamnya
seumpama dia mengasihi dirinya sendiri.
LAMPIRAN AL KISAH DUA DESA

Sahibul hikayat, tersebutlah cerita yang tiada diketahui asal-usulnya bahawa kedapatan
suatu hari di zaman yang agak bertamadun seperti sekarang ini. Kisah bermula di
pedalaman negeri Angin Melintang Patah Gerimis Membujur Lalu. Adapun terpincillah
dua buah desa iaitu Desa Tanpa Nama dan Desa Ada Nama. Para penduduknya hidup
aman damai, bahagia dan tenang selalu. Mereka ini adalah masyarakat asli yang telah
mengisytiharkan desa-desa tersebut sebagai kampung penemuan mereka.
Dalam bidang pekerjaan, kedua-dua desa ini termaktub dalam lipatan sejarah
sebagai desa pertanian dan penternakan yang gilang-gemilang lagi masyhur. Desa Tanpa
Nama digelar Lembah Hijau Sebuana kerana kehijauan kebun-kebun sayuran dan buah-
buahannya yang melintang luas melitupi kawasan lembah kampung tersebut. Desa Ada
Nama dikenali sebagai Padang Rumput Semesta disebabkan keluasan yang tidak terkata
kawasan padang ragut bagi binatang-binatang ternakan. Kandang ternakan Desa Ada
Nama dan kebun sayuran Desa Tanpa Nama terletak begitu hampir dan hanya dipisahkan
oleh pagar pemisah sempada kedua-dua desa tersebut.
Untuk dijadikan cerita, pada suatu Subuh yang bening, kegawatan terjadi di antara
dua buah desa yang masyhur ini. Barisan pagar yang membatasi sempadan kedus-dua
desa itu telah rebah di sudut ketandusan bumi angkara yang masih belum diketahui.
Maka, bertebaranlah ternakan Desa Ada Nama masuk ke kebun Desa Tanpa Nama
memakan tumbuh-tumbuhan. Penghuni Desa Tanpa Nama begitu tragis sekali melihat
hasil titik peluh mereka musnah begitu sahaja.Dengan perasaan marah yang membuak-
buak, salah seorang penduduk Desa Tanpa Nama mengambil M-16 dan menembak
dengan sesuka hati ternakan tersebut. Berlakulah kekecohan antara kedua-dua desa
tersebut.
Tugasan
Apa yang menyebabkan para penduduk berada di persimpangan dilema sekarang?
Siapa yang harus dipersalahkan?
Siapa yang patut membayar ganti rugi?
UDA DAN DARA

Objektif
Untuk mengukuhkan kejelekitan kumpulan dengan cara berkongsi pengalaman dan
kemahiran
Untuk membentuk kebolehan menyelesaikan masalah secara demokrasi
Untuk mencari nilai dalam perbezaan

Alatan
Lampiran cerita

Masa
60 minit

Langkah
Bahagikan peserta kepada dua kumpulan kecil
Edarkan lampiran cerita uda dan dara kepada setiap kumpulan
Setiap kumpulan dikehendaki berbincang dan membuat tugasan yang disediakan
Setelah selesai, fasilitator akan memberika ulasan keseluruhan

Perbincangan
Siapakah yang paling banyak melibatkan diri dan siapakah yang kurang?
Siapakah yang banyak bercakap?
Siapakah yang menimbulkan konflik?
Siapakah yang mempengaruhi orang lain?
Siapakah yang ingin menguasai kumpulan?

Falsafah
Nilai-nilai kelompok boleh mengatasi nilai individu
Terdapat watak manusia yang pentingkan diri.
Mudah sekali menyakitkan hati orang lain tetapi sukar menggemirakan.
Pertelagahan idea baik tetapi jangan sampai emosi mengatasi rasional.
Pertelagahan siapa yang bersalah bergantung kepada faktor-faktor agama, undang-undang
norma masyarakat dan adat resam.
B. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PELAJAR SEBAGAI
PEMIMPIN

REMAJA
AKTIVITI 1

MASA
60 minit

OBJEKTIF
1) Memberi kesedaran pada peserta tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang
insan.
2) Menanamkan semangat communiti workers dalam diri peserta.
3) Melatih peserta dengan ciri-ciri kepimpinan.

PERBINCANGAN BEBAS
1) Wujudkan soalan-soalan seperti:
a) Apa yang mereka inginkan dalam hidup ini.
b) Apa yang mereka inginkan pada masa remaja ini.
2) Terima semua yang dinyatakan oleh pelajar walaupun pandangan mereka salah
dan keterlaluan.
3) Bincang dengan pelajar. Sarankan ada cara lain yang boleh mereka lakukan yang
lebih menyeronokkan dan boleh menggembirakan hati orang lain.

INPUT
1) Ceritakan kisah pelajar miskin yang tiada wang untuk meneruskan pelajaran.
2) Tanya pelajar adakah mereka mengenali kawan-kawan mereka yang senasib
begini atau adakah ada di kalangan ahli kumpulan yang bernasib seperti in.
3) T ugas kita membantu mereka. tapi bagaimana?.
4) Fasilitator boleh memberi contoh:
a) Mereka boleh mewujudkan satu badan kebajikan membantu pelajar
miskin.
b) Bergotong royong membuka kebun.
c) Yang tidak memperolehi biasiswa, bantu hingga mendapat biasiswa.
5) Untuk melibatkan diri dalam community workers adalah salah satu cara untuk
mencari keseronokan dan memenuhi masa lapang menggembirakan mereka.
6) Bincangkan dengan pelajar program-program lain yang boleh dibentuk seperti
bergotong-royong membersihkan kampung dan lain-lain lagi.
AKTIVITI 2

MASA
60 minit.

OBJEKTIF
1) Membina keyakinan dalam diri pelajar supaya meluahkan masalah yang mereka
hadapi.
2) Menanamkan sifat yakin dan tabah di dalam diri pelajar untuk menyelesaikan
masalah dan menuju kejayaan.
3) Menyedarkan pelajar bahawa setiap masalah ada peluang yang tersirat di
dalamnya.
4) Supaya pelajar memandang masalah bukan sebagai bebanan tetapi cabaran yang
harus dihadapi.

PERBINCANGAN BEBAS
1) Mewujudkan soalan-soalan seperti:
a. Bagaimanakah mereka mencari keseronokan.
b. Bagaimanakah mereka mengisi masa lapang.
c. Apakah pandangan mereka tentang remaja sekarang ini.
d. Adakah cara yang mereka ambil untuk mencari keseronokan dan mengisi
masa lapang itu memuaskan hati semua pihak termasuk keluarga, rakan-rakan
dan lain-lain dan mengapa?.
2) Bincangkan soalan-soalan di atas.
3) Fasilitator akan menanyakan pelajar masalah yang pernah timbul dalam
kehidupan mereka.
4) Tanyakan adakah masalah tersebut membebankan mereka.
5) Jelaskan secara ringkas konsep masalah sebagai cabaran dan bukan beban atau
masalah.
6) Adalah amat perlu untuk mengelakkan cepat putus asa apabila dilanda masalah.
7) Penyelesaian boleh disandarkan kepada pengalaman.
8) Pelajar perlu lihat peluang-peluang yang tersirat dalam setiap masalah yang
dihadapi, gunakan peluang tersebut.
9) Langkah-langkah yang boleh disarankan oleh fasilitator dalam penyelesaian
masalah :
a) Kenalpasti masalah itu.
b) Kaji peluang yang wujud.
c) Letakkan prioriti dalam proses penyelesaian- yang mudah didahulukan.
d) Sediakan alternatif jika langkah penyelesaian tadi tidak berjaya
e) Minta bantuan (rakan, kaunselor, ibu bapa, adik, abang dll)
f) Tawakkal dan doa kepada Allah.
ARAH

OBJEKTIF
Supaya pelajar dapat menghayati perasaan mereka terhadap agama, masyarakat
dan tanahair di samping berusaha membangunkan diri mereka ke arah potensi
positif yang lebih mantap.

MASA
30 minit

PERLAKSANAAN
1) Bawa perbincangan kepada persoalan konsep Khalifah kepada para peserta.
Antaranya :
a) Pengertian pemimpin
b) Siapa yang harus memimpin dan dipimpin.
c) Ciri-ciri pemimpin.
d) Mengapa kita harus memikul tanggungjawab ini.
2) Seterusnya kaitkan dengankonsep ibadah. Fasi boleh membincangkan tentang
tujuan Allah menjadikan manusia dan jin.
3) Kemudian minta peserta menuliskan kepada sehelai kertas cita-cita mereka saya
ingin menjadi................kerana Allah...........(10 minit).

ULASAN
1) Dalam apa jua pekerjaan seseorang muslim, harus diniatkan kerana Allah. Maka
dengan demikian mereka tidak seharusnya menyalahi ajaran suci dan nilai-nilai
murni Islam yang jelas menfokuskan kepada kemurnian akhlak.
2) Setiap muslim harus mempunyai 3 perkara iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Terangkan
konsep Ihsan iaitu kita melakukan sesuatu seolah-olah kita melihat Allah atau jika
tidak pun Allah melihat kita. Dengan demikian setiap sesuatu harus dilakukan
dengan carayang terbaik.
3) Walau di manapun mereka berada, kecemerlangan harus menjadi motto dan
prinsip hidup.
C. MATLAMAT DAN ADAB IKHTILAF

14 GARISAN
OBJEKTIF
1) Menekankan konsep Hadaf (matlamat) dan Adabul Ikhtilaf (adab perselisihan
pendapat).

BAHAN
Kertas mahjung
Pen marker

MASA
45 minit

PERLAKSANAAN
1) Minta peserta untuk melukis 14 garisan secara bergili-gilir tanpa birbincang.
2) Sekali lagi minta peserta untuk melukis sebuah rumah menggunakan 14 garisan
dan mereka dibenarkan berbincang.

PERBINCANGAN
Minta peserta membandingkan hasil lukisan yang pertama dan yang kedua.

ULASAN
1) Menekankan bahawa pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang mempunyai
matlamat atau Hadaf yang jelas iaitu ke arah penghayatan Islam sebagai jalan
hidup Islam is the way of life.
2) Menyedarkan peserta bahawa pentingnya perancangan dalam setiap tindakan
untuk mencapai kejayaan yang diingini.
KOYAK KERTAS

OBJEKTIF
1) Menyedarkan para peserta bahawa pentingnya perancangan awal dalam setiap
perkara untuk mencapai matlamat yang diingini.
2) Menekankan tentang konsep Syura yang perlu diamalkan demi mencapai
keputusan yang disepakati oleh semua pihak.

MASA
20 minit.

PERBINCANGAN
1) Edarkan sehelai kertas kepada setiap peserta.
2) Fasilitator perlu memberi arahan kepada mereka untuk mengoyak-ngoyakkan
kertas tersebut dan mereka tidak dibenarkan untuk bertanya.
3) Minta peserta menunjukkan hasil kerja mereka dan bandingkan.

PERBINCANGAN
1) Adakah hasil kerja yang sama/. Kenapa semuanya berbeza?.
2) Fasilitator diminta berbincang dengan peserta tentang perlunya menghormati
pendapat orang lain dan pastikan setiap objektif yang dinyatakan di atas tercapai.

Fasi dinasihatkan agar dapat mencari kaedah yang terbaik untuk benar-benar
menghidupkan aktiviti ini. Biar mereka betul-betul merasai situasi Ikhtilaf itu.
Mungkin boleh dimulakan dahulu dengan satu lontaran isu panas biar mereka
bertekak sedikit.
RUMAHKU SYURGAKU

OBJEKTIF
Menekankan tentang konsep perbezaan pendapat dan adabnya.

PERLAKSANAAN
1) Bahagikan peserta kepada beberapa kumpulan kecil.
2) Setiap kumpulan itu akan diberi watak atau bahagian yang tersendiri daripada
bahagian-bahagian rumah seperti :
Dapur
Bilik tidur
Pintu
Atap
Bili air dsb
3) Setiap kumpulan dikehendaki mempertahankan kepentingan dan hak masing-
masing yang dianggap lebih penting dan amat perlu bagi seorang tukang kayu
yang ingin mendirikan rumah tetapi kekurangan duit.
4) Mereka dikehendaki bercakap dan mengemukakan alasan yang kukuh.

PERBINCANGAN
1) Fasilitator diminta untuk memberi komen dan mengapi-apikan setiap kumpulan
demi mewujudkan suasana percanggahan pendapat antara satu sama lain.
2) Kemudian, nyatakan bahawa semua kumpulan menang kerana setiap kumpulan
mempunyai keistimewaan dan kepentingan yang tersendiri.
3) Begitu juga dengan setiap manusia yang dilahirkan dengan kesempurnaan dan
keistimewaan yang tersendiri. Firman allah Swt:Sesungguhnya kami jadikan
manusia itu dengan sebaik-baik kejadian.
Fasilitator harus menekankan tentang konsep perbezaan pendapat
yang akan dialami oleh para peserta di mana-mana sahaja terutamanya
dalam kehidupan kampus.
SIAPA LEBIH BERHAK

OBJEKTIF
1) Melatih peserta berani untuk mengeluarkan pendapat dan yakin dengan setiap
apa yang diperkatakan.
2) Melatih peserta berkongsi pendapat, pengalaman dan pengetahuan.
3) Membina sikap kemesraan.

MASA
20 minit

ALATAN
Lampiran cerita Siapa Lebih Berhak

MEKANISME
1) Fasilitator memberi tugasan dan membacakan cerita Siapa Lebih Berhak.
2) Fasilitator menentukan setiap ahli kumpulan untuk memainkan satu watak
yang terdapat dalam cerita tersebut.
3) Peserta diminta untuk berbincang bagi menentukan siapakah yang lebih
berhak.
4) Fasilitator akan memberi ulasan keseluruhan.

FALSAFAH
1) Manusia akan bersatu semasa mereka susah tetapi bergaduh apabila senang.
2) Untuk mencapai satu keputusan, perlunya seorang pemimpin yang
berkarisma.
LAMPIRAN
SIAPA LEBIH BERHAK

Seorang petani telah bermimpi mengenai sebutir permata hitam yang cukup
menarik. Hatinya tertarik untuk mendapatkan permata tersebut tetapi beliau tidak pasti
sama ada permata itu benar-benar wujud atau sebaliknya. Untuk mendapat kepastian,
petani telah berjumpa dengan seorang Alim untuk mendapatkan jawapan. Orang alim
tersebut telah mengesahkan bahawa permata tersebut memang wujud.

Apabila ditanya kepada orang alim tersebut, di manakah permata tersebut?, orang alim itu
tidak tahu. Petani itu telah menemui seorang ahli geologis untuk mengetahui kedudukan
permata tersebut. Geologis telah memberitahu kedudukan permata tersebut di dasar laut.
Mereka telah pergi ke laut untuk mengambil permata tersebut tetapi ahli geologis tidak
pandai menyelam.

Lalu petani mendapatkan bantuanjuruselam untuk mendapatkan permata itu.


Setelah permata itu diambil, petani itu membawa permata itu kepada jauhari untuk
menentukan kesahihan permata tersebut dan telah mengesahkan permata itu benar-benar
asli. Kemudian untuk mencantikkan batu permata tersebut, petani telah membawa
permata itu kepada juru ukir. Kini permata itu sungguh cantik.

Tugasan : Siapakah yang lebih berhak untuk memiliki batu permata itu?
SAMBUNGAN, MENYAMBUNG, PENYAMBUNG

OBJEKTIF
1) Keyakinan untuk bercakap secara spontan di hadapan orang ramai.
2) Pencernaan aktiviti dalam gaya bercerita untuk menarik perhatian orang lain.
3) Mendengar dengan penuh perhatian terhadap setiap perkara yang diperkatakan.

MASA
15 minit

PERLAKSANAAN
1) Fasilitator akan memulakan ayant yang senang untuk menjadi bahan untuk
bercerita.
2) Kemudian fasilitator akan mengarahkan peserta untuk menyambung cerita
tersebut secara rawak sehingga fasilitator mengarahkan peserta untuk
menghentikan cerita tersebut.
3) Setiap peserta yang telah bercerita tidak semestinya tidak akan menyambung
bercerita semula.

INPUT
Setiap orang mempunyai pandangan berbeza terhadap sesuatu perkara dan mereka
bebas mengeluarkan pendapat dan pada masa yang sama perlu menghormati
pendapat orang lain.
MANA SATU?

OBJEKTIF
1) Mempertahankan keyakinan walau apa pun cabaran yang mendatang dengan
apa cara sekalipun.
2) Pergolakan emosi boleh memberi kesan dalam menentukan keyakinan
seseorang.

MASA
20 minit

ALATAN
Kertas kecil tiga keping

MEKANISME
1) Fasilitator memberi arahan kepada peserta untuk menulis tiga tanggungjawab
yang bakal dipegang oleh para peserta pada masa hadapan.
2) Tanggungjawab itu adalah tanggungjawab peserta terhadap negara sebagai
seorang pemimpin dalam masyarakat, terhadap keluarga sebagai seorang ahli
keluarga dan terhadap diri sendiri untuk mencapai cita-cita dalam hidup.
3) Suruh peserta menggenggam ketiga-tiga tanggungjawab itu dalam tangan kanan.
4) Untuk kali yang pertama suruh peserta membuang satu tanggungjawab yang
difikirkannya kurang penting ke dalam tangan kiri.
5) Fasilitator akan menanyakan sebab tindakan peserta berbuat demikian. Jika alasan
yang diberikan tidak meyakinkan fasilitator, fasilitator akan mempersoalkan
tindakan peserta itu hingga difikirkannya perlu.
6) Selepas itu, fasilitator akan memberi arahan untuk peserta membuang satu lagi
tanggungjawab ke dalam tangan kiri mereka.
7) Sekali lagi fasilitator akan mempersoalkan tindakan peserta berbuat demikian.
8) Peranan fasilitator dalam aktiviti ini ialah untuk membuat provokasi terhadap
tindakan peserta membuang tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.
9) Sebagai peringatan aktiviti ini bukanlah bertujuan untuk menguji peserta tetapi
sekadar untuk melihat sejauh manakah peserta jelas dan yakin terhadap keputusan
yang dibuat oleh mereka sendiri.

FALSAFAH
1) Keyakinan adalah amat penting kepada seorang pemimpin dalam menentukan
satu keputusan yang mana memberikan kepentingan kepada semua pihak dalam
semua aspek.
2) Apabila kita jelas dan yakin dengan keputusan yanag dibuat barulah kita dapat
menghadapi segala persoalan dengan tenang.
KAMBING PAK AHMAD

OBJEKTIF
1) Mempertahankan keyakinan walau apa pun cabaran yang mendatang dengan
apa cara sekalipun.
2) Pergolakan emosi boleh memberi kesan dalam menentukan keyakinan
seseorang.

ALATAN
Lampiran cerita

MASA
30-40 minit

MEKANISME
1) Fasilitator akan membaca lampiran cerita kepada peserta dan memberi
tugasan.
2) Dua kumpulan dibentuk ataupun boleh bergabung dengan kumpulan LDK
yang lain.
3) Fasilitator akan memilih dua orang sebagai batu api dalam menyemarakkan
lagi perdebatan di antara kumpulan dalam mempersoalkan siapa yang bersalah
dalam hal ini.
4) Apabila peserta telah mencapai perdebatan yang konflik dan hangat, maka
tibalah masanya bagi dua peserta yang telah dipilih untuk membuat satu
penyelesaian yang adil di antara kedua belah pihak.

FALSAFAH
1) Setiap manusia mempunyai hak untuk mempertahankan pendirian masing-
masing.
2) Setiap masalah itu ada penyelesaiannya dan setiap pihak tidak boleh
menyalahkan pihak yang lain apabila sesuatu konflik timbul tanpa alasan dan
bukti yang kukuh.
3) Membina keyakinan diri yang padu dalam mempertahankan hak dan
menyelesaikan masalah.
LAMPIRAN
KAMBING PAK AHMAD

Pak ahmad memelihara beberapa ekor kambing yang mana kambingnya itu telah
dipagarkan dengan pagar kayu yang kukuh. Jiran pak Ahmad, pak Ali dan mak Minah,
mereka mempunyai kebun sayur yang begitu subur dan telah mendatangkan banyak hasil
kepada mereka berdua.

Pada suatu hari, kambing pak ahmad terlalu lapar dan telah bertindak dengan
begituliarnya dengan merempuh pagar kayu yang memagarkannya serta pagar kayu yang
memisahkan rumah pak Ahmad dan pak Ali. Apabila pak Ali menyedari bahawa kambing
tersebut telah memakan tanamannya, lalu pak Ali dalam kemarahannya telah menembak
seekor kambing pak Ahmad. Kemudian terjadilah pergaduhan di antara pak Ahmad dan
pak Ali. Tanpa disedari pak Ahmad telah mencederakan pak Ali.

Tugasan : Siapakah yang bersalah dalam hal ini?.

Anda mungkin juga menyukai